Kalau dulu tatu hanya sinonim dengan seni di atas kulit, kini masyarakat di China memperkenalkan satu trend kecantikan yang cukup luar biasa iaitu tatu gigi! Fenomena ini menjadikan senyuman bukan sekadar lambang keramahan, tetapi juga medium ekspresi diri yang bergaya dan unik.
Trend Tatu Gigi yang Tular di China
Menurut laporan, sarung gigi atau teeth crown yang sebelum ini hanya digunakan untuk rawatan pergigian kini bertukar fungsi menjadi aksesori fesyen. Ia diukir dengan pelbagai simbol, perkataan dan corak menarik hingga menjadi tular di media sosial seperti Douyin dan Xiaohongshu sejak awal tahun. Ramai anak muda China kini mempamerkan tatu gigi mereka sebagai tanda kreativiti dan gaya hidup moden.
Perkhidmatan Tatu Gigi dan Kos yang Dikenakan
Perkhidmatan tatu gigi ini ditawarkan oleh pelbagai klinik pergigian di seluruh negara, malah ada yang memberikan ukiran percuma sebagai promosi pelanggan baharu. Trend ini bermula apabila beberapa pusat pergigian menawarkan crown bercetakan 3D daripada bahan khas yang digunakan dalam industri aeroangkasa. Ia bukan sahaja tahan lama, malah boleh diukir mengikut cita rasa pelanggan.
Harga dan Reka Bentuk Popular
Kos untuk satu teeth crown boleh mencecah sekitar 2,000 yuan atau kira-kira RM1,200 sebatang! Antara ukiran paling popular termasuk nama pasangan, nombor bertuah, mesej motivasi seperti “berjaya” dan “kaya”, serta simbol tradisional Cina yang membawa maksud keberuntungan.
Ads
Amaran Pakar Tentang Risiko Tatu Gigi
Namun, pakar pergigian di Shanghai memberi amaran bahawa ukiran pada crown boleh menjejaskan kekuatan strukturnya dalam jangka panjang. “Jika terlalu dalam atau dilakukan tanpa kawalan, ia boleh menyebabkan kerosakan mikro pada bahan dan menjejaskan ketahanan,” katanya. Oleh itu, pakar menasihatkan agar pengguna berhati-hati dalam memilih perkhidmatan tatu gigi.
Alternatif Fesyen Gigi yang Lebih Selamat
Bagi mereka yang tidak mahu mengambil risiko, alternatif lain seperti pelekat gigi sementara dengan corak hati, bintang atau bentuk comel kini menjadi pilihan popular. Walaupun hanya bertahan sehari, ia tetap cukup untuk mencuri perhatian di media sosial tanpa risiko kerosakan gigi.
Ads
Tatu Gigi Sebagai Simbol Gaya dan Keberanian
Walau apa pun pendapat orang ramai, trend tatu gigi ini menunjukkan sejauh mana kreativiti belia China dalam bereksperimen dengan fesyen dan kecantikan. Mereka menjadikan gigi bukan sekadar alat untuk senyum, tetapi kanvas seni yang melambangkan keberanian dan gaya tersendiri.
Ads
Fenomena tatu gigi ini mungkin hanya sementara, namun ia membuktikan bahawa kecantikan kini bukan sekadar soal penampilan luar, tetapi juga tentang identiti dan ekspresi diri yang unik.
Sama ada kita perasan atau tidak, payudara yang merupakan aset bagi wanita sebenarnya tidak sama ukurannya. Sebelah kiri di katakan lebih besar berbanding sebelah kanan.
Jika wanita merasakan payudara mereka sama saiznya, pendapat ini dilihat dari sudut sains dan bagaimana penjelasan mengenainya dilakukan.
Menurut Pengarah Minimally Invasive Gynecology di Universiti Of Illinois, Dr Jessica A Shepard sebenarnya terdapat beberapa perbahasan mengenai ukuran payudara yang berbeza antara kiri dan kanan.
“Salah satu teorinya adalah berkaitan dengan faktor hormon. Ukuran payudara akan mula terbentuk ketika seorang gadis mencapai akil balighnya iaitu didatangi haid. Dalam proses ini, payudara akan mula tumbuh dan lebih ketara penonjolannya berbanding tingkat estrogen dibandingkan dengan lain,”katanya.
Besar atau kecil bukan masalah kerana paling penting anda sihat
Dalam satu kajian di Turki juga menunjukkan tubuh sebelah kiri umumnya lebih tinggi rasa sensitiviti dan imunitinya. Hal ini kemudiannya akan mempengaruhi hormon terutama hormon estrogen yang memainkan peranan penting untuk pertumbuhan payudara.
