Kami pasti ramai yang mempunyai masalah resdung dan seringkali mencari alternatif bagi mengubati penyakit ini.
Macam-macam jenis ubat resdung yang kita selalu lihat di iklan-iklan media sosial dan juga flyers yang diedarkan. Persoalannya, apakah benar jenis rawatan yang diiklankan itu memang boleh merawat resdung?
Jom kita baca thread yang telah dibuat oleh doktor ENT, Dr Mohd Shaiful Nizam di laman twitternya.
Apakah itu resdung?
Resdung dikategorikan kepada dua jenis iaitu alahan hidung (allergic rhinitis) dan radang sinus (sinusitis). Alahan hidung bukanlah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan kuman, tapi merupakan satu tindak balas hidung pada alahan tertentu seperti makanan, debu persekitaran, hama dan bulu binatang.
Sesetengah individu mengalami alahan teruk yang menyebabkan sistem imun badan bertindak balas secara berlebihan daripada orang normal. Ia dikenali sebagai hypersensitiviti. Inilah yang menyebabkan hidung korang membengkak dan mengeluarkan cecair hingus secara berterusan.
Bagi penghidap resdung, korang mesti faham sangat akan situasi seperti ini.
Ads
Gejala utama alahan hidung
• Bersin yang berterusan, terutamanya waktu pagi
• Hidung kerap berair
• Hidung tersumbat
• Gatal-gatal pada kawasan hidung dan mata
Rawatan alahan hidung
Ads
Hindarkan allergen dan kawasan yang berdebu. Doktor akan memberi ubat anti histamine atau spray hidung; atau kedua-duanya sekali bergantung peringkat resdung korang (sekejap atau berterusan).
Radang sinus
Paranasal sinus adalah rongga udara yang diselaputi oleh mukosa yang terdapat dalam tengkorak kepala. Jangkitan virus/bakteria/kulit akan menyebabkan radang pada sinus sama ada radang akut atau kronik.
Gejala sinusitis
• Sakit muka pada bahagian sinus yang terlibat
• Hingus pekat kekuningan dan berbau
• Hidung tersumbat
• Kurang deria bau
• Sakit kepala dan sukar bernafas (teruk)
Ads
Rawatan sinusitis
Untuk radang akut, korang akan diberikan antibiotik yang sesuai, selai ubat anti histamine dan spray hidung. Pembedahan akan dilakukan sekiranya rawatan konservatif (ubat) ini gagal, serta selepas dikesan melalui imbasan CT scan.
Komplikasi radang akut sinusitis yang tidak dirawat dengan betul boleh merebak ke kawasan mata dan juga merebak ke dalam otak.
Menurut doktor ini lagi, ulat resdung sebenarnya tak wujud dan ulat ini juga bukan penyebab utama kepada resdung. Jika ada ulat dalam resdung ini mungkin telah berlaku komplikasi yang sangat teruk dan tidak mendapatkan rawatan yang sebetulnya.
Lebih baik sekiranya korang terus mendapatkan nasihat daripada doktor, daripada mengambil rawatan yang belum tentu beri manfaat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila sakit kepala biasanya apa yang korang buat? Makan ubat? Itu dah jadi perkara biasa bagi masyarakat kita kan. Sakit kepala je, telan panadol.
Sebenarnya banyak sangat makan ubat tanpa minum air kosong secara kerap pun tak elok sangat. Jadi kalau nak elakkan daripada makan pil tahan sakit, apa kata korang cuba teknik perubatan Cina yang telah dikongsi oleh Adya Yasmin ini.
Sebagai ikhtiar boleh je kalau korang nak cuba. Katanya memang mujarab. Jom baca thread yang dikongsi di laman twitternya.
1. Yintang Point
2. Zan Zhu Points
3. Yingxiang Points
4. Tian Zhu Points
5. Shuai Gu Points
6. He Gu Points
Lepas ni kalau sakit kepala boleh la cuba. Tapi kalau tak elok-elok juga, korang terus pergi jumpa doktor ok? Bukan apa, ini hanyalah sekadar ikhtiar. Kalau masih tak baik, lebih baik pergi rujuk pada yang pakar. Takut ada masalah lain pula nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah merantau ke kota New York untuk menyertai pelancaran butik premium jenama aksesori mewah, Tiffany & Co. pada bulan Mei lalu, pelakon popular Meerqeen kini berkongsi satu lagi perkhabaran manis bersama jenama tersebut.
