Impak pengaruh industri hiburan Korea Selatan tidak boleh disangkal lagi apabila satu demi satu selebriti kelahiran negara itu telah menempa nama menjadi duta untuk pelbagai jenis produk di peringkat antarabangsa.

Terbaru, minuman tenaga kegemaran rakyat Malaysia, MILO di bawah kelolaan Nestlé telahpun memperkenalkan dutanya yang juga merupakan pelakon K-Drama popular, Park Seo-joon.

ARTIKEL BERKAITAN : Rosé Dilamar Tiffany, BTS Pula Jadi Duta Louis Vuitton – REMAJA

“Rasa Nak Minum Setiap Hari..” Netizen Malaysia Teruja Park Seo-joon Jadi Duta MILO

Menerusi akaun di media sosial, perkhabaran ini nyata disambut baik peminat tempatan memandangkan Park Seo-joon merupakan di antara nama hangat yang selalu menjayakan naskah K-Drama. Berilah apa sahaja naskah drama atau filem kepadanya, pelakon Itaewon Class & filem Parasite ini pasti akan menghidupkan setiap karakter yang dipegang olehnya.

Dalam video pengumuman tersebut, Park Seo-joon telah menyebut slogan Milo berbunyi, “Jom minum MILO” dengan slanga persis sebutan orang Malaysia!

IKLAN

Ia sekaligus menambah keterujaan dalam kalangan warga maya terhadap penampilan Park Seo-joon sebagai duta jenama minuman kegemaran mereka.

“Rasa Nak Minum Setiap Hari..” Netizen Malaysia Teruja Park Seo-joon Jadi Duta MILO

“Rasa Nak Minum Setiap Hari..” Netizen Malaysia Teruja Park Seo-joon Jadi Duta MILO

IKLAN

Untuk info, Milo berasal dari Australia dan dicipta pada tahun 1934. Ia telah dibangunkan oleh Thomas Mayne bersama-sama pasukannya demi mencipta satu jenama minuman yang memberi impak kesihatan dan kehidupan secara total.

Nama Milo diambil bersempena pemenang enam kali di Sukan Olimpik pertama di Greece, Milo of Crotona. Kini selepas lebih 80 tahun berada di pasaran, Milo tetap teguh sebagai minuman coklat sihat yang relevan untuk seisi keluarga di banyak negara.

Jadi, jangan pelik jikalau semakin ramai orang yang akan memilih minuman Milo selepas ini. Semuanya gara-gara penangan Park Seo-joon tau! Hehe.. 

ARTIKEL BERKAITAN : Milo Bukan Minuman Sihat! Kesatuan Pengguna Australia Berjaya Desak Nestle Turunkan Rating Star

IKLAN

BACA LAGI :  :Pemuda Vietnam Sanggup Berhabis Ubah Wajah Jadi Bintang Kpop

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI