Bunga memang sinonim dengan semua. Banyak digunakan untuk majlis-majlis khususnya konvokesyen, perasmian kedai, Valentine Day dan banyak lagi. Tak terhad untuk hari bahagia, bunga boleh buat orang sedih jadi senyum bila menerimanya.
Bukan saja cantik tapi bunga boleh buat orang jadi kaya raya. Apa rahsianya?
Ini satu rekaan bunga yang mendapat permintaan tinggi dari pelanggan
Disebabkan banyak sangat permintaan tentang bunga, tahu tak, import bunga dari negara China dan Europe mencecah RM24,540,775 untuk setahun. (Wow, hampir cecah RM26 juta untuk tempoh setahun saja. Tengok bagaimana rakyat Malaysia menggunakan banyak bunga?
Malaysia mengimport bunga sebanyak RM26 juta setahun. WOW!
Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi tahun 2009-2013 menunjukkan peningkatan ketara dari RM17,195, 913 tahun 2009 naik kepada RM20,216401 pada tahun 2011 dan terus meningkat tahun demi tahun.
Di luar negara, Preston Bailey telah diiktiraf sebagai “The Best Wedding Designer” oleh Majalah Vogue. Lelaki asal dari Jamaica dan kini berpengkalan di New York ini menjadi pilihan ramai selebriti Hollywood bagi meraikan hari bahagia mereka.
Bukan saja artis, golongan Di Raja, Ketua Pegawai Eksekutif, atlet dan ramai lagi memang menunggu sentuhan dari Preston Bailey ini. Sekali jobnya cecah nilai puluh juta. Sebab sukakan rekaannya, ramai tak kisah berhabisan.
Ramai pereka lain suka meniru idea dari buku tulisannya, Malaysia pun banyak juga tapi Preston Bailey tak kisah pun. Katanya dia mahu lebih ramai yang berjaya sepertinya.
Kalau dunia mengenali lelaki simple ini, Malaysia pula mengiktiraf Mohd Azmy Osman sebagai Pakar Bunga Negara. Lelaki ya! Bukan wanita.
Ads
Preston Bailey memang simple orangya. Tak lokek ilmu pun walau dia diiktiraf terbaik dunia.
Lelaki ini nak kongsikan bagaimana dia boleh berjaya sebagai pereka bunga.
Sejarah Azmy hanya bermula sebagai pemain bola profesional. Dia mewakili negeri Selangor. Tapi lama-lama dia bosan lalu ubah karier dan memilih menjadi pereka bunga.
Hebat tak hebat, belajar dan terus belajar, dia akhirnya dilantik sebagai pembantu florist di Istana Buckingham, London untuk keluarga Di Raja Britain sebelum negara memberi pengiktirafan kepadanya.
Kiranya, kalau kita bosan dengan kerjaya sekarang, kenali minat sendiri, tahu potensi diri, gali dan serlahkan. Tapi jangan sesekali mengeluh kerana orang mengeluh tak dapat apa pun. Dapat penat semata.
Baru-baru ini Mohd Azmy telah ke New York dan beliau berpeluang bertemu Preston Bailey. Katanya lelaki terkenal dunia ini sangat simple orangnya. Malah dia turut teruja dan memuji idea Mohd Azmy yang lain dari kebiasaan.
Agak-agak apa idea Mohd Azmy ya? Sampaikan Preston Bailey kata, kalau program ini jadi, ia adalah pertama seumpamanya di dunia.
Ads
Disebabkan ramai tak tahu, pakar bunga negara ini berkongsi idea dan rezekinya. Katanya khusus untuk golongan muda, wanita atau sesiapa saja yang nak jadi kaya, mahu buat duit dengan hanya rekaan bunga.
Rekaan bergantung pada kreativiti, baru hasil superb
Azmy pernah dapat job 2+1 (tahun) untuk menata rias kediaman mewah orang kenamaan negara dengan nilai kontrak RM2.5 juta.
Katanya, rekaan dan hiasan bunga boleh jadi punca pendapatan tinggi kerana pulangannya 90 peratus. Kalau beli bunga RM10, boleh jual RM100 pada pelanggan kalau rekaan meletup.
Memandangkan bunga satu industri agak besar dan boleh menjana duit paling senang, satu Kursus Reka Bentuk Flora (Flora Designing) telah diadakan di dua buah kolej di bawah Kementerian Pelajaran (Vokasional) Malaysia.
Satu di KV Teluk Intan dan satu lagi KV Chenor, Pahang. Azmy turut diiktiraf dan dilantik sebagai penasihat kepada kursus berkenaan.
Kursus ini bakal berkembang di Kolej Poly Tech Mara untuk pengambilan Mei tahun 2018 peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan kerana kerajaan baru melihat gubahan bunga ini satu industri yang boleh menjana ekonomi rakyat Malaysia.
Kursus ini merupakan kursus pertama di dunia yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan diperakui di peringkat antarabangsa.
Di United Kingdom, kolej untuk rekaan bunga sudah wujud sejak 250 tahun lalu. Semua pelajarnya mampu buat duit dengan mudah lepas keluar dari kolej.
Ads
Malaysia baru nak mula tahun depan. Kursus di KV ini untuk lepasan PMR tahun ini dan pengajian Diploma Lanjutan bagi yang sedang belajaar di Kolej Vokasional sekarang ini.
Azmy turut mengajar rekaan bunga hingga ke luar negara
So adik-adik, think positive kerana kemahiran begitu penting untuk masa depan. Banyak juga abang, akak yang keluar universiti belum ada kerja yang sesuai dengan mereka. Jangan pandang lelaki tak boleh buat sebab abang Azmy dah berjaya buktikan hingga diiktiraf sebagai pakar bunga negara.
