Kisah tentang pekerja asing yang cuba bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik ada ketikanya mampu membuat kita tersenyum sendirian. Tersalah sebutan, tidak jelas dan ada ketikanya kita sendiri tidak faham apa dipertuturkan.
Lebih teruk, ada ketika, kita sendiri terikut-ikut lenggok mereka berbicara khususnya ketika membuat order di kedai mamak jika pekerjanya sah-sah dari India. Itu belum lagi berhadapan dengan pekerja dari Bangladesh, Myammar dan sebagainya.
Pengalaman seorang doktor, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan yang berkongsi kisahnya merawat seorang pesakit Bangladesh jika dibaca boleh menjadi berita yang menghiburkan hati. Walau pun mengalami kecacingan, namun lelaki itu menyebut cacing sebagai cicak. Dan bila doktor membetulkan sebutannya sebagai cacing, dengan teruja dia menyebutnya sebagai dacing pula!.
Nampaknya warga asing khususnya yang mahu memasuki negara ini perlu diwajibkan mempelajari bahasa Melayu dengan betul sebagai satu syarat tambahan. Betul tak dan apa pandangan korang?
Baca perkongsian yang ditulis oleh Dr Kamarul di fb mengenai kisah seorang lelaki Bangladesh ini.
Ads
Seorang pesakit warganegara Bangladesh datang ke klinik. Muka dia gelisah. Belum sempat duduk ke kerusi dalam bilik konsultasi, dia sudah minta ubat. “Doktor, saya mau ubat itu…cicak!” pintanya. “Hah? Cicak? Sini mana ada ubat cicak” balas aku. “Mana boleh beli itu ubat cicak?” soalnya. “Kenapa awak mahu ubat cicak? Rumah awak banyak cicak ke?” “Ini macam, doktor. Semalam, saya itu berak, cicak ada keluar” jawabnya sambil mengerut dahi. Kening aku pun turut berkerut dengar jawapan diam Meremang bulu roma aku terbayang cicak menggelitik keluar daripada dubur. Hish! Geli geleman! “Itu haiwan, panjang, kici-kici, tanah tinggal. Cicak, kan?” soalnya untuk kepastian selepas lihat reaksi aku “Oooooooo…itu CACING!” ujar aku. “Ya! Itu! DACING!” responnya teruja “Huish! Cacinglah! Dacing tu lain. Awak, jangan macam-macam.”
*****
KECACINGAN
Lazimnya, kecacingan berlaku apabila telur atau larva cacing memasuki badan melalui laluan fecal-oral (najis ke mulut). Ia berkaitan dengan kebersihan air dan makanan. Oleh demikian, kanak-kanak mudah terkena kecacingan. Namun begitu, kecacingan bukan sahaja boleh berlaku pada kanak-kanak, bahkan juga pada orang dewasa. Malah pada haiwan peliharaan.
Antara tanda-tanda kecacingan:
-Mudah letih dan lesu.
-Perut tidak selesa dan kurang selera makan
-Berat badan menyusut
-Gatal di dubur
– Cacing pada najis
Ads
“Bahaya tak kecacingan ni?, doktor”
Kecacingan bukan sahaja boleh berlaku pada usus. Cacing boleh juga mendiami organ-organ dalam tubuh kita, contohnya di paru-paru, mata, serta otak. Seram tak?
Jika seorang kanak-kanak mendapat kecacingan, tumbesaran fizikalnya boleh terganggu akibat penyerapan nutrisi terjejas(malnutrisi). Perkembangan minda juga akan terjejas kerana fokusnya terganggu akibat selalu letih.
Kecacingan yang berpanjangan dan tidak dirawat juga akan menyebabkan kerosakan organ dan boleh masalah kesihatan yang sangat serius. Boleh juga sebabkan kematian jika melibatkan organ yang vital.
“Macam mana nak cegah kecacingan?” -Amalkan penjagaan kebersihan yang baik. Pastikan kuku sentiasa pendek. Basuh tangan dengan sempurna sebelum makan.
