Kumpulan K-Pop popular, Blackpink berjaya mencipta rekod tersendiri apabila memperoleh jumlah kutipan tiket tertinggi dalam sejarah penganjuran sesebuah konsert.
Menerusi laporan Kosmo!, jumlah kutipan yang berjaya dicatatkan adalah sebanyak AS$19.4 juta (RM89.5 juta), menerusi penjualan tiket konsert jelajah dunia, Born Pink di Amerika Utara, Eropah dan Asia.
Secara puratanya, jumlah yang diperoleh menjadikan hasil penjualan tiket konsert untuk satu malam sahaja berjaya mencatatkan kutipan sebanyak AS$9.9 juta (RM45.7 juta).
Kejayaan yang dicatatkan pelantun lagu hit Kill This Love itu sekali gus berjaya memadam rekod yang sebelum ini dipegang kumpulan muzik terkenal Britain, Spice Girls selama hampir 30 tahun.
Ads
Ads
Peminat kumpulan yang dianggotai oleh Lisa, Jennie, Rose dan Jisoo itu turut berkongsi rasa teruja dan gembira atas kejayaan yang dicapai Blackpink yang menjadi kumpulan kegilaan peminat di serata dunia.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Implan, pembedahan plastik dan pembuangan lemak sudah menjadi prosedur biasa dalam kalangan bintang-bintang terkenal. Maklum sajlah, apabila seseorang menjadi tatapan dan ikutan peminat dari seluruh dunia, mereka perlu tampil ‘sempurna’ tanpa merisikokan diri daripada dimalukan dari aspek fizikal.
Begitupun, pendedahan yang dibuat oleh model antarabangsa, Bella Hadid pada hari ini amatlah mengejutkan sehingga ramai tidak percaya gadis berusia 25 tahun itu mempunyai keberanian untuk tampil sejujur ini.
Terdahulu, Bella pernah menafikan khabar angin mengenai sebarang prosedur pembedahan plastik pernah dilakukan ke atas dirinya selama ini biarpun ramai melihat perubahan drastik berlaku pada Bella terutamanya di bahagian mukanya sebelum dan selepas bergelar model.
Hari ini, Bella tampil mendedahkan bahawa dia hakikatnya pernah menjalani prosedur popular rhinoplasty untuk memperbetulkan hidungnya ketika berusia 14 tahun. Pendedahan ini adalah menerusi temubual eksklusif Bella bersama majalah Vogue Amerika Syarikat bagi keluaran April 2022, dia telah berterus terang mengenainya. Bagaimanapun, keputusannya itu telah disesalinya hingga ke hari ini.
“Kalaulah saya boleh menjaga hidung yang saya warisi daripada nenek moyang saya, saya pasti boleh membiasakan diri untuk hidup dengannya (hidung itu),” katanya. Sebelum ini, Bella sekadar memberi alasan struktur wajahnya berubah disebabkan sudah mencapai usia akil baligh.
Foto Via Instagram Bella Hadid
Berhubung dakwaan hampir semua bahagian mukanya terhasil akibat suntikan filler sehingga mengakibatkan perubahan drastik, Bella Hadid menafikannya dengan berkata, “Semua orang akan kelihatan berbeza daripada penampilan mereka ketika berusia 13 tahun, bukan? Saya tidak pernah menggunakan filler. Mari kita tamatkan (khabar angin itu) di sini.
“Saya tidak mempunyai isu dengan penggunaan filler. Tetapi ia bukanlah untuk saya,” kata Bella yang berdarah keturunan Belanda-Palestin.
Selain itu, Bella juga menafikan dia pernah menjalani prosedur pembedahan plastik lain seperti ‘eyes lifting’. Sebaliknya, dia berkongsi rahsia menggunakan pita wajah atau face tape sebagai punca wajahnya mampu tegang seperti sekarang.
Bella Hadid (kanan) bersama kakaknya, Gigi.
