Alhamdullilah.

Akhirnya, hari yang ditunggu-tunggu oleh seluruh masyarakat Malaysia (“dan Indonesia,” kata Tya Ariffin) datang jua. Datuk Seri Khalid dan Datuk Seri Siti Nurhaliza melalui akaun Siti Official Video di YouTube telah mengumumkan nama bayi perempuan sulung buat mereka berdua iaitu Siti Aafiyah Binti Khalid.

Siti berkongsi bersama rakan media dan tetamu yang hadir ke rumahnya malam ini tentang bagaimana beliau dan suami mendapat ilham untuk nama tersebut.

Datuk Seri Siti Akan Share Update Siti Aafiyah Menerusi IG Dan Apps Baru

“Nama tersebut muncul daripada suami saya sendiri semasa kami berada di tanah suci dan mengerjakan umrah. Kebetulan pada waktu tersebut, saya mendapat banyak mesej yang berkaitan dengan doa Aafiyah tersebut yang berbunyi:

IKLAN

Allahumma inni asaluka al-‘afiyah

“Walaupun kami gunakan nama timangan Fatimah Az-zahra dan diselang selikan dengan panggilan Aafiyah sepanjang tujuh hari ini, saya dan bayi mendapat tempias penggunaan nama tersebut. Dia senyum bila saya memanggil di antara dua nama tersebut, rasanya dia akan suka senyum je lepas ini.

“Saya ingin dia memanggil saya dengan gelaran ibu, rasa lembut sedikit.”

IKLAN

Datuk Seri Siti Akan Share Update Siti Aafiyah Menerusi IG Dan Apps Baru

Aplikasi Siti Nurhaliza Official

Dalam pada itu, Siti juga menjadi selebriti Malaysia pertama yang mempunyai aplikasi sendiri, setaraf dengan selebriti Barat seperti Kim Kardashian dan Taylor Swift.

Melalui aplikasi tersebut, Siti akan berkongsi gambar serta ideo eksklusif beliau melalui satu aplikasi saja. Dalam tempoh 24 jam bermula hari ini, akan ada content eksklusif terbaru Siti di apps ini. Mungkin content mengenai Siti Aafiyah?

IKLAN

Datuk Seri Siti Akan Share Update Siti Aafiyah Menerusi IG Dan Apps Baru

“Apa-apa perkongsian istimewa saya selepas ini akan datang dari Instagram saya dan apps terbaru ini. Jadi kalau nak berita yang benar, ia hanya akan datang dari dua platform ini.

“Pada masa yang sama, saya ingin anak saya hidup normal. Saya enggan didik dia sebagai seorang selebriti. Biarlah dia hidup normal, hanya go with the flow. Mungkin kerana ibunya seorang penyanyi jadi dia akan mendapat tumpuan. Namun biarlah dia normal,” kata Siti lagi.

Menurut caption pada posting Instagram Siti, apa-apa content yang terdapat dalam apps ini akan mempunyai logo Selklik dan emel pengguna. Jadi, bahan yang dikongsi melalui apps ini tidak boleh dikongsikan dan dimuat naik semula di media sosial lain. Ia boleh dimuat naik di Apple App Store dan Google Playstore.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI