Sebelum ini tular tentang isu doktor kontrak di hospital kerajaan kerana para doktor kontrak ini tidak mendapat jawatan tetap setelah berkhidmat sebagai doktor selama bertahun lamanya. Isu ini sebenarnya bukanlah perkara baharu, sebaliknya sudah berlarutan sejak 20 tahun yang lalu.
Namun apa yang berlaku pagi tadi, kumpulan doktor kontrak di hospital kerajaan telah pun mengadakan protes di seluruh negara bagi menuntut jaminan pekerjaan dan peluang kerjaya yang lebih baik.
Menerusi sesi live yang dibuat oleh Sinar Harian, dilihat sekumpulan doktor membawa plakad dengan tulisan antaranya “Fight for our Healthcare System’s Future”, “We want permanent job” dan “We want career security”.
Menurut seorang doktor yang dikenali sebagai Doktor Omar, beliau telah berkhidmat di Hospital Shah Alam selama 5 tahun. Jelasnya, walaupun ada pihak atasan yang melarangnya untuk melakukan protes itu, namun beliau dan beberapa lagi rakan doktor tetap ingin memperjuangkan hak mereka.
Ads
Jelasnya lagi, lebih daripada separuh doktor di Hospital Shah Alam adalah doktor kontrak dan jika mereka semua berhenti, siapa yang bakal merawat pesakit yang ada?
“Kami hanya ingin meminta hak yang sama rata dan peluang untuk melanjutkan pelajaran. Kita kena faham jadi doktor ini dari satu generasi ke generasi yang lain, pelapis negara. Doktor yang berumur 50 tahun nanti akan bersara dan siapa yang akan menggantikan tempat mereka? Adik-adik inilah yang akan menggantikan mereka. Tetapi mereka telah dinafikan hak,”
“Kami ada menerima mesej sekiranya melakukan protes ini akan dikenakan tindakan tatatertib, kata dua daripada kami, sama ada saya dah tamat perkhidmatan bulan 12 ini atau saya akan ditamatkan perkhidmatan pada bulan Ogos ini. Beza empat bulan sahaja, sebab itu kami turun,”
Ads
“Sejujurnya, saya melakukan ini adalah untuk adik-adik saya, ramai lagi doktor muda yang menerima nasib yang sama. Kita tengok rakyat mengadu tunggu lama, rawatan lambat, semuanya kita dah tahu sebab kekurangan doktor. Bukan hanya doktor, tetapi petugas kesihatan yang lain seperti jururawat dan pembantu doktor,” jelas doktor itu lagi.
Tidak lama selepas doktor itu ditemu bual oleh wartawan, mereka disuruh berhenti oleh pihak polis.
Ads
Difahamkan, antara lokasi tunjuk protes yang lain turut dilakukan di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Hospital Melaka, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Hospital Sultanah Aminah ( HSA) Johor Bahru, Hospital Queen Elizabeth 1, Kota Kinabalu dan Hospital Pulau Pinang.
Sama-samalah kita berdoa agar doktor kontrak ini mendapat keadilan dan pembelaan kerana jika lebih ramai doktor berhenti, makin tidak teruruslah sistem perubatan di negara kita.
Memasuki fasa ketiga tempoh PKP, setakat ini bilangan pesakit COVID-19 yang pulih telah menunjukkan perkembangan positif dengan mencatat kenaikkan angka.
Sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ada mengumumkan sekolah tidak akan dibuka awal walaupun tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 28 April ini.
Hal ini disambut juga oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) apabila telah mengumumkan bahawa peperiksaan Semester 2 Di Matrikulasi bagi sesi 2019/2020 tersebut telah dibatalkan.
Dalam kenyataan media 11 April 2020 itu, turut diumumkan bahawa markah yang akan dikira sebagai markah akhir adalah jumlah markah daripada Semester 1 dan Penilaian Berterusan Semester 2.
Program Matrikulasi bagi sesi 2019/2020 juga secara rasminya akan ditamatkan sepenuhnya bermula 11 April 2020.
Selaras dengan pelanjutan tarikh PKP, pelajar yang masih berada di kampus diminta terus kekal mematuhi arahan dan KPM akan terus memantau keadaan pelajar untuk tindakan susulan.
Kenyataan penuh adalah seperti dilampirkan di bawah.
Moga makluman ini tidak menganggu para pelajar. Buat ibu bapa yang mempunyai anak-anak di Matrikulasi bagi sesi 2019/2020 take note okay!
*Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ultraman bukanlah superhero Jepun tunggal, ada berbagai jenis adik-beradik ultraman yang dikenal dengan nama Ultra Crusaders.
