Pelakon berkaliber, Mimi Lana tampil dengan ucapan terima kasih buat aktor berbakat besar, Syafiq Kyle selepas menerima kek brownies pemberian daripada pelakon itu.
Kek tersebut dikirimkan kepada bekas peserta Dewi Remaja itu bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.
Menerusi perkongsian di Instastory, Mimi sempat menzahirkan perasaannya yang tidak sabar untuk merasa kek yang dibuat sendiri oleh bekas Hero Remaja itu.
Ads
“Thank you Syafiq, gigih buatkan kek brownies sebelum pengambaran jauh. Tak sabar nak makan,” coretnya ringkas.
Pelakon drama hit Perempuan Itu turut berkongsi klip video pendek yang memperlihatkan kek tersebut dalam kotak berwarna putih.
Ads
Menerusi ruangan kotak berkenaan, Syafiq sempat mengusik Mimi dengan meninggalkan nota pendek.
“Happy birthday ke-28, tak pandai buat brownies, tapi…”
Ads
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Esok, seluruh Malaysia bercuti sempena Maulidur Rasul. Bagi yang tak berapa ambil berat tu, hanya akan terselit rasa gembira kerana esok tak payah pergi sekolah, tak ada kuliah dan paling penting tak payah pergi kerja.
Kalau itulah saja tanggapan kita terhadap kedatangan Maulidur Rasul dengan tema tahun ini “Menyantuni Umat Membawa Rahmat”, ternyata kita mungkin tergolong dalam kalangan orang yang sedikit rugi jika beranggapan esok adalah hari cuti sahaja. Kenapa sedikit rugi? Apa pentingnya Maulidur Rasul buat kita sebagai umat Islam?
Untuk makluman, Maulidur Rasul membawa maksud hari kelahiran rasul kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Baginda lahir pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Seperti yang kita ketahui, Nabi Muhammad SAW, merupakan individu paling berpengaruh di dunia.
Seorang tokoh terkenal iaitu Michael H. Hart telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk 100: Kedudukan Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarahpada tahun 1978. Ia menyenaraikan kedudukan 100 orang tokoh, yang dalam pendapatnya, merupakan manusia paling berpengaruh dalam sejarah.
Nabi Muhammad SAW diletakkan sebagai orang No 1 paling berpengaruh di dunia mengalahkan tokoh2 lain
Ternyata Nabi Muhammad SAW diletakkan sebagai individu paling berpengaruh dunia mengalahkan tokoh-tokoh lain seperti Isaac Newton (ahli fizik, penemu teori graviti semesta & hukum gerakan), Christopher Columbus (ahli pelayaran terkemuka), Albert Einstain, Aristotle (ahli falsafah Yunani berpengaruh) dan banyak lagi. Hebatkan Rasulullah kita.
REMAJA berkesempatan menemuramah Ustaz Azhar Tuarno yang juga seorang pegawai JAKIM tentang keperibadian Rasululllah SAW dan kenapa perlunya kita berselawat ke atas Nabi agar kita tidak menjadi orang yang rugi di hari akhirat kelak.
Keperibadian Rasulullah SAW tiada tolok bandingnya. Masa yang sama tidak salah untuk mengadakan sambutan Maulidur Rasul kerana Allah serta Malaikat juga memuliakan Nabi dengan berselawat.
Menurut Ustaz Azhar, keperibadian Rasulullah SAW memang tiada tolok bandingnya.
Menurut Saidina Ali r.a, Rasulullah itu sifatnya :
* Mudah tersenyum
*Akhlaknya baik
*Lemah lembut orangnya
*Bahasa percakapannya tak pernah kasar (baginda Nabi Muhammad SAW tak pernah keluarkan bahasa kesat atau kotor sepanjang hayatnya)
* Perangainya tak bengis
* Tak suka menjerit-jerit
* Tak suka mengherdik
* Tak kedekut
* Kalau ada perkara tidak disukai Baginda, wajahnya akan bersahaja dan tidak akan menunjukkannya
* Tak pernah menolak permintaan orang yang berhajat. Nabi Muhammad SAW akan berusaha sampai tidak kira yang menjemputnya itu orang miskin papa kedana sekali pun. Ini dinyatakan dalam satu peristiwa di mana Nabi sedang menggali kubur untuk Perang Khandak. Disebabkan makanan tidak mencukupi, hanya Baginda dan beberapa sahabat dijemput. Memikirkan dirinya dijemput dan masa yang sama tidak sampai hati orang lain tidak dijemput dan diberi makan, Rasulullah telah mengajak kesemuanya pergi ke rumah dinyatakan. Dengan mukjizat Baginda, ternyata semua orang dapat makan dan makanan mencukupi.
