Populariti yang diraih oleh kumpulan wanita kpop Blackpink sudah tidak boleh disangkal lagi. Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja kisah tentang mereka yang menjadi perhatian peminat dan media massa.
Baru-baru ini PUBG Mobile telah mengumumkan tentang satu lagi kolaborasi bersama kumpulan kpop popular ini, iaitu menganjutkan konsert secara maya. Bakal berlangsung pada 23 sehingga 24 Julai dan 30 sehingga 31 Julai, konsert ini boleh ditonton di dalam permainan PUBG Mobile.
Peminat juga boleh tonton bersama dengan pemain-pemain lain melalui Watch Party yang akan dianjurkan pada 23 Julai di PJPAC 1 Utama. Kemasukan untuk Watch Party ini adalah terhad, korang boleh mendaftar segera untuk mendapatkan tempat di sini.
Ads
Sebelum ini, Blackpink dikhabarkan bakal datang kembali ke Malaysia untuk menganjurkan konsert kedua mereka di sini. Konsert tersebut dijadualkan bakal berlangsung pada Mac depan.
Bagi peminat Blackpink yang sudah tidak sabar untuk menonton persembahan mereka, mungkin korang boleh mendaftar untuk merebut peluang menonton konsert mereka secara maya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramadan tahun lalu pastinya menjadi memori yang sukar dilupakan buat penyanyi dikir barat, Eda Ezrin.
Bukan sekadar berpuasa dalam tahanan, malah dia terpaksa menyambut Syawal di sebalik tirai besi tanpa insan tersayang di sisi. Namun, setahun berlalu, takdir menghadirkan sinar baharu dalam hidupnya.
Kini, Eda atau nama sebenarnya Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, 31, memilih untuk bangkit dan mengisi Ramadan dengan cara yang lebih bermakna iaitu dengan berniaga colek bersama suami tercinta.
Ujian 9 Bulan Yang Mematangkan
Ramadan kali ini cukup berbeza buat Eda selepas melalui detik hitam apabila ditahan hampir sembilan bulan di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand.
Lebih menggembirakan, penyanyi yang terkenal dengan lagu Bae Soba Bae itu kini sedang hamil lapan bulan dan dijangka melahirkan cahaya mata ketiga pada Mei ini.
“Ramadan kali ini sangat bermakna buat saya dan suami, Mohd Affendi Ahmad, 36, selepas diuji selama sembilan bulan berada dalam penjara di Wilayah Narathiwat.
“Kali ini saya menyambut Ramadan dengan anak dan keluarga. Sepanjang Ramadan, saya dan suami berniaga colek iaitu menu terkenal di negeri ini.
“Sambutan luar biasa di kedai kami di Bulatan Jam Besar, di sini, sehingga tidak menang tangan melayan pelanggan.
“Bidang jualan makanan tidak asing buat saya kerana sebelum ini pernah membuka kedai makan dan berniaga colek,” katanya.
Dari Tirai Besi Ke Bulatan Jam Besar
Terdahulu, media melaporkan Eda Ezrin bersama suami dan empat rakannya dibebaskan dari Penjara Pusat Narathiwat pada 6 Ogos tahun lalu selepas lebih sembilan bulan ditahan.
Mahkamah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwa raya Thailand gagal mengemukakan saksi dan bukti untuk merayu kes berkenaan.
Pada 14 Januari tahun lalu, Eda Ezrin dan lima yang lain termasuk suaminya didakwa di Mahkamah Wilayah Narathiwat atas pertuduhan memiliki 6,059 pil Yaba dan penggunaan dadah.
“Saya Boleh Menangis Bila Terkenang…”
Mengimbau kembali Ramadan lalu, Eda mengakui ia adalah fasa paling mencabar dalam hidupnya.
“Setiap kali terkenang, saya boleh menangis memikirkan peritnya menanggung rindu terhadap anak dan suami.
“Namun, saya mengambil ujian itu dari sudut positif yang boleh mematangkan saya. Sepanjang Ramadan di penjara wanita, saya menjadi bilal untuk solat Tarawih dan solat sunat Aidilfitri,” katanya.
Pengalaman itu bukan sahaja menguji ketahanan emosi, malah membentuk dirinya menjadi lebih tabah dan matang dalam menilai kehidupan.
Nama Tercalar, Sokongan Tetap Ada
Walaupun terpalit kontroversi, Eda bersyukur kerana masih menerima sokongan peminat yang tidak pernah berhenti memberi semangat.
“Kehidupan semakin baik, saya akan mengeluarkan lagu raya tidak lama lagi, namun sepanjang Ramadan, saya tidak mengambil tawaran membuat persembahan.
“Saya berharap peminat terus memberi semangat untuk terus bangkit dalam bidang seni dikir barat,” katanya.
Daripada tirai besi ke dapur colek yang tidak putus pelanggan, kisah Eda Ezrin membuktikan bahawa setiap manusia berhak mendapat peluang kedua.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: BH Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bintang sensasi, Mark dari kumpulan NCT sekali lagi membuktikan dirinya bukan sekadar idola K-pop berbakat, tetapi juga figura berhati emas apabila baru-baru ini beliau dilaporkan telah mendermakan sebanyak 100 juta Won (kira-kira RM350,000) kepada Hope Bridge Korea Disaster Relief Association bagi membantu kanak-kanak yang tinggal di fasiliti perlindungan.
