Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum kita semua meraikan Hari Ibu mengikut cara istimewa masing-masing pada 16 Mei ini. Begitupun, momen yang membuatkan kita menghargai ibu tercinta ini tidaklah seharusnya terangkum dalam satu hari sahaja.
Setiap hari wajar menjadi sambutan Hari Ibu untuk menghargai pengorbanan mereka yang tidak terbalas dengan wang Ringgit; seperti yang dilakukan oleh penyanyi dan pelakon, Bella Astillah bersama-sama jenama aksesori popular, Pandora baru-baru ini.
Bella Astillah.
“Ramai yang tahu Bella memang rapat dengan Mama. Jadi kali Bella rasakan koleksi Pandora sempena Hari Ibu tahun ini amat-amat bermakna kerana ia bukan sahaja cantik. Tetapi ia juga menceritakan mengenai hubungan akrab antara anak perempuan dengan ibunya.
“Jadi ia membuatkan Bella appreciate sangat koleksi kali ini,” katanya sewaktu ditemui di sebuah acara pengenalan koleksi Pandora Mother’s Day 2023. Menerusi video yang dirakam khas bersama Bella, bekas peserta Famili Duo musim kedua itu bercakap mengenai bagaimana ibunya, Eina Asitillah sentiasa mempengaruhinya secara positif dari kecil hinggalah sudah bergelar ibu kepada Ayden Adrean.
Bella bersama-sama Dato’ Sri Meer Habib.
“Sukar untuk saya jelaskan (hubungannya dengan ibu) dalam perkataan. Cuma apa yang saya boleh kongsikan, hubungan kami memang terlalu rapat. Dari kecil sehingga Bella ada anak, hubungan kami kekal sama.”
“Bella percaya masa itu emas. Jadi selagi ada masa, Bella ingin luangkannya bersama Mama.”
“Bagi Bella, ibu adalah segala-galanya untuk diri saya dan keluarga. Apa yang Mama telah korbankan untuk kami selama ini tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Jadi Bella sangat-sangat hargai ibu sendiri,” tambahnya.
Ads
Bella semalam memberikan ucapan khas buat ibunya, Eina Astillah.
Peminat PANDORA serba mengetahui tentang betapa istimewanya koleksi Hari Ibunya pada setiap tahun sehinggakan ramai ternanti-nanti rekaan bagaimanakah yang akan ditawarkan oleh PANDORA.
Khas untuk 2023, PANDORA lebih banyak mengenengahkan tentang keakraban hubungan antara ibu dan anak perempuannya. Biarpun ada dalam kalangan kita yang telahpun kehilangan ibu sebelum ini, itu tidak bermakna hubungan dengan ibu terlerai begitu sahaja.
Ads
Koleksi PANDORA ini nyata memperingati setiap momen suka mahupun duka yang dikongsi bersama anak beranak itu tidak kiralah di antara nenek, ibu, anak lelaki, anak perempuan dan seterusnya.
“Sebagai seorang anak perempuan, banyak sebenarnya perkara yang Bella mengadu kepadanya.
“Bukan saja perkara-perkara sedih, yang gembira juga saya kongsi dengan Mama. Jadi Bella amat hargai mana-mana momen bersamanya.
Ads
“Sebagai seorang ibu, Bella pun sentiasa ingin lakukan yang terbaik kepada anak sendiri sebagaimana Mama Bella telah lakukan untuk semua,” simpul Bella.
Persoalannya, semua aksesori PANDORA kali ini cantik-cantik belaka! Tak tahulah nak pilih yang mana. Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Juara The Masked Singer Malaysia musim keempat (TMSM4), Stacy Anam mengakui bukan mudah untuk beraksi sebagai maskot Bunga Matahari.
Dedah penyanyi lagu popular Kasanova itu, dia beberapa kali mengalami sakit kepala selain lenguh seluruh anggota badan berikutan bebanan untuk membawa maskot sebesar itu.
