Dugaan akhir tahun 2021, hujan lebat baru-baru ini merupakan bencana paling teruk melanda negara dalam 50 tahun ini.
Sumber Foto : Sinar Harian
Terbaru, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 9 pagi ini.
Antara negeri yang terlibat ialah Selangor iaitu di kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang. Manakala, ribut petir juga dijangka akan melanda keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka.
Selain itu Negeri Sembilan iaitu di Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin dan di Johor yang melibatkan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru juga dilanda cuaca buruk itu.
Ads
“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang juga diramal akan melanda Sarawak iaitu di Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah dan Bintulu (Tatau) dan di Sabah iaitu Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Sandakan) dan Kudat (Pitas dan Kudat),” kata MetMalaysia.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Malah MET Malaysia juga mengingatkan rakyat Malaysia berjaga-jaga sehingga 29 Disember nanti.
Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan supaya lebih berjaga-jaga, terutamanya kawasan yang sebelum ini telah dinaiki air. Diharap tidak ada sebarang banjir kilat lagi yang berlaku dan semoga kita semua dilindungi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Twitter Met Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagaikan mimpi jadi kenyataan apabila anak didikan Kim Pan-gon berjaya membawa Malaysia ke kejohanan Piala Asia 2023 selepas membenam cabaran Bangladesh 4-1 malam tadi.
Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memuji dan mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang layak ke Piala Asia 2023 sekali gus menamatkan penantian selama 43 tahun untuk beraksi dalam saingan itu.
Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri melahirkan rasa bangga dengan barisan pemain kebangsaan yang berjuang hingga ke tiupan wisel terakhir apabila membenam Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.
“Sejarah tercipta buat Malaysia! Tahniah juga kepada para penyokong yang menyokong pasukan kita tanpa berbelah bagi. Kita teruskan perjuangan di Piala Asia 2023!,” kata Perdana Menteri.
Ismail Sabri yang turut hadir menyaksikan perlawanan itu turut memberikan kata-kata semangat apabila Malaysia menjaringkan gol.
Perdana Menteri turut menyifatkan persembahan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon pada malam ini sangat baik dan membanggakan.
Skuad Harimau Malaya tampil dengan aksi penuh bertenaga dan menekan pihak lawan malam semalam. Tidak berdiam diri dan mahu memastikan misi ke Piala Asia tidak kecundang begitu sahaja, para pemain di atas padang terus memberikan seratus peratus dan mendapat hasilnya.
Gegak gempita seluruh stadium selepas itu meraikan kejayaan negara mara beraksi di pentas Piala Asia buat kali keempat, kali terakhir secara merit adalah pada 1980. Pada 2007, Malaysia turut tampil dalam kejohanan tersebut, namun selaku tuan rumah.
Tahniah Harimau Malaya, anda kebanggaan kami semua.
Sumber : Facebook Ismail Sabri, Berita Harian
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika sebelum ini ada laporan yang menyatakan jumlah penduduk China turun buat kali pertama pada 2022 dalam dalam beberapa dekad, yang dijangka membawa kesan jangka panjang kepada ekonomi domestik dan global.
Hal ini juga disebabkan beberapa faktor antaranya adalah pertumbuhan ekonomi negara yang pesat, urbanisasi dan peningkatan tahap pendidikan.
Cuti Bergaji Selam 30 Hari
Mengambil serius tentang perkara ini, beberapa wilayah di China merombak dasar cuti kahwin selama tiga hari negara itu kepada 30 hari sebagai usaha mencari jalan untuk menangani kemerosotan kadar kelahiran yang turut menjejaskan ekonomi.
Berdasarkan artikel Taipei Times, negara itu kini memperkenalkan cuti bergaji selama 30 hari kepada pasangan pengantin baharu.
Perubahan besar-besaran itu dibuat untuk menggalakkan pasangan muda berkahwin dan mempunyai anak. Kelayakan dan faedah cuti kira-kira sebulan kepada pengantin baharu itu menjadi harapan kepada China untuk menangani kadar kelahiran yang semakin menurun.
Walaupun cuti perkahwinan selama 30 hari diterima beberapa wilayah, namun sebilangan wilayah lain telah menetapkan tempoh selama 10 hari.
Sebagai contoh, di Wilayah Gansu dan Shanxi menawarkan cuti selama 30 hari manakala Shanghai 10 hari. Di Sichuan masih kekal tiga hari, demikian kenyataan Taipei Times.
Tingkatkan Kadar Kesuburan
Dekan Institut Penyelidikan Pembangunan Sosial, Universiti Kewangan dan Ekonomi Barat Daya, Yang Haiyang berkata, melanjutkan cuti perkahwinan adalah satu cara berkesan untuk meningkatkan kadar kesuburan di negara China.
“Cuti perkahwinan dilanjutkan di beberapa wilayah dan bandar yang mengalami perkembangan ekonomi yang agak perlahan,” ujarnya.
Fuh, menarik juga langkah yang diambil oleh negara China ini. Di Malaysia agak-agaknya ada tak akta sebegini?
Sebelum ini, satu kajian majikan kini lebih cenderung untuk menggaji pekerja lelaki berbanding graduan-graduan perempuan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa sangka Tun Dr Mahathir Mohamad,97, menerima kekalahan teruk pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang berlangsung semalam. Bertanding di parlimen Langkawi, Mahathir telah dikalahkan oleh Mohd Suhaimi Abdullah dari Bersatu yang meraih sebanyak 25,463 undi.
Namun tahukah anda kekalahan bekas Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh ini bukanlah yang pertama. Beliau pernah dikalahkan pada PRU tahun 1969 di parlimen Kota Setar.
Ketika itu kerusi tersebut telah dimenangi oleh ahli politik popular Yusof Rawa atau nama sebenarnya Yusof bin Abdullah yang mewakili Pan-Malaysian Islamic Party atau kini dikenali sebagai Pasti Islam Se-Malaysia (PAS). Dalam persaingan sengit kira-kira 53 tahun lalu itu, Yusof Rawa menang dengan majoriti 989 undi.
Allahyarham Yusof Rawa
Kekalahan yang dihadapi oleh Mahathir sedikit mengejutkan kerana beliau sekadar berada di kedudukan keempat dari keseluruhan lima calong bertanding. Lebih malang, beliau juga hilang wang deposit.
Pelbagai faktor yang menyumbang kekalahan mantan Perdana Menteri yang digelar Bapa Pemodenan Malaysia ini. Salah satunya adalah tsunami penyokong Perikatan Nasional selain satu faktor lagi mungkin terletak pada usia beliau yang sudah dilihat terlalu tua untuk menjalankan tugas sebagai ahli parlimen.
Walaupun begitu, jasa dan keringat yang dicurahkan sepanjang bergelar ahli politik dan Perdana Menteri harus dihargai dan diingati. Terbinanya Malaysia yang moden hari ini adalah antara usaha pintarnya suatu ketika dahulu memacu negara ke arah yang lebih baik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!