Kontroversi yang berlaku kepada bekas pasangan suami isteri selebriti Hollywood, Johnny Depp dan Amber Heard nampaknya memberi impak yang besar dalam kerjaya seni mereka.
Johnny Depp telah memenangi kes saman fitnah terhadap bekas isterinya Amber Heard yang perlu membayar pampasan sebanyak $15 juta pelakon lelaki itu merangkumi AS$10 juta manakala AS$5 juta lagi sebagai ganti rugi punitif.
Berikutan daripada kemenangan Johnny Depp itu, terdapat khabar angin bahawa Warner Bros. Pictures bakal memadam semua babak yang melibatkan Amber Heard dalam filem Aquaman 2.
#BREAKING: Warner Bros. Entertainment telah memotong semua adegan Amber Heard dalam Aquaman 2 – pengumuman rasmi akan datang tidak lama lagi.
Walaupun keputusan juri berpihak kepada Johnny Depp, tetapi aktor itu diwajibkan untuk membayar sejumlah wang pampasan. Depp harus memberi pampasan atas kerosakan atau compensatory damages kepada Heard bernilai AS$2 juta. Pampasan ini terkait dalam klaim Heard soal fitnah yang dilakukan peguam Depp, Adam Waldman.
Untuk info, Depp menfailkan tuntutan saman fitnah dengan ganti rugi sebanyak AS$50 juta terhadap Heard berhubung penulisannya untuk kolum Washington Post.
Melalui artikel itu, Heard menggambarkan dirinya sebagai kekerasan dalam rumah tangga dan secara tidak langsung menuduh bekas suaminya itu sebagai si pelaku. Heard kemudian memfailkan saman balas dengan menuntut AS$100 juta kepada Depp. Walau bagaimanapun, Depp menafikan pernah melakukan penderaan fizikal itu dan mendakwa bekas isterinya sebenarnya sering bertindak ganas.
Namun akhirnya kemenangan berpihak kepada pelakon lelaki itu dan keputusan itu juga dikatakan bakal menghancurkan kerja Amber Heard dalam industri hiburan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau sebut Pulau Belitung, mungkin masih ramai yang tidak kenal dengan pulau yang terletak di Indonesia ini. Tapi, ada yang pernah menonton filem Laskar Pelangi pastinya Belitung menjadi antara yang segar dalam ingatan.
Belitung digambarkan sebagai sebuah pulau di Sumatera yang terkenal kerana biji timahnya dan bagi yang pernah ke sana, pelbagai gelaran diberikan seperti ‘Next Bali’ dan ‘Maldives Indonesia’.
Begitu juga dengan Alif Muhaimin, Hero Remaja 2017 yang berpeluang untuk menikmati keindahan Pulau Belitung mengakui bahawa berkunjung ke destinasi tersebut merupakan antara pengalaman manis buatnya sepanjang memilih percutian ke pulau.
Jom kita lihat antara 6 tempat menarik yang korang boleh pergi sekiranya berkunjung ke Pulau Belitung.
SD Muhammadiyah Gantong – SD Laskar Pelangi
Terletak di Belitung Timur, ia bukanlah sekolah sebenar di mana Andrea Hirata, novelis Laskar Pelangi itu belajar. Namun, ia sekadar replika sekolah. Masuk saja ke dalam satu-satunya kelas yang ada, kamu akan terbayang dalam kisah Laskar Pelangi yang satu masa dahulu pernah menjadi fenomena di Indonesia dan Malaysia. Bilik kelasnya yang using hanya berlantaikan pasir pantai dan beratap zink menggambarkan betapa daifnya sekolah kampung tersebut.
Dermaga Kirana
Lokasinya betul-betul terletak di hadapan Replika SD Muhammadiyah Gantong. Dinamakan Dermaga Kirana kerana jambatannya menghubungkan kawasan tersebut hingga ke tengah Danau Kirana. Ada banyak binaan berupa ‘keong’ atau dalam bahasa Melayunya, siput yang diperbuat daripada rotan di atas lantai dermaga. Di sini juga boleh menjadi port terbaik untuk kamu merakam foto memori. Ada juga yang mencadangkan untuk datang ke sini pada waktu petang jika mahu melihat pemandangan matahari terbenam.
