Jika sebelum ini Didi & Friends menarik perhatian bukan sahaja kanak-kanak, malah orang dewasa menerusi lagu Mengantuknya Mumia, kini siri kartun kelahiran Malaysia ini turut menukar lirik sempena Ramadan.
Masih mengekal rentak Mengantuknya Mumia, pihak pengurusan mereka hanya menukar lirik bersesuaian dengan bulan Ramadan ini.
Baru sahaja dilancarkan tiga hari lalu di YouTube, Laparnya Mumia sudah menerima lebih daripada 1 juta tontonan.
Ads
Wah, memang hebat!
Lagu ini menerima respon positif netizen di laman rasmi Facebook Didi & Friends Malaysia, malah komen-komen mereka juga dibalas sporting oleh Didi. Hiks!
Kedengaran mengarut bukan? Tetapi inilah realiti yang berlaku di negara kita baru-baru ini, apabila dilaporkan seorang pelajar lelaki tingkatan satu sanggup mencederakan rakannya berusia 10 tahun dan mengugutnya dengan pisau selepas mangsa enggan menuruti kemahuannya untuk melakukan oral seks.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang di sebuah taman perumahan di Gurun dekat sini kelmarin, mangsa mengalami lebam di pipi kanan akibat ditampar dan dipukul suspek.
Malah terdapat kesan luka dan calar di dada, badan serta lutut kanan mangsa dipercayai dicederakan suspek dengan sebilah pisau.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, sebelum itu suspek berumur 13 tahun itu membawa mangsa menaiki kereta Perodua Kancil yang dipandunya ke sebuah kedai di taman perumahan itu.
“Semasa di dalam kereta, murid tahun empat itu diarah membuka seluar suspek dan mengarahkan mangsa melakukan oral seks, tetapi pelajar itu enggan menyebabkan dia ditampar dan dipukul.
“Suspek kemudian membawa mangsa ke rumahnya dan mengarahkannya untuk melakukan perkara tersebut sekali lagi dan arahan itu enggan diikuti mangsa,” katanya.
Berang kemahuannya tidak diikuti mangsa, kata Zaidy, suspek kemudian mencekik leher mangsa dan mencederakannya dengan sebilah pisau menyebabkan mangsa takut dan lari pulang memberitahu bapanya berkaitan kejadian itu.
“Bapa mangsa kemudian membuat laporan kejadian di Balai Polis Gurun dan pada pukul 7.19 malam semalam suspek ditahan di rumahnya.
“Suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan di bawah Sekyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,”
Tapi mungkin bumi kita ini semakin tenat, siapa sangka, remaja seusia ini sanggup melakukan perlakuan seperti ini. Moga kita semua dan keluarga terhindar dari dugaan seperti ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Akibat sikap tidak endahkan hujan kilat, seorang remaja maut apabila terkena serangan elektrik ketika sedang mengecas telefon.
Menurut laporan Daily Star, seorang remaja perempuan di Brazil dilaporkan maut selepas kilat menyambar kawasan rumahnya ketika dia sedang mengecas telefon.
Foto Kredit : Via Pexels
Menurut portal itu, mangsa yang berusia 18 tahun sedang mengecas telefonnya sebelum kilat menyambar rumah mangsa Ahad lalu.
Dia yang terkena renjatan elektrik dilaporkan pengsan sebelum dibawa ke hospital oleh keluarganya. Hasil pemeriksaan, mangsa didapati telah meninggal dunia.
Bukan mangsa pertama, remaja perempuan ini merupakan individu ketiga yang direnjat ketika panahan kilat di kawasan tersebut dalam minggu lalu, tulis portal itu.
Selain jangan main cas handphone ini tip perlu diingatkan agar mematuhi peraturan keselamatan berikut agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.
Foto Kredit : Via Pexels
1. HENTIKAN SEMUA AKTIVITI LUAR dan carilah perlindungan sebaik sahaja anda melihat awan gelap muncul. Petir boleh memanah anda walaupun awan gelap itu berada 15 km dari tempat anda, dan ia tidak semestinya diiringi hujan!
2. LARI untuk mencari perlindungan sebaik sahaja anda melihat pancaran petir. Ketika ini, anda sudah berada dalam keadaan SANGAT BAHAYA dan berkemungkinan untuk dipanah petir.