Kalau kita ada kemahiran, memang awesomelah. Janji cari rezeki halal untuk diri sendiri dan keluarga.Ada gaji sikit, beri pada keluarga sikit. Ada rezeki banyak, beri banyak. Baru berkat hidupkan!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berkaliber, Remy Ishak mengakui rasa kurang senang apabila perlu bergandingan dengan pelakon yang tidak membuat persiapan rapi atau bersikap sambil lewa ketika di set penggambaran.
Dedah pelakon filem popular Sangkar itu, dia pernah berdepan situasi itu dan apa yang lebih mengejutkan, si pelaku adalah pelakon yang boleh dianggap senior dalam industri seni tanah air.
“Jangan kata pelakon baharu, orang lama pun ada yang tidak bersedia ketika penggambaran. Saya lebih rasa menyampah dengan pelakon lama yang tidak bersedia, berbanding bakat baharu.
“Sudahlah pelakon lama, tetapi tidak bersedia daripada segi skrip, babak yang hendak dilakonkan dan sebagainya.
“Walaupun itu tugas pengarah untuk menjaga, namun, kadang-kadang pengarah pun malas untuk berdepan pelakon sebegitu,” katanya ditemui pada sidang media dan sesi tayangan drama terbaharu lakonannya berjudul Restu.
Tambah bapa kepada seorang cahaya mata itu lagi, sikap acuh tak acuh segelintir pelakon akan memberi kesan kepada gandingan lain.
“Saya akan jadi lebih marah kalau bergandingan dengan pelakon sebegitu. Kalau dia tak dapat sampaikan dengan baik, saya pun tak boleh cari makan. Kalau tidak membantu, masa depan saya pun gelap. Ini semua berkaitan kerjasama.
“Pelakon lama pun ada masalah sebenarnya, bukan pelakon baharu sahaja. Saya fikir, pelakon baharu masalah mereka mungkin disebabkan gemuruh sahaja. Tetapi, daripada segi usaha, mereka bagus,” ujarnya lagi.
Terbaharu, Remy membintangi drama Restu arahan Heykal Hanafiah yang mengangkat aspek kekeluargaan, percintaan dan pengorbanan bersama pelakon lain seperti Puteri Rafasya, Siti Elizad, Wanna Ali, Elizabeth Tan serta Ahirine Ahirudin.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon terkenal, Yoo Ah-in yang kini disiasat pihak polis ekoran penyalahgunaan dadah, tampil membuat permohonan secara terbuka di Instagram miliknya.
Menerusi satu hantaran terbaharu dalam kenyataan panjang lebar, pelakon filem popular #Alive itu memaklumkan dia bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan menerima kritikan yang dilayangkan terhadapnya susulan penangkapan tersebut.
“Saya mohon maaf kepada mereka yang bekerja dengan saya dalam filem, drama, iklan dan banyak lagi.
“Saya akan galas tanggungjawab ini. Saya sedar, kesalahan ini tidak boleh ditutup dengan alasan. Tindakan saya yang mempertahankan diri, tidak akan menutup kesilapan ini.
“Saya akan beri kerjasama penuh terhadap siasatan polis, dan sedia dikritik serta menerima hukuman selaras undang-undang,” coretnya panjang.
Pada 5 Februari lepas, polis telah menahan pelakon naskhah Hellbound itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon.
Hasil ujian air kencing mendapati Yoo Ah-in positif tetrahydrocannabinol, salah satu unsur dalam dadah jenis ganja.
Laporan media Korea Selatan juga menyebut pelakon berkenaan kelihatan sedikit kurus berbanding sebelum dia muncul selepas selesai menjalani proses soal siasat di Unit Siasatan Jenayah Dadah, Seoul selama 12 jam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nama Nathan Westling mungkin kedengaran agak jangal di Malaysia memandangkan tidak ramai yang mengenalinya dia sini.
Namun di pentas fesyen antarabangsa, Nathan adalah di antara individu yang paling diperkatakan sepanjang minggu ini setelah dia kembali diambil sebagai model peragaan selepas bertukar identiti menjadi seorang lelaki!
Nathan, dahulunya dikenali sebagai Natalie, merupakan seorang model perempuan yang berjaya pada usia 22 tahun. Pelbagai jenama antarabangsa seperti Miu Miu, Dior dan Chanel pernah melantiknya sebagai model kempen besar mereka manakala jenama seperti Marc Jacobs dan Louis Vuitton juga pernah memberi Natalie peluang berjalan bagi pertunjukan fesyen masing-masing.
Namun semua itu berubah setelah Nathalie mendedahkan dia telah melakukan perubahan identiti sebagai seorang transgender 4 bulan lalu dan kini dikenali sebagai Nathan Westling.
Dalam dunia peragaan, apa pun tak mustahil. Ada yang mengatakan isu perubahan identiti itu akan meranapkan karier Nathan, dan ada juga yang berpendapat jika dia tahu menggunakan isu ini sebagai strategi, dia boleh menjadi model yang lebih berjaya dan dikenali.
Mungkin Nathan mempunyai team yang baik untuk mencatur strategi, setelah dia melakukan comeback di pentas fesyen Prada Menswear Spring 2020 di Shanghai China semalam. Sebelum ini, Nathan (sebagai Natalie) merupakan model ‘tetap’ pilihan Prada di kesemua acara fesyen mereka.
Dia juga dipercayai akan terus menjadi buruan pereka fesyen antarabangsa untuk musim minggu fesyen lelaki yang akan berlangsung dalam tempoh 2-3 minggu ini.
“It has been an incredible journey, at such a young age too. Mungkin ramai yang tidak menyukainya tapi ini adalah jalan yang membuatkan saya gembira,” katanya kepada Vogue.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!