Setiap kali menyaksikan pertandingan ratu cantik, segmen kostum nasional antara segmen yang dinantikan. Bukan sekadar persembahan, segmen ini jadi medan untuk memperkenalkan budaya dan juga kekayaan seni negara masing-masing.
Terbaru, Cassandra Yap yang kini berada di Jepun mewakili Malaysia di pentas Miss International 2023 telah berkongsi kostum nasional yang bakal digayakannya kelak. Tampak eksklusif, regal dan penuh dengan pengertian kesenian negara, kostum yang bakal digayakan menarik perhatian ramai.
Diberi nama ‘The Glory of Permaisuri’, kostum nasional yang dicipta oleh Faizal Azhar itu diinspirasikan daripada seni budaya Melayu seperti tepak sireh, bunga telur, cucuk sanggul, kain songket dan sulaman tekat.
Ads
Elemen-elemen ini disatukan dan digelar permaisuri yang melambangkan pemerkasaan wanita. Selain itu ia juga menjadi simbolik kepada adat dan tradisi yang dipelihara sejak dahulu sebagai khazanah negara yang tidak ternilai harganya.
Ads
Malam finale Miss International 2023 bakal diadakan pada 26 Oktober nanti. Imbas kembali, pertandingan ini sudah memasuki edisi ke-61 sejak penganjurannya pada tahun 1960. Pemegang takhta Miss International terkini ialah Jasmine Selberg yang berasal dari Jerman.
Kali terakhir Malaysia berjaya tembus sebagai semi-finalist adalah pada tahun 1965 dan sebelum itu pada tahun 1961. Adakah kemarau selama 58 tahun ini akan diakhiri Cassandra? Sama-sama kita nantikan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biarpun suasana di anugerah Akademi 2022 ataupun Oscars pada pagi ini mengalami sedikit kejutan susulan insiden Will Smith yang menampar Chris Rock secara langsung di atas pentas, ia masih tidak mencemarkan prestij acara tersebut dengan kehadiran puluhan penggiat seni yang ingin meraikan filem-filem terbaik sepanjang tahun 2021.
Masing-masing pastinya inginkan kemenangan berpihak kepada mereka. Semangat yang sama juga dapat dirasai di karpet merah Oscars apabila selebriti yang hadir sebagai calon, penyampai trofi mahupun untuk menyokong pencalonan projek masing-masing tampil elegan dan segar di mata pemerhati fesyen.
JOM lihat siapakah 8 selebriti yang menampilkan gaya menarik dan menjadi pilihan REMAJA tahun ini.
*
Zendaya
Memulakan senarai ‘best dressed’ di karpet merah Oscars hari ini ialah Zendaya yang tampak cukup elegan dan segar dalam persalinan Valentino Haute Couture. Zendaya membuat pilihan berani dengan memilih crop top sutera putih dengan skirt perak. Gelang berlian Bvlgari dan dandanan ‘up do’ klasik melengkapkan gaya ini. This look is a risk that pays off big time.
Saniyya Sidney
Pelakon remaja ini kelihatan cukup ceria dalam persalinan pastel Armani Prive Spring 2021 yang dihiasi rekaan flora dan perincian indah lain. Saniyya yang baru berusia 15 tahun berkata dia mendapat ilham daripada gaya primadona Hollywood, Audrey Hepburn lalu memilih gaya rambut bang.
Zoe Kravitz
Seorang lagi aktres dengan gaya rambut bang! Meneruskan musim karpet merah setelah terlibat dalam jelajah tayangan filem The Batman, Zoe Kravitz memukau mata dalam busana merah jambu rekaan Saint Laurent. Zoe dan jenama Perancis itu bukanlah gandingan baharu setelah mereka saling berkolaborasi untuk karpet merah The Batman awal tahun ini. Bagaimanapun untuk Oscars 2022, mereka memilih tona gaun yang lebih terang berbanding gaya klasik hitam Zoe.
Rachel Zegler
Pada usia 20 tahun, pelakon filem West Side Story ini telah membuktikan kepada pemerhati fesyen bahawa dia mempunyai stail dan attitude di karpet merah. Rachel memilih gaun column hitam daripada koleksi Christian Dior Spring 2022 Houte Couture yang terasa seksi dan matang; berbeza daripada gaun-gaun ‘Cinderella’ yang menjadi pilihannya sepanjang musim anugerah ini. Aksesori Tiffany & Co. melengkapkan look Rachel ini. Selepas ini, Rachel bakal muncul dengan projek Disney Live Action bagi watak Snow White.