Memetik laporan media tempatan Korea, sumbangan ini adalah sebahagian daripada projek ‘By Your Side’ yang bertujuan memastikan anak-anak di rumah perlindungan tidak terasa tersisih pada hari-hari penting seperti hari jadi, Hari Kanak-Kanak di Korea, Hari Natal dan sambutan istimewa lain serta inisiatif ini menyasarkan untuk membawa kegembiraan serta menyuntik keyakinan diri kepada mereka.
Menurut Hope Bridge, sumbangan besar pemilik nama sebenar Mark Lee (26) yang dibuat pada bulan April lalu telah menjadi pencetus utama kepada peluasan projek ini ke tahap yang lebih besar. Di mana, kini lebih banyak program emosi dan sosial boleh dijalankan untuk menyokong perkembangan mental dan sosial kanak-kanak tersebut.
Kredit foto: Instagram @onyourm__arkKredit foto: Instagram @onyourm__ark
Dalam pada itu, kanak-kanak terlibat bakal menikmati pelbagai pengalaman yang direka istimewa seperti aktiviti musim panas, parti graduasi, kem ski, lawatan berkumpulan, percutian tiga hari ke Pulau Jeju dan pelbagai program percutian bermusim lain melalui dana ini. Semuanya bertujuan untuk memberi mereka rasa dimiliki dan dihargai.
Setiausaha Agung Hope Bridge, Shin Hoon menjelaskan bahawa dengan setiap sumbangan penderma dalam kumpulan Honor Society, pihaknya akan terus berusaha membawa lebih banyak kehangatan kepada lebih ramai kanak-kanak.
“Mengetahui bahawa ada orang dewasa yang ingat hari istimewa mereka memberi kekuatan kepada kanak-kanak ini untuk membina nilai diri dan kestabilan emosi,” jelasnya lagi.
Kredit foto: Instagram @onyourm__ark
Sementara itu, Mark yang juga merupakan salah seorang ahli Honor Society sebelum in terkenal sebagai seorang penderma yang rendah hati. Beliau kerap memberikan sumbangan tanpa publisiti. Malah, pada bulan Mac lalu, pelantun lagu ‘Fraktsiya’ dan ‘Golden Hour’ itu pernah menyumbang jumlah yang sama bagi usaha pemulihan kebakaran hutan di Korea.
Apa yang lebih menarik, sumbangan pada April lalu yang dibuat tidak lama selepas pelancaran album solo pertamanya berjudul ‘The Softest Touch’ sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang sentiasa menyokongnya. Di mana jelas, kasih sayang yang diterimanya diterjemah kembali dalam bentuk tindakan yang memberi impak besar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah hampir empat hari meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya. Anak kepada penyanyi legenda Elvis Presley, Lisa Marie, 54 tahun akhirnya akan disemadikan dan dikebumikan berhampiran tempat persemadian bapa dan anaknya di Graceland, estet milik keluarga Presley di Tennesse, Amerika Syarikat.
Anak tunggal “King of Rock ‘n’ Roll” itu meninggal dunia selepas mengalami serangan jantung di rumahnya pada Khamis. – Foto AP
Anak tunggal “King of Rock ‘n’ Roll”, Elvis Presley akan disemadikan di Graceland, bersebelahan dengan anak lelakinya, Ben,” kata wakil keluarga.
Untuk info, anak lelaki Presley, Benjamin Keough dilaporkan meninggal dunia pada Ogos 2020. Dalam salah satu catatan terakhirnya di media sosial, Presley berkongsi penulisannya untuk majalah People tentang kesedihannya selepas kematian Benjamin.
Benjamin Keough dan Lisa Marie Presley. COPETTI/PHOTOFAB/SHUTTERSTOCK
“Saya telah berhadapan dengan kematian, kesedihan dan kehilangan sejak berumur 9 tahun. Entah bagaimana, saya masih mampu meneruskan kehidupan sehingga kini.
“Kematian adalah sebahagian daripada kehidupan sama ada kita suka atau tidak, dan begitu juga kesedihan,” tulisnya.
Lisa Marie meninggalkan tiga anak perempuan iaitu Riley Keough, seorang pelakon, anak kembar kembar Finley dan Harper Lockwood serta ibunya, Priscilla, 77.
Menurut laman web Graceland, Elvis Presley membeli Graceland pada 1957 dengan harga AS$102,500 ketika dia berusia 22 tahun. Kemudian dia tinggal di sana sehingga kematiannya pada 16 Ogos 1977. Lisa Marie, anak perempuan tunggal legenda muzik itu baru berusia 9 tahun ketika itu.
Foto : RAY LASKOWITZ/GETTY Via People
Bapa Elvis Presley, Vernon Presley, telah dilantik pemegang amanah harta pusaka tanpa wasiat Elvis. Lisa Marie Presley menjadi waris tunggal pada usia 25 tahun pada 1 Februari 1993.
Malah, mendiang juga merupakan pewaris tunggal estet Graceland yang berkeluasan 17,500 kaki persegi itu. Rumah agam itu adalah yang kedua paling banyak dikunjungi di Amerika Syarikat, selepas White House.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Big Stage Rocketfuel kembali dengan musim terbaharu di Astro Ria menampilkan persaingan sengit, barisan alumni berjaya serta bakat baharu yang bakal mencorakkan industri hiburan Malaysia.