Sudah 15 tahun berlalu sejak pemergian tragis penyanyi terkenal era 2000-an, Allahyarham Achik Spin, namun kenangan terhadapnya masih kekal dalam ingatan rakyat Malaysia. Kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya pada tahun 2010 bukan sahaja meninggalkan ruang kosong dalam industri seni tanah air, tetapi juga dalam kehidupan keluarganya.
Hari ini, anak-anak arwah bukan lagi si kecil yang diriba. Mereka kini membesar sebagai remaja yang cantik, bijak dan berhemah, hasil didikan seorang ibu tunggal yang tabah, H.M Rose Zaitul Suriani Wati Maarof, atau lebih mesra disapa Tasha.
Membesar Tanpa Ayah, Tapi Penuh Kasih Sayang
Melalui perkongsian Tasha di laman Instagram, ramai tersentuh melihat keakraban beliau dengan anak-anak. Walaupun kehilangan sosok bapa pada usia yang sangat muda, kedua-dua puterinya, Safiyya (17 tahun) dan Putri Nursumayya (15 tahun), membesar dalam suasana penuh kasih sayang dan bimbingan.
“Anak-anak pun dah boleh biasakan diri hidup tanpa ayah di sisi. Kalau rindu, saya akan bawa mereka ziarah pusara arwah bapa mereka,” kongsi Tasha dalam satu temubual.
Ads
Putri Nursumayya kini menuntut di Sekolah Sains Tuanku Aishah Rohani (SGSTAR) di Seremban — pencapaian membanggakan yang membuktikan bahawa ketiadaan bapa tidak pernah menjadi penghalang kepada kecemerlangan.
Kekuatan Seorang Ibu Tunggal
Menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal bukanlah satu perjalanan yang mudah. Bagi Tasha, 15 tahun membesarkan anak sendirian menjadikan dirinya seorang wanita yang lebih kuat dan berdikari. Kini bekerja sebagai pegawai kewangan di sebuah hospital swasta di Seremban, Tasha menggalas tanggungjawab sebagai ketua keluarga sepenuh masa.
Ads
“Terlalu penat kerana semuanya saya kena buat sendiri. Sayalah ibu, sayalah ayah,” luahnya jujur.
Namun, penat itu terbayar apabila melihat anak-anak membesar dengan sihat, matang dan berdikari.
Masih Setia Pada Cinta Lama
Sejak pemergian arwah suami, Tasha memilih untuk tidak mencari pengganti, bukan kerana menutup hati, tetapi kerana cinta sejati yang pernah hadir terlalu sukar untuk dilupakan.
Ads
“Saya tak rasa ada orang yang boleh sayang saya seperti mana arwah suami. Mungkin sebab itulah saya masih belum ada pengganti,” katanya.
Dalam dunia yang semakin moden dan terbuka, kesetiaan seperti ini menjadi sesuatu yang amat dihargai. Cinta yang tidak berganti bukan bererti terperangkap dalam kenangan, tetapi menghormati kisah indah yang pernah mewarnai kehidupan.
Moga Safiyya serta Sumayya terus berjaya dan cemerlang. Al-Fatihah buat arwah Acik Spin!
Rasanya rata-rata masyarakat kita sudah mengetahui tentang aplikasi Tik Tok, iaitu sebuah platform sosial video pendek yang diiringi dengan muzik. Ramai yang menggunakan aplikasi ini untuk menghiburkan diri, termasuklah berlakon dan menari.
Namun begitu, ada yang menyalahgunakan aplikasi ini dengan membuat aksi lucah dan tidak senonoh. Impak kepada pengunaan aplikasi ini juga adalah sangat besar jika individu tersebut tidak mampu untuk menanganinya. Jika tidak bagaimana boleh berlaku insiden yang meragut nyawa di Pakistan dan India oleh pengguna Tik Tok.
Negara India juga turut mengharamkan aplikasi ini dan khabarnya Amerika Syarikat juga bakal mengharamkan penggunaan Tik Tok.
Walau bagaimanapun, ada yang bertanyakan apa hukumnya kegilaan anak-anak muda sekarang dengan aplikasi Tik Tok dimana mereka tanpa segan silu menunjukkan gaya menari sama ada lelaki dan perempuan ditayangkan kepada umum?
Berikut adalah jawapan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus menerusi laman Facebooknya.
Menari dikhalayak ramai tanpa ada perbuatan yang haram hukumnya adalah makruh dan terhitung sebagai perbuatan yang menunjukkan kekurangan dan kebodohan.
Jika ada ketika menari itu suatu yang haram seperti nampak aurat atau berpakaian ketat atau seksi atau gerakkan yang lucah atau keji maka hukumnya adalah haram dan pelakuan menari pada saat ini adalah maksiat dan yang melihatnya dikira melihat perkara maksiat.
Ustaz Azhar Idrus
Tersebut pada Kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah:
Ertinya: “Maka ulamak mazhab Hanafi dan Maliki dan Hanbali dan Al-Qaffal dari mazhab Syafie berpendapat menari adalah makruh dan berdalil dengan bahawa kerana pelakunya itu kurang dan bodoh dan menari itu setengah dari perbuatan yang menjatuhkan maruah dan sungguhnya ia termasuk perbuatan sia-sia.
Dan hukum makruh ini ialah selama tidak disertai suatu yang haram seperti arak dan terbuka aurat dan umpamanya maka jika ada yang tersebut itu maka haram menari dengan sepakat ulamak.”
Diharap agar penjelasan ini dapat memberikan pencerahan sebagai ilmu pengetahuan buat semua.
Memperolehi CGPA 4 flat hampir setiap semester, ternyata pengacara dan pelakon berusia 26 tahun ini bukan sahaja memiliki rupa paras yang menawan, Bahkan punya latar belakang pendidikan yang boleh dibanggakan
Baru-baru ini, pengacara dan pelakon Uyaina Arshad ada berkongsi foto di laman Instagram miliknya memaparkan keputusan peperiksaan yang cemerlang ketika mengikuti pengajian Asasi Undang-undang di UiTM.
Memperolehi CGPA 4 flat hampir setiap semester, Uyaina merupakan pelajar yang pintar.
Melihat keputusan cemerlang Uyaina, ramai yang berasa kagum dengan kebijaksaan yang dimiliki pengacara tersebut, disifatkan sebagai ‘beauty with brain’. Antara rakan artis yang komen termasuklah penyanyi remaja, Wani Kayrie.
Sebagaimana kita tahu, Wani Kayrie bukan sahaja mempunyai bakat suara yang merdu, malah cemerlang dalam bidang akademik juga dan juga kini sedang melanjutkan pelajaran dalam jurusan undang-undang juga di sebuah pusat pengajian tinggi di Shah Alam.
Sepatutnya Bergelar Lawyer Namun…
Bagaimanapun, Uyaina mengakui bahawa rezekinya lebih terarah kepada bidang hiburan dan pengacaraan meskipun mempunyai kelulusan undang-undang dan sepatutnya bergelar peguam.
“Kalau Yana tak jadi tv host & actress, Yana dah jadi lawyer, Yang penting kita suka dengan apa yang kita buat & ikhlas…”
Selain itu ada ramai juga rakan-rakan selebriti lain yang turut berbangga dengan Uyaina.
Untuk info sebenarnya ramai juga selebriti di Malaysia mempunyai latar belakang pendidikan jurusan undang-undang, antaranya Yuna, Datuk Aznil Haji Nawawi, Azwan Ali dan Lisa Surihani.
Memang ‘beauty with brain’ la Uyaina ni, bukan senang ye nak dapat CGPA 4 flat tiap sem lagi-lagi jurusan law. fuh…
Sumber : Instagram Uyaina
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi peminat selebriti lelaki Korea, pastinya mereka sudah sedia maklum bahawa setiap daripada individu yang berjantina lelaki akan dihantar menjalani latihan ketenteraan.
Peminat juga akan merasa kehilangan apabila idola mereka terpaksa meninggalkan aktiviti seni sepanjang tempoh latihan berikut.
Namun begitu, ada berita baik yang ingin disampaikan kerana beberapa bintang ternama Korea sudah pun atau bakal menamatkan latihan ketenteraan mereka pada tahun ini.
Berikut adalah 18 selebriti yang akan menamatkan latihan ketenteraan pada tahun 2020.
1. Onew SHINee (20 Julai)
2. Key SHINee (7 Oktober)
3. Minho SHINee (15 November)
4. Xiumin EXO (6 Disember)
5. N VIXX (7 Oktober)
6. Jaehyo Block B (22 Oktober)
7. Doojoon Highlight (10 April)
8. Yoseob Highlight (30 Ogos)
9. Gikwang Highlight (18 November)
10. Dongwoon Highlight (8 Disember)
11. Dongwoo INFINITE (15 November)
12. Sungyeol INFINITE (27 Oktober)
13. Eunkwang BTOB (7 April)
14. Changsub BTOB (21 Ogos)
15. Minhyuk BTOB (12 September)
16. Wooyoung 2PM (28 Februari)
17. Jo Kwon (24 Mac)
18. Yoon Jisung (13 Disember)
Mesti ramai yang dah tak sabar nak tunggu idola korang keluar daripada latihan ketenteraan ni kan? Nak lepas rindu. Hiks!