Penyanyi daripada kumpulan K-Pop popular, Donghae Super Junior sekali lagi mencuri perhatian apabila menunjukkan sisi keprihatinannya dengan menyumbangkan derma sebanyak 30 juta Korea Won (kira-kira RM90,000) kepada kanak-kanak yang menghidap kanser dan penyakit jarang jumpa yang sukar diubati.
Menurut Yayasan Kanser Pediatrik Korea (KPCF) melalui pengerusinya, Shin Hee Young, mengumumkan bahawa Donghae atau nama sebenarnya Lee Donghae yang juga merupakan duta promosi mereka telah menyalurkan sumbangan tersebut. Lebih menarik lagi, dana itu diberikan sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-39 serta meraikan ulang tahun ke-8 pelantikannya sebagai duta yayasan.
Bantu Kanak-kanak Pesakit Kanser
Difahamkan, sumbangan tersebut akan digunakan sepenuhnya bagi menampung kos rawatan perubatan kanak-kanak pesakit kanser dan penyakit jarang jumpa yang kini sedang berjuang meneruskan kehidupan.
Untuk pengetahuan, sejak tahun 2017, Donghae aktif bersama yayasan itu dengan menyertai pelbagai program kesedaran seperti penggambaran studio bersama kanak-kanak duta kecil serta pertandingan ‘Dream Contest’ yang bertujuan memberi sokongan moral dan meningkatkan kesedaran mengenai pesakit kanser pediatrik.
Ads
Pesanan Ikhlas Donghae Kepada Peminat
“Saya berharap melalui tindakan kecil ini, bersama sokongan ikhlas semua orang, mampu menjadi sumber kekuatan buat anak-anak ini,” kata Donghae.
“Saya percaya kebaikan kecil juga boleh membawa kebahagiaan besar. Saya akan terus menjadi ‘guardian angel’ di sisi mereka,” ujarnya lagi, menunjukkan keikhlasan dan kasih sayang mendalam terhadap komuniti pesakit kanser.
Ads
Penghargaan Dari Yayasan Kanser Pediatrik Korea
Pada masa yang sama, Setiausaha Agung yayasan tersebut, Seo Sun Won turut menyatakan penghargaan mendalam kepada bintang K-Pop yang popular menerusi lagu ‘Sorry Sorry’ itu.
“Kami amat berterima kasih kepada Donghae Super Junior sebagai duta yang konsisten memberi sokongan sepanjang lapan tahun ini. Kami berharap pengaruh positif beliau mampu mencetuskan lebih banyak perhatian dan sokongan daripada masyarakat,” katanya lagi.
Ads
Dalam perkembangan lain, Donghae bersama kumpulannya baru sahaja menamatkan konsert ulang tahun ke-20 SUPER JUNIOR berjudul SUPER SHOW 10 di Seoul yang berlangsung di KSPO DOME pada Ogos lalu. Sejak September, kumpulan sensasi itu juga sedang sibuk dengan siri jelajah dunia bagi bertemu peminat setia di seluruh dunia.
Terdahulu, peminat Super Junior (E.L.F) di Malaysia menyaksikan Donghae dan Eunhyuk membuat penampilan istimewa menerusi jelajah Super Junior-D&E pada Januari lalu. Namun, menjelang tahun 2026, mereka sebagai sebuah kumpulan besar akan kembali ke Arena Axiata untuk siri jelajah dunia SUPER SHOW 10 bagi menyambut ulang tahun ke-20 bersama peminat tempatan.
Tindakan murni Donghae ini bukan sahaja menonjolkan nilai kemanusiaan, tetapi turut membuktikan bahawa populariti sebenar seorang artis diukur melalui kebaikan hati dan keprihatinan terhadap masyarakat yang memerlukan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Okay, offer sebegini tak akan datang selalu. Jadi korang (dan kami) kena grab cepat.
Sempena melancarkan cawangan terbaru TGV Cinemas di Central i-City Shah Alam, mereka sedang memberikan tawaran istimewa untuk tempoh 9 hari pertama pembukaannya.
Bermula hari ini (23 Mac) hingga 31 Mac ini, korang boleh menonton wayang SECARA PERCUMA bagi beberapa filem terpilih yang baru ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Menurut perkongsian akaun Facebook TGV Cinemas, antara filem yang ditayangkan itu adalah Paskal, Aquaman, Bohemian Rhapsody, How To Train Your Dragon dan beberapa lagi movie awesome. Jadi bagi korang yang pernah terlepas peluang untuk menonton filem-filem tersebut di pawagam, inilah masanya.