“Memang mencabar, ada minggu tertentu saya mengalami sakit belakang badan dan migrain sebab kostum itu sangat berat, malah lebih teruk pernah hampir pitam atas pentas sebab terlalu panas dan oksigen yang terhad.
“Sebab itu saya kena kurangkan pergerakan ketika membuat persembahan dengan berikan lebih fokus kepada nyanyian sahaja.
“Berat maskot rasanya sama seperti saya pernah mendukung anak yang beratnya 12 kilogram,” katanya sejurus sahaja tamat rancangan tersebut.
Untuk info, isteri kepada penyanyi Akim Ahmad yang menyarung maskot Bunga Matahari itu diumumkan sebagai juara TMSMY4.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kelibat dua beradik ini berjaya mencuri perhatian warganet saban harian ketika wajah mereka terpampang pada paparan skrin sesi siaran langsung. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Meski pasangan anak kepada Dato’ Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Nur Shahida ini baru meniti usia belasan tahun; persona yang ada pada Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra sukar untuk dibendung lagi.
konsep & penataan gayaFZ AIMMAN teksFATH ABU BAKAR arahan seni & grafik AZNIZA AZIZ fotografi JAZLAN NANGAR pembantu foto NIZA SUHAIMI suntingan fotoHEZRY ROKMAN penerbit video & suntinganSURIA NUR AMIRA videografiEZZAT SHUKRI & IKRAM MASDY solekan Ammar Ahyan &tatarias hijab Qadejah El ZahraVEE MUHAMAD solekan Qadejah El ZahraALBIN HASSAN persalinan PUMA MALAYSIA & SAFIRO MALAYSIA lokasiKEDIAMAN DATO’ SRI ALIFF SYUKRI
Di sebalik figura popular ibu bapanya, siapa sangka remaja berusia 17 tahun ini memiliki wawasan jauh ke hadapan. Bertutur dengan penuh tertib dan yakin, Ammar Ahyan Dato’ Sri Aliff Syukri yang merupakan anak sulung kepada pasangan usahawan terkenal membuka sisi peribadinya yang jarang sekali dipersembahkan kepada orang ramai; sekaligus membuatkan paparan Remaja edisi digital kali ini lebih eksklusif.
Ammar Ahyan Pewaris Muda ‘Terlajak Laris’
“Saya sekarang berusia 17 tahun dan masih bersekolah. Di sekolah, saya mengambil jurusan perniagaan. Selepas tamat persekolahan, saya mempunyai niat untuk menyambung pelajaran dalam bidang kewangan sama ada di Australia atau United Kingdom (UK),” katanya membuka bicara ketika ditemui Remaja di kediamannya.
Di balik wajah ‘baby face’ yang dimilikinya, remaja berketinggian 182cm ini cukup matang dalam merancang hala tujunya. Malah, keputusannya untuk menyambung pengajian bukan dibuat secara sembarangan.
“Saya memilih untuk menyambung pengajian di UK kerana ramai kawan-kawan dari sekolah saya sekarang juga bakal menyambung pelajaran ke sana. Mengenai pemilihan Australia pula, sudah tentu ia lebih dekat dengan Malaysia tetapi masih mempunyai vibe seperti berada di negara Eropah,” jelasnya.
Katanya lagi, kecenderungan terhadap dunia kewangan hadir selepas dia puas mencuba pelbagai bidang lain.
“Apa yang membuatkan saya ingin menyambung pengajian dalam bidang kewangan adalah kerana saya pernah cuba ambil jurusan sains dan seni sebelum ini; namun minat saya bukan ke arah dua bidang itu. Jadi, saya ingin perform as well as I could dalam bidang kewangan,” kata Ammar.
Pada hemat REMAJA, pemilihan bidang kewangan ini bertepatan dengan lunjuran legasi yang sudahpun dipateri oleh keluarga Ammar dalam bidang perniagaan.
