Sejak akhir-akhir ini, seluruh Malaysia mengalami cuaca yang sangat panas.
Keadaan cuaca sebegini akan membuatkan badan menjadi cepat lesu dan sering berasa keletihan. Selain itu, gaya hidup, rutin senaman dan diet juga boleh menjejaskan tindak balas badan kita terhadap cuaca.
Memandangkan kita akan kekal kepanasan sehingga Ogos, Remaja senaraikan beberapa petua yang disediakan oleh Public Health Malaysia di Facebook, untuk membantu menyejukkan badan.
“Rendamkan kaki dalam baldi berisi ais batu selama 20 minit mampu membantu anda untuk mengurangkan kepanasan tubuh dan membuat anda lebih relaks. Titikkan beberapa titis essential oil Pepermint untuk kesan lebih baik.
“Semasa cuaca panas, tingkatkan pengambilan air kosong dan buah buahan yang banyak kandungan air seperti tembikai, tomato, strawberi dan juga sup. Lidah buaya pula boleh dijadikan gel pelembab semula jadi untuk wajah.
“Letak daun lidah buaya dalam peti sejuk untuk kesan lebih sejuk. Apabila anda makan makanan yang pedas, ia menghantas mesej ke otak untuk menyejukkan tubuh. Anda akan berpeluh dan selepas berpeluh tubuh akan sejuk,” tulis pada hantaran tersebut.
Untuk informasi, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sebelum ini memaklumkan, seluruh negara dijangka akan mengalami cuaca panas dan kering sehingga Ogos.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tak kira lelaki atau wanita pasti punyai haruman kegemaran minyak wangi bukan? Tapi biasanya haruman minyak wangi ini tidak berkekalan hingga ke malam.
Semburlah dibahagian ketiak, leher, baju dan sebagainya. Silap hari bulan tak sampai sebulan dah kena beli perfume baru sebab kehabisan.
Penggunaan haruman wangian sebenarnya ada cara yang betul agar ianya kekal lama sepanjang hari. Namun tidak ramai yang tahu tentang cara dan teknik betul menyembur minyak wangi. Mungkin juga ramai yang tidak menitik beratkan akan cara penggunaannya. Adakah anda sering menyembur wangian di bahagian leher, belakang telinga dan pergelangan tangan sambil menggeselkan kedua-dua belah tangan?
Kali ini, kami kongsikan cara yang betul untuk memakai haruman supaya lebih tahan lama.
TIP HARUMAN
Wangian akan tahan lebih lama pada kulit yang berminyak daripada kulit kering. Jika anda mengalami masalah kulit kering, sapukan sedikit petroleum jelly sebelum menyembur wangian terus ke kulit tubuh agar harumannya kekal lebih lama sepanjang hari.
SEBELUM MEMAKAI BAJU
Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa jika wangian disembur ke atas lapisan pakaian, ianya tidak menjamin harumannya akan kekal lama sepanjang hari. Ianya akan lebih mudah hilang dan tidak tahan lama. Untuk memastikan haruman wangian tersebut kekal sepanjang hari, pastikan anda menyembur wangian sebelum menyarungkan pakaian seperti di belakang leher, celahan lengan dan di bahagian belakang badan kerana dengan cara ini haruman mampu kekal wangi sepanjang hari.
JANGAN GESELKAN KEDUA PERGELANGAN TANGAN ANDA APABILA MEMAKAI HARUMAN
Ramai yang mempercayai jika wangian disembur pada bahagian pergelangan tangan sambil menggeselkan kedua-dua belah tangan ianya mampu mengekalkan keharumannya. Sebenarnya, ia bukan hanya tidak akan tahan lama, malah boleh menyebabkan iritasi ke atas kulit korang pula.
Jadi selamat mencuba, jangan main sembur je!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masalah wajah breakout dan berjerawat bukan asing lagi terutamanya bagi golongan remaja. Keadaan ini boleh menyebabkan rasa kurang keyakinan diri dan ia juga mendorang seseorang individu itu menjadi stress dan tidak bahagia menjalani kehidupan harian mereka.
Ya, memang benar sampai begitu kesannya terhadap mereka yang mengalami masalah wajah breakout teruk ini.
Namun begitu, jika korang mengalami masalah ini janganlah terlalu sedih kerana ia masih boleh dirawat. Seorang gadis di akaun TikTok @znrh__, dikenali sebagai Juju berkongsi berdasarkan pengalamannya mendapatkan rawatan di klinik kerajaan untuk masalah jerawat.
Menariknya, kos mendapatkan rawatan kulit breakout dan jerawat ini sangat murah hanya berharga RM1. Jimat banyak ni…
Menurut gadis ini menerusi video tersebut, bagi yang nak dapatkan nasihat dari klinik kerajaan berkenaan kulit, korang hanya perlu maklumkan kepada front desk yang korang ada masalah kulit. Kemudian ambik je nombor dan jumpa doktor macam biasa.
