Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.
Itulah yang sedang dirasai oleh sebuah akaun Instagram dikenali sebagai @jab_netizen yang telah melontarkan kata-kata berbaur cacian dan face shaming terhadap salah seorang peserta program realiti All StasGegar Vaganza, Liza Hanim.
Sewaktu diumumkan sebagai peserta kejutan yang diundi masuk oleh para peminat, pemilik nama penuh Haliza Hanim Binti Abdul Halim ini telahpun menerima sokongan yang tidak berbelah bahagi; bukan hanya di auditorium MBSA tetapi juga di platform media sosial.
Ramai mengakui bakat serta tata persembahan Liza Hanim setiap kali menaiki pentas tidak boleh disangkal sama sekali. Biarpun bergelar sebagai peserta Hot Seat yang dipilih masuk hasil undian peminat, Liza Hanim tetap dijangka akan memberikan saingan sengit terhadap 10 orang juara terdahulu program Gegar Vaganza.
Bagaimanapun, tidak kurang juga kata-kata kurang enak dilempiaskan terhadap Liza; bukan disebabkan kualiti persembahannya tetapi disebabkan rupa parasnya yang dimiliki.
Haih, sudah tahun 2023 pun ada lagi yang isu-isu face shaming melampau! Salah satu akaun media sosial yang menyentuh perihal sensitif itu ialah @jab_netizen.
“Liza Hanim sangat berbakat, bersuara sedap dan mantap. Tapi kekurangannya adalah tak berupa cantik dari segi hidup sedikit kembang serta kulit wajah ada lubang-lubang sejak zaman anak dara. Jadi faktor tersebut buatkan beliau sedikit terbelakang zaman itu,” catatnya.
Liza pantas menyedari komen tersebut yang menjengah di ruangan komen dan mengambil keputusan untuk meluahkan perasaan kecewa terhadap standard yang diletakkan oleh segelintir masyarakat di Malaysia terhadap golongan penghibur.
Liza (kiri) bersama rakan karibnya, Noryn Aziz di program All Together Now bersama Ernie Zakri dan Syamel (belakang)
“Bukan sentap, tetapi saya perlu mengetengahkannya.
Ads
“Tergamak nak bagi komen macam ini, berkali-kali pula itu, kenapa? Motif? Kekadang bahasa kata itu lagi penting dari rupa paras tau. Akak tak goyang dengan cacian, kutukan (atau) kritikan sesiapa tapi budaya sekarang agak melampau.
“Kekadang akak tertanya juga rupa orang yang tulis ini, macam manalah agaknya??” soal Liza sebelum menyambung, “Hantaran ini (adalah) untuk semua yang pernah kena kutukan macam akak untuk kita bangkit. Terus kental dan lakukan apa sahaja yang membuatkan kita gembira dengan diri sendiri serta keluarga.
“Teruskanlah bersyukur kepada Allah SWR atas segala kurnianya,” simpulnya.
Tampil mempertahankan rakan seperjuangannya sejak era 90-an, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang jarang-jarang sekali menunjukkan amarah di media sosial tidak berselindung di sebalik kiasan pada hantaran Liza.
Ads
“Tulisan daripada @jab_netizen jelas menunjukkan keperibadiannya yang tidak baik dan hati yang hitam. Jangan menyentu soal fizikal sebab semua orang tidak sempurna. Kesal dengan kelantangan netizen yang konon pandai menilai tapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohannya,” catat Siti.
Ya, begitulah catatan sebenar Datuk Seri Siti Nurhaliza. #HamikKau!
Sementara itu, dua bintang program Big Stage iaitu Wani Kayrie dan Aisha Retno juga berharap agar Liza terus fokus dengan persediaan persembahan bagi konsert All Stars Gegar Vaganza seterusnya.
“Anda cantik dengan cara anda sendiri Kak Liza. Yang penting kita bersyukur,” kata Wani. Manakala Aisha berkata, “Saya sayangkan anda. Jangan biarkan kata-kata ini menghentikan perjuangan terbaik anda. Idola saya, terus pandang ke hadapan dan slay.”
Ads
Antara selebriti tempatan lain yang turut menunjukkan solidariti terhadap Liza ialah Aya Amiruddin, Nadia Aqilah, Syura Badron dan Ieda Moin.
Dalam pada itu, tinjauan REMAJA terhadap akaun @jab_netizen mendapati pemiliknya cuba mempertahankan kata-kata hinaan terhadap Liza.
“Saya tiada niat langsung untuk body shaming atau mengutuk. Saya cuma menjelaskan mengapa Kak LH kurang menyerlah berjaya sedangkan beliau sangat sangat berbakat.”
