Jujurnya, memang susah nak pilih pemenang bagi malam akhir Big Stage yang sedang berlangsung sekarang!
Baiklah kita bagi je dekat juri dan kepada korang yang sedang mengundi di rumah serta di venue. Kalau nak suruh kami yang pilih, hhm sampai ke esok pagi bergaduh. Tak tahu nak pilih siapa punya pasal.
Satu demi satu peserta telah menamatkan persembahan mereka di atas pentas Big Stage. Semua kami suka – tetapi satu persembahan yang membuatkan kami terasa sedikit teruja adalah Wani Kayrie menerusi lagu Pematah Hati (versi Zapin).
Salah satu sebabnya adalah kerana Wani memilih irama tradisional yang sudah lama tak kedengaran, baik di atas pentas atau di radio. Kita memang perlu lebihkan lagi muzik seperti kerana kalau bukan kita yang pertahankan, siapa lagi kan?
Penulis teringat Wani pernah berkongsi mengenai minatnya dalam irama tradisional dan satu hari nanti nakkan single tradisionalnya sendiri. Woot!
Ads
Baju Rekaan..
Satu lagi perkara yang mengujakan kami adalah pakaian songket serba ungu dan keemasan yang disarung oleh Wani, malam ini.
Instagram
Ads
Rupanya ia hasil rekaan Dwen Raha dan Borderlace Glam. Manakala rambut dan solekan pula adalah hasil tangan Aeira Akmal dan Yaya Kembayau.
Dwen memang antara pereka pilihan Wani seperti pada Big Stage minggu ketiga. Ingat lagi tak ball gown merah tu..
Instagram
Apapun, tahniah kepada Wani Kayrie kerana mengembalikan rasa rindu pada irama tradisional.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan pencapaian ini, BLACKPINK rasmi menjadi artis muzik pertama di dunia yang melepasi 100 juta subscribers di YouTube. Sebelum ini, angka sebesar itu lebih sinonim dengan pencipta kandungan individu atau YouTuber terkenal.
Namun kali ini, landskap hiburan berubah apabila sebuah kumpulan muzik berjaya menawan platform video terbesar dunia dengan skala yang belum pernah dicapai oleh artis lain.
Sejak debut pada tahun 2016, mereka sudah menunjukkan pendekatan yang jelas terhadap strategi digital. Setiap muzik video dilancarkan dengan konsep visual yang kuat, produksi bertaraf antarabangsa dan koreografi yang mudah diingati.
Lagu-lagu seperti DDU-DU DDU-DU, Kill This Love dan How You Like That menjadi pemacu utama pertumbuhan subscriber mereka.
Video-video ini bukan sahaja mengumpul ratusan juta tontonan, malah sebahagiannya melepasi angka bilion. Momentum tersebut memberi kesan besar terhadap pertumbuhan saluran rasmi mereka.
Konsistensi dalam menghasilkan kandungan berkualiti tinggi menjadikan algoritma YouTube lebih mudah “mengenali” dan mengangkat video mereka ke halaman trending. Setiap pelancaran baharu hampir pasti mencetuskan fenomena global dalam tempoh 24 jam pertama.
Peranan BLINK Dalam Mencapai 100 Juta
Tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan BLACKPINK mencapai 100 juta subscriber YouTube turut didorong oleh kekuatan fandom mereka yang dikenali sebagai BLINK. Komuniti ini terkenal dengan sokongan digital yang tersusun dan agresif.
Setiap kali muzik video baharu dilancarkan, BLINK dari seluruh dunia akan menganjurkan sesi penstriman besar-besaran, berkongsi pautan di pelbagai platform media sosial dan memastikan kandungan tersebut mendominasi carta trending.
Strategi ini bukan sahaja meningkatkan tontonan, malah membantu menambah subscriber baharu secara konsisten.
Gabungan antara strategi syarikat pengurusan dan kekuatan komuniti peminat menjadikan pertumbuhan saluran mereka stabil dan berterusan sehingga mencapai angka bersejarah ini.
Ia membuktikan bahawa bahasa bukan lagi halangan dalam industri muzik moden. Lagu berbahasa Korea mampu menembusi pasaran global melalui platform digital.
Selain kejayaan di YouTube, BLACKPINK juga aktif dengan jelajah dunia berskala stadium, kolaborasi bersama artis antarabangsa serta kerjasama dengan jenama mewah dunia. Setiap ahli Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa mempunyai pengaruh tersendiri dalam bidang fesyen, lakonan dan kerjaya solo.
Kekuatan jenama peribadi setiap ahli memperkukuhkan lagi identiti kumpulan secara keseluruhan.
Ini menjadikan mereka bukan sekadar kumpulan muzik, tetapi satu entiti budaya global yang mempunyai impak besar dalam pelbagai industri.
Standard Baharu Industri Muzik Global
Dalam era di mana algoritma dan platform digital memainkan peranan penting, kejayaan ini menjadi rujukan kepada bagaimana strategi kandungan dan hubungan dengan peminat boleh menentukan kedudukan artis di peringkat global.