-Minum dari sumber yang bersih— dirawat/dimasak. Kebanyakan kes berlaku akibat penggunaan air tidak terawat dari sumber yang tercemar sisa kumbahan.
-Cuci makanan bersih, terutamanya yang dimakan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Pastikan bahan mentah(ikan/ayam/daging) dimasak sehingga sempurna.
-Haiwan peliharaan perlu dijaga rapi. Kecacingan boleh dijangkiti daripada dan kepada haiwan peliharaan. Bersihkan tempat tinggalnya sekerap mungkin.
Ads
“Kalau dah kena kecacingan, apa rawatannya?” -Ubat cacing disarankan untuk diambil setiap 6 bulan. Ada. ubat berbentuk pil dan ada juga dalam bentuk cecair. Contoh ubat cacing adalah: Albendazole dan Mebendazole.
-Di media sosial, ada tertular petua mengatasi kecacingan menggunakan mandian air asam dan garam, serta mandian sabun khusus. Cara ini tiada bukti tentang keberkesanannya.
Jika simptom-simptom berlarutan selepas pengambilan ubat, maka berjumpalah semula dengam doktor untuk pemeriksaan lanjutan. Khuatir ia kecacingan yang serius atau masalah kesihatan yang lain.
Dunia ratu cantik di Malaysia hari ini penuh dengan kegembiraan apabila Cassandra Yap berjaya memecah kemarau untuk bergelar semi-finalist di pentas Miss International 2023 yang berlangsung di Jepun sebentar tadi.
Bukan calang-calang, Miss International merupakan salah sebuah pertandingan ratu cantik bertaraf papan atas selain Miss Universe, Miss World dan Miss Supranational.
Kejayaan Cassandra untuk berada di kedudukan top 15 memecah kemarau selama 58 tahun yang mana kali terakhir wakil Malaysia berjaya tembus ke peringkat separuh akhir adalah pada tahun 1965 menerusi perwakilan, Linda Lim Hong Eng.
Gadis berusia 24 tahun ini yang berasal dari Johor Bahru sebelum ini merupakan figura yang tidak asing lagi dalam dunia ratu cantik selain aktif sebagai peragawati.
Dalam pertandingan Miss International 2023, seramai 70 peserta telah bertanding mewakili negara masing-masing. Sepanjang tempoh bertanding, mereka dinilai oleh juri profesional yang memberi perhatian kepada cara komunikasi dan juga penampilan mereka.
Untuk pengetahuan para pembaca, daripada 15 peserta yang berjaya tembus ke kedudukan semi-final, 12 merupakan pilihan juri berdasarkan markah tertinggi manakala tiga lagi kedudukan merupakan peserta yang memiliki undian populariti tertinggi.
Cassandra berjaya memecah masuk sebagai perserta yang dinilai juri. Walaupun begitu, perjuangannya terhenti di kedudukan top 15 apabila gagal untuk masuk ke peringkat top 7. Gelaran Miss International tahun ini akhirnya dimenangi oleh wakil Venezuela, Andrea Rubio.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat permainan video yang mempunyai minat dalam bidang fesyen, ini peluang untuk korang ‘berangan’ dalam dunia ciptaan sendiri menerusi permainan terbaharu daripada Fashion Dream.
Menampilkan lebih daripada 10,000 pilihan pakaian untuk dipilih, pemain boleh mencipta sendiri penampilan unik mereka sebagai ‘Ethereal Fairy’, ‘Elegant royal’ atau pun ‘West Town Policewoman’. Pemain juga berpeluang untuk bersaing dengan pemain lain bagi menjadi peneraju terkemuka dalam industri fesyen. Terdapat juga banyak watak-watak lain yang ditampilkan serta kisah-kisah misteri untuk didedahkan.
Dengan pelancaran ini, Kejohanan Fesyen dianjurkan bagi para pemain memperagakan barangan mereka dan mempamerkan kemahiran padanan mereka yang luar biasa. Pemain juga berpeluang memenangi sejumlah 100 cabutan percuma dan mereka yang menjemput rakan untuk menyertai permainan ini akan diberi ganjaran pakaian dan mata wang bernilai AS$10.
