16 tahun mungkin kedengaran seperti satu tempoh masa yang cukup lama untuk kebanyakan daripada kita.
Namun buat Jazimin Abdul Jalil, tempoh 16 tahun yang lalu seakan baru sahaja berlaku semalam dek perasaan rindu yang masih dirasai olehnya terhadap anak tersayang, Nurin Jazlin.
Kisah tragis melibatkan pemergian Nurin berbekas di hati rakyat Malaysia apabila arwah yang pada waktu itu hanya berusia 8 tahun telahpun ditemui meninggal dunia selepas diperlakukan tanpa perikemanusiaan.
Pada 20 Ogos 2007, Nurin dilaporkan hilang setelah dia dipercayai telah diculik ketika meninggalkan rumahnya yang terletak di Wangsa Maju menuju ke arah sebuah kawasan pasar malam.
Apabila Nurin tidak memunculkan diri, adik-beradik serta ibu bapanya terus melaporkan kehilangannya itu ke pihak berkuasa. Hanya pada 17 September 2007, mayat Nurin ditemukan dalam sebuah beg pakaian sukan di Petaling Jaya. Laporan bedah siasat mendapati kanak-kanak berusia 8 tahun itu telah dirogol lalu dibunuh.
Ads
Lebih menyayat hati apabila perogol dan pembunuh Nurin sehingga ke hari ini masih belum dapat dikenal pasti dan ditangkap.
Memasuki ulang tahun pemergian Nurin pada 17 September ini, memori Jazimin terhadap anak perempuannya itu masih jelas di minda beliau dan perasaan rindunya itu disampaikan menerusi akaun media Facebook miliknya, Isnin lalu.
“Happy birthday Kak Ngah ke-24 tahun. Rindu Kak Ngah 11 September 1999 hingga 17 September 2007.”
Ads
Catitan ringkas berserta sekeping foto Nurin yang digunakan secara meluas sewaktu kesnya mengisi ruang akhbar 16 tahun lalu itu sedikit sebanyak membuatkan warganet sebak lalu menzahirnya ucapan takziah masing-masing sambil memperingati kesan tragedi tersebut kepada ahli keluarga mangsa.
Tinjauan REMAJA di bahagian komen mendapati warganet turut saling mengingatkan betapa tragedi seperti ini harus disemat di hati rakyat. Biarpun ia menyedihkan, banyak pengajaran berguna yang boleh diambil agar ia tidak berulang semula pada masa akan datang.
Ads
Sebagai info, tragedi arwah Nurin Jazlin ini juga merupakan punca selebriti versatil, Allahyarhamah Adibah Noor melancarkan lagu berjudul Terlalu Istimewa untuk didedikasikan kepada arwah. Lagu tersebut kemudiannya diangkat sebagai pemenang utama Anugerah Juara Lagu ke-21.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
p
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular di platform TikTok, memaparkan seorang gadis menangis di dalam kereta kerana dihina oleh seorang individu yang dipercayai merupakan kekasih baharu bekas teman lelakinya.
Menerusi video pendek tersebut, gadis berkenaan berkongsi mesej suara individu itu yang menghina wajahnya dengan menyamakan tidak saling tumpah seperti ‘jalan tar’ kerana berlubang.
“Carilah skin care ke, kalau tidak boleh kau pakai sahaja produk merkuri bagi licin sedikit muka itu. Tak ada lah macam jalan tar.
“Aku tengok teruk sangat tu, berlubang pula. Ibarat macam jalan tar rosak, berlubang-lubang,” sindir individu itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa geram dengan kata-kata sindiran wanita terbabit.
Selain itu, ada juga menitipkan kata-kata semangat buat gadis itu dan memintanya agar tidak menghiraukan hinaan daripada wanita terbabit.
“I feel you, especially as acne fighter juga,” komen seorang pengguna.
“You more beautiful then her word babe… kamu sudah cukup sempurna… kamu memang strong melalui segala dugaan babe! Kata-kata ini kira cerita belakang sahaja… teruskan maju demi masa hadapan. You can do it!” tulis seorang lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Satu dunia dah viral dengan aksi ‘count on me challenge’ yang dilakukan untuk menunjukkan rasa sayang dan sweet kepada orang yang kita sayang.
Mula viral di Korea, fenomena ini tak ketinggalan mendapat perhatian daripada rakyat Malaysia. Dah ramai yang melakukan ‘count on me challenge’ tapi ada yang lebih best bila finalis Hero Remaja 2017, Safwan Nazri dan Harris Annuar turut men’parody’ kan challenge ini dengan aksi lucu mereka.
“Bila ramai sangat buat ‘count on me challenge’ tu, saya fikir nak buat lain dari yang lain sikit la. Saya suka main kepala botak Harris tu, tiba-tiba je boleh dapat idea dan bila beritahu Harris, dia onz je so kami pun terus share idea sama-sama,” jelas Safwan.
Berseleroh dalam video tersebut, katanya ‘Bila takdak awek, hmm botak pun botaklah’.
Apa-apa pun ramai yang terhibur dengan video parody mereka ni. Safwan dan Harris memang banyak menghasilkan video yang boleh buat korang gelak sakan. Kalau tak percaya, pi la follow instagram mereka dan lihat sendiri. Hiks!
Kami di REMAJA memang cukup pantang bila orang buat main-main dengan makanan. Apatah lagi menjadikan makanan itu sebagai salah satu objek melakukan prank yang kurang cerdik.
Di Australia seorang kanak-kanak lelaki telah ditangkap oleh pihak berkuasa selepas dia dapati meletakkan jarum di dalam bungkusan buah strawberi.
Siasatan awal mendapat bahawa dia melakukannya di atas dasar ‘prank’. Menurut laporan, Detektif New South Wales telah menahan kanak-kanak tersebut pada Rabu yang lalu namun mengkhuatiri kejadian copycat atau meniru daripada kejadian ini berlaku.
Pemangku Penolong Komisioner NSW Police, Stuart Smith berkata disebabkan kanak-kanak tersebut masih lagi di bawah umur dia tidak akan didakwa di atas dakwaam merosakkan dengan meracuni atau mendatangkan bahaya makanan berbentuk buah-buahan yang di mana boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun.
Disebabkan masih juvana kanak-kanak tersebut akan dimasukkan ke dalam sebuah sistem dipanggil ‘youth cautioning system’.
Kejadian tersebut yang tular di media sosial telah mencetuskan kegusaran di kalangan orang awam di Australia yang risau akan keselamatan makanan di pasaran.
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison turut menyelar tindakan yang tidak bertanggungjawab ini terutamanya datang daripada kanak-kanak yang harus didik menjadi insan yang lebih bertanggungjawab. Perbuatan yang turut dianggap sabotaj yang mampu mengancam nyawa orang awam ini juga menjadi topik perbualan hangat netizen yang mahu tindakan lebih tegas dikenakan kepada pelaku.
Perdana Menteri Australia, Scott Morrison menyelar tindakan yang dianggap amat tidak bertanggungjawab.
Sehingga kini terdapat lebih 100 kes sedang disiasat dan terdapat 13 laporan daripada orang awma tentang kejadian jarum di dalam buah strawberi. NSW Police turut menawarkan habuan sebanyak AUD100,000 (RM300,424) kepada sesiapa yang dapat tampil memberikan maklumat terhadap pelaku lain.
Digarapkan agar kes seperti ini tidak berlaku di negara kita. Ia satu perkara yang bukan sahaja membahayakan nyawa tetapi boleh menjejaskan industri makanan di negara kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelawak dan penyampai radio terkenal, Azad Jasmin atau lebih mesra disapa Pak Azad, mengambil tindakan tegas apabila mendedahkan wajah beberapa individu yang didakwa melakukan...