Baru-baru ini pertandingan Miss Grand International yang diadakan di Ho Chi Minh City, Vietnam akhirnya melabuhkan tirainya dengan mengumumkan Luciana Fuster dari Peru sebagai pemenang.
Antara penilaian yang mencuri perhatian adalah penilaian kostum kebangsaan bagi setiap peserta. Pelbagai rekaan baju yang cukup menawan dan mempunyai identiti tersendiri setiap negara berjaya ditampilkan melalui pertandingan ini.
Mari REMAJA kongsikan lima kostum kebangsaan yang berjaya menarik perhatian para penonton dan pihak juri!
MALAYSIA (KASH BHULLAR)
Si cantik manis dari Malaysia ini menggayakan rekaan yang diinspirasikan oleh bunga telur emas. Wow sangat lain dari yang lain!
Hasil rekaan Ain Mohamad ini digubah menerusi pemahamannya mengenai bunga telur emas yang kebiasaanya digunakan untuk menghiasi majlis perkahwinan orang Melayu.
JAPAN (YAYOI MACHIDA)
Ads
Awassss! Kostum kebangsaan yang diperagakan oleh Yayoi Machida ini jelas mempunyai aura tersendiri yang menarik perhatian setiap mata memandang.
Lebih menarik lagi apabila adegan fake fighting yang dilakonkan berjaya menampilkan perubahan kostum tersebut dari seorang pahlawan Jepun kepada samurai. Kerlasss gitew!
PERU (LUCIANA FUSTER)
Juara Miss Grand International 2023 ini tampil membawa imej rama-rama. Btw, korang tahu tak Peru memegang rekod dunia terbanyak dari segi bilangan spesies rama-rama kerana terdapat kira-kira 4,000 di negara ini?
Memang padanlah kenapa wakil negara ini mengambil inspirasi dari serangga yang cukup indah ini. Cantik kan?
Ads
PUERTO RICO (CRISTINA RAMOS)
Berinspirasikan lagenda “El Chupacabras”, wakil Puerto Rico ini ingin menyampaikan kisah lagenda makhluk asing reptilia yang dikatakan akan memakan dirinya sendiri pada waktu malam menerusi rekaan baju kebangsaan itu. Scarynya…..
Selama bertahun-tahun asal usul makhluk ini masih tidak diketahui dan walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk melihat atau menangkapnya, ia masih menjadi misteri.
Jelitawan dari Thailand ini kelihatan cukup bangga memperagakan pakaian “Karuda Subarn Suvarnakaya” (Golden Garuda) hasil rekaan Art Akratch Nermitsilin.
Kalau korang nak tahu, Golden Garuda adalah lambang kebangsaan Thailand sejak tahun 1911. Garuda ini turut digambarkan pada meterai, yang digunakan oleh Raja dan Kerajaan Thailand untuk mengesahkan dokumen rasmi dan sebagai lambang utamanya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO: Miss Grand International 2023
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak mempertaruhkan bakat yang dimiliki dengan mengorak langkah menyertai America’s Got Talent, baru-baru ini, nama penyanyi yang sedang meningkat naik, anak kelahiran Indonesia Putri Ariani semakin menjadi sorotan dan bualan ramai.
Sedar nama baiknya kini sering meniti bibir ke bibir orang ramai, gadis kelahiran negara seberang, Indonesia itu memberitahu, dirinya juga harus menuntut soal kepentingan merawat kulit wajah.
Dek kerana dia kini sering tampil dalam layar skrin dan bertemu khalayak, Putri Ariani berkongsi cara penjagaan wajah, dengan hanya melakukan rawatan kulit di rumah bersama ibunya.
“Kulit wajah yang bersih kini menjadi sebahagian tuntutan kerja saya. Sebagai remaja saya juga alami masalah hormon dan banyak jerawat.
“Saya jarang ke klinik tapi selalu buat buat rawatan wajah di rumah sahaja dengan mama,” ujarnya.
Memperoleh rezeki yang tak disangka, terbaharu gadis berusia 17 tahun itu ‘dilamar’ sebuah jenama kecantikan Indonesia sebagai duta bagi produk kecantikan mereka.
