Jika sebelum ini, rapper terkenal Amerika Syarikat (US) Kanye West dikatakan jatuh miskin dan digugurkan dari senarai jutawan selepas jenama terkemuka membatalkan kontrak bersama.
Tarbaru, demi kasih sayang peminatnya dengan rappers ini mereka melancarkan kempen sumbangan menerusi GoFundMe bagi membantu mengembalikan semula status jutawannya yang ‘hilang’ itu.
Lapor NDTV, taraf Kanye yang kini dikenali sebagai Ye ibarat sudah ‘downgrade’ apabila dia kehilangan RM948 juta dalam masa sehari selepas kontraknya bersama Adidas ditamatkan gara-gara pernah membuat kenyataan kontroversi.
Malah lebih malang lagi, akibat kenyataan berbaur antisematik itu, nama Ye yang pernah tersenarai sebagai salah seorang jutawan terkenal di dunia dalam majalah ekonomi Forbes juga turut digugurkan.
Ads
Sehubungan itu, peminat-peminat tersebut tekad melancarkan kempen ‘Jadikan Kanye West Sebagai Jutawan Semula’ di platform GoFundMe dengan menyasarkan sasaran kutipan sumbangan sebanyak RM47,000.
Sumbangan Tidak Direalisasikan
Ads
Malangnya, impian itu tidak direalisasikan dan seorang peminat melaporkan bahawa “Mr. Kanye West telah menolak dana yang dikumpul oleh kempen GoFundMe ini” dan sebaliknya dana tersebut akan disalurkan kepada Notes for Notes, sebuah organisasi bukan keuntungan yang menawarkan akses percuma kepada golongan belia kepada instrumen dan pendidikan muzik.
Sebelum itu, Ye menerima kecaman ramai selepas dia membuat kenyataan antisematik, kontroversi dan mencetuskan kebencian. Malah, dia ada membuat kenyataan balas dipercayai berbaur kebencian mengenai kematian individu di US, George Floyd yang mencetuskan gelombang ‘Black Lives Matter’ dua tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jelajah Asia ‘A November To Remember’ oleh kumpulan dari Los Angeles, LANY telah berlangsung dengan penuh meriah di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam apabila ribuan peminat mereka setia menunggu sejak lewat petang.
Walaupun cuaca hujan sedikit merencatkan perjalanan ke sana, itu tidak sama sekali menjadi penghalang untuk mereka tiba tepat pada masanya sebelum konsert bermula sekitar jam 8.40 malam.
Pada kesempatan itu, REMAJA telah berpeluang untuk menemui mereka sebelum segalanya bermula. Cuma ada sesuatu yang berbeza kali ini; Lany kini hanya dianggotai oleh dua ahlinya; iaitu vokalis/pemain keyboard dan gitar, Paul Klein serta pemain drum, Jake Goss.
Ini susulan penguduran ahli ketiganya, Les Priest pada April lalu untuk memulakan jilid baharu dalam kerjaya serta kehidupannya.
Walaupun hanya berdua sahaja, Paul berkata mereka selesa untuk kekal sebegini dan tiada perancangan untuk melantik ahli baharu ke dalam Lany.
“Tentunya, kami berterima kasih di atas momen istimewa yang kami bina bersama Les. Apabila dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri, kami tidaklah merasa terkejut apabila mendapat tahu. Saya juga tidak merasakan dia ingin melihat LANY berkubur begitu sahaja tanpanya.
“Terlalu ramai pendengar setia yang ingin kami terus mencipta muzik baharu dan itulah yang akan kami berdua lakukan. Apa yang berbeza kini hanyalah jumlah ahli. Tetapi saya pasti muzik kami akan terus kedengaran seperti sedia ada,” kata vokalis berusia 34 tahun itu.
(Dari kiri) : Paul Klein dan Jake Goss dari kumpulan Lany.
Ingin Beraksi Di Stadium Nasional Pula
Terdahulu, Lany pernah bertandang ke Malaysia sebanyak dua kali. Kehadiran sulung mereka adalah semasa menjadi sebahagian daripada penghibur di Good Vibes Festival 2017 dan kali terakhir adalah tiga tahun lalu sempena jelajah album Malibu Nights.
Ternyata, Lany begitu senang dengan penerimaan peminat yang setia menantikan kehadiran mereka di Kuala Lumpur.
“Penonton di Malaysia memang istimewa dan selalu bertenaga! Sesuatu yang amat kami gemari kerana penglibatan penonton seperti ini yang menjadikan sesebuah persembahan itu berkesan. Kami sempat mengadakan soundcheck; dan walaupun ia dihadiri sebilangan kecil saja peminat kami di sini, ia juga merupakan soundcheck paling gamat setakat jelajah kali ini.
