Biasanya, bila korang mengalami batuk, tak terus pergi klinik dan hanya dapatkan ubat di farmasi atau kedai serbaneka sebab kalau jumpa doktor pun mesti mereka beri ubat batuk yang kita oleh dapatkan diluar.
Jadi, untuk tidak beratur menunggu giliran di klinik, paling mudah dapatkan saja ubat batuk di farmasi.
Tapi sebelum beli, ada baiknya kalau kita buat sendiri remedi ubat batuk ini.
Dr Rizal Abu Bakar dari Neuroversiti.com telah membuat satu perkongsian yang sangat berguna untuk kita semua ketika ini iaitu cara-cara untuk membuat sendiri ubat batuk di rumah.
Ikuti perkongsian yang dibuat melalui laman Facebook beliau berikut:
Ads
Caranya ialah:
Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.
Leraikan lapisan bawang tadi.
Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.
Gaulkan biar rata.
Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam.
Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.
Ambil satu sudu dan minum.
Rasanya persis ubat batuk. Tujuannya keluarkan kahak dengan mudah. Tiada kesan buruk pada otak.
Orang putih panggil ‘cough syrup.’ Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai lama dah. ‘Homemade remedy’ untuk batuk.
Perkongsian beliau ini juga telah di’share’ sebanyak lebih 5 ribu kali di Facebook dalam masa sejam!
Dapatkan pemeriksaan lanjut jika masih tidak sembuh atau keadaan semakin teruk.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Semalam mencatat sejarah apabila 432 orang disahkan positif COVID-19 menjadikan ia angka tertinggi pernah dicatatkan sejak wabak COVID-19 dikesan di negara kita.
Jika di awal-awal dahulu kecoh dengan kluster tabligh berikutan perhimpunan jemaah tabligh namun dengan kecekapan pasukan perubatan dan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),wabak ini dapat dibendung dan negara bebas seketika.
Bagaimana pun, selepas PKP ditarik semula dan rakyat digalakkan menjaga penjarakan fizikal serta menggunakan hand sanitizer untuk penjagaan diri, ditambah dengan pelancongan yang dibuka semula untuk merancakkan ekonomi negara, kita digemparkan dengan kes Kluster Sivagangga. Lebih membimbangkan ia dikaitkan dengan Super Spreader Genon 641 yang membolehkan wabak ini menular dengan laju dalam komuniti masyarakat.
Terkini, dengan bilangan angka dicatat semakin meningkat dari hari ke hari, COVID-19 dikaitkan pula dengan “kegelojohan” mengadakan pilihanraya di Sabah hingga ia digelar Kluster Politik oleh netizen.
REMAJA senaraikan lima ahli politik yang disahkan positif dan mari kita doakan agar kesemuanya cepat sembuh.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri semalam di fb memaklumkan dirinya kini menerima rawatan selepas disahkan positif Covid-19. "Buat semua rakyat Malaysia, saya kini menjalani rawatan kerana disahkan positif Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Alhamdulillah, sehingga saat ini keadaan kesihatan saya adalah baik," katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini. Beliau juga menyeru orang ramai yang menghadiri majlis yang membabitkan kehadirannya dari 24 September hingga 4 Oktober supaya menjalani pemeriksaan saringan Covid-19 di klinik kesihatan dengan segera.
Timbalan Menteri Alam Sekitar Dan Air – Datuk Dr Ahmad Masrizal Mohamad
Menduduki carta level Menteri dan Timbalan Menteri, disahkan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Mohamad positif jangkitan koronavirus (COVID-19) dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh. Menurut Datuk Dr Ahmad Masrizal, dirinya pernah melakukan ujian pertama pada 23 September lalu di Kota Kinabalu ketika kempen Pilihanraya Negeri Sabah dan keputusannya adalah negatif. Namun selepas kembali ke tanahair, dirinya disahkan positif.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kampung Tunku, Lim Yi Wei
Dalam satu hantaran di fbnya semalam, Adun Kampung Tunku, Lim Yi Wei memaklumkan dirinya positif COVID-19. Menurut Lim, beliau menjalani ujian saringan pertama di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) sejurus pulang dari Sabah pada 27 Oktober lalu dan menjalani kuarantin sendiri di rumah selepas dipakaikan gelang merah jambu.