Cukup-cukuplah menjadi rupa paras sebagai kayu pengukur potensi seseorang. If you do not have a nice thing to say, do not say anything at all!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon, Azhar Sulaiman menitipkan pesana kasih sayang buat cahaya mata kembar kesayangannya iaitu personaliti media sosial terkenal, Kasih Iris Leona dan kembarnya Rees.
Menerusi hantaran tersebut, pelakon drama popular Projek: High Council itu memuat naik semula hantaran Leona bersama Rees sewaktu mereka berdua terlibat dengan program lawak terbitan sebuah stesen televisyen swasta, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Azhar yang mesra disapa Behar itu turut mencuri perhatian apabila seakan memberi bayangan untuk mengundurkan diri dari dunia hiburan memandangkan kedua anaknya itu sudah mampu berdiri atas kaki sendiri.
“Mungkin sudah tiba masanya Behar (Azhar) mengundurkan diri dari pandangan umum masyarakat,” coretnya lagi.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Solidariti rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap perjuangan rakyat Palestin di Dataran Merdeka semalam jelas terasa.
Dianjurkan oleh Viva Palestina Malaysia (VPM) dan MyCARE, perhimpunan aman ‘Freedom For Palestine’ itu turut disertai oleh sebilangan rakyat negara lain termasuklah dari Sepanyol, Pakistan, Mesir, Tunisia, Syria dan banyak lagi seawal jam 10 pagi.
Sudah tentu, selain daripada laungan semangat terhadap mangsa konflik peperangan di Palestin dan laungan kecaman bagi mengutuk perbuatan rejim Zionis yang terus-menerus mengancam nyawa rakyat tidak bersalah di sana, peserta juga hadir memberikan sokongan menerusi cara pemakaian masing-masing.
Rata-rata memilih persalinan berona hitam dan memakai mafela dengan motif Palestin, membawa bersama bendera Palestin serta membawa plakad dengan bermacam-macam slogan.
Tidak terkecuali, golongan artis tanah air turut turun padang bagi menyertai perhimpunan aman berkenaan. Sekiranya satu ketika dahulu, warganet beranggapan artis Malaysia enggan menyatakan sokongan kerana takut periuk nasi mereka menerusi kempen serta agenda bersama jenama-jenama besar fesyen serta kecantikan Barat tertutup begitu sahaja. Ternyata telahan itu meleset apabila semangan kemanusian lebih ampuh melangkaui sebarang persepsi tersebut.
Jom lihat siapakah di antara mereka yang ada di Dataran Merdeka semalam.
Siti Khadijah Halim
Daiyan Trisha
Naim Daniel
Rasyiqah Johan (Finalis Dewi Remaja 2022)
Azfar Heri
Khairul Aming
Daler Yusuf
Ili Ruzanna (Hitz FM)
Imran Bard
Shalma Aina
Good job guys! Sama-sama kita doakan agar pertempuran di antara pihak berkuasa di Gaza, Hamas dan rejim Zionis yang telah berlarutan sejak 7 Oktober lalu segera berakhir demi hak kemanusiaan rakyat di sana.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekitar pagi tadi, Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telahpun membuat keputusan bagi pihak kerajaan untuk menyekat sebarang pergerakan di antara negeri Sabah dan Semenanjung Malaysia, Sarawak dan Labuan bermula hari ESOK.
Berita tersebut nyata telah mengejutkan ramai pihak apabila mereka masih mempunyai urusan untuk pergi masuk ke negeri Sabah terutamanya selepas Negeri Di Bawah Bayu itu berdepan Pilihan Raya Negeri pada bulan lalu.
Namun dalam perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, beliau telah memaklumkan bahawa dirinya telahpun berbincang dengan Ismail Sabri untuk melihat semula keputusan tersebut.
Beliau memutuskan untuk memberi lebih banyak masa untuk sekatan ini dilakukan.
“Keputusan ini saya buat bagi mengelakkan ramai penumpang yang bakal terkandas akibat kesuntukan masa membuat perubahan kepada jadual perjalanan mereka.
“Tarikh baru bagi sekatan pergerakan di antara negeri Sabah dengan Semenanjung (Sarawak dan Labuan) akan berkuat kuasa mulai 12 Oktober jam 12.01 tengah malam sehingga 25 Oktober,” kata beliau.
Sebelum ini, Ismail Sabri mengumumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mewajibkan ujian SWAB dilakukan kepada kesemua pelawat dari negeri Sabah setelah mereka tiba di destinasi masing-masing di luar Sabah.
Sunway Square Mall larangan haiwan peliharaan dikuatkuasakan semula susulan arahan kerajaan negeri Selangor, mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.