Timothée Chalamet
Memilih untuk melupakan kemeja di bahagian dalam, Timothée menjadi sebutan ramai apabila tampil dengan hanya jaket hitam mengilau daripada koleksi wanita Louis Vuitton Spring 2022. Sama seperti pasangan pelakonnya dalam filem Dune iaitu Zendaya, Timothée memilih pelbagai jenis aksesori cincin serta gelang daripada koleksi Cartier.
Kirsten Dunst
Okay, mungkin ada yang berpandangan persalinan Kirsten di Oscars hari ini terlalu ringkas untuk mereka. Namun, Kirsten pada mata REMAJA telah bertindak bijak dalam mencatur gaya tanpa membiarkan ia ‘menenggelamkan’ dirinya. Kali pertama menerima pencalonan di Oscars, Kirsten kelihatan chic dalam gaun Christian Lacroix vintaj berusia 20 tahun.
Ariana DeBose
Turut memilih warna merah di Oscars ialah pemenang kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Ariana DeBose. Pelakon West Side Story beusia 31 tahun ini memilih padanan seluar, top dan jaket yang dilabuhkan ke belakang rekaan Valentino. Pemilihan seluar kembang ini mengingatkan REMAJA kepada gaya Lady Gaga sewaktu menyarungkan busana Brandon Maxwell di Oscars 2016. Potongan ‘curvy’ pada bahagian dada Ariana menjadikan gaya ini segar dan lain daripada yang lain.
Kodi Smit-McPhee
Tidak takut untuk mengenakan warna-warna yang jarang dipilih oleh selebriti lelaki di karpet merah, pelakon The Power of the Dog dan calon Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik ini menonjol dalam persalinan sut biru cair oleh Bottega Veneta. Untuk menaikkan lagi seri retro, Kodi memadankannya dengan aksesori daripada Cartier pada bahagian leher, telinga dan jari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka, Hailey Beiber yang juga merupakan isteri kepada Justin Bieber serta model terkenal juga mempunyai rasa insecurity apabila melihat model-model cantik lain.
Dalam temuramah sebagai cover girl untuk majalah Vogue Australia keluaran Oktober, Hailey membuka rahsia bagaimana dia pernah merasa tidak layak untuk berdiri sama taraf dengan kawan baiknya, Kendall Jenner dan Gigi Hadid.
Walaupun ramai yang keliru mengapa Hailey berasa sedemikian memandangkan dia sendiri merupakan model jelita, rupa-rupanya ada beberapa sebab yang membuat Hailey merasa insecure. Antaranya termasuklah ketinggiannya..
What, kan dia tinggi juga?!
“Kendall dan Gigi semuanya tinggi dan tak henti-henti ditempah bagi runway show. Saya pada waktu itu risau jika modelling adalah karier yang SALAH memandangkan ketinggian saya (5 kak 8 inci) adalah kelemahan saya.”
Hailey BeiberKendall JennerGigi Hadid
Kendall dan Gigi masing-masing adalah setinggi 5 kaki 11 inci.
Hailey juga pernah mendengar pengarah ujibakat berkata, “Kami tak rasakan Hailey adalah model sebenar. Hanya cantik je.” Ouch.
Tapi itu dahulu, sekarang Hailey tidak kisah lagi apa yang orang katakan.
“Seseorang itu masih boleh menjadi seorang model tanpa perlu melakukan runway, dan saya adalah contoh terbaik.”
(Dari kiri): Hailey, Gigi dan Kendall.
Malah, Hailey juga merupakan antara model paling ‘laku’ sekarang termasuklah projek bersama Versace, Miu Miu dan beberapa lagi jenama besar.
See, tak semestinya kekurangan fizikal adalah halangan utama untuk berjaya sebagai model.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Perayaan Hari Raya sering dinantikan setiap tahun. la disambut meriah bersama kaum keluarga dan teman-teman tersayang sebagai simbolik meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Bulan yang sangat istimewa kerana ia penuh dengan aura kasih sayang, kemurahan hati dan saling memaafkan antara satu sama lain. Hari Raya juga adalah masa untuk kita tampil lebih menarik, yakin dan cantik bergaya dari hujung rambut ke hujung kaki.
