Dengan kelonggaran untuk bercuti di negeri-negeri seluruh Malaysia sejak dua minggu lalu, rakyat Malaysia tidak membazirkan masa untuk merancang percutian masing-masing terutamanya di lokasi yang sudah lama tidak mereka kunjungi selama dua tahun ini.
Ada yang memilih kecantikan alam semulajadi di negeri-negeri Pantai Timur, ada juga yang menggemari kesibukan bandar metropolitan seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang yang masih memelihara kekayaan sejarah yang ada di sana.
Tapi girls, tak kiralah di mana pun lokasi bercuti korang di dalam negara, jom pastikan masa percutiaan tidak akan terganggu dengan masa datang bulan. Baru saja nak pergi bercuti, aduh datang bulan pula. Kini dengan adanya koleksi pad comel ‘Teroka Lokal’ terbaru oleh Kotex Malaysia ini, korang tak akan terasa pun dengan gangguan tersebut.
Ads
Koleksi Teroka Lokal ini diinspirasikan oleh empat destinasi pelancongan popular di dalam negara seperti Kuala Lumpur, Terengganu, Pulau Pinang, Sabah & Sarawak. Bukan saja ia mengingatkan kita semula akan momen-momen manis semasa kita bercuti dulu (lalu membuatkan kita tidak sabar untuk ke sana semula), tuala wanita Kotex juga akan memastikan korang tidak terganggu dengan kehadiran that-time-of-the-monthsemasa sedang berseronok di sana.
Barulah semangat sikit nak bercuti walaupun sedang datang bulan. Kumpulkan cepat-cepat semua design yang ada ini.
Ads
Sumbang Kepada Komuniti
Menariknya girls, selari dengan pelancaran edisi terhad ‘Teroka Lokal’ ini, Kotex Malaysia juga kini bekerjasama dengan Pertubuhan Kendiri Wanita & Gadis (WOMEN:girls) dan ingin memberikan pek tuala wanita kepada komuniti tempatan yang memerlukan terutamanya dalam musim pandemik sekarang.
“Amat menyedihkan apabila penjagaan kebersihan wanita masih tidak dianggap sebagai satu keperluan asas. Pandemik COVID-19 telah mencipta ketidakseimbangan akses kepada produk penjagaan wanita. Kami merasa seronok dapat bekerjasama dengan jenama terkemuka Kotex yang turut percaya dengan visi dan harapan yang sama seperti kami,” kata Izza Izelan, Pengarah Eksekutif WOMEN:girls.
Ads
Tapi mereka memerlukan bantuan korang dan caranya mudah saja.
Apa yang perlu dilakukan adalah gunakan filter AR yang ada pada pek tuala wanita ‘Teroka Lokal’ ini dan ambil foto OOTD paling kreatif. Muat naik di Instagram dengan tag @kotexmy. Untuk setiap muat naik ini, Kotex Malaysia akan memberikan satu pek tuala wanita kepada mereka yang memerlukan.
Cuba lihat contoh yang dilakukan oleh Sissy Iman dan Shaza Bae di bawah :
Apabila bercakap tentang stres di tempat kerja, kebanyakan syarikat biasanya memilih pendekatan yang hampir sama.
Ada yang menambah sesi mesyuarat atas alasan “alignment”, ada yang menyusun semula KPI supaya kelihatan lebih realistik, dan ada juga yang sekadar menggantung poster motivasi dengan ayat klise tentang produktiviti.
Namun di Jepun, sebuah syarikat memilih jalan yang jauh berbeza mereka mengupah kucing sebagai sebahagian daripada ekosistem kerja harian.
Syarikat tersebut ialah Qnote Inc., sebuah firma berpangkalan di Jepun yang menjadikan kucing bukan sekadar maskot atau elemen hiasan.
Sebaliknya, kucing-kucing ini dianggap sebagai “rakan sekerja” tidak rasmi yang bebas bergerak di ruang pejabat, berehat di atas meja dan kadangkala lalu di hadapan skrin komputer ketika pekerja sedang fokus menyiapkan tugasan.
Jumlahnya bukan sedikit, sebanyak 11 ekor kucing kini menjadi sebahagian daripada kehidupan harian di pejabat tersebut.
Gambar sekadar hiasan
Bermula Dengan Seekor Kucing Jalanan
Idea ini sebenarnya tidak bermula sebagai satu strategi korporat yang dirancang rapi. Ia bermula sekitar tahun 2004 apabila seekor kucing jalanan bernama Futaba dibawa masuk ke pejabat sebagai usaha kecil membantu haiwan terbiar.
Dari situ, jumlah kucing bertambah sedikit demi sedikit.
Tanpa disedari, kehadiran mereka mula mengubah suasana kerja. Pejabat yang sebelum ini sunyi dan tegang bertukar menjadi lebih santai dan mesra.
