Sepanjang PKP, MENTERI Kanan (Kluster Keselamatan) merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sering ditunggu-tunggu pada sidang media harian berkaitan Covid-19 di Malaysia.
Bukan sahaja demi mendapatkan info terkini keadaan negara bahkan juga untuk melihat corak baju batik yang digayakan bapa mentua pereka fesyen Jovian Mandagie itu.
Namun apa yang menarik perhatian ramai apabila, Menteri Pertahanan sendiri memuat naik satu posting di facebook miliknya berkaitan baju batik yang dipakainya setiap hari.
Ads
Kreatif betul warga net. Baju saya dah jadi kueh mueh. Saya ingat saya jadi model batik Malaysia je. Rupa-rupanya jadi…
Kreatif betul warga net. Baju saya dah jadi kueh mueh.
Saya ingat saya jadi model batik Malaysia je. Rupa-rupanya jadi model kueh dan ice cream pulak.
Terima kasih warganet kerana menghiburkan bukan sahaja saya tapi seluruh rakyat Malaysia,” kata beliau menerusi laman rasmi Facebook milik beliau.
Ads
Difahamkan kemeja batik kontemporari berkenaan merupakan koleksi pereka fesyen terkenal, Jovian Mandagie iaitu menantu Ismail Sabri sendiri yang merupakan suami, kepada anak sulungnya iaitu Nina Sabrina.
Malah menerusi Instagram Jovian sendiri ada menyatakan baju batik yang dipakai Ismail Sabri ialah hasil lukisannya sendiri.
Rata-rata warganet akan meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen. Menerusi sebuah entri di Facebook milik pengguna DakuCing Ku, beberapa foto Ismail Sabri disamakan dengan hidangan popular tempatan.
“Sidang Media selalu dinantikan-nantikan. Suka tengok penampilan Datuk. Nampak muda 10 tahun pakai baju batik warna-warni,” tulis akaun itu.
Apapun, persamaan baju batik Ismail Sabri dengan juadah pencuci mulut tempatan itu lebih menduga iman terutama di bulan Ramadan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah tak korang dengar muzik yang bunyinya seakan berlegar-legar di telinga atau seperti sangat dekat dan jelas dengan pendengaran korang?
Ya dengan kecanggihan teknologi hari ini, satu lagi karya muzik dinaik taraf kepada 8D Audio iaitu korang boleh mendengar muzik daripada directions yang berbeza-beza. Kesannya sangat memukau dan lebih realistik.
Rata-ratanya sudah bercakap tentang 8D Audio ini di media sosial dan ada yang berpendapat bahawa ianya adalah muzik 3D. Agak keterlaluan untuk mengklasifikasikannya sebagai 8D kerana muziknya hanya mempunyai 3 dimensi. Jika kita menentukan asal koordinat di pusat kepala pendengar, hanya memerlukan tiga nombor untuk menentukan kedudukan asal bunyi tersebut.
Okay tak kisahlah 3D ke 8D, yang penting korang kena dengar sendiri untuk merasai pengalaman muzik sebenar. Cewah!
Tak caya? Ok dengarlah sendiri.. Tapi korang kena dengar guna earphone atau headphone ya. Barulah effectnya terasa. Hiks!
Selamat mendengar.
Perghh, memang layan la! Kalau nak lebih lagi korang search je di YouTube..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini kebanyakan individu yang tinggal di kawasan Lembah Klang jika mereka ingin beriadah di kawasan pantai, rasanya semua akan ke Port Dickson atau ke kawasan Selangor seperti Sabak Bernam, Sekinchan atau pun Banting.
Namun begitu, kini korang tidak perlu lagi ke kawasan-kawasan itu untuk merasakan suasana pantai kerana pantai berpasir di Anjung Floria, Presint 4 atau dikenali sebagai ‘sandy beach’ telah pun dibuka kepada pengunjung.
Lokasi pantai tersebut berkeluasan 600 meter persegi dengan kepanjangan kira-kira 100 meter boleh memuatkan kira-kira 150 orang dalam satu-satu masa serta menggunakan sepenuhnya air di tasik Putrajaya.