“Selain itu, teori lain menyebut bahawa payudara sebelah kiri lebih besar dari belah kanan kerana di sebelah kiri terletak dekat jantung yang mempunyai banyak pembuluh darah, urat nadi dan lapisan lemak yang melindungi jantung.
Sementara itu seorang pakar bedah plastik dari Kota Grand Rapids, Michigan, Bradley Bengtson, juga mengakui payudara tidak simetri.
“Kata Profesor yang pernah mengajar saya, payudara bukan kembar, keduanya bagaikan bersaudara. Inilah yang selalu saya maklumkan kepada pesakit,”katanya lagi.
Dalam pada itu, jika payudara anda besar sebelah atau ketara perubahannya jangan risau ya kerana ia bukan petanda anda berpenyakit.
Cuma jika ada benjolan di payudara, itulah yang perlu dirisaukan kerana benjolan ini biasanya boleh dirasai termasuk di bawah lengan, kata Shepard.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal antarabangsa, Doja Cat yang terkenal dengan penampilannya yang tidak dapat diramal. Terbaharu Penampilannya di Met Gala 2024 curi tumpuan ramai.
Menerusi acara tersebut, penyanyi rap dari Amerika Syarikat (AS) itu berjalan di karpet merah di Muzium Seni Metropolitan, New York sambil basah kuyup. Doja Cat hanya memakai gaun labuh putih polos yang ringkas.
Bagaimanapun, baju labuh yang direka oleh rumah fesyen Vetements itu dilihat basah kuyup.
Lebih menarik perhatian, Doja Cat menggabungkan rupa basahnya dengan solekan glamor pada wajahnya.
Penampilan ‘smoky eye’ menjadikan matanya terlihat lebih tajam. Dilihat lebih dramatik apabila jurusolek Pete McGrath menambah solekan dalam bentuk titisan air mata.
Selain itu juga, penyanyi terkenal itu turut hanya menggunakan tuala putih yang hanya menutupi badan dan kepala. Dia menggabungkan tuala dengan sandal dan rantai berlian.
Menerusi temu bual bersama Harper’s Bazaar, dia mengakui sering bereksperimen dengan fesyen. Ini dilakukan untuk menampilkan dirinya sebagai seorang artis.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Inai atau henna ini sememangnya sinonim dengan masyarakat India dan Melayu. Jika dulu inai hanya dipakai ketika majlis perkahwinan atau sekadar mengikut adat. Kini ia dianggap sebagai trend kecantikan seperti pewarna kuku.
Buat yang teringin nak pakai inai kuku, ini REMAJA kongsikan cara DIY sendiri perkongsian Rosdiana Dian di facebooknya.
Menariknya hanya guna tiga bahan sahaja dan paling penting selamat dibawa solat.
DIY ‘INAI’ Kuku Guna 3 Bahan
3 Bahan-bahan asas:
Hi semua…Mak nak share inai homemade yang mak buat siang tadi. Actually uolls buleh jugak tanya pakcik Google. Cuma.. resepi ni mak dapat dari kawan Mak. Mungkin lain orang lain bahannya. Modal tak sampai 3 hengget..
1. Kapur sireh/ kapur makan tu. Ini paling utama. Takde ni maka pewarna tak boleh serap dalam kuku. (Sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet ja.. jangan banyak-banyak takut panas. Kang sakit pulak kuku tu Mak tak jamin.. hehehe..
2. Sabun mandi yang jenis ketul/ buku. (Sukatan 2cm persegi) atau, sabun axion pun buleh. Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau. (Kalau axion dalam Sukatan 1 sudu besar).
3. Pewarna makanan warna ceri merah. Ada yang pakai sirap. Hehehe.. ikut la nak kaler apa pun… oren, purple, hijo, cokelet ke hitam ke.. sapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau… tu takleh.. lain jadinya karang. Hihihi.. Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan).
Cara-Cara Bancuhan DIY ‘INAI’ Kuku Guna 3 Bahan
Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Toksah campur air tau… Kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.
Alaaaaa… susah-susah tak dapat nak agak kuantiti bahan boleh beli ja inai readymade kat kedai tu.. tapi cuma inai tu tak kekal lama laaa.. lekas pudar. Yang ni tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong.
Lagi satu, yang paling penting buleh bawa SOLAT. Sebab warna menyerap ke dalam kuku. Bukan hanya sekadar menutup permukaan kuku. Tak caya lepas pakai try ler kikis. Buleh ke idok.. Hehehe…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Acara Astro BizOne Watch Party yang bakal berlangsung di UNITEN dijangka bakal meriah dengan aksi Chelsea dan Manchester United pada 31 Oktober. Jom sertai peminat bola sepak menonton secara live!