Abby Sturgin, seorang anggota polis dari West Auckland, mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Miss Universe New Zealand 2025 pada 24 Jun lalu.
Berusia 28 tahun dan berdarah kacukan Kiwi-Laos, Abby berjaya mengatasi saingan daripada 12 finalis lain dari seluruh negara, sambil menggalas tanggungjawab berat sebagai anggota polis barisan hadapan. Bukan biasa-biasa!
Ads
Apa yang menjadikan kemenangan Abby lebih bermakna adalah misinya untuk mencabar persepsi masyarakat terhadap dunia ratu cantik.
“Masyarakat sering beranggapan bahawa seseorang tak boleh jadi cantik dan bijak atau rajin dalam masa yang sama.
“Saya mahu tunjukkan kepada para gadis bahawa mereka tidak perlu merendahkan pencapaian dan impian mereka hanya kerana stereotaip.
Ads
“Saya nak mereka fikir – wow, hebatnya. Dia seorang anggota polis, tapi dia juga boleh bergaya dengan kasut tumit 6 inci dan gaun yang sangat cantik,” ujar Abby penuh yakin.
Dalam misinya untuk memberi makna lebih besar kepada dunia pageant, Abby merancang untuk menggunakan gelarannya sebagai platform meningkatkan kesedaran mengenai isu yang dekat di hatinya, antaranya keganasan rumah tangga serta berganding bahu bersama badan amal tempatan.
Abby bakal membawa nama New Zealand ke pentas antarabangsa apabila Miss Universe ke-74 yang berlangsung di Thailand pada bulan November ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Stuff
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memandangkan hari demi hari menunjukkan adanya peningkatan Covid-19 di kalangan masyarakat, tentu ramai di antara kita tertanya-tanya, apakah petanda-petanda awal kita sudah dijangkiti virus yang belum ada penawarnya ini?
Untuk pengetahuan korang, memandangkan kita tidak tahu siapa sudah dijangkiti kerana mungkin mereka telah travel ke negara-negara yang terjejas, tanda-tanda awal yang boleh dikesan kalau seseorang itu dijangkiti Covid-19 ialah mereka akan mengalami selesema, demam, sakit kepala, merasa tidak enak badan dan juga batuk kering. Namun dari hari ke hari gejalanya mulai berbeza mengikut daya tahan pesakit sendiri. Ada jangkitan boleh berubah kepada bronchitis dan pneumonia (disebabkan oleh COVID-19 )
Virus corona yang terus mencatatkan pertambahan jumlah pesakit dari hari ke hari dan belum ada penawar setakat ini
Ini tanda hari ke hari :-
Hari Pertama:– Pesakit akan mengalami demam yang disertai dengan rasa sakit pada otot dan alami batuk kering. Sebahagian dari pesakit akan alami diare (cirit birit) atau mula pada gejala awalnya.
Hari ke lima :- Pesakit akan mula mengalami kesukaran bernafas. Lebih teruk lagi jika sudah agak berusia dan memiliki sejarah penyakit yang pernah dihidapi sebelumnya.
Hari ke tujuh :- Menurut penelitian dari Universiti Wuhan (tempat pertama dikesan wabak ini), rata-rata pesakit akan mulia dirawat di Hospital pada hari ketujuh selepas mengalami tanda-tanda awal tadi.
Hari ke lapan :- Menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit China (CCDC), sekitar 15 peratus orang yang mengalami gejala teruk akibat infeksi Covid-19, akan terkena sindrim gangguan pernafasan akut (ADRS). Penyakit ini akan menyerang akibat terkumpulnya cairan di bahagian paru-paru.
Hari ke -10 :- Umumnya bagi pesakit yang gejalanya kian teruk akan mengalami rasa sakit di perut dan keinginan untuk makan tiada berbanding mereka yang mengalami gejala tanda yang lebih ringan.
Hari Ke – 17 :- Rata-rata pesakit yang sembuh dari Covid-19 akan dikeluarkan dari hospital setelah dirawat selama dua minggu setengah.
Pakailah penutup mulut dan sentiasa bersihkan tangan menggunakan sanitizer setiap setengah jam bagi mengelak wabak ini tertular. Digalakkan juga minum air putih dalam jumlah agak kerap
Cara Menghindari Agar Tidak Terjangkit Virus Corona
Diambil dari laman web rasmi World Health Organization (WHO), langkah pencegahan virus ini dapat dilakukan dengan beberapa langkah. Antaranya ialah:-
*Rajin bersihkan dan mencuci tangan
*Menutup mulut dan hidung ketika bersin atau batuk
*Elakkan makan telur dan daging mentah
*Menjauhi orang yang disyaki mengalami gejala ini dan elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai.
Bagi yang ada alami tanda-tanda di atas, jangan berlengah lagi jalani pemeriksaan di hospital atau Klinik Kesihatan kecil agar wabak ini dapat dihindari dan kita tidak menjangkiti kepada individu lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Respon negatif peminat ke atas kemenangan wakil Kuala Lumpur, Lesley Cheam semalam sebagai Miss Universe Malaysia 2022 seakan dapat dihidu oleh Pengarah Kebangsaan organisasi tersebut, Elaine Daly.