Sinonim dengan cogan kata ‘Terlajak Laris’ yang dipopularkan oleh kedua-dua ibu bapanya, kepakaran kewangan yang bakal diterapkan dalam jiwa Ammar selepas ini membuatkannya sebagai pewaris perniagaan yang berkredibiliti.
Biarpun selesa dengan dunia perniagaan, Ammar tidak menolak kemungkinan untuk menceburi dunia politik satu hari nanti.
“Matlamat saya lima tahun dari sekarang? Saya nampak diri saya masih bergelar pelajar… mungkin di luar negara. Oh! Dan saya mempunyai harapan untuk menceburi bidang politik jika diberikan rezeki.
“Saya memasang angan-angan itu setelah saya berpeluang menjelajah ke sebuah kampung dan mendapati penduduk di sana terpaksa meneruskan kehidupan dalam keadaan yang sangat daif.
“Jadi saya ingin membantu rakyat seperti mereka. Kalau bukan dari segi kewangan pun, satu hari nanti saya ingin give back dari segi kepimpinan agar mereka boleh menguruskan wang dengan bijak. Secara tidak langsung, ia membantu lebih ramai orang untuk meneruskan kehidupan yang selesa,” katanya sambil berharap agar ramai mendoakan cita-citanya itu tercapai.
Didikan Ibu Bapa Jadi Aset Utama
Sebagai putera sulung dalam keluarga yang menjadi perhatian masyarakat, tekanan dan tanggungjawab berat telahpun digalas oleh Ammar sejak usia kecil lagi. Siapa sahaja boleh lupakan telatah Ammar yang ‘dipaksa’ oleh Dato’ Sri Aliff untuk beraksi di hadapan kamera meskipun keperibadian introvert yang dimilikinya cukup menebal.
Menurut Ammar, semua pengalaman hasil didikan ibu bapanya itu kini dijadikan panduan utama untuknya bergerak ke hadapan mencari haluan sendiri.
“Pesanan mama dan babah yang saya sentiasa semat dalam diri adalah jika kita belajar pandai sekali pun tetapi tidak bekerja keras, kita tidak akan ke mana-mana kerana untuk ke hadapan, ia memerlukan usaha. Mama pula pada saya selalu lebih mengingatkan kami adik-beradik mengenai bab agama,” katanya sambil mendapatkan sentuhan solekan Vee Muhamad.
Sama seperti kebanyakan remaja yang masih dalam fasa belajar, Ammar tidak terlepas daripada kelemahan. Salah satunya, cara komunikasi terutama apabila terlibat dalam perniagaan keluarga.
“Saya rasa ramai saja yang perasan tentang kelemahan ini. Saya kurang mahir dalam memastikan percakapan saya mempunyai intonasi yang baik dan apabila saya mencuba, ia sedikit mencabar. Bapa saya selalu tegur intonasi saya ketika berhadapan penonton siaran langsung di TikTok apabila menjual produk Terlajak Laris.
“Bagaimanapun, saya sedaya-upaya sedang menambah baik dari segi percakapan. Janganlah gelakkan saya kalau saya tersilap. (Ketawa) Saya sedang mencuba memperbaikinya,” seloroh Ammar.
Jiwa Retro Ammar
Menariknya, meskipun Ammar membesar dalam dunia moden dan serba canggih dengan teknologi, selera muziknya pula lebih terarah kepada aduan lagu-lagu klasik; jauh berbeza daripada remaja kebanyakan.
“Selera lagu saya lain sedikit berbeza dengan mereka yang seusia saya. Saya minat lagu-lagu lama seperti Cek Mek Molek yang dipopularkan oleh Datuk M. Daud Kilau dan Bibir Mesra Jiwa Parah nyanyian A. Ramlie.
“Lagu-lagu lama adalah jiwa saya. Adik saya (Qadejah) pun tahu, sebab itulah dia selalu sakat saya. Saya tidak berapa gemar mendengar lagu-lagu moden yang sering dimainkan oleh rakan-rakan saya. Tetapi kalau mainkan lagu-lagu 70-an, now we’re talking,” singkapnya dengan senyuman.