Jelas Ustaz Azhar, itu antara sebahagian sifat keperibadian Rasulullah seperti dinyatakan dalam buku IKON TERBAIK, (ringkasan berkaitan peribadi, adab dan akhlak Nabi Muhammad SAW yang dikarang oleh Syeikh Abu Al-Hassan Ali al-Nadwi.
Jika dilihat mengenai wajahnya pula, Nabi Muhammad SAW digambarkan sebagai seorang lelaki yang cukup sempurna.
* Wajahnya bak bulan purnama, dadanya bidang. Rupa paras Baginda bersinar-sinar umpama bulan purnama pada waktu malam.
* Kulitnya sangat halus. Anas RA yang berkata, aku tidak pernah menyentuh kain sutera yang lebih lembut daripada tangan Rasulullah dan aku juga tidak pernah mencium wangian yang lebih wangi daripada keharuman tubuh Baginda.
*Giginya putih bersih
* Janggutnya kehitaman
*Lebat bulu keningnya
Perarakan sambutan Maulidur Rasul ini banyak dihidupkan di kampung2. Gambar hiasan
Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah aan berselawat ke atasnya sepuluh kali (HR Muslim). Gambar hiasan.
Kenapa rugi jika kita mulut kita jarang berselawat Nabi?
Kenapa ia perlu menjadi perkara penting dalam hidup kita sebagaimana kita beranggapan makan itu penting, tidur itu penting, mencari duit itu penting? Ini samalah dengan BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD ITU JUGA SANGAT PENTING UNTUK HARI AKHIRAT KITA.
Menurut Ustaz Azhar, kenapa berselawat Nabi itu penting kerana IA RUKUN DALAM SOLAT LIMA WAKTU & RUKUN WAJIB KETIKA BACAAN KHUTBAH. Jika tidak dilakukan, solat dan khutbah batal.
“Tengok betapa pentingnya selawat ini sehingga Allah perintahkan ia rukun wajib dalam solat. Malah rukun wajib dalam bacaan khutbah juga,” katanya memaklumkan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, terdapat dua golongan manusia yang akan paling hampir dengan baginda Nabi adalah orang yang paling banyak berselawat dan paling baik akhlaknya.
Ini sesuai dengan hadis riwayat Tarmidzi, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.
“Satu lagi orang yang paling hampir denganku ialah orang yang baik akhlaknya.
Jadi biasakan diri berselawat ke atas Nabi dan setiap kali kita terdengar nama Nabi Muhamamad SAW disebut, maka sambutlah ia dengan sebutan sallahualahiwassalam.
Tahukah, jika lidah kita sentiasa basah dengan zikir dan selawat maka Allah akan melimpahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian ke atas Nabi Muhammad SAW makan Allah akan membalas selawat kita itu dengan cara menurunkan rahmat, berkat serta kemuliaan kepada orang yang selalu melakukannya.
Dalam pada itu, Ustaz Azhar turut memaklumkan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah sesuatu yang tidak salah untuk disambut dan diraikan kerana Allah dan Malaikat sendiri memuliakan Rasulullah SAW.
Nabi pernah bersabda, “Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah aan berselawat ke atasnya sepuluh kali (HR Muslim),” katanya jika Allah Pencipta seluruh Alam memuliakan Nabi, tidak ada kesalahan kita mengadakan sambutan Maulidur Rasul itu sendiri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
SMTOWN Live World Tour VI amat dinanti-nantikan oleh peminat muzik K Pop di Dubai setelah syarikat SM Entertainment mengumumkan senarai grup yang akan membuat persembahan di sana.