Ia berbeza dengan pantai buatan sedia ada di Presint 5 kerana di sana ialah kolam buatan yang penyelenggaraannya tinggi berbanding pantai berpasir di Anjung Floria ini menggunakan air tasik Putrajaya.
Bagi pengunjung yang ingin beriadah di kawasan pantai Putrajaya ini dinasihatkan untuk menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata. Sama-samalah kita menjaga persekitaran demi melahirkan generasi yang dipupuk dengan nilai-nilai murni.
Apa lagi guys, hujung minggu ini bolehlah ke Anjung Floria Putrajaya. Selamat berhibur!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai antara kita tahu, jika seorang wanita meninggal ketika melahirkan anak, kematiannya adalah sebahagian dari tanda meninggal dalam husnul khatimah atau disebut pergi dalam keadaan sangat baik. Malah insan pilihan lain yang perginya dalam keadaan dahi berpeluh, tersenyum seperti tidur yang biasa kita saksikan di media sosial.
Namun sebenarnya SEMPAT mengucap dua kalimah syahadah yang antara kita sering ajarkan di telinga ahli keluarga di saat-saat akhir hidup mereka juga sebahagian dari ciri mati dalam husnul khatimah.
Berdasarkan fb Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyenaraikan 10 tanda umat islam meninggal dalam keadaan husnul khatimah berdasarkan persoalan pembaca.
Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyenaraikan 10 tanda umat islam meninggal dalam keadaan husnul khatimah
Assalamualaikum Dato’ Seri Mufti. Saya ingin bertanya, apakah tanda-tanda untuk kita mengenali bahawa seseorang itu mati dalam keadaan husnul khatimah?
Mohon pencerahan Tuan Mufti. Terima kasih.
JAWAPAN:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Allah SWT menjadikan kehidupan dan kematian untuk menguji manusia siapakah dalam kalangan mereka yang paling baik amalannya, seperti mana Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:
Maksudnya: Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk: 2)
Terdapat banyak hadith ada menyebutkan tentang tanda-tanda seseorang itu meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah. Terlebih dahulu, antara syarat paling penting bagi seseorang itu mendapat husnulkhatimah ialah mati dalam keadaan menganut agama Islam, beriman kepada Allah SWT dan melafazkan syahadah sebelum dia meninggalkan dunia. Ini kerana Allah SWT tidak mengampunkan dosa orang yang melakukan syirik kepadaNya, firman Allah SWT:
Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apa jua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. (Surah al-Nisa’: 48)
Justeru, antara tanda-tanda husnul khatimah ialah sesiapa yang sempat melafazkan kalimah syahadah sebelum dia meninggal dunia. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ
Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga. Hadith riwayat Abu Daud: (3316)
Selain itu, terdapat tanda-tanda lain bagi kematian yang baik (husnul khatimah) terbahagi kepada dari sudut masa, tempat dan keadaan. Antaranya ialah:
Mati pada hari atau malam Jumaat. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibn ‘Amru, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Tidak ada orang Islam yang meninggal dunia pada hari atau malam Jumaat kecuali Allah SWT akan melindunginya daripada fitnah kubur.
Hadith riwayat al-Tirmidzi: (1074)
Mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas yang terakhir. Ini berdasarkan hadith yang telah disebutkan di atas bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَن كَانَ آخِرُ كَلَامِهِ لَا إِلَهَ إِلَّا الله دَخَلَ الجَنَّةَ
Maksudnya: Barangsiapa yang akhir perkataannya ‘Tiada tuhan melainkan Allah’, nescaya dia akan memasuki syurga.
Hadith riwayat Abu Daud: (3316)
Kisah-kisah pejuang Palestin yang meninggal dalam keadaan tersenyum dan kelihatan seperti tidur antara yang viral di media sosial
Meninggal dunia dalam keadaan berpeluh di dahinya. Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَوْتُ المُؤْمِنِ بِعَرْقِ الجَبِينِ
Maksudnya: Tanda kematian bagi seorang mukmin ialah dengan berpeluh dahinya.
