Pembekal perkhidmatan data dalaman dan luaran Malindo Airways Sdn. Bhd. bersama Amazon Web Services (AWS) dan GoQuo, rakan kerjasama e-dagang syarikat sedang menyiasat pencerobohan data yang membabitkan maklumat peribadi penumpangnya.
Ia susulan laporan oleh firma keselamatan siber berpangkalan di Moscow, Kaspersky Lab bahawa butiran kira-kira 30 juta penumpang syarikat penerbangan itu dan syarikat sekutunya, Thai Lion Air didedahkan di forum dalam talian.
Dalam laporan hari ini berhubungan insiden yang terjadi, pihak Malindo Air mengakui beberapa data peribadi penumpang yang dihoskan telah terjejas.
Malindo Air akui data peribadi penumpangnya diceroboh dan sudah membuat laporan ke pihak berkuasaBukan hanya Malindo, data peribadi Lion Air turut diceroboh
“Kami dalam proses melaporkan kepada pihak berkuasa di dalam dan di luar negara termasuklah CyberSecurity Malaysia. Malindo Air juga sedang berhubung dengan perunding bebas jenayah siber untuk menyiasat kejadian ini.
“Buat masa ini, kami menasihatkan pelanggan dengan akaun kekerapan penerbangan dalam talian supaya menukar kata kunci masing-masing,” katanya di sini.
Kenyataan media yang dimuat naik oleh Malindo Air menerusi laman webnya juga menyatakan mereka sedar akan akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010. Mereka tidak menyimpan apa-apa data pembayaran pelanggan dalam server mereka selari dengan piawaian Industri Pembayaran Kad (PCI) Sekuriti Data (DSS).
Apa perlu buat jika menjadi salah seorang mangsa ?
Sebelum korang bertindak lebih jauh melaporkan ke pihak berkuasa, ada sesuatu yang perlu korang faham tentang data peribadi. Data tersebut adalah hak individu dan hanya pihak berautoriti dibenarkan menyimpan nya seperti dipersetujui oleh kedua pihak.
Malah di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, ada ditubuhkan Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) yang berperanan memastikan pematuhan akta melalui peningkatan kesedaran/promosi, memberikan nasihat umum dan bimbingan serta mengawal selia pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam urus niaga komersial.
Ads
Kesemua ini adalah demi membanteras penyalahgunaan data peribadi.
JPDP juga bertanggungjawab memastikan semua pengguna dalam transaksi komersial mematuhi undang-undang perlindungan data peribadi.
7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi
7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi ini wajib dipatuhi di bawah seksyen 5(1) dalam Akta ini demi menjaga data peribadi.
Pertama – Pengguna tidak dibenarkan memproses data peribadi seseorang lain tanpa kebenarannya.
Kedua – Mematuhi prinsip Notis dan Pilihan di mana makluman dan tujuan dimaklumkan pada peringkat awal.
Ketiga – Penzahiran tujuan data peribadi seseorang itu diambil.
Ads
Keempat – Keselamatan apabila memproses data peribadi dan mengambil langkah supaya data tersebut selamat, tidak diubahsuai, disalahguna atau diberikan kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan.
Kelima – Penyimpanan data peribadi tidak dibenarkan di dalam pemprosesan yang melebihi had masa yang diperlukan.
Keenam – Integriti Data agar maklumat yang diterima adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.
Ketujuh – Pengguna hendaklah diberi hak akses kepada data peribadi yang dipegang olehnya. Pengguna juga berhak mengemas kini datanya.
*
Jika korang mendapati ada pihak yang telah menyalah gunakan data peribadi dan lari daripada 7 prinsip di atas, korang boleh mengemukakan aduan dan memohon penjelasan kepada organisasi yang terlibat terlebih dahulu.
Ads
Sekiranya korang masih tidak berpuas hati dengan jawapan dan tindakan yang diambil oleh organisasi, maka korang bolehlah terus membuat aduan kepada pihak JPDP melalui alamat aduan bagi membolehkan penyiasatan boleh dijalankan.
Sekiranya korang masih terkilan dengan keputusan Pesuruhjaya berhubung perkara tersebut, maka bolehlah merayu kepada Tribunal Rayuan dengan memfailkan suatu notis rayuan dengan Tribunal Rayuan.
Korang boleh kemukakannya kepada:
Ketua Pengarah
Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia
Aras 6, Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Lot 4G9, Persiaran Perdana,
Presint 4, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya
Berikutan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 minggu lalu, Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi mengumumkan satu bantuan yang dikenali sebagai Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) yang akan diperkenalkan bagi membantu rakyat dan ekonomi.
Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pakej bantuan bernilai 15 bilion ringgit ini akan menambah baik inisiatif yang berterusan serta mempercepatkan inisiatif yang berkaitan.
Demi mengurangkan beban, kerajaan bersetuju memberikan lanjutan masa bayaran semula pinjaman PTPTN selama tiga bulan pertama tahun ini susulan daripada penularan wabak COVID-19 di Malaysia.
Oleh itu, pelajar bolehlah menangguhkan pembayaran semula sehingga 31 Mac ini.
Bagi peminjam PTPTN yang terjejas akibat wabak COVID-19 dan bencana banjir, keputusan moratorium ini tentunya sedikit sebanyak membantu mengurangkan bebanan mereka.
Selain itu, kerajaan juga mengumumkan perlanjutan tempoh capaian internet percuma dengan kerjasama industri telekomunikasi sepanjang musim PKP.
“Pemberian data 1 Gigabit secara percuma telah diberi kepada orang ramai untuk melayari laman web, termasuklah untuk tujuan pendidikan. Kemudahan yang bernilai 500 juta ringgit ini telah bermula pada 1 Januari 2021 dan akan dilanjutkan sehingga hujung April 2021,” jelas beliau.
Bukan itu saja, pakej langganan khas untuk pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM akan diperluaskan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pakej ini juga akan disediakan sehingga hujung April 2021.
Terima kasih!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Di era digital sekarang tidak ada yang mustahil apabila seseorang individu itu boleh menjadi kaya dengan hanya membuat content di media sosial.
Youtube merupakan platform perkongsian video yang paling popular di dunia. Ia merupakan anak syarikat kepada Alphabet Inc yang juga syarikat induk kepada Google.
Memandangkan anak muda sangat cenderung melihat you tube sebagai sebahagian masa mereka maka lahirlah Youtuber yang mampu mengubah corak pemikiran masyarakat melalui mesej yang mereka sampaikan.
Siapa sangka, video unboxing permainan mampu memperoleh sebanyak $29.5 juta (~RM119.5 juta) pada platform YouTube sepanjang 2020. Lebih hebat,kejayaan Ryan Kaji selaku watak utama dalam channel ini yang baru sahaja berusia 9 tahun dan sudah berjaya disenaraikan dalam Forbes magazine.
“Dia terkenal dengan video unboxing di mana dirinya akan mengeluarkan mainan dari bungkusan dan memeriksanya. Kini, Ryan Kaji mempunyai pelbagai barisan barangan jenama seperti mainan, ubat gigi, beg sekolah dan sebagainya. Ia dijual di pelbagai platform seperti Amazon, Target dan Walmart.
Jualan barangan tersebut mencecah $ 200 juta (RM807 juta) pada tahun 2019 dan siri Nickelodeon pula disebut sebagai Ryan’s Mystery Playdate,” kata Forbes.
Menurut Hindustan Times, salurannya bukan pertama kali mendahului senarai bintang dengan memperolehi bayaran tertinggi di Youtube malah dirinya pernah tersenarai pada tahun 2018 dan juga tahun 2019.
Beliau kini sudah berjaya diiktiraf sebagai influencer kanak-kanak serta turut menerima sponsor daripada jenama-jenama seperti Mark & Spencer. Lebih hebat, beliau turut dilamar Nickelodeon dalam menghasilkan rancangan TV beliau sendiri.
Ahli keluarga yang pada awalnya sekadar merakam aktiviti beliau turut terlibat bersama dengan beliau sekaligus menjadikan channel Ryan’s World sebagai pendapatan keluarga.
Melihatkan umur Ryan Kaji yang masih muda, pastinya banyak potensi yang boleh dikembangkan mengenai budak ini pada masa akan datang. Paling hebat sudah pastinya kejayaan beliau yang berusia lapan tahun serta dibantu keluarganya dalam menghasilkan wang mencecah sembilan angka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah pelancong dihantar pulang dari Korea semakin menjadi bualan netizen di laman sosial. Terbaru, kisah Muhammad Shaifuddin mendapat perhatian apabila dia berkongsi pengalamannya menerusi laman Facebook Road To Korea kerana terpaksa pulang ke tanah air gara-gara butirannya yang ditanya oleh pihak imigresen Korea tidak lengkap.
Sampai saja di lapangan terbang Incheon, Muhammad Shaifuddin dan dua orang lagi rakannya terus ke imigresen untuk pemeriksaan keselamatan dan mendapatkan cop passport.
“Imigresen ade 7lane (2 untuk fast lane) selalunya fast lane jarang dibuka melainkan ade masalah atau pertanyaan panjang untuk pelancong . Jadi ramai yang beratur. Kami bertiga beratur di lane ke 5 , tetiba lane ke 6 dan 7 dibuka dan terus panggil kami berdua(mungkin dye curious dng kami berdua) Dye terus ambik pasport dan tanye datang dgn sape , nk pergi mane bla3. Lepas tuh dia tanye return tiket dan intenari. Silapnya di sini , semua return tiket dan inteneri ade dalam phone. Nak tunjuk dekat officer , officer dye dah tak layan”
Menurut Harian Metro, seorang lagi rakan Shaifuddin dilepaskan, hanya dua orang daripada mereka terpaksa berhadapan selama 7 jam untuk sesi soal jawab bersama pihak imigresen di bilik kuarintin.
Walaupun berusaha membela diri kerana tidak bersalah, mereka akhirnya terpaksa akur apabila diarahkan pulang ke Malaysia.
Impiannya untuk ke Korea Selatan sejak 2010 lagi kerana suka menonton rancangan realiti Running Man terkubur begitu saja.
Nasihatnya kepada orang lain jika ingin ke Korea, sediakan dokumen lengkap dan berpakaian kemas. Bagi lelaki, rambut tu biar kemas. Jangan bagi officer tu syak yang bukan-bukan.
Mungkin belum rezeki bro ni lagi untuk menjelajah Korea. InsyaAllah, satu hari nanti kami doakan agar korang boleh melancong di Korea lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi Ahmad Zaim Ghazali yang membina syarikat bas ekspres Zaim Express selepas melalui kehidupan sukar sebagai anak yatim dan pernah bekerja sebagai penghantar surat.