Tanjung Pendam
Dikenali sebagai pantai tengah kota kerana terletak di kota Tanjung Pandan, Belitung. Kalau mahu ke sini, datang pada waktu petang untuk menikmati pemandangan matahari terbenam. Lebih meriah pada waktu malam, kalau kamu nak cari kopi Kong Djie Belitung, ada satu restoran di pantai ini menyediakan minuman kopi tersebut dan menjual serbuk kopi yang belum dibancuh. Bolehlah kalau nak buat ole-ole balik Malaysia.
Danau kaolin
Terletak di Tajung Pandan juga, danau ini terhasil dari perlombongan kaolin, sejenis bahan mineral berwarna putih yang digunakan dalam perusahaan kertas, makanan, kosmetik dan ubat gigi. Dari jauh, kamu akan terpesona dengan keindahan kawasannya yang berwarna putih bersih dan airnya yang biru jika cuaca baik. Waktu hari hujan atau mendung pula, air di danau ini akan kelihatan seperti kehijau-hijauan.
Rumah adat Belitung
Rumah tradisional masyarakat Belitung ini terletak disebelah rumah tok penghulu dan masuk saja ke dalam kawan rumah, kamu perlu menaiki anak tangga ke ruang tamu. Bilangan anak tangga sesebuah rumah lama di Belitung menggambarkan darjat ketinggian keluarga tersebut. Semakin tinggi tangga, semakin tinggi darjatnya.
Island hopping
Kalau dah ke pulau, tak sah rasanya jika tidak melakukan aktiviti island hopping. Di sekitar Belitung masih banyak pulau-pulau kecil yang masih cantik dan terpelihara. Lokasi pertama untuk aktiviti ini adalah singgah sebentar ke Tanjung Tinggi yang terletak kira-kira 30 minit dari tempat penginapan. Disini, tiada aktiviti berenang dan hanya menjadi port untuk mengambil gambar. Pantainya agak luas, nak ke tempat ‘port’ bergambar yang cantik perlu melalui kawasan batu-batu besar.
Seterusnya, bermulanya aktiviti island hopping dari Pantai Tanjung Kelayang. Jangan risau, banyak kemudahan di tempat ini seperti bilik air untuk membilas badan selepas aktiviti dan juga surau turut disediakan disini.
Bot disediakan untuk pengunjung bergerak dari satu pulau ke pulau yang lain. Setiap bot boleh memuatkan sehingga 15 orang penumpang. Destinasi pertama, melihat Pulau Garuda dari jauh kerana tiada tempat untuk bot berlabuh. Sekitar pulau dipenuhi dengan batu karang.
Kemudian, rencananya terus ke Pulau Lengkuas. Nama pulau ini katanya daripada ‘Light house’ tetapi disebabkan masyarakat disana tidak berapa fasih berbahasa Inggeris, lama kelamaan mereka menyebut ‘Light house’ menjadi Lengkuas. Kalau kamu mampu untuk mendaki anak tangga, boleh naik ke atas light house tersebut untuk menikmati pemandangan seluruh pulau. Serious cantik sangat!
Akhir sekali, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke Pulau Kepayang. Dinasihatkan untuk tidak membawa telefon bimbit kerana kamu harus menapak ke dalam Gua Kelayang dan masuk ke dalam air hingga ke paras dada. Gua ini terbina daripada batu-batu besar berwarna yang tersusun dan di dalam bahagian gua ombaknya agak kuat, jadi hati-hati semasa melakukan aktiviti ini.
