Dalam video, dapat dilihat bahawa pemandu sebuah kenderaan ulititi, Honda CRV, memandu di lorong paling kanan, sekali gus menghalang ambulans di belakangnya.
Walaupun telah membunyikan siren dan hon kereta itu tetap enggan memberi laluan kepada ambulans di belakang. Pada saat terakhir video berkenaan, pemandu ambulans dilihat terpaksa memotong melalui laluan kiri.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut membuat ciapan di akaun Twitternya meluahkan rasa kecewa dengan sifat pemandu yang pentingkan diri dan denggan memberi laluan kepada ambulans.
Astaghfirullah masih ada pemandu yg pentingkan diri sendiri sampai sengaja tidak memberikan laluan kepada pihak Ambulan walaupun siren ambulan sudah lama dibunyikan di belakang kereta Ini. https://t.co/qrRJyd1Yr1
Malah, netizen juga tidak kurang mengecam tindakan pemandu tersebut.
Foto Via Twitter Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Rupa-rupanya, bukan dengan sengaja pemandu tersebut bertindak sedemikian dan tidak mahu memberi laluan kepada ambulans.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kampar iaitu Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata pemandu dan pemilik kenderaan utiliti sukan (SUV) itu telah diarahkan untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar untuk siasatan lanjut.
Nazri turut menjelaskan hasil siasatan mendapati pemandu kereta berkenaan mengalami masalah pendengaran Tinnitus-Acoustic Neuroma sejak tiga tahun lalu.
Ads
“Lelaki itu juga masih menerima rawatan lanjut daripada pakar berkaitan penyakit Tinnitus-Acoustic Neuroma di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Siasatan lanjut kes itu sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil ke atas pemandu kenderaan tersebut,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nazri turut berkata pihaknya akan terus mempertingkatkan operasi dan penguatkuasaan trafik bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya di daerah Kampar, Perak.
Buat anda yang masih keliru, satu rakaman video berdurasi 37 saat tular di media sosial apabila ia memaparkan sebuah kereta Honda CR-V tidak mahu memberi laluan kepada ambulans sehingga kenderaan berkenaan terpaksa ‘beralah’ dan beralih ke lorong kiri.
Ads
Kesimpulannya disini, jangan cepat menghukum sebelum mengetahui hal yang sebenar, takut nanti dapat dosa je.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Utusan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecanggihan teknologi hari ini membuatkan kehidupan seharian kita menjadi jauh lebih mudah. Jika dahulu kita perlu keluar untuk membeli barang, kini semuanya boleh dilakukan hanya di hujung jari.
Jika dahulu kita perlu beratur panjang untuk membayar barangan yang dibeli, kini kita hanya perlu menunggu di dalam kereta dan membuat pembelian secara drive-thru. Mungkin ramai yang sudah terbiasa membeli makanan di restoran makanan segera secara drive-thru, sekarang ini korang juga boleh membeli produk skincare dengan hanya menunggu di kereta.
Baru-baru ini viral di TikTok apabila @fatinkhuzaifah memuat naik video yang menunjukkan sebuah drugstore popular yang menjual produk skincare, Watsons kini sudah mempunyai cawangan drive-thru.
Watsons drive-thru yang pertama di Malaysia ini terletak di Taman Daya, Johor Bahru dan khabarnya ia telah dilancarkan pada Mei lalu. Dengan hanya menggunakan aplikasi mudah alih Watsons, pelanggan kini boleh membuat pembelian melalui telefon bimbit dan menggunakan perkhidmatan Click & Collect Express untuk mengambil barangan mereka dalam masa empat jam menggunakan kaunter pandu lalu.
Wah, menariknya! Tidak perlu lagi bersesak-sesak di dalam kedai dan tidak perlu juga korang menunggu dengan lama untuk mendapatkan barangan sekiranya membuat pembelian secara pos. Duduk sahaja di dalam kereta dan tunggu sahaja sehingga barangan yang dipesan siap untuk diambil. Betul tak?
Namun, ada juga yang berpendapat mereka lebih suka dan puas hati jika membeli sendiri di stor fizikal. Macam mana pula dengan korang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Belum pun reda kisah seorang pemandu hampir maut kerana keretanya dihempap kepingan konkrit, kini kes yang lebih kurang sama apabila seorang wanita nyaris maut selepas kenderaan yang dipandunya dihempap besi Menara kren.