Mereka adalah pahlawan super yang bertenaga cahaya suria berasal dari luar angkasa yang melindungi bumi dari raksasa dan alien.
Terbaru, Marvel Entertainment dan Tsuburaya Productions mengumumkan kolaborasi menerbitkan Ultraman bukan filem namun komik dan novel grafik!
Yeah! Ini merupakan baik buat pengikut setia Ultraman dan Marvel!
Komik & Novel Grafik
Berita mengujakan peminat itu diumumkan pada Tokyo Comic Con, dan akan dilancarkan pada tahun depan.
Dihasilkan pertama kali pada tahun 60-an dengan lebih 50 tahun ditayangkan, hero ini telah menghiburkan peminat seluruh dunia di skrin selain manga dan komik. Hari ini, Ultraman kekal menjadi fenomena global dan kekal mengumpul peminat dengan aksinya.
Umum Ultraman Multiverse tahun 2020
Menurut ketua pengarang CB Cebulski, Ultraman telah membawa pengaruh besar kepada peminat menerusi pelbagai media.
Seperti Marvel, Ultraman telah menawan hati generasi demi generasi dan kekal digemari siri televisyen, filem, mainan, game, komik dan sebagainya. Kami teruja mengumumkan lembaran baru Ultraman Multiverse tahun depan.
Ketua pegawai operasi (CEO) Tsuburaya Production Takayuki Tsukagoshi turut meluahkan rasa terujanya dengan kerjasama itu.
Kami teruja untuk meneroka dan mencipta cerita baru francais Ultraman dengan Marvel dan menyatukan peminat Marvel dan Ultraman di seluruh dunia.
Sedari tahun lalu, masyarakat di seluruh dunia sudahpun hidup dalam keadaan berjaga-jaga dan norma baharu mereka menjaga keselamatan dan kesihatan menentang wabak COVID-19 yang merebak.
Malah angka kematian terkini akibat COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.68 juta kes.
Kisah dari Taiwan ini mungkin boleh dijadikan ikhtibar bagi kita di Malaysia ini, untuk pengetahuan semua Taiwan kini sedang dilanda gelombang baru Covid-19 sejak bulan Mei yang lalu dan kian hari kes semakin meningkat.
Jadi rakyat Taiwan diseru melakukan kuarantin disaat yang genting ini, namun kuarantin merupakan sesuatu perkara yang sukar tambahan lagi buat para remaja yang suka keluar dan melepak bersama rakan-rakan.
Hal ini sangat merisaukan para ibu bapa di Taiwan, namun idea seorang ibu di Kaohsiung menjadi apabila dia membawa anak lelakinya yang berusia 15 tahun ke salon rambut untuk memotong rambut.
Ibu remaja tersebut berpakat bersama tukang gunting rambut, Huang Ling Xiang tentang potongan rambut yang sesuai untuk anaknya agar menghentikan anaknya daripada keluar rumah ketika pandemik ini.
Asalnya, mereka bercadang untuk mencukur perkataan ‘COVID-19’ pada rambut anak tersebut tetapi tidak akan berkesan kerana anaknya masih akan keluar rumah untuk menunjukkan stail baru rambutnya.
Huang akhirnya memutuskan untuk mencukur bahagian atas kepala anak remaja itu sehingga kelihatan seperti lelaki tua yang separa botak.
Huang telah memuatnaik foto tersebut dalam sebuah hantaran Facebooknya dan pada mula, ramai yang tidak mempercayai bahawa itu adalah seorang anak remaja kerana Huang tidak menunjukkan gambar sebelum rambutnya dicukur.
Menurut Huang, remaja lelaki itu berasa sangat marah dan malu selepas rambutnya dipotong dan memarah ibunya kerana sanggup berbuat demikian kepadanya.
Susulan daripada kejadian tersebut, salon rambut tersebut telah menerima banyak pertanyaan daripada pada para ibu bapa tentang potongan rambut tersebut.
Malah, salon rambut itu turut menjalankan promosi potongan rambut percuma yang diberi nama ‘Pencegahan COVID-19’ kepada remaja berumur antara 12 tahun hingga 15 tahun yang sukar untuk duduk di rumah.
Reaksi orang ramai di Taiwan kebanyakannya menyebelahi keputusan ibu dan tukang potong rambut tersebut agar remaja terus duduk dirumah kerana pandemik ini sesuatu yang tidak dapat dikawal.
Haa, so korang better duduk rumah diam-diam kalau tak nak jadi macam ni…hehehe