Qadejah El Zahra Cerminan Abah Tersayang
Di sebalik wajah manis dan personaliti yang tampak lembut, siapa sangka Qadejah El Zahra Dato’ Sri Aliff Syukri sebenarnya seorang remaja yang – in her own words – chaotic tapi tersusun.
Membesar di bawah mikroskop masyarakat seluruh negara tidak dijadikan alasan oleh Qadejah yang mesra dengan panggilan Cess ini, untuk leka. Sebaliknya, anak gadis berusia 15 tahun ini menjadikan kedudukannya sebagai anak kedua dalam keluarganya sebagai satu tanggungjawab besar bagi memastikan empat orang adik di bawahnya tidak sesekali hanyut terutamanya dalam dunia digital.
“Cess ini seorang yang chaotic sebenarnya. Tapi saya kena pastikan semua benda tersusun. Senang cerita, saya betul-betul copy paste abah.
“Sebagai kakak dalam keluarga ini, saya sangat strict dengan adik-adik kerana saya yang akan mengatur masa mereka menggunakan telefon pintar seperti mana yang abah pernah terapkan terhadap saya dan abang (Ammar),” ujarnya dari sudut kamar lokasi jurusolek, Albin Hassan mendandannya.
Walaupun masih berada di bangku sekolah, Qadejah sudah jelas dalam menentukan hala tuju masa depannya. Dunia perniagaan tentu sekali berada dekat di hati. Namun tahukah korang, dalam diam Qadejah juga mempunyai minat untuk menyelami dunia perundangan.
“Kalau bukan bidang perniagaan, saya akan mengambil jurusan law kerana saya minat mempelajari sistem perundangan. Lima tahun akan datang? Saya yakin saya akan terus menguruskan bisnes keluarga namun pada masa sama jika dikurniakan rezeki, saya ingin sekali menyambung pengajian dalam bidang perundangan. Yes!” ujarnya penuh yakin.
Pesanan Abah & Mama Jadi ‘Kompas’ Hidup
Status keluarganya tidak sesekali menjadi alasan bagi Qadejah mendongak ke langit. Biar apa juga yang diperkatakan orang ramai mengenai mereka berlapan, hanya isi rumahnya sahaja serba mengetahui perihal mereka anak-beranak.
“Pesanan mama yang sering saya pegang adalah letakkan Allah dalam diri kita. Pesanan abah pula adalah untuk sentiasa melakukan yang terbaik meskipun pernah empat atau lima kali gagal, InsyaAllah, gerakan kali kelapan akan timbul sinarnya,” kongsi Qadejah mengenai pegangan yang memandu langkahnya selama ini. Tidak hairanlah keperibadiannya lebih matang berbanding usia.
Apabila ditebak mengenai cabaran sebagai seorang anak kepada pasangan usahawan popular pula, gadis yang mempunyai paras wajah iras ibunya ini mempunyai jawapan tersendiri yang mencuit hati.
“Saya sayangkan mama dan abah, tetapi kadang kala mereka boleh jadi terlebih chaotic! (Ketawa). At the end of the day, kami tetap sekeluarga walaupun kadangkala ada juga terasa seperti, ‘Ah, stres! Tak nak buat dah…!’, Mereka banyak mengajar saya untuk selalu bersama tidak kira ketika susah atau senang. They thought me to be grateful whichever way life leads us,” titipnya.
“Beruntung menjadi seorang perempuan kerana…”
Bercakap mengenai legasi perniagaan, pastinya follower Qadejah sudah sinonim dengan kemunculannya di siaran langsung pada aplikasi TikTok. Antara barangan yang selalu direviu olehnya sendiri adalah rangkaian produk kosmetik keluaran keluarga dan ternyata, Qadejah cukup natural apabila berbual mengenai dunia solekan.