Penganalisis industri melihat kejayaan ini sebagai simbol perubahan kuasa dalam dunia hiburan. Radio dan televisyen bukan lagi medium utama untuk mencipta populariti.
Sebaliknya, platform seperti YouTube menjadi medan utama untuk membina empayar peminat antarabangsa.
Walaupun angka 100 juta kelihatan seperti kemuncak, ramai percaya ia hanyalah satu checkpoint dalam perjalanan panjang mereka. Dengan momentum yang masih kukuh dan pengaruh global yang semakin meluas, tidak mustahil lebih banyak rekod bakal dipecahkan pada masa hadapan.
Sumber : The Express Tribune
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wajah Hafidz Roshdi bukanlah asing lagi wajahnya di kaca televisyen. Dek bakat yang dimiliki dia menjadi pilihan pengarah dan stesen tv untuk menjadi wajah hadapan sesebuah drama dan telefilem.
Imbas kembali, jejaka berusia 29 tahun ini memulakan langkahnya dalam dunia seni sejak berusia 18 tahun lagi apabila beliau terpilih menjadi salah seorang peserta program pencarian Hero Remaja anjuran majalah REMAJA.
Hafidz dalam video pengenalan finalis Hero Remaja 2011/12.
Memiliki rupa paras yang kacak dan tubuh yang kekar, jom kita intai 9 fakta menarik mengenai pelakon ini.
Pemilik nama penuh Muhammad Hafidz bin Roshdi ini dilahirkan pada 13 November 1994 dan berasal dari Shah Alam, Selangor.
Merupakan salah seorang daripada 25 finalis pertandingan Hero Remaja 2011/12. Antara rakan seangkatannya ialah Fattah Amin, Saharul Ridzwan, Syafiq Kyle, Fendy Bakry, Hafreez Adam, Ben Ali, Nazrief Nazri dan Ben Amir.
Nama panggilan bagi dirinya ketika berada dalam pertandingan Hero Remaja 2011/12 ialah Fidz.
Walaupun merupakan peserta termuda, Hafidz berjaya menjadi di antara 10 peserta terbaik pada malam finale.
Lakonan pertamanya sebagai anak seni adalah pada tahun 2014 menerusi drama Baby Ana Milik Siapa.
Hafidz mendirikan rumah tangga ketika berusia 22 tahun bersama gadis pilihan hatinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. Mereka saling mengenali ketika dibangku persekolahan lagi.
Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, Hafidz dikurniakan dua cahaya mata. Anak pertamanya, Humairah dilahirkan pada tahun 2017 manakala anak keduanya, Umar dilahirkan pada tahun 2020.
Apa yang menarik, kedua-dua anaknya berkongsi tarikh lahir yang sama, 9 September!
Walaupun banyak membintangi drama bersiri dan telefilem, Hafidz jarang menghiasi layar lebar pawagam. Filem pertama lakonannya ialah Pusaka bergandingan bersama Syafiq Kyle dan Mimi Lana pada tahun 2019.
Semoga karier Hafidz terus meluncur maju dalam dunia seni.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa tak kenal pelakon cantik, Anzalna Nasir yang juga lahir finalis Dewi Remaja 2009/2010.
Baru-baru ini sikap keibuaan Anzalna terserlah apabila dia sekali lagi mencuri tumpuan apabila berhasrat ingin membantu seorang penghantar makanan yang mencari rezeki sambil menggendong anaknya.
Menerusi satu perkongsian InstaStory, Anzalna atau nama penuhnya Nur Anzalna Md Nasir mahu menghulurkan sumbangan dari segi keperluan bayi sekiranya anak rider tersebut adalah lelaki.
Anzalna berkata, pelbagai barangan bayi yang boleh disumbangkan apatah lagi dia sememangnya memiliki dua cahaya mata lelaki bernama Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.
“Anak abang (rider) ni lelaki ke? Kalau lelaki, boleh datang ke rumah Anzalna.. banyak barang-barang bayi nak bagi kat dia,” tulis pelakon berusia 34 tahun itu.
Sementara itu, pelakon drama Dendam Aurora itu turut meluahkan penghargaan kepada pendakwah selebriti Ebit Lew yang segera tampil membantu selepas kisah rider berkenaan tular di media sosial.
“Hanya Allah yang dapat membalas jasa Ebit Lew. Rezeki abang ni dapat motor baru,” kata Anzalna.
Sebelum ini, Ebit menghadiahkan sebuah motosikal baharu kepada bapa tiga anak itu selain memintanya mencari pengasuh supaya bayi digendong tidak perlu dibawa sekali ketika keluar bekerja.
Kisah lelaki yang juga bapa tiga anak itu mengundang sebak ramai selepas seorang pengguna aplikasi TikTok, @abamskhai melihat kesungguhan ‘rider’ tersebut di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur sebelum bertanya lebih lanjut mengenai situasi sebenar.
Kami respek dengan sikap murni Anzalna yang murah hati ini. Harapnya, rezeki Anzalna akan semakin bertambah.
***
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!