Seiring dengan semangat ini, Beauté Library memperkenalkan semula rawatan terlaris No 1 mereka iaitu Rawatan Pigmentasi PicoSpot melalui satu kempen khas, istimewa untuk raya yang bertajuk ‘Oooh-mazing Raya with Beauté Library’.
Beauté Library memilih Riena Diana, pelakon drama televisyen popular bagi menjayakan kempen ini dengan lakonan bersahaja menerusi sketsa komedi pendek yang bertajuk ‘Oooh-mazing Raya’.
Ketika ditemu bual Remaja, Riena Diana menzahirkan kesyukuran dan berbangga kerana diberi peluang sebagai the face of Beauté Library. Selain itu, dia memilih untuk berkolaborasi bersama kerana jenama ini mempunyai rawatan yang berbeza daripada yang sedia ada.
“Sebenarnya saya tidak pernah mendapat peluang untuk menjadi face of untuk mana-mana produk sbeelum ini. Urusan kami sewaktu deal amat dipermudah dan saya sangat berbangga kerana dapat menjadi face of Beaute Library.
“Sejujurnya saya rasa sangat boleh dikatakan hampir menangis dan bersyukur kerana saya tidak pernah dapat peluang seperti ini. Walaupun saya dalam industri ini sudah enam tahun, di mana baru lagi. Namun saya rasa bersyukur kerana ada yang nampak dan beri saya peluang.
“Kebanyakannya di luar sana menjadi ambassador untuk skincare, tetapi kali ini berbeza kerana ia adalah rawatan. Ia tidak menjanjikan sekali lakukan rawatan sudah nampak kesan glowing, namun perlu berterusan dan akan nampak hasilnya,” tuturnya pada majlis B-Oooh-ka Puasa di K’ Seena House, baru-baru ini.
Sempena menyambut bulan Ramadan yang mulia dan istimewa ini, Beauté Library berbesar hati menganjurkan satu sesi makan malam amal, ‘B-Oooh-ka-Puasa’. Ini adalah inisiatif untuk menyokong kanak-kanak yang kurang bernasib baik di bawah SUKA Society atau Persatuan Kebajikan Suara Kanak-Kanak Malaysia (SUKA), sebuah NGO berdaftar melalui sumbangan dalam bentuk wang kepada bekalan makanan mereka yang semakin berkurangan.
Untuk makluman, bagi setiap tetamu yang hadir, Beauté Library akan membuat sumbangan RM100 kepada SUKA Society, dengan harapan dapat mengumpul sekurang-kurangnya RM15,000 pada malam itu.
Bagi rawatan PicoSpot pula, ia menggunakan teknologi canggih dan inovatif untuk merawat semua jenis pigmentasi seperti melasma, bintik penuaan, hiperpigmentasi, jeragat dan parut. Getaran ultra-pendek PicoSpot berfungsi memecahkan bintik pigmentasi yang disasarkan kepada zarah-zarah kecil supaya badan kita dapat menyingkirkannya dengan cepat.
Hasilnya, rawatan PicoSpot ini boleh membantu memudarkan parut, mempercepatkan proses pemulihan kulit, merangsang penghasilan kolagen agar kulit kelihatan berseri, anjal dan kekal awet muda. la juga tidak mempunyai kesan sakit keterlaluan, kesan sampingan dan tidak perlu melalui tempoh pemulihan yang panjang.
Sekadar informasi, Beauté Library adalah jenama kecantikan dan gaya hidup premium yang telah meneraju industri kecantikan sejak 2011. Beauté Library komited memberikan yang terbaik untuk membantu para pelanggannya mencapai impian dalam memiliki kecantikan kulit dan penjagaan diri yang dinginkan.
Beauté Library kini mempunyai 9 cawangan di seluruh Lembah Klang, iaitu di Mid Valley, EkoCheras Mall, Desa ParkCity, USJ Taipan, Setia Walk Puchong, Kota Damansara, MyTOWN KL, 1 Utama dan Setia City Mall.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Zuhairie Ahmad Tarmizi mencipta kejayaan gemilang apabila meraih emas sulung Malaysia di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 serta memecahkan rekod temasya.