Bella turut bercerita secara ringkas tentang tekanan yang dirasainya kerana perlu hidup di bawah bayangan kakaknya yang terlebih dahulu mencipta nama dan populariti sebagai model terkenal generasi baharu, Gigi Hadid. Bella tidak terlepas daripada perasaan ‘insecure’ kerana selalu merasakan dirinya tidak sesempurna Gigi.
“Saya adik perempuan yang hodoh. Rambut saya coklat, tidak cool seperti Gigi. Itu yang orang cakap tentang saya. Malangnya, saya mempercayai kata-kata tersebut.”
Apapun, ramai masih menggemari Bella dan berpendapat dia serta ibunya, Yolanda Hadid tidak perlu pun untuk berbohong dan mengaku saja Bella pernah menjalani prosedur seperti rhinoplasty itu sejak awal lagi.
Untuk pengetahuan, pada tahun 2019 Yolanda pernah mencetuskan kontroversi setelah membalas komen seorang pengguna Instagram yang menuduh Bella melakukan pembedahan plastik. Kata Yolanda, tiada seorang pun anaknya pernah mencucuk filler atau Botox atau apa-apa perkara asing ke dalam badan mereka kerana mereka sudah melihat kesan negatifnya terhadap diri Yolanda sendiri.
Dengan pendedahan Bella ini, ramai warganet tampil kecewa dengan keputusan Yolanda yang membenarkan Bella menjalani pembedahan plastik pada usia semuda 14 tahun dan beranggapan itu bukanlah satu tingkah laku bertanggungjawab oleh seorang ibu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Industri muzik Malaysia mencatatkan sejarah baru pada tahun 2024 apabila pendapatan industri muzik tempatan meningkat sebanyak 11.5% kepada RM339 juta, mengatasi rekod tertinggi sebelum ini yang tercatat pada tahun 1996 dengan jumlah RM315 juta.
Peningkatan ini didorong oleh kenaikan 14% dalam hasil pendapatan digital serta peningkatan 7.6% dalam kutipan royalti oleh tiga Organisasi Pengurusan Kolektif (CMO) utama di negara ini.
Walaupun menghadapi cabaran daripada muzik janaan kecerdasan buatan (AI), Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) terus memperkukuh perlindungan hak cipta dan menyokong penggiat seni tempatan.
Dalam perkembangan lain, Insomniacks dinobatkan sebagai Artis Tempatan Paling Tinggi Distrim, sementara lagu Masing Masing nyanyian Ernie Zakri & Ade Govinda menjadi Lagu Tempatan Paling Tinggi Distrim sepanjang tahun 2024. Kategori lain yang menarik perhatian termasuk:
Lagu Antarabangsa Paling Tinggi Distrim: Die With A Smile oleh Lady Gaga dan Bruno Mars
Artis Antarabangsa Paling Tinggi Distrim: Taylor Swift
Artis Cina Tempatan Paling Tinggi Distrim: Firdhaus
Sepanjang tahun 2024, RIM melaksanakan pelbagai aktiviti untuk memajukan industri muzik tempatan. Salah satu inisiatif utama ialah program Carta RIM yang menampilkan lagu-lagu paling tinggi distrim di Malaysia dalam tiga bahasa utama, yang disiarkan di stesen-stesen radio milik Astro Radio iaitu ERA, Hitz, dan MY.
RIM juga berjaya memperoleh kerjasama dengan stesen penyiar rasmi dalam penganjuran acara Anugerah Industri Muzik edisi ke-24 (AIM24), sebuah acara anugerah berprestij yang dinanti-nantikan ramai, yang bakal berlangsung pada tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mungkin masih ramai lagi yang tak tahu bahawa korang boleh renew pasport secara online tanpa perlu beratur panjang.
Tak perlu lagi menunggu nombor giliran yang lama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), korang boleh buat sendiri dirumah dan kemudiannya ambil saja di kaunter JPN.
Jabatan Imigresen Malaysia juga menyarankan agar orang ramai memperbaharui passport mereka secara online tanpa perlu ke kaunter.