Sebuah lagi tarikan buat pengunjung di Zoo Melaka adalah Dinosaur Encounter yang dipercayai akan mencetuskan fenomena baru bagi menarik kehadiran pelancong ke Melaka dalam situasi pandemik COVID-19 ini.
Menurut Ketua Menteri Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali, pameran atau pertunjukan zoo ini adalah antara yang terbesar di Asia Tenggara dan akan menjadi satu tarikan terbaru bagi sektor pelancongan Melaka.
Dinosaur Encounter dibangunkan dalam kawasan seluas 4 hektar di Zoo Melaka dan menawarkan harga tiket RM38 untuk dewasa serta RM31 bagi kanak-kanak dan warga emas. Difahamkan juga, tempat tarikan ini juga dibuka pada waktu malam. Jadi, siapa yang tak mahu berpanas, bolehlah berkunjung pada waktu malam.
Rata-rata daripada pengunjung nampaknya berpuas hati dan menyatakan bahawa bukan kanak-kanak sahaja yang teruja, malah orang dewasa juga turut kagum dengan pameran ini. Malah, ada juga pengunjung yang memberikan pandangan untuk penambahbaikan yang perlu dilakukan seperti maklumat mengenai setiap spesies dinosaur serta sistem bunyi perlu dipertingkatkan. Barulah real!
Dalam pada korang menyokong sektor pelancongan di Malaysia, jangan pula lupa untuk mengamalkan SOP yang telah ditetapkan. Pameran ini sememangnya sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan ekonomi negara akibat situasi pandemik, namun jangan terleka dengan penjarakan fizikal.
Ads
Pastikan sentiasa memakai pelitup muka dan elakkan bersesak-sesak dengan individu lain.
Hati-hati bila berada di sekeliling warga asing khususnya mereka yang tiada dokumen kemasukan ke negara ini secara sah. Ini kerana ada kalangan mereka ibarat bom jangka khususnya di saat penularan COVID-19 masih belum ada penawarnya.
Laporan Harian Metro, polis berjaya menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 untuk warga asing.
Dalam serbuan Ops Pemalsuan Keputusan Ujian Saringan Covid-19 jam 5.40 petang semalam di Jalan Alor, Kuala Lumpur, dua lelaki warga Bangladesh berjaya diberkas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, siasatan awal mendapati sindiket beroperasi di kaunter kaki lima kedai di Jalan Alor.
"Kaunter itu sudah beroperasi antara satu hingga dua minggu dengan setiap satu dokumen keputusan negatif ujian saringan Covid-19 dikenakan bayaran RM50.
"Polis mendapati kadar sewaan tapak adalah RM600 sebulan. Premis beroperasi setiap hari bermula 12 tengah hari sehingga 9 malam yang mana seorang penjaga akan ditempatkan di kaunter untuk mengendalikan sebuah komputer riba ketika berurusan dengan pelanggan.
"Sasaran pelanggan dipercayai terdiri daripada warga asing. Dua suspek diberkas di kedua-dua premis diserbu itu didapati bekerja dengan dua lelaki tempatan dan anggaran gaji RM1,500 dan RM1,700 sebulan," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, semua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 468 Kanun Keseksaan, Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen.
"Polis turut merampas pelbagai barang antaranya dua unit komputer riba, tiga unit mesin pencetak, dua unit mesin laminator dan dua helai kertas keputusan ujian saringan Covid-19.
"Selain itu turut dirampas, sehelai kertas berkepala surat LabLink Medical Laboratory yang terdapat cetakan laporan ujian saringan Covid-19 yang disyaki palsu, sehelai kertas berkepala surat LabLink Medical Laboratory yang kosong dan wang tunai RM1,331.
"Polis memandang serius isu pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyalahi undang-undang," katanya.
Beliau berkata, sikap tidak bertanggungjawab dan hanya mengutamakan keuntungan sebegini hanyalah membahayakan orang ramai dan menjejaskan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau menghubungi mana-mana polis berdekatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kes-kes sebeginilah yang sering membuatkan timbulnya persepsi negetif bagi individu yang benar-benar susah. Tidak dinafikan ramai yang cuba mengambil “peluang” atas simpati orang ramai tetapi jika ia hanyalah “lakonan” semata untuk meraih simpati, ia sukar diterima.
Perkongsian Cikgu Fadli Salleh yang “turun padang” mencari makcik tersebut selepas kisahnya tular turut mendapat satu perkongsian dari pekerja di pusat membeli belah tersebut yang mendakwa makcik itu dihantar oleh seorang anaknya yang agak dewasa namun kemudian lepak di food court selama beberapa jam sebelum bergerak balik ke destinasi mereka.
Bacalah kisah dikongsi oleh Cikgu Fadli ini.
Semalam, viral kisah mak cik duduk meminta sedekah di Giant Batu Caves. Suami kena berhenti kerja sejak bulan 7 yang lepas.
Katanya, dia ada anak Tingkatan 3 yang terpaksa diberhentikan sekolah kerana miskin.
Ramai sangat orang tag aku kat post tentang mak cik ni memandangkan lokasi tu dekat dengan aku.
Hari ni aku ke Giant Batu Caves mencari mak cik ini. Melilau aku cari kat parking kereta, tempat gambar dia diambil ini. Tak jumpa.