Selain daripada tayangan wayang secara percuma, TGV Cinemas juga menawarkan popcorn secara percuma dan korang juga boleh mendapatkan merchandise premium, JUGA secara percuma.
Aren’t we all spoiled (and lucky).
Kongsikan saja foto ketika di TGV Central i-City Shah Alam dan ia milik korang. Untuk pengetahuan, tiket yang diedarkan pada hari tayangan adalah untuk tontonan hari tersebut sahaja. Tiket hari berikutnya tidak akan diedarkan lebih awal.
FacebookPastikan korang pergi seawal mungkin ke sana untuk dapatkan tiket. Takut habis pula seperti yang berlaku pada jam 1 tengah hari, hari ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Orang Perak pasti kenal benar dengan nama Sultan Idris Shah II yang memerintah negeri itu selama 21 tahun bermula dari tahun 1963 sehinggalah kemangkatan baginda pada tahun 1984. Sepanjang memerintah negeri Perak, almarhum terkenal sebagai sultan yang berjiwa rakyat dan sentiasa dekat dengan mereka yang berada di bawah naungannya.
Salah satu kegemaran baginda adalah seni muzik. Kecintaan baginda terhadap seni muzik dizahirkan menerusi penubuhan sebuah kumpulan kugiran yang diberi nama Orkes RIShah. Baginda bukan sahaja seorang yang gemarkan muzik bahkan berbakat dalam penciptaan lagu serta penulisan lirik.
Antara lagu popular yang ditulis baginda adalah lagu Kalau Rindu nyanyian penyanyi terkenal Allahyarhamah Toh Puan Setia Datin Rafeah Buang yang menjadi antara lagu menguasai carta sekitar tahun 70an. Selain itu baginda juga menulis lagu-lagu lain seperti Semalam di Subang dan Pulau Pangkor yang dirakam ke dalam piring hitam dan dinyanyikan oleh Aminah Ahmad.
Kulit album piring hitam Aminah Ahmad bersama Orkes RIShah.
Lagu Kalau Rindu nyanyian Rafeah Buang menjadi halwa telinga masyarakat sehingga kini dan masih lagi dimainkan di corong radio. Hasil kreativiti dan juga puitisnya lirik yang dihasilkan membuat lagu ini terus malar segar merentas zaman.
Bagi anak muda yang kurang kenal dengan almarhum Sultan Idris Shah II. Sedikit trivia untuk anda, Permaisuri Johor, DYMM Raja Zarith Sofiah merupakan salah seorang puteri baginda dan ini menjadikan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail sebagai cucunda baginda. Selain itu, seorang lagi anakanda baginda, Duli Yang Amat Mulia Raja Iskandar Zukarnain merupakan Raja Dihilir Perak Darul Ridzuan kini.
Selepas beberapa bulan ‘mengunci mulut’, bekas ahli kumpulan popular DOLLA, Syasya Rizal akhirnya mengesahkan dirinya kini sedang sarat hamil cahaya mata sulung.
Berita gembira tersebut dikongsikan penyanyi berusia 23 tahun itu menerusi sebuah hantaran di platform Instagram miliknya.
Perkongsian berkenaan memaparkan dia memegang helaian akhbar yang tertera dia dan suami akan menyambut kelahiran bayi sulung.
“Alhamdulillah. Baby Emon is on the way,” coretnya.
Menerusi hantaran yang sama, Syasya turut dilihat memegang ‘baby bump’ yang sebelum ini kerap menjadi bualan ramai. Syasya bagaimanapun tidak berkongsi secara terperinci mengenai usia kandungannya.
Pemerhatian Remaja mendapati, rata-rata pengikut termasuk bekas ahli kumpulannya iaitu Tabby dan Angel mengucapkan tahniah atas pengumuman tersebut.
“Congratulations! wish you all the best,” komen Angel.
“Wishing you and baby emon safety and health always, congratulations,” komen juga Tabby.
“Pandai netizen meneka, tahniah Syasya dan husband!” komen juga seorang pengguna.
Sebelum ini, tular video yang menampakkan ‘baby bump’ penyanyi itu yang semakin membesar ketika berjalan di dalam air sambil dipimpin suaminya pada awal bulan lalu.
Terdahulu, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pengunduran Syasya menerusi hantaran dalam akaun rasmi mereka pada 8 Mac lalu.
Selepas itu, Syasya juga mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.