Melihat kesan positif tersebut, pihak syarikat akhirnya mengubah suai ruang pejabat agar lebih mesra kucing dan membenarkan mereka bergerak bebas serta berinteraksi dengan semua pekerja.
Kesan Emosi Dalam Budaya Kerja Bertekanan Tinggi
Gambar sekadar hiasan
Perubahan yang dirasai bukan sekadar hiburan atau faktor “comel”. Ramai pekerja melaporkan tahap stres menurun, emosi lebih stabil dan komunikasi antara rakan sekerja menjadi lebih natural.
Dalam persekitaran kerja yang sering dibelenggu tekanan dan deadline, kehadiran kucing memberi ruang kecil untuk bernafas.
Langkah ini menjadi lebih signifikan apabila dilihat dalam konteks budaya kerja Jepun yang terkenal dengan tekanan tinggi dan isu burnout.
Istilah karoshi, iaitu kematian akibat terlalu bekerja, bukan sekadar teori tetapi realiti. Dalam landskap sebegini, keputusan untuk “mengupah” kucing kelihatan luar biasa, namun kesannya sangat manusiawi.
Dari sudut psikologi, interaksi dengan haiwan memang terbukti membantu menurunkan tahap stres.
Melihat kucing tidur, mendengar dengkuran atau sekadar kehadiran mereka boleh memberi rasa tenang. Ia mungkin tidak menyelesaikan semua masalah kerja, tetapi kadangkala, rasa tenang itulah yang membantu seseorang meneruskan hari.
Di sebalik cerita comel ini, mesejnya jelas pekerja yang tenang akan bekerja dengan lebih ikhlas, dan suasana kerja yang berperikemanusiaan selalunya menghasilkan produktiviti yang lebih bermakna daripada tekanan semata-mata.
Sumber : Thread aliffliv
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peluang untuk menunaikan ibadah Haji sentiasa disemat dalam hati setiap umat Islam. Digambarkan sebagai peluang sekali seumur hidup, sama ada kita dapat menjejakkan kaki ke sana pada usia muda mahupun tua bergantung kepada ketentuan Ilahi dan tentunya, usaha kita sendiri.
Bersempena ketibaan kumpulan terawal jemaah Malaysia yang telahpun tiba di tanah suci, penulis berkesempatan untuk berhubung dengan salah seorang jemaah muda yang kini telahpun berada di Madinah Al-Munawarah. Pemuda bernama Muhammad Fakhrul Syakirin Bin Noor Azam sedikit sebanyak telah berkongsi pengalaman awalnya bersama-sama jemaah lain yang kini setia menjadi teman menjalani ibadah serta melakukan rutin harian lain di sana.
Pengalaman menjejakkan kaki di Masjid Al-Nabawi buat kali pertama memberikan perasaan istimewa buat Syakirin.
Memasuki usia 26 tahun pada 2022, Syakirin rupa-rupanya pernah menerima jemputan untuk menunaikan Haji seawal usia 17 tahun. Begitupun disebabkan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, Syakirin terpaksa melupakan sebentar impian tersebut walaupun peluang sedemikian tidak selalunya hadir kepada mana-mana individu.
“Ya, pada usia 17 tahun, saya telahpun mendapat tawaran menunaikan Haji tetapi perancangan itu tertangguh disebabkan perlu fokus kepada peperiksaan SPM.
“Sekali lagi, peluang tunaikan Haji hadir sewaktu saya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda. Saya menerima surat tawaran ketika berada di tahun terakhir belajar namun tawaran diterima pada saat-saat akhir sehinggakan saya tidak sempat untuk mengikuti kursus Haji.
“Sama jugalah dengan keluarga saya yang tidak mengetahui tawaran yang mereka terima dengan lebih awal. Setelah berbincang dengan keluarga, saya putuskan untuk sekali lagi menangguhnya memandangkan saya tidak sempat mengikuti kursus Haji. Malah saya juga belum melakukan persiapan mencukupi dari segi barang-barang yang perlu dibawa ke sana.
“Alhamdulillah, pada tahun 2020 nama saya ‘naik’ sekali lagi selepas saya selesai mengikuti kursus. Cuma, impian tersebut perlu ditangguh lagi atas faktor pandemik Covid-19.
“Kiranya, jemputan pada tahun 2022 ini adalah jemputan keempat untuk saya tunaikan ibadah Haji dan kesempatan ini tidak saya sia-siakan untuk menunaikannya. Tentunya, saya ucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana saya menjadi di antara insan terpilih untuk menunaikan Haji pada tahun ini,” ulasnya kepada penulis menerusi mesej pesanan dari tanah suci.
Pemandangan hadapan Masjid Al-Nabawi menjadi salah satu foto kiriman Syakirin dari tanah suci.
Umur Muda Bukan Satu Halangan
Saban tahun, semakin ramai anak muda yang mulai memilih untuk menjejakkan kaki ke tanah suci pada usia muda. Jika bukan peluang menunaikan Haji yang menjengah terlebih dahulu, maka peluang menunaikan Umrah akan dikejar mereka.
Jika dahulunya, rukun Islam kelima ini rata-rata dikaitkan dengan golongan yang lebih berusia atas faktor kewangan yang sudahpun stabil, masa yang lebih terluang dan atas faktor keikhlasan hati untuk ke sana. Namun kini, ramai anak muda yang mulai terbuka hati untuk ke sana lebih awal memandangkan kudrat tenaga fizikal mereka yang masih mantap untuk mengerjakan ibadah di sana. Bukan setakat itu, kini pelbagai informasi mudah untuk mereka perolehi berkaitan ibadah Haji lalu membuatkan proses melengkapi diri dengan segala persediaan mental lebih pantas.
Buat Syakirin, umur adalah sekadar angka apabila bercakap mengenai ibadah Haji. Segala-galanya ibarat sudahpun ditentukan dengan lebih awal oleh Ilahi dan seruan yang diterima tidak mengira peringkat usia. Selagi sudah sudah mengikuti kursus dan memahami bagaimana melaksanakan ibadah, sesiapa saja akan bersedia untuk mengerjakannya.
“Mengapa saya memilih untuk tunaikan Haji pada usia semuda ini? Saya fikir, peluang hanya datang sekali saja dalam hidup dan kita tidak tahu bila kita akan ‘dijemput’ ke sini. Tanpa rasa teragak-agak, saya terus menerima peluang tersebut.
“Excited itu tentulah ada tetapi pada masa yang sama saya tidak nafikan timbul sedikit rasa nervous kerana ini adalah kali pertama saya berada di luar negara dan tidak biasa dengan persekitarannya. Alhamdulillah, selama saya di sini orangnya ramah malah baik budi pekertinya.
“Rakan-rakan sebilik saya seramai empat orang semasa ditempatkan di hotel Saja Al Madinah juga baik malah peramah, dua dewasa dan dua lagi lebih kurang sebaya usia belia seperti saya. Satu lagi hotel yang menempatkan jemaah Malaysia adalah di Hotel Mövenpick, Madinah.
“Setakat ini, jemaah Malaysia yang telah sempat saya temui semuanya berada dalam keadaan baik dan tidak sabar untuk menunaikan Haji. Jemaah muda juga agak ramai,” katanya.
Setakat minggu lalu, Syakirin masih berada di Madinah dan berkesempatan untuk melawat beberapa tempat bersejarah seperti Makam Nabi, Masjid Quba’ dan Bukit Uhud. Kesemua itu merupakan pengalaman yang amat berharga untuk dia dan rakan jemaah di sana.
“Di sini, saya dan rakan sebilik membantu satu sama lain bagi urusan ke masjid Nabawi, ke kafe, menziarahi makan Nabi Muhammad SAW.. semua dilakukan bersama-sama. Rasa nervous yang saya rasakan pada awalnya terus bertukar tenang, nyaman dan saya mudah menikmatinya. Kredit harus saya berikan kepada pihak Tabung Haji kerana mereka telah menyusun tentatif program dengan baik seperti lawatan ke tempat-tempat bersejarah, memberi peluang kami solat di Raudhah dan melawat perkuburan Baqi’ (tempat bersemadinya 10,000 keluarga dan sahabat Nabi Muhammad SAW). Kakitangan Tabung Haji juga akan stand by selama 24 jam sekiranya kami memerlukan bantuan dan nasihat mereka,” katanya.
Perubahan Kursus Haji
Biarpun tanah suci kini sudahpun mula dibuka kepada pengunjung luar untuk mengerjakan ibadah Umrah dan Haji, ketetapan prosedur operasi standard khabarnya masih dilaksanakan sebagai langkah-langkah pencegahan wabak COVID-19.
Begitu juga dengan proses kursus Haji yang ditetapkan ke atas semua jemaah Malaysia sebelum bertolak ke sana. Kongsi Syakirin, prosesnya kini melibatkan sesi dalam talian dan juga sesi bersemuka.
“Apabila pandemik COVID-19 memberi kesan kepada kita semua pada tahun 2020, kursus Haji asas yang biasanya dilakukan secara face to face telah berubah menjadi sesi dalam talian. Tapi apabila semakin menghampiri detik ke sana, sebuah kursus Haji Planner telah diadakan secara bersemuka di Masjid Negeri (Shah Alam) bersama ramai jemaah dari Selangor yang lain. Saya juga sempat menyertai jemaah lain di sana pada waktu itu,” katanya yang tidak lama lagi akan bertolak ke kota Mekah pula. Penulis pasti pengalaman tersebut tidak akan dilupakan olehnya sampai bila-bila.