Masakan tidak, kongsi Qadejah minatnya terhadap seni solekan sudah bermula seawal usia tujuh tahun lagi. Daripada sekadar bermain dengan alat solek Datin Sri Shahida, Qadejah mula membina kefahaman bahawa solekan adalah satu bentuk seni yang bermula dari minat dan kreativiti individu.
“Jika korang hendak tahu, saya betul-betul sukakan dunia solekan ketika berusia 11 tahun. Ketika saya berusia tujuh tahun, bilik saya penuh dengan alat solek mama sampai kena marah dengan dia. Saya rasa minta ini timbul kerana genetik turun-temurun yang saya dapat daripada nenek saya. Beliau sangat suka berhias.
“Ia membuatkan saya lebih seronok untuk meniti fasa seterusnya sebagai young lady dan seterusny menjadi seorang wanita. Nampak seperti superficial tetapi seorang wanita beruntung kerana dapat berdandan dan bersolek. It is fun to be artistic apabila wajah kita sendiri merupakan kanvasnya,” tuturnya .
Qadejah yang aktif mencari inspirasi solekan daripada paparan media sosial di samping mengikuti perkembangan jurusolek kegemarannya melalui Pinterest turut berkongsi minat sama dalam aliran fesyen. Lebih gemar memilih sesuatu yang tidak terlalu serabut kerana enggan merasa rimas, Qadejah mementingkan praktikaliti dalam berfesyen; sama seperti yang diterapkannya dalam berniaga.
Jika diamati dengan lebih dekat, Ammar Ahyan dan Qadejah El Zahra merupakan simbol kepada perhubungan keluarga yang erat. Meski dibentuk daripada satu acuan institusi keluarga yang sama, masing-masing tetap mempunyai ruang untuk membesar mengikut cara tersendiri.
Mereka kian meniti haluan berbeza dari segi minat, pendidikan dan cita-cita. Namun di hujung garisan kelak, mereka tetap memahami bahawa hubungan kekeluargaan adalah segalanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyelar tindakan segelintir pihak yang memaki dan mengecam selebriti dan pempengaruh yang disenaraikan dalam kempen Blockout 2024.
Menurut penyanyi lagu Jerat Percintaan itu, kempen tersebut seharusnya dijalankan dengan cara yang profesional dan mahu menegur haruslah dengan beradab.
“Tidak baguslah cara tersebut. Agama Islam ajar jika mahu mengajar atau menegur orang mestilah beradab. Kalau tidak suka diam. Boleh buat sesuatu (Blockout 2024) tetapi tidak perlu sampai memalukan dan memaki orang.
“Kita mahu buat perkara yang mempertahankan agama, jadi harus ikut cara agama kita. Seperti saya kata, tak suka boleh sekat dan diam,” katanya.
Ibu kepada dua cahaya mata itu bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai individu yang tersenarai menerusi gerakan Blockout 2024.
Selain itu, beliau juga menyambut baik kempen memboikot produk antarabangsa yang berkaitan dengan Israel kerana akan memberi ruang kepada produk tempatan berkembang.
“Kempen ini adalah trend dari luar negara dan telah masuk ke Malaysia. Cuma saya tidak mahu sentuh tentang artis lain sebab masing-masing mempunyai alasan dan sebab tersendiri.
“Semua orang ada pilihan masing-masing. Jika tanya saya sebagai seorang usahawan baguslah, sekurang-kurangnya produk tempatan akan mendapat sokongan secara tidak langsung boleh berkembang,” ujarnya lagi.
Terkini di media sosial, warganet telah melancarkan gerakan Blockout2024 dengan memboikot selebriti Hollywood yang tidak menyokong Palestin.
Ia susulan daripada majlis Met Gala 2024 yang berlangsung pada hari yang sama Palestin diserang oleh tentera Israel.
Difahamkan gerakan itu juga turut dilakukan oleh warganet di Malaysia. Ramai nama artis dan pempengaruh yang terpalit dan disenaraikan dalam #celebrityblocklist.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.