Pelakon, pengacara dan DJ radio terkenal, Sharifah Shahirah baru-baru ini menyatakan bahawa dia sentiasa mengawasi pemakaian anak-anaknya susulan gaya mereka sering mendapat reaksi kurang senang dari pengikutnya di media sosial.
Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera berkata, dia turut tidak akan teragak-agak menegur anak-anaknya sekiranya pakaian itu keterlaluan atau mencolok mata.
“Saya artis dan bukan dilahirkan dalam keluarga bertudung labuh tetapi sebagai ibu, saya akan kawal cara pemakaian anak-anak saya. Melainkan kalau mereka keluar tanpa pengetahuan saya, itu cerita lain…”
Shiera yang ditemui media Mstar berkata, dia juga mempunyai cara tersendiri dalam mendidik keenam-enam anaknya yang sudah pasti berbeza daripada cara didikan orang lain.
Jelasnya, dia juga tegas dan berterus terang dalam menegur anak-anak jika mereka melakukan sebarang kesilapan.
Ads
“Saya jenis akan berterus terang dengan anak-anak dan sebab itu saya tak boleh jadi ‘kawan’ mereka. Sebenarnya bukan mudah nak menjaga anak-anak yang meningkat remaja tapi saya ada cara tersendiri untuk rapat dengan mereka”
Selain itu, Sheira menyatakan bahawa kecaman dilemparkan juga sebenarnya bukan datang daripada pengikutnya sebaliknya masyarakat yang kurang senang melihat kebahagiaan keluarganya.
Namun sebagai seorang ibu, pelakon itu lebih memilih untuk enggan melatah sebaliknya menjaga lidah dengan apa diperkatakan kerana bimbang ianya akan berbalik kepadanya keluarganya.
Ads
“Kalau betul ada salah, saya minta maaf. Saya paling takut nak menghakimi anak-anak orang sebab kita tak tahu pengakhiran keluarga kita pula macam mana”
Sekadar info, Shiera mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ijoy Azhari pada 2003 dan miliki lima orang cahaya mata bersama.
Ads
Sebelumnya, dia pernah berkahwin dengan penyanyi Jatt Ali pada tahun 1993 namun bercerai pada tahun 1999 dan dikurniakan seorang cahaya mata, iaitu penyanyi Allisya Tahir.
Sumber: Mstar
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selepas lebih sebulan Majalah Remaja bersama-sama rakan strategik Dewan Bahasa & Pustakan serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor melancarkan pertandingan mengarang esei bertemakan ‘Ceritakan Malaysia Anda’, akhirnya 10 orang pemenang utamanya telahpun diumumkan pada hari ini.
Pertandingan yang dibuka kepada pelajar sekolah menengah berusia 15 – 17 tahun dan pelajar prauniversiti/universiti berusia 18 -22 tahun ini adalah bersempena kempen patriotik ‘Saya #RemajaMalaysia’ yang dilancarkan oleh Majalah Remaja pada bulan Ogos dan September lalu.
Menariknya, meskipun negara sedang berada dalam musim wabak Covid-19, pertandingan ini menerima sambutan yang cukup menggalakkan daripada para pelajar. Sejumlah 525 penyertaan telahpun diterima oleh kami untuk diadili oleh pihak editorial Majalah Remaja dan wakil daripada Dewan Bahasa & Pustaka.
Dan Pemenangnya Ialah..
Bukan mudah bagi kami memilih hanya 5 orang pemenang bagi setiap kategori. Apapun, hasil kreativiti, seni penulisan dan idea yang dikarang oleh para pelajar telah kami teliti dengan cermat agar pemenang yang tersenarai pada edisi pertama ini adalah yang terbaik.
Bagi kategori Sekolah Menengah, tempat pertama dimenangi oleh Nur Isma Faqihah Binti Mohd Zulkifli dari Sekolah Menengah Kebangsaan Cha’ah, Segamat Johor.
Tempat kedua dimiliki oleh pelajar yang baru sahaja dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik Pertandingan Debat Pendidikan (DeKan) 2020 semalam, Aiman Izdihar Bin Amran dari Sekolah Dato’ Abdul Razak, Negeri Sembilan. Tempat ketiga pula jatuh kepada pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Ahmadshah, Sabah iaitu Nur Izzati Zahidah Md Asmara.
Dua kedudukan sagu hati dimiliki oleh Rabiatul Insyirah Ahmad Shah dan Nur Alya Nabihah Mohd Zaidi; masing-masing dari Sekolah Tun Fatimah, Johor. Mereka berdua diwakili oleh ibu bapa pada hari ini.
