Selepas dua tahun sebarang acara fizikal terpaksa ditangguhkan disebabkan pandemik COVID-19, cabaran larian tangga terkemuka di Malaysia; JomRun KL Tower International Towerthon Challenge (KLTITC) bakal diadakan semula, Ogos ini.
Selama 19 tahun KLTITC dianjurkan, ia telah mengukurhkan kedudukannya sebagai acara sukan tahunan di Malaysia yang amat dinanti-nantikan oleh bukan saja peserta tempatan malah yang sanggup datang dari seluruh dunia.
Untuk edisi ke-20 ini saja, KLTITC dijangka bakal menarik penyertaan lebih daripada 2000 peserta termasuklah dari Singapura, Brazil, Jepun, Jerman dan banyak negara lain.
Ini kerana ia bukan sekadar acara di mana peserta merebut gelaran juara saja. Di KLTITC, matlamat utamanya adalah untuk mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat terutamanya dalam kalangan orang biasa yang menggemari acara larian maraton.
Ya, bukan atlet profesional saja tau yang menyertainya.
Menurut pengasas KLTITC iaitu saudara Chang Yi Hern, terdapat juga peserta semuda 11 tahun manakala peserta tertuanya pula berusia 73 tahun.
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif JomRun, Chang Yi Hern sewaktu pelancaran.
Bagi korang yang tidak begitu familiar dengan KLTITC, secara asasnya; peserta dicabar untuk mendaki 2,058 anak tangga pada ketinggian menara 288 meter dari aras tanah. KLTITC juga merupakann perlumbaan yang mematuhi peraturan Persatuan Dunia Towerrunning. Jadi korang jangan risau dengan aspek keselamatan peserta okay.
Bagi yang berminat untuk mencabar diri, pendaftaran KLTITC sudahpun dibuka sehingga 12 Ogos depan. Peserta warganegara Malaysia yang ingin menyertai akan menikmati harga istimewa pendaftaran awal berharga RM80 manakala peserta antarabangsa boleh berdaftar sekarang pada harga RM120.
Antara barangan yang akan dibawa pulang oleh peserta pula termasuklah sehelai jersi acara tajaan Ultron Superlite, bib perlumbaan dengan cip pemasaan TrackAsia RFID, sijil digital, insurans kemalangan diri dan pingat penamat bagi yang berjaya melengkapkan cabaran.
Para peserta yang berjaya mengakhiri acara ini juga boleh memilih untuk membawa pulang satu lagi jersi Premium Finisher eksklusif pada harga diskaun RM49.99.
Ads
Buat para pemenang pula, peserta yang mengungguli kategori terbuka masing-masing akan menerima:
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berseronok di kawasan pantai sememangnya menjadi pilihan ramai remaja. Bukan saja berasa tenang dengan bunyi ombak yang menghempas pantai, pelbagai aktiviti yang ditawarkan di kawasan pantai di Malaysia menjadi tarikan pelancong bukan hanya dari dalam negara tetapi juga di kalangan pelancong antarabangsa.
What is not to love? Lebih-lebih lagi apabila Malaysia mempunyai banyak kawasan pantai dan laut bertaraf antarabangsa.
Untuk pengetahuan korang, baru-baru ini Desaru Coast, Johor teah diiktiraf sebagai satu-satunya destinasi dari Malaysia yang tersenarai dalam artikel Majalah Time yang berkisarkan 100 buah lokasi terbaik di seluruh dunia pada tahun 2021!
Permata negeri Johor bersebelahan dengan Laut China Selatan ini sememangnya menjadi di antara lokasi utama pengunjung semasa musim percutian untuk merehatkan minda serta meneroka kawasannya yang indah.
Terletak di sepanjang 17km Pantai Desaru dekat tenggara Johor, pengiktirafan Majalah Time itu menjadikan Desaru Coast menjadi salah satu lokasi dalam senarai World’s Greatest Places 2021.
Dengan keluasan 3,900 ekar, pelbagai pusat penginapan premium dengan jalan keluar pantai sendiri ada terletak di sini. Ia termasuklah cawangan resort Anantara Desaru Coast Resort and Villas pertama di Malaysia, cawangan One & Only Desaru Coast Resort yang pertama di Asia, The Westin Desaru Coast Resort dan Hard Rock Hotel Desaru Coast.