Elaine, 46 yang ditemui sewaktu sidang media sebaik sahaja Lesley dimahkotakan akur sekiranya ramai menghentam kemenangan pada malam tadi.
“Saya tahu jika saya buka Instagram saya sekarang, akan ada banyak komen. Akan ada yang mempersoalkan mengapa saya memilih peserta itu, peserta ini. Bukan saya yang membuat pemilihan tetapi ia bergantung kepada juri kami.
“Saya dapat DM’s daripada warganet setiap hari mengenai pertandingan ini dan kami sentiasa sebaik mungkin cuba berkembang secara positif. Kami juga cuba ‘upgrade’ dan lakukan yang terbaik buat semua orang di sini.
“Malaysia mempunyai juara yang bagus (Lesley Cheam) dan dua lagi pemenang yang bagus (naib juara, Ajunee Kaur dan pemenang tempat ketiga, Tee Wan Ying).
“Saya tahu warganet selalu tidak gembira.. kita ada (respon) positif dan negatif. Tapi pucuk pangkalnya, kami di MUMO lakukan sehabis baik. Itu saja yang boleh saya komen,” ulasnya.
Sebelum bergelar selebriti dan Pengarah Kebangsaan selama lapan tahun di organisasi Miss Universe Malaysia, Elaine juga pernah merangkul gelaran Miss Universe Malaysia 2003. Beliau mengimbas bagaimana peluang menjadi wakil negara dahulu telah membantunya menemui jalan karier dan berharap juara-juara di bawah kendalian juga akan berjaya pada haluan masing-masing.
“Secara peribadi, sebab utama saya lakukan ini (sebagai Pengarah Kebangsaan) adalah untuk mengubah kehidupan para peserta yang menyertainya tidak kiralah betapa besar atau kecilnya perubahan itu.
“Saya tidak perlu menjadi National Director Miss Universe Malaysia. Saya tahu ramai sedang mempersoalkan para pemenang malam ini. Segalanya berbalik semula kepada juri dan pemilihan ratu mereka.”
Elaine Daly ketika ditemui dengan juara terbaru Miss Universe Malaysia, Lesley Cheam.
Kecaman Warganet Tidak Berkesudahan
Sedari semalam lagi selepas keputusan pemenang diumumkan, warganet dan pencinta dunia ratu cantik Malaysia telah melakukan ‘serangan siber’ ke atas organisasi, juaranya dan Elaine Daly sendiri selaku Pengarah Kebangsaan.
Dalam nada tenang, Elaine menyatakan bahawa keputusan yang terhasil bukanlah daripada dirinya sendiri.
“Saya bukanlah bos Miss Universe Malaysia. Saya juga bukanlah pemegang francais Miss Universe Malaysia Organization. Saya hanyalah seorang National Director.
“Tugas saya di sini adalah untuk membawa nama baik jenama ini dan pastikan kesemua peserta gembira dengan pengalaman ini serta menggunakannya untuk lebih maju ke hadapan,” katanya.
(Dari Kiri) : Elaine Daily, Ajunee Kaur, Lesley Cheam dan Tee Wan Ying.
Bercakap lebih lanjut mengenai persediaan organisasi buat Lesley Cheam sebelum bertanding di New Orleans, Amerika Syarikat pada Januari 2023, Elaine mendedahkan segala persiapan telahpun siap dilakukan khas untuk wakil Malaysia di Miss Universe 2022.
“Semuanya dah siap sebenarnya. Tapi tentunya kita masih akan bekerja rapat dengan Lesley untuk persediaan Q&A, catwalk dan perkara lain yang dia perlukan sebelum ke peringkat antarabangsa,” simpulnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi Aweera mengakui selesa tampil dengan imej berjambang dan berambut kembang yang sudah menjadi ‘trademark‘ sejak menganggotai kumpulan Mojo pada 2012.
Terkini, penampilan pelantun lagu Andai Ku Bercinta Lagi ini jadi perhatian dengan rambut kemas.
Aweera menerusi satu hantaran di platform media sosial Instagram berkongsikan satu gambar dipercayai selepas memotong pendek rambutnya dan turut meluruskannya untuk kelihatan lebih kemas.
Pemilik nama sebenar Nasharul Aweera Norhissham itu turut mengenakan kaca mata hitam di dalam gambar tersebut sekali gus menambah nilai estetik kepada imej baharunya itu.
“Imej baharu, gaya baharu, suasana baharu yang positif, karakter baharu, jiwa baharu, harapan baharu dan Aweera yang baharu (NeWeera). Rock on!,” tulis penyanyi berusia 32 tahun itu di ruangan kapsyen.
Dalam hantaran yang sama, penyanyi berkenaan juga sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak salun rambut kerana telah berjaya mengubah penampilannya.
Tinjauan di ruangan komen hantaran tersebut mendapati rata-rata pengguna memberikan respon positif dengan memuji imej baharu ditampilkan penyanyi yang berasal dari Utan Aji, Perlis itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dinda Anwar muncul sebagai pemenang utama All Stars Influencers Award (ASIA) 2026 selepas menewaskan 109 pempengaruh dari 20 negara sekaligus membawa pulang hadiah US$10,000 dan trofi.