Kini, peminat tidak perlu menunggu lebih lama lagi apabila selebriti K Pop yang terlibat sudahpun dalam perjalanan ke Dubai. Lihat sajalah kepada akaun Instagram SM Town, satu demi satu foto ber-selfie dimuat naik oleh mereka tengah hari ini.
Kumpulan yang terlibat termasuklah Girl’s Generation, f(x), Super Junior, TVXQ, TraxX, EXO, Red Velvet, BoA, Kangta dan Henry.
YoonA dari Girl’s Generation dan Seulgi dari Red Velvet.
Yesung dan Siwon dari Super Junior ‘mengapit’ U_Know dari TVXQ.
Amber & Luna dari f(x).
Namun, apa yang mendapat perhatian di kalangan peminat adalah kemunculan berempat ahli kumpulan SHINee. Buat pertama kali selepas kematian ahli, Jonghyun pada bulan Disember tahun lalu akibat kes kemurungan, SHINee yang dianggotai oleh Onew, Taemin, Minho dan Key dilihat berjalan dan duduk bersama secara terang-terangan.
Walaupun sebelum ini, ada juga gambar berkumpulan yang diambil oleh jurugambar freelance, namun buat pertama kalinya, SHINee bergambar secara selfie dengan ekspresi muka yang lebih ceria dan tenang.
Bermula dari kawasan lapangan terbang, SHINee kemudiannya bergambar bersama ahli kumpulan yang lain di dalam kapal terbang kelas bisnes yang dinaiki kesemua penyanyi SM Entertainment tersebut.
Konsert SMTOWN Live World Tour VI di Dubai ini akan mengambil tempat di Dubai Autism Rocks pada 6 April ini selapa 4 jam lamanya! Ia berikutan jumlah penyanyi yang terlalu ramai yang akan membuat persembahan, 35 orang penyanyi kesemuanya.
Konsert SMTOWN sudahpun menjelajah ke beberapa bandaraya besar seluruh dunia bermula dari tahun 2008. Sebelum ini, SM Entertainment pernah berkunjung ke New York, Los Angelas, Paris, Tokyo, Beijing, Shanghai, Bangkok dan Singapura.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bunga sakura tidak hanya menjadi kebanggaan rakyat negara matahari terbit, bunga yang memiliki keindahan dan pesonanya tersendiri itu juga menggamit perhatian di seluruh dunia.
Khas buat hijabi yang suka bergaya di masa sama menjaga aurat. Buat julung kalinya Hanami, salah satu label fesyen tudung instant telah melancarkan Koleksi Edisi Akhir Tahun 2019 di laman sesawang mereka yang baru diperbaharui.
Menariknya, rekaan koleksi edisi akhir tahun ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad untuk mengekalkan eksklusifnya dan diinspirasikan daripada lukisan tumbuh-tumbuhan dan flora yang terdapat di negara Jepun.
Istimewanya koleksi Hanami edisi akhir tahun ini ialah ia direka khas untuk mengembalikan corak bunga-bungaan kepada fesyen moden. Idea disebalik Koleksi Akhir Tahun 2019 ini juga disebabkan permintaan orang ramai terhadap rekaan yang bermotifkan flora. Koleksi ini juga didatangkan dengan koleksi tudung sedia pakai dan selendang.
Beberapa selebriti tempatan dan rakan rakan media turut bersama menghadiri makan tengahari bersama Hanami ini dengan turut mengayakan selendang Hanami koleksi akhir tahun.
Koleksi Akhir Tahun 2019 ini didatangkan dengan 15 corak berlainan dalam potongan selendang, bawal sedia pakai, selendang sedia pakai dan beberapa lagi. Koleksi ini boleh
didapati bermula dengan harga RM69 sehingga 89 setiap satu.
Untuk tahun 2020 juga, Hanami bebesar hati mengumumkan kolaberasi jenama bersama Prof Muhaya yang telah pun bermula pada Disember 2019 sehingga 2020.
Jadi tidak hairan la motif sakura sering menjadi inspirasi dalam rekaan fesyen sejak berabad lama dan tidak ketinggalan ia sering dijadikan antara ilham dalam industri fesyen tempatan.
So apa korang tunggu lagi jom dapatkan koleksi Hanami akhir tahun ni. Lambat melepas okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!