“Konsert di Kuala Lumpur pada kali ini juga diadakan di venue yang lebih besar. Malah jelajah kali juga adalah yang terbesar pernah kami lakukan di Asia. Saya pasti penonton juga merasai vibe berlainan, kami telah bekerja keras untuk menjayakannya. Kami menghabiskan berbulan-bulan bagi merancang inti pati serta senarai lagu konsert ini.
“Siapa tahu, selepas ini kami akan menjayakan konsert di stadium di sebelah yang lebih besar? (Stadium Nasional Bukit Jalil),” tambah Paul, seakan memberi petunjuk Kuala Lumpur bakal menjadi sebahagian daripada destinasi jelajah mereka selepas ini.
Selepas muncul dengan album studio ketiganya, GG BB XX pada tahun lalu; Lany tidak membazirkan masa untuk mencipta lagu baharu agar peminat mereka tidak putus-putus memberikan sokongan.
Sedar tidak sedar, sejak awal tahun ini Lany telahpun mencipta 27 buah lagu baharu termasuklah single berjudul Congrats yang dipersembahkan semalam!
“Saya pasti Congrats akan dijadikan sebahagian daripada album akan datang kami.. dari situ kamu sudah dapat mengenal pasti corak muzik kami untuk album seterusnya. It is a very sing-a-long type of song, seperti kebanyakan lagu-lagu LANY.
“LANY merupakan kumpulan yang mencipta album dan bukan sekadar single. Jadi, flow lagu-lagu baharu amatlah penting kepada kami. Saya dan Jake akan duduk berbincang lagu manakah yang wajib diperdengarkan kepada peminat kami dan dari situ, kami terus masuk ke studio,” katanya.
Melihatkan kepada respon terhadap singleCongrats semalam, rata-rata menyukai muzik Lany yang lebih lantang dan bertenaga ini. Selain Congrats, mereka turut mempersembahkan lagu lain seperti Sad, Dancing in the Kitchen, Cowboy in LA, Malibu Nights, You!, Hericane, I Don’t Wanna Love You Anymore, Taking Me Back dan tentunya, lagu hit mereka, ILYSB (I Love You So Bad).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelawak dan penyampai radio Hot FM, Fad Bocey dan isteri bakal menimang cahaya mata yang kelima.
Perkhabaran gembira itu dikongsi isteri tercintnya, Syaheera Rahman di akaun TikTok miliknya selain sempat juga menitipkan doa buat wanita yang menantikan zuriat.
“Ingat empat rupanya lima. Rezeki anak kita percaya. To anyone yang menantikan zuriat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil menjadi penghuni rahim kalian,” coretnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen mula dibanjiri dengan keterujaan dan ucapan tahniah daripada warganet di atas rezeki yang telah diberikan olehNy.
Selain ada segelintir yang sedang menantikan kehadiran cahaya mata turut memohon doa agar diberikan rezeki yang sama sepertinya kelak.
“Doakan selepas ini rezeki saya pula,” komen seorang pengguna.
“Doakan saya juga ya. Dapat seorang pun bersyukur sangat. Kalau lebih lagi Alhamdulillah. 11 tahun menunggu tanpa rasa jemu,” komen juga pengguna lain.
“Doakan saya 10 tahun menanti. Hanya menumpang kasih anak anak buah sahaja selama ini, komen pengguna lain.
Sekadar informasi, pasangan merpati dua sejoli itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 14 Mac 2015 dan hasil perkahwinan mereka telah dikurniakan sepasang kembar, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall, dan Ibrahim Jibriel.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dalam diam, akhirnya Emma Maembong sah bergelar isteri kepada juruterbang, Muhammad Shazli Azhar pagi ini.
Sama cantik, sama padan – ramai yang tertarik dengan solekan yang dirias pada wajah pelakon tersebut serta memuji sentuhan jurusolek.
Wajah cantik milik Emma hanya memerlukan solekan natural bagi membangkit seri. Lantas, jurusolek Nad Ismail melaksanakannya dengan penuh jaya.
Cantik sangat!
Nad berkongsi 2 produk yang digunakannya untuk mendapatkan efek natural sebegini. Kedua-dua produk rahsia tersebut adalah di bawah koleksi solekannya sendiri, @nvdismsbeauty.
Pertama ialah NVDeep BB Cushion dalam kod Fair untuk meratakan complexion Emma. Manakala bibirnya pula mendapat sentuhan lip matte kod Kalila dan Dunya daripada koleksi PopThatLip.
*
Di harapan 300 orang tetamu, Emma yang menggayakan kurung serba putih tekaan Ezuwan Ismail menerima mas kahwin RM2,000, senaskah Al-Quran dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang.
Tahniah korang!
Bagi yang nak mendapatkan solekan ala Fazura semasa majlis resepsinya pula, jom lihat teknik dan produk yang digunakan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...