Lebih menarik lagi, di Pulau Kepayang ini terdapat tempat perlindungan penyu yang dijalankan oleh kumpulan pencinta haiwan yang menjadikan pulau ini sebagai destinasi eco-friendly. Kamu juga berpeluang untuk melepaskan penyu ke laut jika berkesempatan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siri drama The Penthouse 3 sudah sampai ke episode 8, di mana penonton semakin berdebar menantikan setiap rahsia yang ingin dibongkar dan melihat yang akan terjadi seterusnya.
Namun begitu, minggu ini drama siri popular Korea itu akan ditangguhkan siarannya bagi memberi laluan kepada pembukaan Olimpik Tokyo 2020.
Sukan Olimpik Tokyo 2020 bakal berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos tahun ini setelah ditangguhkan selama setahun disebabkan oleh wabak pandemik COVID-19.
Episod 8 The Penthouse 3 dijadualkan akan ditayangkan pada 30 Julai depan.
Rata-rata peminat siri drama ini berasa kecewa kerana mereka terpaksa menunggu lagi seminggu untuk episod seterusnya. Sudahlah hanya satu episod ditayangkan seminggu, kini mereka terpaksa menunggu lagi satu minggu untuk menonton episod 8.
Walaupun ada yang mengatakan sudah bosan dengan plot twist yang terlalu complicated dan tidak masuk akal, namun masih ramai lagi yang tetap tidak sabar untuk menonton kesudahannya.
Masing-masing punya citarasa kan? So guys, bersabarlah untuk tunggu lagi satu minggu okay? Hiks!
Penyanyi rap terkenal, A$AP Rocky akhirnya dapat menarik nafas lega selepas beliau didapati tidak bersalah atas dua tuduhan serangan jenayah pada akhir perbicaraan di Los Angeles, pada Selasa.
Pasangan yang mempunyai dua anak dengan penyanyi Rihanna itu, berdepan hukuman penjara sehingga 24 tahun jika disabitkan dengan serangan yang didakwa ke atas bekas rakannya di Hollywood pada 2021.
Ketika keputusan dibacakan, bintang hiphop yang dicalonkan untuk Grammy, Rocky atau nama sebenarnya Rakim Mayers (37) memeluk orang di sekelilingnya meluahkan rasa lega apabila didapati tidak bersalah.
Ketika perbicaraan yang berlangsung selama beberapa minggu, pendakwa raya berkata Mayers didakwa menyerang bekas rakannya, Terell Ephron (A$AP Relli) pada tahun 2021, di Hollywood, yang mana A$AP Rocky didakwa melepaskan tembakan dengan senjata separa automatik, mencederakan tangan Ephron.
Bagaimanapun, A$AP Rocky menegaskan senjata yang dibawa adalah pistol prop. Namun, Ephron mendakwa Mayers menarik pistol ke perutnya dan mengancam nyawanya, tetapi tiada bukti yang menunjukkan tembakan benar-benar berlaku, dan tiada senjata ditemui oleh pihak polis.
Ephron memberitahu juri dia diajak ke sebuah tempat letak kereta untuk pertemuan yang sebahagiannya dirakam dalam video pengawasan yang kabur dan mendakwa A$AP Rocky menarik pistol dari pinggangnya, menghala ke perut Relli dan berkata, “Saya akan bunuh kamu sekarang”.
Ephron berkata dua peluru dilepaskan, dengan salah satu daripadanya mencederakan buku jarinya.
Demikian begitu, peguam pembela, Joe Tacopina, mendakwa kes ini adalah pemerasan untuk mendapatkan wang daripada anak guamnya. Selain itu, Tacopina juga menyarankan supaya Ephron didakwa kerana pembohongan.
Terdahulu, A$AP Rocky yang terkenal menerusi album LONG.LIVE.A$AP pernah ditahan di Sweden selepas terbabit dalam dalam kes pergaduhan dengan dua lelaki pada 2019. Kes itu telah menimbulkan kekecohan sehingga Rocky terpaksa meringkuk di penjara Sweden dalam keadaan tidak selesa sebelum akhirnya didapati bersalah namun tidak dijatuhkan hukuman penjara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!