Aktor tampan, Imran Aqil tampil membuka mulut mengenai dakwaan isteri tercintanya yang juga personaliti media sosial, Dahlia Rizal, yang dikatakan sedang berbadan dua.

Menurut bekas peserta Hero Remaja itu, mereka sebenarnya ingin berkongsi berita gembira tersebut dengan peminat, tetapi ada beberapa perkara yang perlu dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

ARTIKEL BERKAITAN: #GirlPower Dahlia Rizal Berjaya Genggam Ijazah Sarjana Muda Di Universiti Malaya-Wales. Tahniah!

Imran Aqil Ulas Dakwaan Dahlia Rizal Hamil Anak Sulung -“Doakan Yang Baik-Baik, Kalau Ada Hasil…”

Tambahnya lagi, mereka berhati-hati dalam berkongsi berita tersebut kerana bimbang berlaku perkara yang tidak diingini disebabkan oleh perasaan iri hati dari orang lain.

Ads

“Jika nak diikutkan kalau perkara baik ini kita mahu cerita kepada umum dan peminat kami, cuma ada perkara yang perlu kami rahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

“Kerana kita tahu wujudnya penyakit ain, ada yang memandang dengan mata lalat. Dia nampak keburukan dan akan membuat sesuatu yang tak sepatutnya jika iri hati,”  katanya kepada Remaja.

Imran Aqil Ulas Dakwaan Dahlia Rizal Hamil Anak Sulung -“Doakan Yang Baik-Baik, Kalau Ada Hasil…”

Berkongsi mengenai pengalamannya, Imran menyatakan bahawa dia mahu mengelakkan sebarang perkara buruk yang mungkin berlaku, berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui oleh keluarganya.

Ads

Pada masa sama, Imran juga menitipkan harapan agar para peminat sentiasa mendoakan yang terbaik buat mereka berdua.

Selain, dia juga menyatakan bahawa jika ada perkembangan positif, mereka akan berkongsi berita baik tersebut kepada umum.

Imran Aqil Ulas Dakwaan Dahlia Rizal Hamil Anak Sulung -“Doakan Yang Baik-Baik, Kalau Ada Hasil…”

Ads

“Oleh kerana itu, saya minta kalian doakan buat kami berdua dan saya juga minta jangan keluarkan sebarang spekulasi demi menjaga sensitiviti isteri saya.

“Doakan yang terbaik, insya-Allah kalau ada hasilnya kami sendiri akan kongsikan kepada kalian,” ujarnya.

Terdahulu, pengguna media sosial sekali lagi meneka bahawa Dahlia sedang hamil anak pertama apabila bentuk badannya kelihatan lebih berisi menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang individu di akaun TikToknya.

Menerusi hantaran tersebut, Dahlia menjadi tumpuan mata ‘tajam’ netizen apabila rata-rata mendakwa melihat penampakan baby bump pada bahagian perutnya walaupun Dahlia memakai jubah potongan longgar.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI