Terbaru, atlet remaja kebangsaan untuk sukan kayak, Siti Nurul Masyitah Elias dilaporkan terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di mana mangsa dilanggar dan diseret sejauh 600 meter oleh seorang pemandu mabuk.
Tangkap layar memaparkan kejadian Siti Nurul Masyitah dipercayai dilanggar seorang pemandu mabuk.
Menurut saksi dan rakaman kamera papan pemuka atau dashcam, kereta pelaku dipandu dalam keadaan melulu sebelum melanggar Siti Nurul Masyitah yang menunggang motosikal. Mangsa kemudiannya diseret sejauh 600 meter.
Kongsi kenyataan Instagram persatuan tersebut, mangsa kini dirawat di Hospital Calombia kerana mengalami kecederaan yang sangat serius.
Berdasarkan hantaran tular di media sosial selepas insiden, beberapa keping foto ketika kejadian sudahpun tersebar termasuklah foto seorang lelaki yang didakwa sebagai suspek sedang membuat isyarat ‘peace’.
Ads
Menurut kenyataan itu lagi, mangsa yang merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal sering berulang-alik dari Politeknik Ibrahim Sultan ke rumah bagi menjaga ibu bapanya yang sakit.
“Ibu mangsa mempunyai masalah tulang belakang akibat kemalangan manakala bapa mangsa tidak sihat dan perlukan rawatan dialisis.
Ads
“Mohon doakan agar mangsa dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesembuhan,” ujar persatuan berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Suasana politik Malaysia pada malam ini terasa sehangat malam kemenangan parti Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14, pada tahun 2018.
Terlalu banyak spekulasi yang mengundang persoalan akan kedudukan parti pemerintahan negara buat masa ini. Dan terlalu banyak pandangan telah diberikan baik daripada pihak pemerintah ataupun warganet di media sosial.
Sebuah posting yang menarik perhatian REMAJA, bagaimanapun adalah yang tertera di akaun Facebook Mufti Wilayah.
Foto yang dimuat naik menunjukkan tulisan tangan Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengandungi ayat doa buat semua rakyat Malaysia.
Beliau mengajak semua agar mendoakan kesejahteraan negara dan rakyat walaupun kita mungkin berdepan dengan apa saja kemungkinan.
”Doaku semoga Allah SWT kurniakan kepada Malaysia sentiasa dalam aman, begitu juga para pemimpin diberi taufiq, hidayah dan sabar.
”Ya Allah kurniakan kepada kami rasa cintakan negara (dan) kukuhkanlah perpaduan kami,” catit beliau.
Ternyata, terlalu banyak sumber berita yang sedang menerpa media massa dan media sosial sejak petang tadi.
Namun, kita dinasihatkan untuk menanti pengesahan yang sahih daripada media massa utama dengan apa jua kemungkinan yang akan berlaku.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula pada 3 Oktober depan mengiut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan menggunakan kaedah penggiliran pelajar secara mingguan.
Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin juga mengumumkan pelajar tidak perlu mengenakan seragam apabila kembali ke sekolah nanti.
Namun begitu, pelajar haruslah memakai pakaian yang sesuai, sopan dan kemas. Pemakaian pelitup muka juga adalah diwajibkan. Ibu bapa dinasihatkan untuk memastikan status vaksinasi pemandu bas sekolah untuk anak mereka.
Sekolah di negeri bawah Fasa 4 dan 4 PPN dijangka akan dibuka semula mulai 3 Oktober depan, manakala pelajar di negeri bawah Fasa 1 dan 2 akan meneruskan pembelajaran dalam talian, kecuali bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaan utama.
Hanya Sarawak, Negeri Sembilan dan Labuan merupakan negeri yang berada di Fasa 4 PPN, namun dengan peningkatan kes positif COVID-19 di Sarawak, ia belum membayangkan sama ada mereka akan menuruti pelan kerajaan persekutuan atau tidak.
Negeri dan kawasan di bawah Fasa 2 pula ialah Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Hanya Kedah dan Johor masih berada di Fasa 1.
Sama-sama kita doakan agar para pelajar yang menghadiri sesi persekolahan secara bersemuka ini dilindungi daripada segala bahaya penularan wabak COVID-19. Semoga mereka dapat membiasakan diri dan mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa dengan lebih selesa.
Sambutan hari raya tahun ini ternyata begitu berbeza dilalui oleh Hairil Khan Azali kerana bukan saja perlu menyambut sendirian tetapi apa paling menyedihkan, pada hari raya pertama itu juga jatuh pada sambutan ulang tahun kelahiran ke enam anak tunggalnya, arwah Muhammad Rayyan Hidayat Hairil Khan.