Apa yang menariknya, dengan semua pilihan fesyen yang ada, saiz permainan video ini hanya 200M, menjadikannya mudah untuk diakses dan sesuai dimuat turun oleh semua jenis telefon pintar.
Nah, untuk peminat fesyen korang boleh memuat turun Fashion Dream yang sudah pun dilancarkan di seluruh dunia. Permain ini boleh dimuat turun di peranti iOS dan Android.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau dulu tatu hanya sinonim dengan seni di atas kulit, kini masyarakat di China memperkenalkan satu trend kecantikan yang cukup luar biasa iaitu tatu gigi! Fenomena ini menjadikan senyuman bukan sekadar lambang keramahan, tetapi juga medium ekspresi diri yang bergaya dan unik.
Trend Tatu Gigi yang Tular di China
Menurut laporan, sarung gigi atau teeth crown yang sebelum ini hanya digunakan untuk rawatan pergigian kini bertukar fungsi menjadi aksesori fesyen. Ia diukir dengan pelbagai simbol, perkataan dan corak menarik hingga menjadi tular di media sosial seperti Douyin dan Xiaohongshu sejak awal tahun. Ramai anak muda China kini mempamerkan tatu gigi mereka sebagai tanda kreativiti dan gaya hidup moden.
Perkhidmatan Tatu Gigi dan Kos yang Dikenakan
Perkhidmatan tatu gigi ini ditawarkan oleh pelbagai klinik pergigian di seluruh negara, malah ada yang memberikan ukiran percuma sebagai promosi pelanggan baharu. Trend ini bermula apabila beberapa pusat pergigian menawarkan crown bercetakan 3D daripada bahan khas yang digunakan dalam industri aeroangkasa. Ia bukan sahaja tahan lama, malah boleh diukir mengikut cita rasa pelanggan.
Harga dan Reka Bentuk Popular
Kos untuk satu teeth crown boleh mencecah sekitar 2,000 yuan atau kira-kira RM1,200 sebatang! Antara ukiran paling popular termasuk nama pasangan, nombor bertuah, mesej motivasi seperti “berjaya” dan “kaya”, serta simbol tradisional Cina yang membawa maksud keberuntungan.
Amaran Pakar Tentang Risiko Tatu Gigi
Namun, pakar pergigian di Shanghai memberi amaran bahawa ukiran pada crown boleh menjejaskan kekuatan strukturnya dalam jangka panjang. “Jika terlalu dalam atau dilakukan tanpa kawalan, ia boleh menyebabkan kerosakan mikro pada bahan dan menjejaskan ketahanan,” katanya. Oleh itu, pakar menasihatkan agar pengguna berhati-hati dalam memilih perkhidmatan tatu gigi.
Alternatif Fesyen Gigi yang Lebih Selamat
Bagi mereka yang tidak mahu mengambil risiko, alternatif lain seperti pelekat gigi sementara dengan corak hati, bintang atau bentuk comel kini menjadi pilihan popular. Walaupun hanya bertahan sehari, ia tetap cukup untuk mencuri perhatian di media sosial tanpa risiko kerosakan gigi.
Tatu Gigi Sebagai Simbol Gaya dan Keberanian
Walau apa pun pendapat orang ramai, trend tatu gigi ini menunjukkan sejauh mana kreativiti belia China dalam bereksperimen dengan fesyen dan kecantikan. Mereka menjadikan gigi bukan sekadar alat untuk senyum, tetapi kanvas seni yang melambangkan keberanian dan gaya tersendiri.
Fenomena tatu gigi ini mungkin hanya sementara, namun ia membuktikan bahawa kecantikan kini bukan sekadar soal penampilan luar, tetapi juga tentang identiti dan ekspresi diri yang unik.
Kisah tular kebakaran rumah di Gerik menarik perhatian apabila duit raya RM30 terselamat dalam beg Christy Ng, mencetuskan reaksi netizen dan jenama itu sendiri.