Sejak kebelakangan ini, pastinya korang perasan cuaca di negara kita terasa sangat panas dan bahang. Ya kebiasaannya di awal tahun, Malaysia berada dalam ‘musim panas’ sehinggakan pada waktu malam ketika tidur pun kita berasa tidak selesa dengan cuaca yang agak bahang.
Gambar hiasan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah memuat naik kenyataan di Twitter, cuaca panas yang dialami pada ketika ini adalah satu fenomena biasa sepanjang tempoh Februari hingga April setiap tahun. Sehingga kini, suhu tertinggi bagi bulan 2021 adalah 36.2 darjah Celsius, manakala pada tahun 2020 adalah 37.4 darjah Celsius yang dicerap di Stesen Meteorologi Kuala Kangsar, Perak.
Gambar hiasan
Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac 2021. Dalam tempoh ini, taburan hujan adalah agak rendah di Semenanjung Malaysia, terutamanya di utara Semenanjung.
Ads
Taburan hujan yang rendah dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca agak panas, terutamanya pada waktu malam apabila terdapatnya litupan awan.
Justeru itu, masyarakat dinasihatkan agar mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air dan mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka. Korang juga dinasihati supaya mengurangkan aktiviti-aktiviti luar dan minum air secukupnya.
Ads
Gambar hiasan
Waktu-waktu pandemik seperti ini, memang sebaiknya korang duduk sahaja di rumah jika tidak ada urusan penting di luar sana. Lagi pun, dalam keadaan cuaca panas sekarang ini, risau pula jika ada yang jatuh sakit. Jangan lupa banyakkan minum air kosong ya?
Al Fatihah (dengan bacaan ) buat arwah Ustazah Shadiya Abbas yang diberitakan meninggal jam 5.05 minit pagi tadi di Hospital Sungai Buloh, Selangor akibat asma (sesak nafas).
Salam takziah dari kami team REMAJA buat pakar motivasi Ustaz MK Azman yang sering kami hubungi untuk dapatkan pandangan beliau berkaitan pemberitaan di portal kami ini.
Dalam perkongsian di fbnya pagi ini, Ustaz MK Azman memaklumkan beliau dengan rasa berat hati hendak meninggalkan guru, teman, buah hatinya ini (arwah isteri) di hospital Sg Buloh ini. Oleh kerana kematian musim covid, pihak hospital terpaksa buat ujian sama ada arwah buah hati saya positif atau tidak. Saya perlu tunggu 24 jam untuk dapatkan result tersebut, bermakna esok bagi jenazah akan ditentukan bagaimana dan di mana akan dikebumikan.
Jadi jenazah akan disimpan dahulu di hospital sungai buloh. Insya Allah saya kuat kecuali jika anda call saya.Doakan yea sahabat² sekalian.
Pasangan suami isteri ini sering dipanggil untuk memberikan perkongsian ilmu di tv termasuk Tv Al Hijrah dan banyak lagi. Malah arwah Ustazah Shadiya Abbas sering mengadakan ceramah-ceramah agama dan kuliah di masjid menjadikan pasangan ini antara yang dikenali masyarakat.
Malah beberapa jam sebelum pemergiannya ke negeri Abadi, Ustazah Shadiya menyampaikan dakwah terakhirnya dengan berkongsi satu kisah agar kita jangan menghina jika kita sayangkan Allah.
Dalam pada itu, di sebalik kesedihan atas pemergian isteri tercinta, Ustaz MK Azman rupanya baru saja menyambung ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 17 tahun. Malah beliau ada berkongsi bagaimana pertemuan bersama isterinya yang mana mereka sama-sama belajar di UM suatu ketika dahulu. Namun lima hari kemudian, dirinya diuji dengan pemergian arwah isteri.
Kisah Ustaz MK Azman dan arwah isterinya, Ustazah Shadiya Abbas pernah menghiasi portal media kerana keduanya terselamat dari satu kemalangan ngeri ketika sekeluarga mahu berangkat mengerjakan umrah beberapa tahun dahulu. Melihat kepada kenderaan dinaiki yang agak remuk ternyata Allah memberikan kasih sayangNya kepada pasangan ini kerana keduanya selamat.
Pasangan bahagia ini dikurniakan tiga orang anak.
Bacalah perkongsian Ustaz Mk Azman mengenai ulang tahun perkahwinan mereka. Menyifatkan isteri sangat baik malah menjadi gurunya dalam setiap kuliah beliau sampaikan kepada kita semua.
SETELAH 17 TAHUN
Kami bertemu di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Tak kenal pun siapa tu Shadiya Abbas..
Ketika itu, saya mahasiswa tahun 3. Dan, bekas tunang saya baru tahun 2.
Kami berkerja bersama semasa saya diamanahkan sebagai Ketua Pengarah Penerbitan PMIUM. Persatuan yg tersohor ketika itu. Semua orang kenal persatuan ni. Bekas tunang saya ni, jadi AJK saya. Masa tu saya tiada sapa² utk dijadikan teman hidup. Maklumlah saya ni rupa takde, miskin pulak tu. Tak berani nak approach sapa²..