Hujung minggu lalu, jejaka yang dicungkil bakatnya menerusi pencarian Hero Remaja 2020 itu telahpun secara rasmi dilantik sebagai wajah ‘Friend of the House’ jenama Tiffany & Co. sekaligus menjadi artis dari Malaysia pertama yang menerima peluang tersebut dalam sejarah jenama berkenaan.
Bercakap di butik yang terletak di Pavilion Kuala Lumpur, Meerqeen dalam nada tenang menzahirkan rasa syukurnya di atas peluang tersebut dan impiannya untuk bekerjasama dengan jenama yang diminatinya selama ini akhirnya tercapai juga.
“Tentunya, Meerqeen gembira untuk menjadi sebahagian daripada ‘keluarga’ Tiffany & Co. Jujurnya, saya telah merahsiakan perkara ini lama sebenarnya. Tentunya, saya bangga, bertuah dan gembira untuk terima peluang ini.
“Memori merantau bersama-sama Tiffany & Co. ke kota New York bagi mewakili Malaysia di sana adalah memori terbaik yang saya perolehi setakat ini bersama jenama tersebut,” katanya yang turut diiringi oleh Pengarah Jualan Tiffany & Co. Malaysia, Cesarine Lim.
Meerqeen bersama-sama Pengarah Jualan Tiffany & Co. Malaysia, Cesarine Lim.
Tambah jejaka berusia 22 tahun ini, di sana dia berpeluang berjumpa dengan nama-nama besar terdiri daripada para pelakon Hollywood, pemain bola sepak terkenal serta pemain bola keranjang NBA.
“Bukan setakat berjumpa, Meerqeen dapat bercakap dengan mereka yang dihormati ramai dalam industri seni. It was definitely an honour,” simpulnya.
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai perlantikan Meerqeen selaku artis Malaysia pertama yang menandatangi kontrak istimewa bersama YSL Beauty.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nampaknya wakil Malaysia ini sudah mula menunjukkan taringnya di pentas antarabangsa. Prasana Shri yang ketika ini mewakili negara di pertandingan Miss Eco International 2022 telah berjaya menggondol dua anugerah ketika pusingan awal diadakan.
Dia yang sedang berentap dengan lebih 40 peserta lain dari seluruh dunia, tampil meyakinkan dalam persembahan busana kostum nasional dan juga gaun petang yang tampak mewah.
Hasil daripada persembahannya yang meyakinkan, Prasana telah dianugerahkan dengan gelaran Miss Elegant dan juga Best of Evening Gown. Semestinya gayanya yang menawan di atas pentas menarik perhatian para juri untuk menobatkan pelajar jurusan pergigian ini dengan gelaran tersebut.
Meninjau ke dalam Instagramnya, Prasana yang ketika itu baru selesai bertanding di pusingan awal berkata, “Saya telah menyampaikan yang terbaik untuk mempersembahkan Eco Dress dan juga gaun petang. Saya berharap semua rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi saya.”
Semestinya, dia berjaya menawan hati ramai lantaran berjaya menggondol dua anugerah tersebut. Bukan mudah untuk bersaing dengan gadis-gadis cantik lain dari seluruh dunia. Namun rezeki berpihak kepadanya.
Berbicara tentang gaun petang yang dinobatkan sebagai gaun petang terbaik itu, busana tersebut merupakan rekaan Afeer Razak yang juga merupakan direktor kebangsaan bagi Miss Eco Malaysia. Dinamakan sebagai A Thousand Diamonds, gaun tersebut dipenuhi dengan batuan jemeki berkilau dari atas hingga bawah.
Dalam penjelasan menerusi Instagram Ratu Wanita Malaysia, “Nama A Thousand Diamonds dipilih untuk melambangkan Prasana sebagai lambang alam semula jadi yang akan terus memelihara Ekosistem Malaysia.
“Sebagai Miss Eco Malaysia, dia akan menggunakan suara dan pengaruhnya untuk membawa beberapa pengharapan baharu kepada ekosistem kita. Oleh itu, busana A Thousand Diamonds diperbuat daripada batuan jemeki berwarna tertentu seperti putih , coklat dan hijau yang mempunyai makna tersendiri.”
Organisasi Miss Eco International akan memahkotakan pemenang baharu pada Khamis, 17 Mac 2022. Sama-sama kita saksikan siapakah yang bakal membawa pulang gelaran tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!