Kejadian berlaku di Jalan SS2/24, Petaling Jaya pada jam 5.45 petang itu membabitkan seorang mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Ketika mangsa melalui kawasan tersebut, tiba-tiba muatan besi Menara kren dari sebuah treler jatuh menimpa kenderaannya. Akibat kenderaan itu, bumbung cermin hadapan dan beberapa bahagian lain kereta rosak, namun dilaporkan mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.
Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada bahagian hadapan treler yang membawa bahan muatan menara kren berkenaan tersangkut pada kabel telefon menyebabkan dua tiang telefon tumbang dan kabel telefon merentangi Jalan SS2/24.
Mangsa telah pun membuat laporan polis manakala pemandu treler belum tampil membuat laporan setakat ini. Kertas siasatan dibuka di bawah Peraturan 19 Kaedah Lalulintas 166/59 kerana muatan yang dibawa atas kenderaan jatuh dan mengakibatkan kemalangan.
Malang tidak berbau. Diharap tiada lagi kes seperti ini berlaku. Semoga mangsa mendapat pembelaan yang setimpal.
Ramai yang menyahut cabaran #10yearschallange yang dimulakan oleh seorang ahli meteorologi dari Oklahoma, Damon Lane.
Ramai begitu gembira memaparkan keadaan diri dan bentuk tubuh mereka serta perubahan-perubahan yang berlaku.
Di sebalik kegembiraan, mungkin ramai kurang sedar atau tidak memahami betapa dunia semakin kecundang angkara perbuatan manusia itu sendiri.
Dunia yang semakin panas berikutan pencairan di Kutub Utara, gunung-ganang ditarah tanpa belas kasihan, pembuangan plastik yang mengakibatkan hidupan laut mati dan beberapa sikap lain yang sebenarnya boleh dikawal jika kita memahami dunia ini turut diduduki oleh makhluk lain.
Jika kita begitu gembira badan masih maintain sejak 10 tahun lalu, wajah yang tak tua-tua dan sentiasa muda, dunia yang kita duduki ini juga BERHAK untuk manusia tahu betapa tenatnya sekarang.
Ok, jom tengok betapa “GEMBIRANYA” bumi sepanjang #10yearschallange ini. Mungkin sebagai individu kita seharusnya sama-sama menyayangi dunia yang semakin tua dan tenat ini. Itu belum lagi binatang-binatang yang terjejas teruk akibat kerakusan manusia
Dalam satu akaun instagram yang fokus kepada masalah sampah di lautan @lessplasticuk mampu membuatkan kita berfikir lebih mendalam.
Lihatlah terumbu karang yang dahulunya indah tetapi kini sudah mati akibat kerakusan manusia
Lihat sajalah terumbu karang indah yang menjadi tempat pembiakan ikan-ikan di laut yang jelas ketara sudah mati.
Lapisan ais yang semakin mencair akibat pemanasan global. Jika berterusan manusia mudah terdedah kepada bencana alamSaat kita membazrirkan bertan-tan makanan inilah nasib beruang kutub yang terjejas kerana kawasannya dicerobohi tangan rakus manusia
Begitu juga lapisan ais yang semakin menipis di Kutub Utara, dataran permukaan yang semakin menyempit selain nasih beruang kutub yang semakin kurus selepas habitatnya dicemari.
Lihat sajalah kawasan Greenland yang sudah semakin mencair. Adakah kita masih mahu bergembira muka kita yang tak tua-tua sejak 10 tahun lalu?
Di akuan instgram @Greenpeace turut memaparkan kerosakan yang berlaku. Bungkahan ais yang dahulunya begitu tebal kini semakin nipis akibat pemanasan global.
Hutan tertua dunia, Hutan Amazon juga tidak terkecuali menerima nasib. Beginilah keadaan dunia sejak 10 tahun lalu
Hutan tertua dunia, hutan Amazon juga mengalami perubahan ditarah oleh tangan manusia dan barang kali akan bertukar menjadi gersang satu hari nanti jika kita masih bergembira seperti hari ini.
Banyaknya pembangunan dan dunia semakin tua akibat perbuatan manusia
Ya bumi juga perlukan perubahannya dan janganlah kita terus mencemarkannya dengan menjadi manusia yang mementingkan diri sendiri.
Biar usaha kita sedikit tapi sekurangnya kita menyumbang kepada kelasterian alam yang akan dihuni oleh anak cucu kita di masa depan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!