Sekadar info, Putri Ariani, penyanyi muda cacat penglihatan dari Indonesia yang mencipta fenomena tersendiri dalam pertandingan realiti America’s Got Talent (AGT), tidak pernah menyangka impiannya untuk menjadi penyanyi di Amerika Syarikat menjadi kenyataan.
Berkongsi tentang rezekinya selepas menjadi fenomena, Putri mengakui sentiasa bersyukur dan menikmati saat manis yang sedang dilaluinya dan tidak henti berusaha menjadi lebih baik.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi Billie Eilish dan imej rambut berwarna seakan tidak boleh dipisahkan. Dari perang ke biru ke platinum putih!
Dan siapa boleh melupakan warna campuran hijau neon dan hitam untuk rambut Billie sepanjang dua ke tiga tahun. Setelah menamatkan era ‘Happier Than Ever’, Billie memilih warna gelap semula.
Menariknya – tidak seperti rockstar dan penyanyi terkenal lain – Billie tidak mempunyai pasukan ‘glam squad’ untuk menyiapkan solekan dan dandanan rambutnya sewaktu siri jelajah konsert. Segala-galanya dilakukan sendiri mengikut citarasanya pada waktu itu.
“Sejak usia saya 10 tahun, saya telah banyak kali menukar warna rambut saya. Saya pun tidak sedar ia adalah sebahagian daripada (imej) diri saya. Saya hanya warnakannya.
“Saya tidak pernah merancang untuk imej saya dikenali kerana warna rambut. Ibu bapa saya juga tidak kisah dengan ‘hobi’ saya ini dan ia membuatkan saya selesa mewarnakannya,” katanya kepada Vogue dalam video terbaru Beauty Secrets mereka.
“Pada awalnya, saya warnakan rambut biru ketika berumur 9 tahun. Kemudian pada usia 13 tahun, saya bleach rambut untuk kali pertama dan saya mempunyai rambut putih selama bertahun-tahun.”
“Begitupun (sekarang), warna hitam membuatkan saya merasa paling selesa dengan diri sendiri walaupun warna semulajadi saya adalah perang.”
“Dengan rambut hitam, lebih mudah untuk saya berada di dunia luar dan menjadi normal. Ia mengubah hidup saya. Apabila saya mempunyai rambut hijau dahulu, saya tidak boleh lakukan banyak perkara,” tambah Billie lagi.
Khabarnya, Billie ingin kekal dengan imej ‘berambut normal’ ini jangka masa yang panjang.
Tapi jujurnya, REMAJA merasakan hanya Billie sahaja yang mampu mencuba sesuatu di luar kotak apabila menyentuh tentang warna rambut. Jika selebriti lain yang melakukannya, tidak semestinya warna-warna pelik ini akan mudah diterima oleh para peminat. Setuju?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Besok dah nak masuk Ramadan. Semua dah shopping kurma dan susu ke??? Jangan lupa amalkan ini ye masa sahur. Sudah pastinya dengan mengamalkan makanan sunnah Rasulullah ini, kita dapat mengekalkan tenaga berpuasa walaupun kali ini suasananya agak berbeza. Memang tahan lapar bila makan kurma tau!
Sekarang ni dah bermacam-macam produk susu komersial di pasaran,sebut je nak jenama apa. Tapi lebih enak dan sedap lagi kalau kita buat sendiri. Paling penting stok pati kurma ni boleh bertahan lama.
CARA BUAT STOCK PATI KURMA
Stock pati kurma untuk sahur. Campur dengan susu & ready untuk minum. Minum ni je pon dah cukup untuk bertahan sampai berbuka. Dalam masa sama boleh kurus. Selamat berpuasa semua.
1) Buang biji & basuh kurma
2) Stim 20min
3) Blend sampai hancur
4) Simpan dlm bekas & boleh letak dlm fridge
5) Campurkan 2 sudu pati kurma & susu (any susu yang sedap di tekak masing-masing). Ready untuk minum. Boleh jugak campur madu, badam, kismis etc.
Mudah betul cara nak buat stok pati kurma ni. Selamat mencuba dan selamat berpuasa!
Maxis memohon maaf susulan insiden data pelanggan yang tular di media sosial. Syarikat mengesahkan insiden terpencil, sedang menjalankan siasatan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang dikaitkan dengan kes tersebut.