One & Only Resort Desaru Coast (Kredit: One & Only Resort)Anantara Desaru Coast Resort & Villa (Kredit: Anantara Resort)Hard Rock Hotel Desaru Coast (Kredit: Hard Rock Hotel)The Westin Desaru Coast Resort (Kredit: Westin Resort)
Seharusnya sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah berbangga apabila kawasan pelancongan seperti di selatan tanah air ini mencuri tumpuan pakar dan media berpengaruh seperti Majalah Time.
Kini apabila negara masih berdepan pandemik, sekiranya rakyat telah diberikan kelonggaran untuk merentas negeri, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi kawasan tepi pantai seperti Desaru Coast ini.
Yang penting sekarang adalah untuk kita memperolehi dua dos suntikan vaksin sebelum boleh ‘berangan’ untuk memasukkan Desaru Coast ke dalam senarai bucket list. Hehe..
Sebut sahaja tentang lapangan terbang, mungkin ada yang begitu teruja apabila mengenangkan tempat percutian yang diidamkan, namun ada pula yang seram kerana memikirkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.
Biasanya, bila sebut tentang percutian menaiki pesawat, perkara yang paling dibenci adalah apabila penerbangan terpaksa ditunda. Maka, berjam-jam lamanya kita terpaksa menunggu untuk penerbangan seterusnya.
Nah, hal ini mungkin tidak menjadi masalah sekiranya lapangan terbang tersebut mempunyai banyak kemudahan untuk mengisi masa lapang. Tahukah korang ada lapangan terbang yang terdapat pawagam didalamnya?
Berikut kami senaraikan antara lima lapangan terbang yang mempunyai kemudahan pawagam.
Sedikit berbeza dengan pawagam yang lain, The iRido 6D Cinema Theatre di Terminal Domestik 1D mempunyai tempat duduk bergerak dan 21 kesan khas yang terdiri daripada simulasi buih dan salji.
Pelancong yang mengunjungi Lapangan Terbang Antarabangsa Portland boleh menonton filem tempatan sementara menunggu penerbangan mereka di pawagam The Hollywood Theatre yang dibuka semula pada 8 November lalu selepas ditutup selama lebih setahun akibat pandemik COVID-19.
Terdahulu, Lapangan Terbang Incheon Korea Selatan juga pernah mempunyai pawagam tetapi kini khabarnya ia sudah pun ditutup.
Ha, menarik bukan jika semua lapangan terbang menyediakan kemudahan ini, sekurangnya sewaktu penerbangan ditunda atau transit bolehlah kita meluangkan masa dengan menonton filem yang ditayangkan.
Korang pernah berpengalaman menonton pawagam di lapangan terbang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Populariti dan pengaruh yang dimiliki oleh pelakon, model dan pempengaruh terkenal Thailand, Win Metawin telah menjadikannya sebagai figura paling layak di Asia Tenggara untuk dilantik sebagai duta rasmi Coca-Cola® bagi rantau ini.
Pengumuman ini dilakukan oleh Coca-Cola® sendiri pada Isnin, 31 Julai 2023 apabila selebriti berusia 24 tahun itu dilantik sempena kempen terbaru Coca-Cola ‘A Recipe for Magic’.
Kempen tersebut bertujuan untuk meraikan momen magikal dan menyeronokkan di antara mereka yang seronok untuk berkumpul serta menikmati hidangan bersama-sama dengan Coca-Cola.
Oleh itu, pelantikan Win Metawin ini diharap dapat menggambarkan imej yang ingin ditampilkan oleh jenama minuman ringan popular itu.
Kongsi Win, “Makanan sentiasa berada di mempunyai tempat yang signifikan di hati saya.”
“Sepanjang zaman kanak-kanak saya, saya ingat lagi terdapat banyak momen menyeronokkan dan peristiwa magikal sesama ahli keluarga saya di meja makan.
“Saat-saat berharga itulah yang amat saya sukakan apabila dapat berkumpul dengan keluarga dan rakan-rakan saya. Makanan sememangnya adalah detik yang ajaib bagi saya,” katanya dalam satu kenyataan.
Sepanjang kempen bersama Coca-Cola ini, Win dijangka akan muncul dalam iklan dan pengaktifan sosial baharu bersama jenama itu. Ia bakal diluncurkan di Thailand, Filipina, Vietnam, Kemboja, Myanmar, Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Jangan pelik jika korang sukar untuk mendapatkan sebotol Coca-Cola dengan imej Win Metawin selepas ini! Hehe..
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!