
Dalam sidang media terbaru, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Dato Seri Ismail Sabri Yaakob telah membuat pengumuman bahawa kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara Pentadbiran di 28 mukim Kota Setar, Kedah.
Perintah yang akan berkuatkuasa bermula malam ini itu akan berlanjutan sehingga 25 September. Semua aktiviti di masjid dan institusi pendirikan diarahkan tutup. Aktiviti sykan dan juga social dan budaya turut tidak dibenarkan sehingga tamatnya perintah yang dikeluarkan.

Menurutnya lagi, kemasukan antarabangsa melalui pintu masuk di Bukit Kayu Hitam, Kedah turut diberhentikan dan feri dari jeti Kuala Kedah tidak dibernarkan beroperasi sehingga PKPD pentadbiran ditamatkan.
***P/S – Diharapkan mereka yang tinggal di Kota Setar mengikut perintah yang dikuatkuasakan. Kita yang masih boleh bergerak bebas ini, sila patuhi saranan kerajaan. Kalau boleh elakkan tempat sesak dan amalkan penjarakan sosial.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masjid Tawar Hadiah Bagi Jemaah Lagi, Ganjaran Wang Tunai Bawa Keluarga Solat Subuh

Bagus betul inisiatif ini dalam usaha mengimarahkan lagi masjid…
Jika sebelum ini Masjid Nur As-Sa’adah, Kampung Pengkalan Batu Melaka menawarkan hadiah basikal kepada kanak-kanak yang hadir solat Subuh berjemaah 40 hari berturut di masjid, kini masjid itu sekali lagi mencuri perhatian apabila menawarkan motosikal pula kepada jemaah.
BACA: Masjid Tawar Ganjaran Basikal Kepada Kanak-Kanak Yang Hadir Solat Subuh Berjemaah

Terbaharu, masjid ini sekali lagi menawarkan ganjaran yang lebih menarik iaitu berupa hadiah wang tunai RM4,000 kepada ahli kariah masjid yang istiqamah mengerjakan solat Subuh.
Tetapi ada syaratnya, iaitu jemaah perlu memastikan isteri dan anak-anak turut hadir ke masjid untuk berjemaah menunaikan solat Maghrib dan Isyak dalam tempoh 40 hari tersebut.
Pengerusi Masjid Nur As-Sa’adah, Amzah Osman berkata program berkenaan adalah lanjutan daripada inisiatif pemberian hadiah berbentuk basikal dan motosikal kepada kanak-kanak serta belia sebelum ini.


Kini ia diperluaskan bagi melihat ahli-ahli kariah masjid dapat hadir bersama keluarga dan pemilihan juga dilihat dari segi mereka yang paling ramai membawa anggota keluarga ke masjid.
Jelasnya, sebelum ini pemberian beberapa buah basikal kepada anak-anak yang cemerlang solat Subuh dan semua program yang dilaksanakan mendapat peruntukan daripada individu perseorangan dan dermawan.
“Kita akan terus menceriakan bulan Ramadan dengan pelbagai program dan aktiviti yang dapat menarik kariah untuk mengimarahkan masjid termasuk qiamullail tidak lama lagi,” katanya.
Seronoknya, penduduk di kawasan sekitar Masjid Nur As-Sa’adah, Kampung Pengkalan Batu Melaka ini…
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Melaka Hari Ini
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Netizen Komen ‘Mentaliti Kelas Ketiga’ Punca Curi Basikal oBike

Ikutkan dua tahun lagi, Malaysia akan mencapai tahap negara maju seperti yang pernah diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri ke empat, Tun Dr Mahathir Mohamad melalui agenda Wawasan 2020.
Jika diihat kepada infrastruktur dengan segala kemudahan diberikan kepada rakyat seperti kemudahan pengangkutan, kediaman, jalan raya yang menghubungkan utara dan selatan, tidak ada sebab mengapa Malaysia tidak boleh mencapai wawasan seperti diilhamkan.
Namun, ukuran mentaliti dan pembangunan ternyata jauh berbeza. Bagaikan ada satu sempadan untuk rakyat di negara ini untuk terus belajar dan menerima “hak orang tetap hak orang” sebaliknya sesetengahnya menerima ungkapan ini, “hak orang hak aku, hak aku tetap hak aku”.