Hadith riwayat al-Tirmidzi: (982)
Dia diberikan taufiq dan hidayah oleh Allah SWT beramal soleh sebelum dia meninggal dunia. Di dalam satu hadith bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Jika sekiranya Allah SWT menginginkan kebaikan terhadap hambaNya, maka Allah SWT menjadikannya sentiasa melakukan amal. Para sahabat RAnhum bertanya, “Bagaimana dia menjadikannya sentiasa melakukan amal?”. Rasulullah SAW bersabda: “Allah SWT akan memberikan taufiq padanya untuk melaksanakan amal soleh sebelum daripada kematiannya.
Hadith riwayat al-Tirmidzi: (2142)
Dia berasa gembira dan senang hati untuk bertemu dengan Allah SWT. Di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Anas Bin Malik, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: Barangsiapa gembira bertemu dengan Allah, maka Allah gembira bertemu dengannya. Dan barangsiapa merasa berat bertemu dengan Allah, maka Allah juga merasa berat untuk bertemu dengannya.
Hadith riwayat Muslim: (2685)
Meninggal dunia disebabkan oleh penyakit yang berkaitan dengan perut.
وَمَنْ مَاتَ فِي الْبَطْنِ فَهُوَ شَهِيْدٌ
Maksudnya: Barangsiapa yang mati akibat daripada penyakit berkaitan perut, maka dia mati dalam keadaan syahid.
Hadith riwayat Muslim: (1915)
Kekejaman zionis Israel terhadap penduduk Palestin membuatkan rakyat Palestin redha dan mahu gugur sebagai syahid dalam perjuangan menegakkan Islam
Meninggal dunia dalam keadaan lemas tenggelam, jatuh bangunan dan syahid di jalan Allah SWT.
Maksudnya: Orang yang mati syahid itu ada lima iaitu orang yang meninggal karena penyakit tha’un, sakit perut, tenggelam, orang yang jatuh daripada bangunan atau tebing dan syahid di jalan Allah.
Maksudnya: Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian karena sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid.
Hadith riwayat Ibn Kathir: (5869)
Meninggal dunia kerana mempertahanakan harta dan maruah dirinya.
Maksudnya: Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW lalu bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, bagaimana kalau ada seseorang yang hendak mengambil hartaku?” Baginda SAW bersabda, “Jangan engkau berikan hartamu!”. “Bagaimana kalau dia melawanku?”. Baginda SAW bersabda; “Lawanlah dia!”. “Bagaimana kalau dia membunuhku?” Baginda SAW bersabda; “Engkau syahid”. “Bagaimana kalau aku yang membunuhnya?” Baginda SAW bersabda: “Dia di neraka!”
Hadith riwayat Muslim: (140)
Meninggal dunia dalam keadaan melaksanakan amalan soleh.
Maksudnya: Barangsiapa yang mengucap ‘Laa ilaaha illallah’ ikhlas kerana mencari keredhaan dia Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang berpuasa pada suatu hari kerana ingin mencari keredhaan Allah SWT, dan diakhiri hayatnya dengan perkara tersebut nescaya dia akan masuk Syurga. Barangsiapa yang bersedekah ikhlas kerana Allah SWT kemudian dia meninggal dunia, maka dia akan masuk Syurga.”
Hadith riwayat Ahmad: (23372)
Berikut adalah antara tanda-tanda kematian yang baik (husnul khatimah) yang terdapat dalam hadith-hadith Nabi SAW. Akhirnya, marilah sama-sama kita berdoa kepada Allah SWT supaya kita dimatikan dalam keadaan husnul khatimah dan ditempatkan di sisi Rasulullah SAW serta dalam kalangan orang yang soleh.
اللَهُمَّ اخْتِمْ لنا بِحُسْنِ الْخَاتِمَة وَلاَ تَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِ الخَاتِمَة
Maksudnya: Ya Allah, matikanlah kami dalam keadaan husnul khatimah dan janganlah kamu matikan kami dalam keadaan su’ul khatimah.
Amin. WaAllahu a’lam.
Sumber : FB Mufti Wilayah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!