3. JANGAN tunggu hujan turun kerana petir boleh memanah anda walaupun hujan BELUM turun. JANGAN sesekali gunakan payung ketika adanya petir.
4. JANGAN BERLINDUNG DI BAWAH POKOK atau khemah, bangsal kecil, kongsi, rotunda atau gerai makanan di tepi jalan. Jika anda berlindung di tempat yang sempit atau kecil, pastikan ia dilengkapi sistem pertahanan petir.
5. CARI PERLINDUNGAN dalam bangunan besar dan kukuh (rumah atau kedai), kenderaan (bas, van atau kereta) atau struktur yang besar (jambatan). Jangan berlengah-lengah di luar bangunan kerana anda mungkin akan terkena panahan petir.
6. Jika tiada tempat berlindung, segera turun dari tempat tinggi (guar, bukit, platform). Segera berlindung di tempat rendah atau masuk ke dalam longkang kering.
7. SEGERA duduk dalam Kedudukan Pertahanan Petir, iaitu bercangkung dengan kedua belah kaki dirapatkan dan menutup telinga dengan tangan. JANGAN sentuh sesiapa atau sebarang objek (pagar, besi dan lain-lain).
8. JIKA hujan, basahkan pakaian anda kerana pakaian basah membantu mengurangkan kecederaan serius jika dipanah petir. Biarkan arus elektrik itu mengalir di luar tubuh anda.
9. DI DALAM tempat perlindungan, JANGAN sentuh objek metalik, barang atau kabel elektrik. JANGAN gunakan telefon, melainkan jika terpaksa. JAUHKAN DIRI dari balkoni, beranda, pintu, tingkap, dinding, atau tiang.
10. Pastikan anda berada DI DALAM tempat perlindungan itu untuk tempoh sekurang-kurangnya 30 minit SELEPAS guruh yang terakhir kedengaran. Ingat, walaupun hujan telah berhenti, petir masih boleh memanah bumi.
Mungkin ada yang menganggap individu yang menggunakan Apple Watch ini adalah kerana mengikut trend atau mereka sememangnya peminat tegar gajet keluaran Apple.
Nah, sangkaan itu sebenarnya tidak tepat kerana sebenarnya banyak kegunaan Apple Watch ini yang akan membantu pemilik mereka di kemudian hari.
Seperti yang berlaku di negara jiran kita Singapura, kisah ini benar-benar terjadi beberapa hari lepas. Mangsa dilanggar lari oleh sebuah van yang tidak dikenali.
Penunggang motosikal berusia 24 tahun itu dikenali sebagai Muhammad Fitri dan menurut kenyataan adiknya di laman Facebook, abangnya itu dalam perjalanan pulang dan tiba-tiba ada sebuah van masuk dari lorong kiri dan membelok ke kanan.
Ketika itu, Fitri rebah dan tidak sedar, namun bernasib baik kerana Apple Watch yang dipakai olehnya membuat panggilan kecemasan menelefon ambulan.
Apabila Fitri tidak mempunyai respon selama satu minit, Apple Watch dapat mengesan dan akan menelefon kecemasan dengan menggunakan pita suara memberikan maklumat pesakit dan lokasi terkini mangsa. Lokasi juga dihantar kepada waris berserta lokasi.
Gajet ini merupakan teknologi yang boleh membantu menjadi penyelamat nyawa dengan kelebihan-kelebihan seperti berikut:
• Peranti memberikan notifikasi kepada waris selepas mangsa dilanggar lari
• Mengesan impak jatuh seperti kemalangan, sakit jantung, strok dan lain-lain
• Apple Watch akan menelefon kecemasan jika tiada tindak balas dari mangsa selama satu minit
• Ambulan sampai tepat pada masa dan mangsa terselamat
• Fungsi ini terdapat hanya pada edisi Apple Watch 4 dan ke atas
Ha, berbaloi sebenarnya kalau kita buat pelaburan beli jam tangan ‘canggih’ seperti ini kan. Jika ada yang mampu bolehlah beli untuk kegunaan harian. Tapi, kalau tak mampu jangan pula korang rasa terdesak untuk mendapatkannya. Okay?