Tidak ketinggalan, Majalah Remaja turut memberikan penghargaan kepada sekolah yang telah menghantar penyertaan pelajar terbanyak pada kali ini. Dengan sejumlah 35 penyertaan, Sekolah Menengah Seksyen 24 (2) Shah Alam telahpun membawa pulang kategori tersebut dan diwakili oleh Puan Sufida.
*
Debaran turut dirasai bagi kategori Prauniversiti/Universiti pula. Juara menjadi milik pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Nur Farhan Hasbullah.
Kedudukan naib juara disandang oleh Muhammad Aziim Mohd Zolkfly (Universiti Utara Malaysia) manakala pemenang tempat ketiga menjadi milik Priiyalakhshmi A/P Kumarrajah dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sukacita dimaklumkan bahawa pertandingan mengarang esei Saya #RemajaMalaysia ini telahpun menerima 66 penyertaan daripada pelajar bukan berbangsa Melayu dari seluruh negara. Ini adalah satu perkembangan positif yang menunjukkan bahasa kebangsaan semakin dikuasai dan dicintai oleh para pelajar sejagat.
Sementara itu, pelajar Sunway College, Abdul Halim Baruddin dan Muhammad Saifullah Muhamad dari Universiti Sains Islam Malaysia masing-masing menerima hadiah sagu hati.
Untuk pengetahuan, selain daripada hadiah wang tunai dan bahan bacaan yang disumbangkan oleh pihak Dewan Bahasa & Pustaka, para pemenang turut menerima trofi, sijil beserta produk tajaan Canon Malaysia, Summerie Malaysia, Good Virtues Co, innisfree Malaysia dan Marrybrown Malaysia.
Tahniah kami ucapkan kepada kesemua para peserta yang mempamerkan mutu penulisan yang cukup memberansangkan. Ini menandakan bahawa remaja pada era digital ini tetap mendahulukan kualiti dan skil penulisan yang mantap dan wajar dibanggakan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kami yakin ramai antara korang merupakan peminat tegar muzik K-pop. Apa taknya, ia kini bukan lagi dianggap sebagai genre muzik yang hanya jadi pilihan warga-warga Asia tetapi telah melebar ke seluruh dunia. Sebut sahaja nama BTS, BLACKPINK atau iKON pasti ramai yang terus berasa teruja.
Keunikan grup-grup K-pop pula semakin hari semakin hebat. Persaingan antara mereka membuatkan lebih banyak grup tampil dengan lagu, konsep dan muzik video yang sangat berkualiti tinggi. Maka tidak hairanlah jumlah view setiap MV popular daripada mereka mencecah jutaan dalam tempoh tidak sampai 24 jam! Nak tahu personaliti korang paling ngam dengan lagu K-pop yang mana? Haaa jom cuba kuiz ini!
Korang perasan tak bila ‘musim’ jerebu atau kemarau berkunjung tiba tiap tahun mesti keluar ayat pembernihan awan?
Apa benda pembenihan awan ni ya?
Proses pembernihan awan ini dilakukan untuk menghasilkan hujan tiruan bagi menyernihkan semua udara yang tercemar disebabkan jerebu.
Tapi pernah tak korang terfikir macam mana rupa dan proses buat hujan ni?
Admin pun sebenarnya teruja dengan pembernihkan awan ni..Sebab macam mana manusia mampu hasilkan hujan. Mesti guna banyak bahan kimia kot….
Tapi sebenarnya sangkaan itu salah…Ini sebenarnya prosesnya :
1. Pembenihan awan merupakan satu cara pengolahan cuaca melalui awan dengan menyebarkan bahan tertentu di udara.
2. Bahan kimia yang digunakan seperti argentum iodida, kalium iodida dan ais kering digunakan sebagai nukleus ais yang merubah proses mikrofizik dalam awan tersebut.
Proses menyemburkan garam atau natrium klorida ini dinamakan pembernihan awan.
3. Terdapat dua cara yang sering dilakukan bagi proses pembenihan awan, iaitu menggunakan roket/pesawat dan melalui penjanaan di darat.
Untuk mengatasi masalah jerebu kali ini, Operasi Pembenihan Awan (OPA) Met Malaysia telah melarutkan 800 kg garam bersama 4,800 liter air dalam empat tong berkapasiti 1,500 liter setiap satu.
Kesemua tong berkenaan dibawa menggunakan pesawat TUDM C-130 dan larutan berkenaan dilepaskan kedalam awan jenis kumulus.
Ohhh..senang je nak buat benih awan ni..Admin pun baru tahu ni.Harapnya hujan tiruan ni dapat la kembalikan udara Malaysia yang bersih seperti sebelum ini kan.
Sumber : Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Aktres meningkat naik, Amelia Christie Lim menzahirkan kesyukuran dan gembira apabila akhirnya berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Jaecoo, pada usia 24 tahun.
Menerusi sebuah hantaran...