Akhirnya suara rakyat didengari! Yeay, inilah yang rakyat hendak dengar kerana isu bil melambung tinggi yang membebankan duit rakyat sudah dalam perbincangan. Ramai menyuarakan ketidakpuasan hati mereka kerana perlu membayar lebih 300 peratus hanya kerana pihak pemeriksa meter tidak datang ke rumah seperti biasa akibat Perintah Kawalan Pergerakan bermula Mac- Mei 2020.

Laporan Harian Metro, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA), Suruhanjaya Tenaga (ST) akan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah bil elektrik melambung tinggi sehingga menimbulkan ketidakpuasan hati pengguna di seluruh negara.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan pegawai eksekutif dan pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pagi hari ini dan akan bersambung lagi esok bagi mencari penyelesaian mengenai rungutan orang ramai mengenai bil yang melambung tinggi itu.

Menurutnya, kerajaan amat peka dan memahami isu yang dibangkitkan oleh rakyat dan mengambil langkah proaktif bagi memastikan ia dapat diselesaikan segera.

IKLAN

Katanya, rakyat menerima bil yang luar biasa lebih tinggi daripada kebiasaan dan apabila jumlah bil untuk tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan dibahagikan kepada tiga bulan bagi mendapatkan purata sebulan, berlaku peningkatan sangat ketara berbanding bil bulanan biasa sebelum itu.

"Ia menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pengguna terutama dalam memahami teknik pengiraan bil elektrik terbabit.

IKLAN

"Dalam mesyuarat pagi tadi, kita sudah menyatakan pandangan kementerian dan rungutan orang ramai serta meminta TNB memberi penjelasan dan mencari langkah wajar bagi menyelesaikan isu ini.

IKLAN

."Pagi esok kita akan mengadakan mesyuarat sekali lagi bersama ST dan dijangka TNB akan mengemukakan cadangan bagi menyelesaikan kemelut ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas membuat lawatan ke Pusat Santuari Gajah Kuala Gandah, Lanchang di Temerloh petang hari ini.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin. Sumber : Harian Metro

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI