Korang dah tonton belum filem hindi berjudul ‘Gangubai Kathiawadi’ di Netflix?
Filem yang menjadi bualan ramai ini merupakan sebuah filem jenayah biografi. Alia Bhat berjaya menjayakan watak ini dengan cukup sempurna. Malah, filem ini menggambarkan kisah kehidupan sebenar Gangubai Kathiawadi, seorang tokoh wanita penuh kontroversi di daerah lampu merah (red-light district) Kamathipura pada tahun 1960-an.
Filem ini akan fokus kepada kehidupan Kathiawadi yang dihabiskan di daerah lampu merah Mumbai, sebagai ketua, pengedar dadah, penjenayah dan ahli politik.
Mulai dari tarian ‘Dholida‘nya, dialognya yang penuh kuasa, kepada pelbagai emosi yang dipaparkan kepada penonton. Tetapi selain lakonannya, fesyen statement yang digayakan dalam filem tersebut turut menjadi perhatian. Antaranya ialah :
Bibir Merah Berani
Ads
Dalam filem ini, warna gincu Alia semakin gelap dan pekat apabila dia semakin berkuasa dalam filem itu. Jadi, pakai gincu merah dan lihat keyakinan kamu melonjak sekelip mata.
Renungan Tajam Celak Mata
Sepanjang filem, Gangubai tidak lari dengan solekan mata yang berat yang menghidupkan lagi lakonan serta renungan tajamnya. Bila dia mengangkat cermin matanya dengan pandangan tidak berkelip, dia kelihatan cukup memukau.
Perhiasan Kemas Perak
Kepingan perak yang dipakai Alia Bhatt dalam filem Gangubai menghidupkan semula pesona aksesori perak tradisional. Sama ada anting-anting, rantai leher, gelang tangan, gelang kaki mahupun perhiasan hidung.
Ads
Bunga Di Rambut
Menggunakan bunga segar sebagai aksesori rambut dilihat sangat klasik dan manis. Mengingkatkan kita tentang memori silam dan memberi statement dengan cara yang sederhana.
Sari Putih Ikonik
Sari tradisional yang dipakai Alia Bhatt untuk hampir keseluruhan filem adalah klasik. Putih merupakan warna yang abadi dan tak lapuk dek zaman, tidak kira berapa umur kamu. Sari putih adalah ikonik!
Ads
Apa-apa pun tahniah diucapkan buat penata gaya pakaian filem ini dan semua crew kerana mereka benar-benar memahami watak Gangubai Kathiawadi – seorang bos wanita yang berkuasa dengan hati emas – dan menggayakannya dengan sewajarnya.
Sebenarnya, banyak filem Bollywood yang berkualiti dan meninggalkan kesan kepada penonton dengan fesyen dan gaya mereka antaranya Poo dari K3G, Mastani dari Bajirao Mastani, dan kini Gangubai Kathiawadi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dikenali sebagai Blank Ji, Ace dan Gold Jihyo, Song Ji Hyo bukan lagi nama asing dalam kalangan peminat di Malaysia. Aktres versatil yang turut dikenali sebagai salah seorang ahli rancangan realiti, Running Man ini amat diminati peminat di seluruh pelusuk dunia dek kerana sifatnya yang merendah diri, tak cover ayu dan santai.
Namun baru-baru ini, netizen Korea Selatan telah mengkritik peranan pelakon tersebut dalam episod terbaru Running Man.
Pada episod 25 Jun tersebut, penonton menyaksikan Song Ji Hyo hanya menonton dari sisi tanpa sebarang dialog ketika ahli rancangan itu, Jeon So Min, Kim Jong Kook, Haha dan Yang Se Chan, membuat improvisasi drama komedi.
Penonton kemudian melihat Song Ji Hyo hanya tersenyum sendirian semasa adegan di mana ahli-ahli rancangan tersebut sedang makan dan berbual.
Malang sekali apabila sebaik sahaja episod itu disiarkan, netizen negara tersebut mula mengkritik reaksi pasif dari pelakon itu, dengan beberapa menyatakan, “Dia lebih pasif daripada biasa” dan bahawa “Dia hanya muncul di satu rancangan setiap minggu. Adakah ianya terlalu sukar baginya untuk turut serta membuat penonton terhibur?”
Kritikan itu turut diikuti rentetan episod di mana penonton merasakan bintang terkenal itu kelihatan tidak berminat untuk turut serta bergaul sesame ahli yang lain.
Episod di mana Song Ji Hyo mula dikenali sebagai ‘Ace’ dek kerana kekuatan fizikalnya.
Selain itu, ramai penonton menzahirkan kekecewaan mereka terhadap ahli yang suatu masa dahulu pernah menghiburkan penonton dengan kecerdasan dan jenakanya sehinggakan diberi gelaran seperti ‘Ace’ dan ‘MongJi’.
Namun, terdapat segelintir warganet yang mempertahankannya dengan memetik pertelingkahan pelakon tersebut dengan label agensinya baru-baru ini. Dikatakan bahawa masalah peribadi beliau mungkin menjadi punca dirinya kelihatan pasif di dalam rancangan tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: SBS, Dispatch, AllKpop
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah tentunya perasaan sedih menyelubungi diri apabila hilang kucing tersayang…
Perkara sedih itu terjadi kepada pelakon dan penyanyi popular, Kilafairy apabila kucing kesayangan baka kacukan British Shorthair dan R. Blue itu hilang, baru-baru ini.
Menerusi hantaran Instagram, Kilafairy memaklumkan kucing berwarna kelabu yang berusia 10 tahun itu hilang sejak 27 Februari lalu di kawasan Subang Jaya.
Susulan daripada itu, pelakon filem popular Karak tersebut sanggup menawarkan ganjaran wang tunai sebanyak RM2,000 kepada sesiapa yang terambil kucing peliharaannya yang bernama Koiivu atau Kovu selepas 15 hari haiwan itu tidak pulang ke pangkuannya.
Selain ganjaran, aktres jelita itu juga sanggup membelikan seekor kucing kelabu lain untuk mereka yang mengambil haiwan itu sebagai ganti kucing kesayangannya itu.
“Kepada yang mengambil anak saya, tolong pulangkan dia kembali. Kalau awak nak kucing berwarna kelabu, saya boleh belikan seekor untuk awak. Tapi tolong sangat-sangat, pulangkan kembali Kovu saya,” coretnya di ruangan kapsyen.
Pada masa sama, anak perempuan kepada pelakon veteran Rohana Jalil itu memohon para bantuan pengikutnya untuk menghubungi nombor yang dikongsikan sekiranya terjumpa mahupun ternampak kucing kelabu seperti Kovu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut turut menzahirkan rasa simpati dengan situasi menimpa pelakon itu, selain ada yang memberikan tip kepadanya untuk mendapatkan semula kucing peliharaannya itu.
“Semoga Allah permudahkan urusan pencarian. Cuba sembang-sembang dengan kucing luar sekitar sana juga minta tolong carikan… Bunyi macam gila tetapi menjadi. Saya banyak cuba cara ini dan tak pernah fail lagi. Dengan izin Allah,” komen seorang pengguna.
“Sedihnya… Masih tak jumpa-jumpa lagi.. Semoga Kovu selamat dan moga dapat jumpa dia balik.. InshaAllah,” komen juga pengguna lain.
“I feel u…kucing saya hilang tiga hari. Hari-hari berendam air mata… cari setiap hari… InshaAllah jumpa. Dont give up!,” komen pencinta kucing yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Siapa sahaja tidak mengenali figura terkenal dalam industri penyampaian radio, Faizal Ismail yang lebih dikenali sebagai FBI. Pernah berkhidmat sebagai penyampai radio Hot FM selama hampir sedekad, beliau kini beralih ke radio ZAYAN.
Baru-baru ini beliau ditemui di acara World #QuranHour yang bersiaran secara langsung di Masiid Sultan Haji Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Turut teruja dengan kehadiran peserta program tersebut yang dikatakan berlipat ganda jumlahnya berbanding tahun-tahun sebelumnya, beliau turut mengakui akan kehebatan kitab suci Al-Quran dalam hidupnya.
“Dulu saya pernah dijemput tapi kali ini lebih bermakna kerana baru-baru ini, saya banyak mendalami maksud Al-Quran dengan lebih lagi. Saya juga ingin kongsikan rahsia di mana perubahan yang berlaku dalam hidup saya ini, asbabnya sebab Al-Quran juga,” ujar beliau kepada Remaja.
Menurut penyampai radio ZAYAN itu lagi, Allah SWT telah memberinya peluang untuk memuhasabahkan diri dan mengubah perjalanan hidupnya dari dunia yang dahulu kepada dunia yang lebih dekat dengan Allah SWT menerusi kehadiran kitab tersebut.
“Al-Quran ini adalah satu mukjizat yang sangat besar dan kita patut ambil kesempatan ini. Mukjizat ini relevan kepada kita sepanjang zaman dan dapat menjadi ‘healing’ kepada kita,” tambah beliau lagi.
Beliau turut berkesempatan menyampaikan sampul duit raya kepada hadirin yang menghadiri program World #QuranHour.
Sekadar info, bapa kepada empat cahaya mata itu pernah menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang industri kreatif di Universiti Cardiff, United Kingdom (UK) pada Ogos 2019. Namun disebabkan penularan wabak Covid-19, situasi itu memaksa semua pusat pengajian ditutup dan pembelajaran diteruskan secara dalam talian.
Akhirnya beliau mengambil keputusan pulang ke tanah air dan sekembalinya beliau di sini, FBI mengambil keputusan menyertai tabligh, bagi melakukan perubahan dalam diri selepas didekati jemaah terbabit sewaktu di UK.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Astro, Kosmo
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!