Pasangan kembar seiras ini sekali lagi membuktikan bahawa perjalanan hidup mereka memang tak pernah terpisah. Ain Syafiqah Balqis dan Ain Syakirah Balqis Azman mencuri perhatian apabila kedua-duanya berjaya menamatkan pengajian dalam Sarjana Pendidikan (Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) dan diraikan pada Majlis Konvokesyen UIAM Ke-41.
Berasal dari Terengganu dan merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik, kejayaan ini menjadi titik manis perjuangan mereka sejak awal pengajian lagi.
‘Ada Adik, Ada Kekuatan’
Bagi si kakak, Ain Syafiqah Balqis, kehadiran kembarnya di dalam kelas sentiasa menjadi sumber semangat yang tak pernah putus.
“Bila saya ada satu kelas dengan dia, rasa macam ada support system. Jadi kami lebih bersemangat walaupun ada cabaran.
“Kadang-kadang kami sama-sama rasa tak yakin atau tak faham tapi bila berbincang dan buat bersama, keyakinan itu muncul. Banyak tugasan kami siapkan berdua,” katanya.
Kata-kata itu cukup menggambarkan bagaimana perjalanan akademik mereka bukan sekadar tentang belajar, tetapi tentang menyokong satu sama lain tanpa henti.
Ads
Belajar Sama-Sama, Kuat Sama-Sama
Bagi Ain Syakirah pula, pengalaman menamatkan pengajian bersama kakaknya adalah nadi utama usaha mereka.
“Kami sentiasa saling membantu antara satu sama lain, kongsi nota dan bertukar pendapat.
Ads
“Apa saja yang salah seorang tak capai, kami usahakan sama-sama. Walaupun pencapaian akademik berbeza, kami seimbangkan dalam kelas. Ada masa saya kuat dalam satu topik, ada masa kakak pula,” kongsinya.
Sejak kecil hingga ke universiti, mereka memang tak pernah berpisah. Tiada persaingan, hanya saling melengkapi.
Hadiah Buat Ibu Ayah
Momen berada di pentas konvokesyen bersama-sama menjadi saat yang paling menyentuh hati buat mereka, lebih-lebih lagi sebagai tanda penghargaan kepada ibu bapa yang sentiasa mengiringi perjalanan mereka dengan doa dan sokongan.
Ads
Kini, setelah bergelar graduan sarjana, Ain Syafiqah dan Ain Syakirah telah melangkah ke fasa baharu dalam kerjaya dan masing-masing sudah memulakan tugas dalam sektor perbankan terkemuka di ibu negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: FB IIUM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin ke beberapa buah majlis usai selamat pulang dari Jeddah, Arab Saudi baru-baru ini telahpun menarik tumpuan apabila baginda memilih untuk mengenakan hijab.
Terdahulu, baginda dan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj telahpun menunaikan ibadah Haji pada tahun 2023 dan segala urusan di sana telahpun dipermudahkan bagi baginda berdua.
Sekembalinya ke tanah air pada 4 Julai lalu, Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan berangkat ke beberapa majlis rasmi di sekitar negeri Selangor dengan imej berhijab. Antaranya termasuklah ke majlis perasmian ‘Program Plastic Busters Beach-River-Park Clean Up’ yang melibatkan ahli Persatuan Pandu Puteri Malaysia pada 8 Julai, minggu lepas.
Terbaru semalam, baginda sekali lagi tampil cukup manis dalam persalinan baju kurung merah jambu berselendang dan kali ini juga memilih imej berhijab sempena Majlis Santapan Hi-Tea di Istana Negara.
Baginda diiringi oleh KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; DYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah; DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud; DYMM Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim; DYTM Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan YMM Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.
Rata-rata rakyat di media sosial pantas memuji penampilan baginda ini dengan mendoakan agar baginda terus istiqomah. Pujian turut dilayangkan oleh selebriti tempatan, Nur Fazura yang berbangga mempunyai Tengku Permaisuri Selangor yang sopan dan manis pekertinya.
“Tambah berseri Permaisuri Selangor selepas menunai ibadah haji.”
“MasyaAllah. Cantik dan berseri Permaisuri Selangor.”
“Insannya dah cantik. Anugerah macam ini lagilah cantik berseri.”
“Cantik, menjadi contoh buat semua.”
Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Tengku Permaisuri Selangor yang kita sayangi ini.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak perlu MyKad lagi, ini cara nikmati subsidi RON95 guna TNG eWallet! Mulai 30 September, rakyat Malaysia boleh menikmati pengalaman lebih mudah, moden dan telus untuk mendapatkan subsidi petrol RON95 melalui pelancaran portal BUDI Madani dan mini-app baharu BUDI95 dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
Apa Itu Portal BUDI Madani?
