Gaya Hidup

Diet Karnivor Undang Bahaya, Pempengaruh Alami Masalah Buah Pinggang Serius

Share

Niat nak kurus dengan diet karnivor hampir bertukar menjadi tragedi apabila hasrat seorang wanita muda untuk tampil lebih sihat membawa padah besar. Trend diet yang semakin popular di media sosial itu akhirnya menyebabkan dia terpaksa dikejarkan ke hospital akibat komplikasi serius melibatkan buah pinggang.

Pempengaruh media sosial, Eve Catherine, 23, berkongsi pengalaman ngeri tersebut selepas mengamalkan diet karnivor, iaitu diet ekstrem yang hanya menekankan pengambilan makanan berasaskan haiwan tanpa sebarang buah-buahan atau sayur-sayuran. Diet ini sering dipromosikan sebagai kaedah pantas untuk menurunkan berat badan dan membina bentuk badan ideal.

Pempengaruh, Eve Catherine berkongsi pengalaman ngeri itu selepas mengamalkan diet karnivor.

Namun, apa yang jarang diperkatakan ialah kesan sampingan diet karnivor

terhadap kesihatan dalaman tubuh, terutamanya organ penting seperti buah pinggang.

Rutin Diet Tinggi Protein

Menurut Eve, rutin pemakanannya kelihatan ringkas dan konsisten. Setiap pagi dia mengambil telur sebagai sarapan, diikuti yogurt berprotein tinggi untuk makan tengah hari, manakala stik daging lembu menjadi menu utama makan malam.

Pada peringkat awal, dia merasakan tubuhnya memberi tindak balas positif termasuk penurunan berat badan dan tahap tenaga yang meningkat. Perubahan fizikal tersebut membuatkan Eve semakin yakin bahawa diet karnivor adalah pilihan terbaik untuk mencapai matlamat kesihatannya.

Namun, perubahan ketara itu tidak bertahan lama. Pemeriksaan kesihatan rutin mendapati paras protein dalam air kencingnya berada pada tahap yang membimbangkan, sekali gus menjadi petanda awal masalah kesihatan yang serius.

Air Kencing Berdarah Cetus Panik

Keadaan Eve menjadi semakin kritikal apabila dia mengalami simptom yang mengejutkan dan tidak pernah dialaminya sebelum ini.

“Suatu pagi saya terjaga dan mendapati air kencing saya bercampur darah,” katanya menerusi satu hantaran di TikTok.

Eve kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Dia terpaksa menerima suntikan morfin bagi menahan kesakitan teruk sebelum berjaya mengeluarkan batu karang buah pinggang.

Menurut doktor yang merawatnya, keadaan tersebut dipercayai berpunca daripada pengambilan protein berlebihan dalam jangka masa panjang. Tekanan melampau terhadap buah pinggang akibat diet karnivor

menyebabkan organ tersebut gagal berfungsi secara normal.
sakit pinggang

Menyesal Ikut Diet Ekstrem

Pengalaman pahit itu menjadi titik perubahan besar buat Eve. Secara terbuka, dia mengkritik diet karnivor dan mengaku menyesal kerana terlalu taksub mengejar pengambilan protein sehingga mengabaikan keseimbangan nutrisi.

“Ia adalah tindakan yang sangat bodoh. Saya seperti ketagih protein tanpa memikirkan kesannya terhadap tubuh,” katanya dengan jujur.

Eve turut mengingatkan pengikutnya agar tidak terpedaya dengan janji perubahan fizikal pantas yang sering dipamerkan di media sosial, terutamanya melalui promosi diet karnivor oleh pempengaruh.

Pakar Kesihatan Beri Amaran

Walaupun diet karnivor semakin popular dalam kalangan pempengaruh yang mempamerkan perubahan fizikal secara drastik, pakar kesihatan menegaskan bahawa diet ekstrem seperti ini tidak sesuai untuk semua individu, khususnya golongan muda.

Antara risiko utama diet karnivor ialah kekurangan serat akibat ketiadaan buah-buahan dan sayur-sayuran, yang boleh menyebabkan masalah pencernaan. Selain itu, pengambilan daging merah tinggi lemak tepu secara berlebihan berpotensi meningkatkan paras kolesterol jahat serta risiko penyakit jantung.

Beberapa kajian juga mencadangkan bahawa amalan diet karnivor dalam jangka panjang boleh mencetuskan keradangan kronik dan mempercepatkan proses penuaan sel.

Kurus Bukan Segalanya

Kes yang dialami Eve menjadi peringatan penting kepada remaja dan golongan muda agar tidak mudah terpengaruh dengan trend diet di media sosial. Keinginan untuk mendapatkan tubuh kurus dalam masa singkat tidak seharusnya mengorbankan kesihatan jangka panjang.

Pendekatan terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengamalkan pemakanan seimbang, gaya hidup aktif serta mendapatkan nasihat daripada pakar pemakanan atau doktor. Kurus mungkin menjadi impian, namun kesihatan adalah aset paling bernilai untuk masa depan.

BACA LAGI : Tekad Nak Kurus, Wanita Ini Sanggup Bayar RM4,054 Masuk ‘Penjara Orang Gemuk’

Sumber

Published by
Nana