Semenjak Remaja mendedahkan bagaimana basikal oBike ini terlalu mudah dicuri dengan hanya perlu mengetuknya dengan batu bagi menghilangkan jejak sistem pengesan GPS, rata-rata netizen mengutuk tindakan mentaliti kelas ketiga rakyat Malaysia.
Kata mereka, kemudahan sudah disediakan namun tidak tahu menghargainya. Kita sebagai sebuah negara yang Islam menjadi agama rasminya sesekali patut berasa malu jika perbandingan dibuat dengan rakyat Jepun kerana pernah timbul cerita, di Jepun barangan yang tertinggal, tidak akan diusik. Jika seminggu kita datang ke tempat barang tertinggal, barangan itu tetap dikedudukannya.
Baca komen-komen netizen mengenai isu ini




Ramai yang mengecam malah mendedahkan, di Pantai Batu Buruk, basikal ini juga bersepah. Di Putrajaya juga sama, begitu juga lain-lain kawasan. Tapi apa yang membuat mereka geram, pendatang asing seperti bangla, Indon juga sangat selamba membawa basikal oBike tanpa rasa bersalah.
Malah isu oBike ini turut mendapat perhatian dari ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah yang mana katanya semua masalah gejala sosial ini, berbalik kepada isu kesenjangan ekonomi.

“Jenayah domestik berlaku kerana isu sara diri dan perkara yang sering saya bangkitkan di Parlimen berkenaan kemelut miskin bandar.
“Pembangunan tak terkawal, akses minimum terhadap pendidikan dan kesihatan yang juga terpaksa ditanggung oleh penduduk Kerinchi akhirnya menjurus segelintir antara mereka dalam keterlibatan jenayah.
“Kerana itu pihak berkuasa harus tegas. Tidak ada dwi-standard dalam jenayah kecurian dan rompakan. Siasatan dan dakwaan dari rakyat, sehinggalah kepada pemimpin teratas sekalipun harus dijalankan secara konsisten dan menyeluruh.
Apa kata, mulai hari ini, jika benar ada kekurangan di kalangan anak-anak remaja ini, beranikanlah menegur dengan pendekatan berhemah. Buat ibu bapa yang tahu anak-anak mereka terlibat dalam kecurian basikal ini, tegur dan kalau perlu roton, rotanlah kerana Rasulullah sendiri mengakui pada usia anak 7-14 tahun adalah peringkat paling mencabar dalam mendidik anak. Ibu bapa perlu menjadi kawan baik untuk memahami apa yang golongan remaja ini perlukan. Jika niat kita baik, insya Allah, semuanya akan menjadi baik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak ‘Move On’, Gadis Pakat Sewa Kereta Bekas Kekasih Dan Langgar 49 Kali Lampu Isyarat

Kita semua pernah melalui kedukaan dalam kehidupan. Kesedihan selalu hadir tanpa duga. Putus cinta dan sukar melupakan itu sudah menjadi asam garam kehidupan. Kadang-kala cinta yang tidak kesampaian boleh membuatkan kita kemurungan dan tidak ada semangat untuk hidup.

Sebagai insan biasa, setiap dari kita perlu teruskan hidup. Mungkin kamu perlu hadam kata-kata semangat ni, untuk menjadikan kamu kuat dan tabah menghadapi dugaan.
Namun, seorang gadis di China melakukan sesusatu yang tidak masuk akal gara-gara tidak ‘move on’ dengan kekasihnya. Wanita berkenaan yang berasal dari Shaoxing, Wilayah Zhejiang, China nekad melanggar lampu isyarat merah kira-kira 49 kali dalam masa dua hari.
Gadis tersebut bernama Lou, berpakat bersama seorang rakan lelakinya untuk menyewa kereta milik bekas kekasihnya melalui aplikasi dalam talian. Mereka melakukan kesalahan tersebut semata-mata mahu membalas dendam terhadap bekas teman lelakinya yang meninggalkannya kerana mahu menjalinkan hubungan dengan wanita lain.

Mereka kemudian memandu kenderaan tersebut secara melulu, melanggar lampu merah, had laju dan beberapa lagi kesalahan trafik lain dengan niat mahu menganiaya bekas teman lelakinya, Qian.
Bagaimanapun, Lou tidak menyedari perbuatannya telah menarik perhatian polis yang kemudian melakukan siasatan. Semakan pada rekod mendapati, kereta Audi itu disewa oleh individu bernama Chen dari Qian. Ketika didatangi polis, Chen memaklumkan kereta tersebut disewa atas permintaan rakannya iaitu Zhu.
Zhu dalam keterangan kepada polis mengaku dia yang menyewa kereta itu setelah Lou meminta dia berbuat demikian. Demi wanita yang disayanginya sejak sekian lama itu, Zhu akur. Lebih-lebih lagi apabila Lou berjanji akan keluar bersama sekiranya dia dapat membantu wanita itu menjayakan rancangan membalas dendam terhadap Qian.
Ingat, jangan jadi macam Lou ni tau, langkah pertama yang perlu korang lakukan jika ingin move on iaitu belajar terima kenyataan yang dia tak berminat. Banyakkan berdoa, bersabar dan lepaskan perasaan itu perlahan-lahan.
Sumber: Oddity Central
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