ADUN Kota Damansara, Shatiri Mansor
Dalam pada itu, seorang lagi Adun Kota Damansara, Shatiri dalam satu perkongsian video memaklumkan status dirinya yang kini sah positif COVID-19. Adun tersebut turut memaklumkan, dirinya dan isteri serta tujuh kakitangan pusat khidmat DUN Kota Damansara telah menjalani ujian saringan di KLIA 2 pada 27 September selepas pulang dari Sabah dan menjalani kuarantin sendiri di rumah selama 14 hari. "Tapi semalam, saya menerima panggilan daripada Pusat Kesihatan Daerah Petaling mengatakan saya positif Covid-19. Isteri dan anak saya juga disahkan positif. Kami semua dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut," jelasnya.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Azman Nasrudin
Adun yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Azman Nasrudin disahkan positif Covid-19 selepas pulang dari Sabah untuk membantu kempen Pilihan Raya Negeri (PRN). Malah akibat kempen pilihanraya dihadirinya, isterinya yang juga seorang guru di SK Permatang Janggus turut positif hingga memaksa 600 pelajar sekolah rendah perlu menjalani ujian SWAB yang gambar mereka tular dalam keadaan kesakitan di media sosial. Jadi bagi orang ramai yang pernah berhubung dengan kesemua lima ahli politik ini segeralah buat buat ujian swab agar wabak ini tidak terus merebak ke dalam komuniti. Apa pun, bagi yang tiada tujuan penting, duduklah di rumah kerana ia lebih selamat dalam situasi sekarang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik untuk penggemar siri animasi Sailor Moon, kartun popular era 90-an ini khabarnya akan ditayangkan secara percuma di laman YouTube rasmi Sailormoon-official.
Menurut Theverge, 10 episod siri animasi ini akan ditayangkan mulai 24 April 2020 dan jumlah keseluruhannya mempunyai 127 episod bersamaan lebih kurang 3 musim sehingga akhir Julai nanti.
Tayangan siri Sailor Moon ini disiarkan secara percuma di YouTube adalah kerana berikutan situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia. Pihak produksi memberi peluang kepada penonton untuk menonton siri animasi ini di rumah, selama berada dalam tempoh lockdown.
Selain itu juga, khabarnya usaha ini turut dilakukan sempena pelancaran filem Sailor Moon yang berjudul Pretty Guardian Sailor Moon Eternal yang dijadualkan bakal ditayangkan di Jepun pada 11 September 2020.
Pretty Guardian Sailor Moon Eternal adalah adaptasi daripada kisah siri animasi musi keempat. Jadi, sekiranya korang menonton musim pertama, kedua dan ketiga, maka korang akan lebih faham jika menonton filem itu nanti.
Walau bagaimanapun, khabarnya siri animasi ini hanya ditayangkan di Jepun. Ala, baru nak syok tengok Sailor Moon. Hm, tidak mengapalah mungkin selepas ini mereka akan membuka akses kepada seluruh dunia dengan sari kata bahasa Inggeris. Korang komen la di YouTube Sailor Moon-official untuk beri tayangan di Malaysia juga. Hiks!
Siapa yang menetap di Jepun tu, bolehlah menonton..
Dalam menyambut bulan kemerdekaan ini, seorang wanita daripada Ipoh, telah mencuri perhatian ramai dengan semangat patriotismenya.
G Rajspari, atau lebih dikenali sebagai Ratha, telah menghias seluruh kediamannya dan kereta Proton Kembara miliknya dengan bendera Jalur Gemilang.
Menerusi laporan media tempatan, idea wanita yang kini berusia 62 tahun ini untuk menghias rumahnya dengan jalur gemilang mula timbul kira-kira empat tahun lalu semasa pandemik.
“Pada masa itu, kami tidak dibenarkan keluar dan untuk mengisi masa lapang, saya fikir adalah baik untuk menghias rumah dengan bendera negara kita,” jelas Ratha.
Tidak hanya di rumah, Ratha juga menghias Proton Kembara miliknya dengan bendera Jalur Gemilang. Semasa memandu di sekitar Ipoh, Ratha sering menerima kata-kata semangat dan lambaian daripada orang ramai.
Sehubungan itu, sokongan yang diterimanya itu secara tidak langsung telah membuatkan Ratha berasa sangat terharu dan dihargai.
kredit: Bernama
“Apa yang paling menggembirakan saya adalah melihat sokongan dan penghormatan yang diberikan apabila mereka melihat kereta saya. Ada yang melambai, ada juga yang menunjukkan tanda penghormatan,” kata ibu kepada tiga anak ini.
Walaupun perlu mengeluarkan wang untuk menggantikan bendera yang mungkin telah pudar, semangat patriotisme Ratha tetap kukuh.
Justeru, dia berharap tindakannya itu dapat memberi inspirasi bukan hanya kepada anak-anaknya tetapi juga kepada generasi muda untuk sentiasa menghargai asal usul dan mencintai negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.