Portal rasmi www.budimadani.gov.my dilancarkan pada 25 September oleh Kementerian Kewangan (MOF). Portal ini membolehkan rakyat menyemak kelayakan subsidi petrol RON95 serta baki penggunaan bulanan dengan lebih cepat dan mudah.
Kerajaan memperuntukkan sekitar RM11 bilion bagi menampung perbezaan harga antara RM1.99 seliter (bersubsidi) dengan harga pasaran sebenar sekitar RM2.60 seliter. Harga subsidi ini boleh dinikmati semua rakyat Malaysia tanpa mengira pendapatan, asalkan mempunyai MyKad aktif dan lesen memandu sah.
Cara Guna TNG eWallet Untuk Isi Minyak Subsidi
Bagi yang malas bawa MyKad ke stesen minyak, berita baiknya korang boleh guna aplikasi TNG eWallet sahaja! Melalui mini-app BUDI95, pembelian petrol jadi lebih ringkas:
Buka aplikasi TNG eWallet dan pilih ikon BUDI95.
Tekan “Buy Fuel”.
Pilih stesen minyak (guna GPS lokasi pun boleh).
Masukkan nombor pam & jumlah petrol.
Sahkan pesanan dan buat bayaran dalam aplikasi.
Kod QR akan dipaparkan – tunjukkan di kaunter.
Terus isi petrol di pam pilihan.
📌 Nota: Kod QR hanya sah selama 10 minit. Jika jumlah lebih besar daripada tangki (contoh pilih RM100 tapi penuh pada RM80), baki lebihan akan dipulangkan automatik ke akaun eWallet.
Ada Had Isi Minyak Sehari?
Jawapannya, tiada had! MOF sudah mengesahkan rakyat boleh isi petrol bersubsidi lebih daripada sekali sehari. Malah, pemandu e-hailing juga boleh memohon tambahan kuota melalui portal BUDI Madani.
Aplikasi Stesen Minyak Juga Boleh Guna
Selain TNG eWallet, skim BUDI95 turut disokong oleh aplikasi rasmi stesen minyak seperti:
Petronas – Setel
Shell – Shell App
Caltex – CaltexGo
Petron – Petron Miles
BHP – BHPetrol eCard
Dengan adanya portal BUDI Madani dan TNG eWallet BUDI95, urusan mendapatkan subsidi petrol kini jauh lebih senang dan praktikal. Generasi muda tak perlu risau lagi tentang bawa MyKad setiap kali ke stesen – cukup dengan scan, bayar & isi, terus dapat harga subsidi RM1.99 seliter.
Dua hari lagi kita akan menyambut Syawal. Tinggallah Ramadan, bulan penuh keberkatan dan rahmat untuk umat yang memahami pengertiannya. Jika Ramadan bulan rahmat, Syawal adalah bulan kegembiraan bagi semua.
Di hari raya ramai yang menziarahi kubur. Gambar hiasan
Bagaikan kemestian tiap kali Hari Raya Aidilfitri, amalan ziarah kubur ini antara amalan yang sering kita lakukan tibanya hari mulia ini. Tetapi, yang menjadi persoalan apakah hukum ziarah kubur di hari raya. Adakah sunat? Makhruh atau haram? Jom kita ikuti penerangan dari Dato’ Syeikh Faisol Hj Omar.
Dalam mazhab syafie, waktu sunat untuk ziarah kubur adalah:
Amalan ziarah kubur adalah amalan yang disyariatkan oleh Rasulullah SAW sebagai satu peringatan buat kita yang hidup dan juga untuk mengambil kesempatan saling mendoakan mereka yang telah meninggal dunia. Tiada had waktu untuk ziarah kubur.
bermula dari Hari Khamis selepas Asar sehingga waktu zohor hari Sabtu
Hukum ziarah kubur pada hari Raya pula tidak ada salahnya, selagi kita tidak beranggapan bahawa ziarah kubur pada hari raya adalah satu amalan sunat kerana jika beranggapan demikian hukumnya jatuh bid’ah (mengada-adakan sesuatu yang tidak ada pada zaman Rasulullah SAW)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Busana batik Sukan SEA yang diperagakan kontinjen Malaysia di Thailand tampil dengan rekaan progresif, bermakna dan sarat simbolik Jalur Gemilang. Ketahui makna di sebalik warna, motif dan konsep busana yang membanggakan negara ini.