“Kepada keluarga saya di Malaysia terutamanya ibunda dan ayah saya, adik-beradik saya; saya harapkan agar mereka berada dalam keadaan sihat belaka. Saya juga ingin sampaikan salam saya kepada rakan-rakan sepejabat di Unit Integriti Kementerian Dalam Negeri, rakan-rakan Food Panda Crew. Saya doakan agar kalian diberikan peluang untuk menunaikan ibadah Haji dan Umrah pada tahun hadapan. InsyaAllah,” simpul Syakirin.
Pada kesempatan ini, REMAJA turut mendoakan agar kebajikan dan kesihatan jemaah muda ini dipermudahkan di sana. Semoga Allah SWT mengurniakan Haji mabrur buatnya dan jemaah Malaysia yang lain di sana, InsyaAllah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika diimbas semula pada Sukan Olimpik Rio 2016, Rusia merupakan salah satu kuasa sukan utama (seperti dijangka – duh) apabila ia menduduki posisi keempat dalam kedudukan pingat keseluruhan.
Pada edisi tersebut, Rusia berjaya membawa pulang sejumlah 56 pingat.
Justeru, tentunya peminat sukan yang menonton Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan meletakkan Rusia sebagai salah satu pencabar utama untuk menduduki kedudukan Top 5.
Begitupun, agak pelik apabila Rusia tidak tersenarai sebagai negara yang bertanding. Sebaliknya, yang menggantikan Rusia pada kejohanan ini ialah ROC atau lebih dikenali sebagai Russian Olympic Committee (Jawatankuasa Olimpik Rusia). Huh, kenapa pula?
Nikita Nagornyy mewakili ROC dalam sukan gimnastik artistik lelaki, bukannya Rusia. Foto : Getty.
Sebab utama Rusia tidak menggunakan nama negara, bendera dan lagu kebangsaan berjudul Gosudarstvennyy Gimn Rossiyskoy Federatsii di Tokyo 2020 adalah kerana Rusia diharamkan daripada menyertai sebarang kejohanan sukan antarabangsa untuk tempoh empat tahun.
[Hukuman itu kemudiannya dikurangkan kepada dua tahun.]
Keputusan itu dibuat oleh Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pada tahun lalu apabila Rusia dibuktikan bersalah menyembunyikan program doping (dadah) terancang. Hukuman ini adalah yang paling berat pernah dikenakan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kerana penipuan dadah. Ia juga sebentuk kesalahan yang belum pernah berlaku sebelum ini.
Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Doping Dunia (WADA) dan dua jawatankuasa siasatan IOC, beberapa atlet Rusia pernah terlibat dalam program penipuan dadah ini dan kali terakhir ia berlaku adalah semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk Sochi 2014.
Bukan hanya atlet yang bersalah. Bukti yang dikemukakan juga menunjukkan program tersebut ada melibatkan pegawai kanan kerajaan termasuklah Kementerian Sukannya dengan bantuan agen rahsia negeri!
Anyway, atlet Rusia yang didapati bersih daripada apa-apa pembabitan skandal dadah masih dibenarkan bertanding pada Sukan Olimpik Tokyo 2020. Cuma mereka perlu mewakili ROC dan bukannya negara Rusia.
Sebagai contoh pada acara pembukaan tempoh hari, kita dapat menyaksikan delegasi Rusia menggunakan bendera ROC yang terdiri daripada lambang nyalaan api dalam warna rasmi bendera Rusia dan hyfa gegelung Olimpik di bawahnya.
ROC semasa acara pembukaan Sukan Olimpik, Jumaat lalu.
Sekiranya ROC memenangi pingat emas dan atletnya menaiki podium, pihak penganjur akan memainkan lagu Piano Concerto No 1 yang digubah oleh komposer Pyotr Tchaikovsky – seperti yang berlaku hari ini.
Petand tadi, ROC telah memperolehi pingat emas pertama mereka menerusi penembak 10 meter air pistol, Vitalina Batsarashkina. Dan semasa acara penganugerahan, lagu Piano Concerto No 1 yang berkumandang di seluruh arena tersebut.
Vitalina Batsarashkina bersama pemenang pingat perak dari Bulgaria, Antoaneta Boneva dan Jiang Ranxin dari China yang memenangi pingat gangsa. Foto : REUTERS
Jika selepas ini korang menonton aksi atlet ROC di kaca televisyen, korang akan perasan pakaian seragam mereka tidak meletakkan bendera Rusia tetapi masih menggunakan warna-warna rasmi bendera Rusia.
Uniform rasmi atlrt Rusia.Rusia semasa masih menggunakan bendera rasmi mereka di Sukan Olimpik Rio 2016.
Haihh, susah juga jika negara buat hal dalam industri sukan. Terus diharamkan seperti Rusia!