Aku pun pergi ke pintu utama, berjumpa staff Giant yang berdiri di situ check suhu pelanggan keluar masuk. Aku tunjuk gambar ni dan bertanya.
Staff tu senyum sahaja bila aku tunjukkan gambar mak cik ni lantas berkata,
"Hari ni saja dah 4 orang datang tanya saya tentang mak cik ni".
Belum sempat dia bercerita panjang, datang seorang lelaki berkopiah pakai facemask menegur,
"Cikgu Fadli ke ni?" soalnya memandangkan aku pun pakai facemask.
"Aah. Abang siapa ya?"
Dia buka sedikit facemask dan perkenalkan diri,
"Saya Ustaz Firdaus dari Lembaga Zakat Selangor, katanya seraya menunjukkan kad kuasa.
"Oh ustaz. Terima kasih banyak bantu saya dalam kes-kes tercicir yang Dana Kita kenal pasti sebelum ini. Ustaz pun cari mak cik ni ya?" "Ya cikgu. Dah lama saya tunggu kat sini. Tak nampak pun bayangnya. Sebaik isu viral dan kami dapat tahu, saya terus ke sini untuk siasat", balasnya.
"Sama la saya pun. So macam mana mak cik ni bang? Selalu ke dia datang sini?" soalku pada staff Giant pula.
"Cikgu. Mak cik tu memang selalu ke sini. Seminggu tu acap kali juga datang. Dan bukan dia datang seorang.
Dakwa Anak Hantar tapi lepak di Food Court
Anak dia hantar. Anak dia dah besar. Anak dia lepak je kat food court sampailah mak dia ke sana untuk pulang. Susah nak kata cikgu.
Kalau betul susah, banyak je pihak boleh bantu. JKM ada, Pusat Zakat ada, NGO ada. Tapi entahlah. Saya nak cakap lebih-lebih pun payah," balasnya.
Aku senyum sahaja. Kes yang orang ramai tular setelah hanya dengar kisah sebelah pihak memang ramai yang silap sebenarnya.
Ada kes suami isteri sambil riba anak-anak duduk termenung di stesen minyak, buat-buat dalam kesusahan. Bila orang tanya minta duit nak isi minyak dan makan saja katanya. Cerita macam-macam jenis kesusahan.
Orang bagilah. Kasihan kot. Siap dia bagi nombor akaun lagi. Orang tulis cerita dia, letak nombor akaun.
Rakyat Malaysia punya baik hati pergi derma sampai beribu-ribu dia dapat. Diam seminggu dua, lepas tu tu pergi cari stesen minyak lain pula. Pun buat kisah sedih yang sama. Dapat lagi duit mudah.
Setelah di siasat rupanya laki bini penagih dadah. Semua cerita direka-reka untuk dapat duit mudah dapat hisap dadah dan main judi online. Ramai terkena.
Kes mak cik ni aku tak katalah dia tipu. Tidak. Cuma langkah pertama yang aku ambil kalau jumpa dia tadi aku nak suruh dia naik kereta dan tunjuk rumah dia.
Nak tengok keadaan rumah dia benar susah atau tidak. Jika betul miskin tak ada peti sejuk tak ada mesin basuh aku nak bantu belikan.
Nak jumpa suami dia yang katanya dibuang kerja tu. Ada je peluang pekerjaan boleh aku tawarkan.
Nak jumpa anak dia Tingkatan 3 kononnya yang terpaksa berhenti sebab miskin, aku nak urus sampai budak tu sekolah semula.
Lepas tu aku nak contact Zakat Selangor agar dapat pula bantuan bulanan. Itu semua dalam kepala aku dah. Memang itu perancangan aku. Dan memang begitu cara aku bergerak dan menghulur bantuan.
Aku takkan terus transfer duit bila baca kes begini. Bukan begitu aku bergerak. Kena siasat betul-betul.
Dan hari ini bila siasat, banyak benda yang meragukan.
Ada anak besar datang ambil, lepak kat food court main telefon, makan-makan sementara mak siap kutip sedekah.
Sumber tak rasmi mengatakan dia tinggal di Taman Maluri. Jauh tu Taman Maluri ke Batu Caves kutip sedekah. Kenapa tak supermarket berdekatan rumah? Ada keraguan besar di sini.
Ada orang kata, mereka pernah jumpa mak cik ni kutip sedekah merata-rata. Pernah ditemui di Wangsa Maju bawa kisah yang sama. Lagi meragukan.
Namun aku tak adalah nak tuduh mereka ini sindiket atau berpakat cari duit mudah. Belum nak tuduh begitu sebab aku tak jumpa orangnya.
Jadi kepada sesiapa yang jumpa mak cik ni, ada info lengkap tentang alamat dan no phone dia, tolong panjangkan pada Pusat Zakat Selangor.
Kami nak turun siasat dan jika sah keluarga ini memang memerlukan bantuan, pasti kami akan bantu. Pasti!
Harap tulisan ini menjelaskan situasi sebenar dan page-page tersohor yang share kisah mak cik ni semalam share juga post aku ini sebagai penjelasan pada audiences mereka.
Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna. Itulah Dana Kita
Yang benar, Mohd Fadli Salleh. Presiden Pertubuhan Kebajikan Dana Kita. #MFS
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.