Tapi sayang, anak syurga ini telah pergi buat selama-lamanya selepas disahkan menjadi mangsa dera kepada teman lelaki kepada ibunya sendiri. Tragedi yang menimpa Rayyan pada April lalu meruntun jiwa kebanyakan rakyat Malaysia apabila anak kecil ini didera tanpa belas kasihan.
Kecederaan dialami arwah Rayyan sangat teruk. Tubuhnya dipukul dengan objek tumpul sehingga patah tulang rusuk dan pecah usus.
Mangsa mengalami kecederaan dalaman yang serius, selain ususnya pecah, seperti dimaklumkan oleh Ketua Polis Perlis, Datuk Azizman Alias dalam sidang akhbar selepas mendapat laporan dari pakar patologi di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar menjalankan bedah siasat ke atas jenazah kanak-kanak malang itu.
Arwah Rayyan yang menjadi mangsa dera teman lelaki kepada ibunya sendiri pada April laluKes dera ini mendapat perhatian masyarakat kerana arwah didera sehingga usus pecah selain patah tulang rusuk akibat dipukul. Ini adalah wajah suspek.
Dalam satu temubual dengan MStar Online, Hairil Khan meluahkan rasa rindunya kerana bukan saja beraya sendirian tetapi kesedihan mengenang nasib arwah syurganya itu yang menjadi mangsa dera di laman facebooknya, Hans Van Djik.
Hari raya yang sepatutnya disambut dengan penuh kegembiraan sebaliknya telah mengundang kesedihan buat lelaki ini, malah ‘parut’ yang masih baharu menyebabkan Aidilfitri kali ini suram sekali.
Si cilik kesayangan ‘intan payung’ lelaki ini ditakdirkan telah menemui ajal, disyaki akibat didera teman lelaki bekas isterinya sehingga patah tulang rusuk dan pecah usus.
Allahyarham Muhammad Rayyan Hidayat Hairil Khan pergi buat selama-lamanya pada 18 April lalu dan pada 1 Syawal ini umurnya genap enam tahun.
Hairul meluahkan rasa rindu kerana 1 Syawal ini genap arwah anaknya enam tahun
Walaupun mengingati tarikh lahir anaknya yang mesra dipanggil Yatt, Hairil Khan Azali tidak menyangka ia jatuh pada hari pertama umat Islam menyambut Aidilfitri.
“Saya baru perasaan bila masuk minggu pertama Ramadan. Bila fikir-fikir balik banyak yang saya nak buat sempena hari ulang tahun kelahiran Yatt seperti menempah kek.
“Tapi takdir sudah tertulis Yatt pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya. Namun saya cuba mendapatkan kekuatan dalam diri untuk meneruskan kehidupan,” katanya kepada mStar Online.
Hairil yang menyambut 1 Syawal di Beseri, Perlis berkata, tahun lalu dia membuat kejutan buat anaknya dengan menghadiahkan kek.
Anak syurga ini Rayyan tewas di tangan manusia yang kejamHanya kubur arwah Rayyan yang mampu dilawati demi menghilangkan rindu di hatinya
Sebaliknya, tahun ini dia pula dikejutkan oleh berita pemergian insan kesayangan dengan cara yang paling menyayat hati.
“Sayunya hati tapi saya sentiasa kenangkan arwah. Saya buat persiapan dengan menempah kek bagi memperingati hari ulang tahun arwah ke-6. Ia akan dikongsikan buat tetamu terutama budak-budak yang berkunjung ke rumah keluarga saya, sambil sedekahkan al-Fatihah kepada arwah,” katanya.
Hairil yang mengusahakan perniagaan sabun masih dapat membayangkan keterujaan anaknya menerima kek sempena ulang tahun ke-5, tahun lalu.
“Walaupun saya tak nampak Yatt makan kek tu, tapi apa yang diceritakan kepada saya nampaknya dia begitu suka. Saya tahu Yatt memang sukakan kek. Sempena memperingati ulang tahun Yatt ke-6 pada 1 Syawal ni saya tempah kek coklat moist seberat satu kilogram. Kek ulang tahun untuk Yatt yang dah arwah,” katanya dengan nada sebak.
Bagaimanapun, Hairil menjelaskan bahawa ia bukan bermakna dirinya tidak menerima ketentuan Ilahi di atas pemergian anaknya itu.
“Tapi saya nak bagi budak-budak makan. Ya lah, saya saja yang tak berapa gembira, tapi bagi orang lain terutama budak-budak, hari raya yang menggembirakan mereka. Nak harap tengok wajah Yatt teruja tengok kek tak kesampaian. Jadi, dapat tengok budak-budak seronok makan kek tu pun dah cukup. 1 Syawal hari ulang tahun Yatt, ni kek daripada abah,” katanya.
Awal bulan lalu, penganggur, Noraizuwan Hamali, 26, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kangar, atas tuduhan membunuh Muhammad Rayyan.
Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.