Maka saya berdoa kepada Allah agar didatangkan seorang mahasiswi yg saya sebut ciri²nya dalam doa saya. Akhirnya Allah datang budak kecik tu.. Dalam hati saya dok sangka yang ni kot..
Lepas tu bila dah kenal famili dia, kami pun kahwin la. Alhamdulillah dah 17 tahun melayari bahtera bersama. Dikurniakan zuriat 3 orang.
Kenapa saya pilih dia??
Sebab orang lain tak mau kat saya.
Ok ok.. Sebab dia pandai cakap. Dia ada ilmu. Dialah juga GURU SAYA.
Sebelum kuliah, saya akan rujuk beliau. Dapatkan ilmu dari beliau. Dia simpan banyak doa, doa untuk penyembuhan, doa asma ul a’dzom, doa penunduk 😅😅.
Selamat Ulangtahun perkahwinan ke-17 tahun buat kita.
30032003-30032020
Tambahan: ORANG TUA TUA KATA…kalau berjodoh, rupa ada serupa juga.
Kalau tak betul, mungkin sama dengan isteri kedua kot.. 😝😝😝 (saja cari pasal)
Sebab DIA BAIK, SAYA RAMAH 😆😆😝
Mari kita sedekah Al-Fatihah (dengan bacaan) untuk arwah Ustazah Shadiya Abbas.Moga Allah tempatkan dirinya di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
23 tahun telah berlalu sejak kisah Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45 yang mendermakan sebahagian hatinya kepada bayi 14 bulan bernama Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini bertebaran di muka hadapan akhbar tempatan.
Kisah heroik yang menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia itu masih dikenang sebagai momen bersejarah apabila pembedahan pemindahan hati tersebut adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia pada waktu itu.
Terbaru, keadaan penerimanya, Afiq Ikmal, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal. Remaja berusia 23 tahun itu terpaksa dirawat di Hospital Selayang, Selangor setelah dia tidak menyedarkan diri akibat komplikasi hati.
Keadaan semasa Afiq itu dimaklumkan sendiri oleh Wan Mohamad Hafizam kepada rakan media.
“Saya agak risau jika berlaku penolakan selepas 22 tahun pembedahan dilakukan. Ada kes penerima lain seperti Nurul Afiqah Mohd Zahir yang meninggal dunia setelah puluhan tahun menjalani pembedahan sama.
“Sebelum ini, Afiq dikatakan sudah beberapa kali keluar masuk hospital. Tapi keadaannya pada kali ini agak membimbangkan. Saya harapkan yang terbaik buat adik Afiq kerana jangka hayat penerima mampu bertahan lebih 20 tahun selepas menjalani pembedahan pemindahan hati,” kata beliau yang telah menziarahi Afiq kira-kira jam 9 pagi tadi.
GENAP 20 TAHUN TERIMA HATI
( Satu Hati Dua jasad)
3/4/1999 – 3/4/2019 Sejarah penderma hati pertama Malaysia Lt.kol…
Influencer media sosial dan usahawan, Khairul Aming, mencuri perhatian ramai apabila mengumumkan kerjasama dengan pencipta kandungan digital, Mohamad Sofian Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Sofyank.
Video tersebut dimuat naik semalam dan hanya selepas beberapa jam ia telah mendapat lebih 19 juta tontonan di Instagram dan 3.4 juta di TikTok.
Sudah tentu Khairul Aming menggunakan kelebihannya dalam memberikan penerangan yang mudah difahami manakala Sofyank pula menggunakan kepakarannya dalam menyunting video.
Jelas Khairul Aming, apa yang berlaku di Palestin itu adalah satu genosid dan bukanlah konflik atau perang semata-mata.
“Kolaborasi pertama saya dengan Sofyank dan kami nak hasilkan video infografik untuk terangkan apa yang berlaku di Palestin adalah satu genocide dan bukan konflik atau perang semata-mata.
Paling penting, kami nak cerita situasi kritikal di Rafah dan Jabalia. Video ni panjang sikit, 8 minit. Tapi kami harap dapat bantu sebarkan kesedaran untuk saudara kita di sana.”-tulis Khairul Aming
Dakwah Dan Sebarkan Kebaikan
Video tersebut mendapat perhatian masyarakat di platform media sosial dan rata-ratanya berterima kasih dengan dua pempengaruh ini kerana berusaha menyebarkan kesedaran tentang Palestin.
Rata-rata memuji tindakan dua pempengaruh hebat ini mengenai solidariti terhadap Palestin. Malah, ramai yang berpendapat mereka adalah ‘influencer’ sebenar kerana menggunakan platform mereka untuk dakwah dan kebaikan. Siap dipuji oleh netizen dan rakan selebriti!
komen posting Khairul Aming & Sofyank
Moga lebih ramai pempengaruh dari Malaysia lantang bersuara seperti mereka. Hebat dan tahniah anak muda!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Instagram; TikTok Khairulaming
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!