Menurut Juju, dia turut diberikan antibiotik, ubat sapu dan ubat cuci dari klinik kerajaan selepas sesi konsultasi. Doktor di klinik tersebut turut setkan temujanji seterusnya untuk rawatan susulan.
Pesannya lagi, untuk dapatkan rujukan dermatologi, menurut doktor yang merawat Juju, surat akan diberikan kalau jerawat masih tak beransur pulih enam bulan lepas ambil antibiotik.
“Doktor tak judge pun, baik je”
Di ruangan komen, rata-rata warganet berterima kasih dengan tip yang diberikan oleh Juju. Malah, tak kurang juga yang turut berkongsi pengalaman mereka mendapatkan rawatan kulit di klinik kerajaan.
Apa-apa pun, jika muka korang memang breakout teruk, teruslah berjumpa dengan pakar kulit sebelum menggunakan apa-apa produk. Takut pula kulit korang makin teruk pula nanti.
Pasti antara korang ada yang suka tinggalkan barang dalam kereta, betul tak?
Korang tahu tak terdapat beberapa barangan yang perlu korang elak tinggal dalam kereta, tambah lagi apabila korang parkir kereta di kawasan terbuka yang terdedah kepada cahaya matahari. Jom semak…
Hand Sanitizer
Cecair pembasmi kuman kini semakin popular dalam kalangan masyarakat susulan penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia termasuk Malaysia. Bahan tersebut berasaskan alkohol dan ia berpotensi tinggi untuk terbakar. Atas sebab itu, jangan tinggalkan di dalam kereta dan pastikan ia disimpan jauh dari suhu tinggi dan api.
Makanan dan Minuman
Makanan dan minuman sama ada dalam pek atau disimpan dalam bekas tidak digalakkan ditinggalkan di dalam kenderaan, tambahan lagi dikawasan terdedah kepada bahang matahari. Ia bahaya terhadap kesihatan kerana suhu dalam kereta boleh mencecah 70°C atau lebih hingga menyebabkan kandungan dalam makanan atau minuman terurai, sekali gus menghasilkan bahan kimia cemar. Paling selalu kita lakukan ialah meninggalkan air mineral yang tidak habis diminum.
Ubat-ubatan
Ubat akan cepat rosak jika terdedah suhu tinggi. Mengambil ubat-ubatan rosak semestinya boleh menjejaskan kesihatan. Jadi memang sah tidak elok apa saja ubat-ubatan disimpan dalam kereta tidak kira dalam jangka masa sekejap atau lama.
Powerbank/Alatan elektronik
Peranti dikuasakan bateri litium-ion sangat berbahaya jika terdedah kepada suhu panas terlalu, apatah lagi secara terbuka boleh menyebabkan letupan. Jadi hati-hati dengan peranti elektronik mudah meletup seperti telefon bimbit, komputer riba, dan rokok elektronik. Juga jangan dilupakan peranti lain seperti pembaca kad tol Smart-Tag. Sila simpan dalam kotak khas yang diletakkan dalam laci khas, jangan biarkan terdedah.
Tin aerosol
Tin aerosol seperti penyembur rambut, racun serangga, pewangi, cat sembur dan ubat asma ialah bahan mudah terbakar. Jadi, janganlah ditinggalkan dalam kereta kerana boleh membuatkan kandungan kimia dalam tin mengembang dan bertindak balas menghasilkan letupan.
Pemetik api
Yang ini paling popular dikalangan golongan perokok, biasanya mereka ada lebih satu pemetik api, dan satu disimpan dalam kereta. Ramai mungkin lupa yang pemetik api mudah meletup jika dibiarkan dalam kereta yang panas! Jadi cuba elakkan perkara ini.
Petrol
Bukan petrol dalam tangki minyak kereta, tapi petrol yang disimpan sebagai minyak rizab ketika kecemasan, biasanya disimpan dalam but. Ini perbuatan yang sangat berbahaya kerana petrol ialah jenis bahan mudah terbakar.
Kaca mata
Barang yang paling disukai ramai adalah menyimpan cermin mata di dalam kereta. Pernah tak anda perasan kaca mata yang ditinggalkan di dalam kereta dalam keadaan cuaca yang panas, bingkai dan pelipis (temple) kaca mata anda akan mengalami perubahan bentuk selepas beberapa penggunaan. Hal ini kerana suhu yang begitu panas akan melembutkan bingkai kaca mata yang diperbuat sama ada daripada plastik, nelon ataupun asetat. Kesannya nanti kaca mata anda akan longgar apabila dipakai.
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyelar tindakan segelintir pihak yang memaki dan mengecam selebriti dan pempengaruh yang disenaraikan dalam kempen...