Jika sebelum ini dunia ratu cantik disinonimkan dengan penyertaan gadis-gadis yang kurus dengan siaz badan bagaikan patung. Kini nampaknya pengertian ‘ratu cantik’ sudah mulai berubah. Karina Marie Duconge merupakan gadis terkini yang berani mencabar norma bahawa cantik adalah kurus bagi sesetengah pihak.

Walaupun berbadan besar, Karina tidak kekok dan tampil begitu yakin di pentas finale Miss Earth Puerto Rico 2022. Dia yang menjadi antara peserta yang disebut-sebut untuk merebut gelaran tersebut walau bagaimanapun berpuas hati apabila tergolong antara 11 peserta terbaik dari 30 penyertaan seluruh negara.

Dituduh Menormalkan Obesiti, Karina Marie Membuktikan Badan Besar Bukan Halangan Untuk Bergelar Ratu Cantik

Walaupun penyertaannya menerima kata-kata kurang senang dari sesetengah pihak sehingga ada yang menuduhnya mempromosikan obesiti. Karina tidak mengambil pusing hal tersebut dan meletakkan kepercayaan serta keyakinan diri untuk maju ke hadapan.

Bukan calang-calang wanita, Karina memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang sistem keadilan dan ijazah sarjana dalam jurusan hak asasi manusia dan pengantaraan konflik.

BACA JUGA: Tak Pernah Mengalah, Gadis Bertubuh Besar Buktikan Cantik Datang Dalam Pelbagai Saiz

Dituduh Menormalkan Obesiti, Karina Marie Membuktikan Badan Besar Bukan Halangan Untuk Bergelar Ratu Cantik

IKLAN

“Pertandingan kecantikan sentiasa menarik perhatian saya. Saya terdorong untuk mengambil bahagian selepas melihat gadis plus size bertanding di Miss Earth USA. Saya mengaku bahawa saya banyak menyediakan diri saya secara emosi.

Ini kerana saya tahu bahawa komen negatif akan datang kerana saya melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan di Puerto Rico, dan di sini kami sangat ghairah tentang pertandingan kecantikan. Walau bagaimanapun, sokongan sentiasa lebih besar dalam rangkaian sosial dari pelbagai bahagian dunia seperti Venezuela, Filipina dan Indonesia.

Terdapat banyak mesej daripada wanita dan lelaki yang mengucapkan terima kasih kepada saya kerana mewakili mereka. Itulah hadiah terbesar yang saya boleh menangi,” ujar wanita wanita berusia 28 tahun ini seperti yang dilaporkan oleh Metro PR.

Dituduh Menormalkan Obesiti, Karina Marie Membuktikan Badan Besar Bukan Halangan Untuk Bergelar Ratu Cantik
Bersama Emma Loney, Top 5 Miss Earth USA 2022

Dituduh Menormalkan Obesiti, Karina Marie Membuktikan Badan Besar Bukan Halangan Untuk Bergelar Ratu Cantik

IKLAN

Kejayaannnya ini telah membuka mata ramai pihak tentang kehadirannya dalam dunia ratu cantik dan sebagai model ‘plus size’. Buktinya, dia telah dijemput untuk memperagakan busana enam pereka fesyen di Minggu Fesyen New York yang berlangsung baru-baru ini.

Kini, Karina akan meneruskan tugasnya sebagai wajah wakilan kepada beberapa jenama ternama seperti AVON dan Dermablend.

+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN

Kredit foto: Instagram Karina Marie Duconge

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI