
Selepas tempoh 11 tahun bergelar pelajar sekolah, akhirnya semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 boleh menarik nafas lega apabila masing-masing menerima keputusan peperiksaan bermula jam 10 pagi pada 8 Jun 2023.
Umum Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali di Putrajaya pada hari ini, seramai 10,109 calon SPM 2022 telah memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran yang diambil.
Keputusan ini katanya adalah pencapaian yang lebih baik berbanding tahun lepas apabila Gred Purata Nasional (GPN) yang direkodkan untuk SPM 2022 adalah sebanyak 4.74 berbanding 4.86 pada tahun sebelumnya. Nilai GPN yang lebih kecil ini menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik.
Kecemerlangan ini juga sekaligus membuktikan bahawa fasa pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilalui oleh calon SPM 2022 sewaktu meniti tingkatan empat dan tingkatan lima sepanjang dua tahun lalu tidak membantutkan pelajaran mereka biarpun dalam keadaan yang lebih terkongkong di rumah.
Tambahnya lagi, seramai 75,322 daripada sejumlah 373,974 calon SPM 2022 pula merekodkan kepujiaan iaitu sekurang-kurangnya gred C untuk semua mata pelajaran.
Tahniah korang!
ARTIKEL BERKAITAN: “Carilah Minat Anda, Bukan Kejar A Semata…”, Nasihat Nad Zainal Buat Lepasan SPM – REMAJA
SUMBER: BERNAMA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ketahui Jenis & Kegunaan Panadol Yang Terdapat Di Pasaran Sebelum Korang Beli

Kalau korang pergi ke kedai serbaneka nak cari ubat, kadang-kadang pening bila tengok pilihan Panadol yan ada. Sampai tak tahu yg ini untuk apa, yang itu untuk apa.
Kali ni kami nak kongsikan dengan korang tentang jenis-jenis Panadol yang ada dipasaran supaya nanti tidaklah tersalah beli.
Kalau nak beli ubat kenalah tahu kegunaannya kan?
1. Actifast

Lazimnya kita tahu actifast ni fungsinya lebih kuat sedikit berbanding Panadol biasa kerana ia diserap dua kali lebih pantas ke dalam darah. Disebabkan itu ubat ini lebih cepat memberi kelegaan.
– Boleh membantu melegakan demam sakit yang tidak serius seperti sakit kepala, migrain, sakit belakang, sakit otot dan sendi, senggugut, sakit radang sendi, sakit gigi, untuk ketidakselesaan disebabkan selesema dan sakit tekak.
Perhatian: Khas untuk pesakit darah tinggi pengambilan sodium yang disarankan adalah bawah dari 1500mg. Setiap tablet mengandungi 173mg sodium dan jika diambil sebanyak 2 biji 4 kali sehari, jumlah pengambilan sodium adalah 1384mg belum ditambah dengan diet seharian kita seperti makanan masin. Jadi hati-hati!
2. Optizorb

Mungkin ramai yang belum familiar dengan jenis Panadol ini. Optizorb menggunakan formula teknologi baru yang mempunyai alginic acid dan calcium carbonate. Alginic acid bertindak menyerap air dan mengembang. Manakala, calcium carbonate bertindak balas dengan asid dalam perut yang mana boleh mempercepatkan larutan ubat dalam perut.
– Membantu melegakan sakit kepala, migrain, sakit tekak, demam dan sakit gigi
Kelebihan: Pantas dan lebih selamat pada mereka yang perlu mengawal pengambilan garam dalam diet.
3. Extend

Mengandungi kandungan paracetamol 665mg dan kelebihannya adalah mampu tahan sehingga lebih dari 8 jam daripada ubat-ubatan lain yang kebiasaannya hanya sekitar 4 ke 6 jam.
– Membantu melegakan kesakitan otot, sakit sendi, sakit belakang dan sakit di bahagian tulang rawan
4. Extra
Kandungan paracetamol 500mg serta tambahan 65mg kafein bagi meningkatkan saiz salur darah dan memudahkan perjalanan darah.
Perhatian: Kafein tidak boleh diambil melebihi 200mg oleh perempuan mengandung, begitu juga ibu yang menyusukan anak, tidak melebihi 300mg kerana ia boleh menganggu tidur anak. Pengambilan jenis ini perlu diambil tidak lebih dari 2 hari seminggu.
5. Soluble

Sejenis ubat yang larut dalam air dan sesuai untuk korang yang usah nak telan ubat biji atau syrup.
Perhatian: Namun kandungan sodiumnya tinggi. Agak berbahaya pada yang mempunyai masalah darah tinggi dan mengamalkan diet kurang sodium.
6. Menstrual

Kandungan 500mg paracetamol dan 25mg pamabrom bagi membantu menyingkirkan air lebihan terkumpulan dalam badan disebabkan perubahan hormon. Lebihan air ini akan dibuang melalui air kencing.
– Sesuai untuk wanita yang mengalami PMS, cramp dan kembung perut serta ketidakselesaan semasa awal datang haid.
7. Children

Kandungan setiap tablet 120mg paracetamol, sesuai untuk kanak-kanak yang sudah boleh menelan. Dose yang boleh diberikan adalah mengikut berat kanak-kanak tersebut, 15mg/kg.
Contohnya, berat seorang kanak-kanak adalah 16kg : 16kg x 15mg/kg = 240mg
Jadi, boleh ambil 2 biji Panadol children setiap dos.
8. Cold + flu-D

Kandungan: Paracetamol 500mg, phenylephrine hcl 5mg, chlorpheniramine maleate 2mg dan potassium sorbate 0.6mg
– Phenylephrine hcl membantu mengurangkan hidung tersumbat
– Chlorpheniramine maleate membantu mengurangkan selesema alahan ataupun gatal
Panadol COLD+ FLU-D boleh membantu melegakan hidung berair, bersin, hidung tersumbat, gatal-gatal dan mata berair.
Perhatian: Hati-hati kalau mengambil ubat ini semasa memandu atau bekerja, kerana ia boleh menyebabkan mengantuk.
9. Panadol 650mg

Kandungan paracetamol adalah 650mg. Hanya perlu diambil 1 hingga 1 setengah kaplet untuk 12 tahun ke atas tidak boleh melebihi 6 kaplet sehari. Ubat ini sesuai untuk individu yang tidak suka ambil ubat 2 biji sekali gus. Kelegaan sakit boleh dirasa dalam masa satu jam dan boleh membantu menurunkan suhu demam dalam 30 minit.
Perhatian: Tidak selamat diambil bersama alkohol dan kurang digalakkan untuk ibu mengandung. Boleh digunakan oleh ibu menyusu.
Rasanya banyak jenis-jenis dan manfaat Panadol yang selama ni korang tak pernah tahu pun, tapi sekarang mesti dah jelas kan?
Sumber: Farmasi Marmin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Tak Perlu Yakin, Sangka Air Kena Sahaja.. Selesai,” – Ramai Ingat Mandi Wajib Kena ‘Tunggang Terbalik’, Ustaz Don Kongsi Cara Paling Mudah

Sebagai seorang muslim, mandi wajib atau mandi junub merupakan perkara yang wajib diketahui dan dipelajari bagi membersihkan diri daripada hadas besar.
Namun, entah mana silapnya, ada di antara kita yang mengambil mudah mengenai hal ini kerana seakan sudah dimomokkan bahawa mandi wajib merupakan satu perbuatan yang renyah dan menyusahkan.
Tanggapan tersebut disangkal oleh pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal dan menjelaskan bahawa mandi wajib merupakan rutin yang sangat mudah.
Menurut Ustaz Don, seseorang itu tidak perlu untuk ‘tunggang terbalik’ ketika mandi wajib. Sebaliknya, cukup sekadar meratakan air di seluruh anggota badan tanpa perlu merasa was-was.
“Pertama sekali kita kena ingat, mandi wajib ini kategori dan syaratnya bukan yakin. Dia tak macam wudhu’. Kalau wudhu’ kena yakin.
“Mandi wajib ini kena zon (sangkaan) sahaja. Kita sangka air itu kena bahagian tubuh badan. Macam itu sahaja,” katanya menerusi satu perkongsian video di laman Instagram Suria FM.

Lantaran itu, Ustaz Don berharap agar orang ramai tidak merumitkan lagi apa-apa perkara melibatkan mandi wajib selepas ini.
“Mandi wajib syaratnya bukan yakin. Kalau yakin, kita kena nampak. Sebagai contoh, bila kita ratakan air di bahagian tangan untuk ambil wudhu’, kita akan nampak perbuatan itu.
“Kalau kita mandi, bahagian belakang badan, macam mana nak tengok. Jenuhlah kita nak tengok cermin. Takkan bahagian bawah (kemaluan) pun kita nak letak cermin.
“Kita ratakan air di seluruh badan mengikut kemampuan tangan. Dah kena seluruh anggota, dah kira selesai. Jadi, tak payahlah nak mandi lama-lama. Laju saja mandi wajib ni.
“Tiadalah sampai nak kena terbang-terbang, merangkak atau bersilat,” jelasnya lagi.
Semoga pencerahan ini dapat menangkis segala stigma yang mengatakan mandi wajib itu rumit dah memakan masa.
Ingatlah, orang yang berhadas besar akan terhalang daripada melaksanakan ibadah fardhu seperti solat, berpuasa, dan bertawaf.
Malah, mereka juga diharamkam menyentuh Al-Quran dan membacanya.
Hadas besar boleh terangkat dengan mandi wajib. Jadi, buatlah dengan betul. ‘Simple’ sahaja, ikut cara yang telah diterangkan oleh Ustaz Don ini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Suria FM & Ustaz Don Daniyal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ini Antara Senarai SOP Hari Raya Aidilfitri Yang Korang Perlu Tahu

MKN (Majlis Keselamatan Negara) akhirnya telah mengeluarkan kata putus dan mengumumkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang dikenakan kepada 6 daerah di negeri Selangor dan diantaranya adalah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang dan berkuatkuasa pada 6 Mei hingga 17 Mei.

MKN (Majlis Keselamatan Negara) telah menjalankan perbincangan bersama Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mengenai SOP Hari Raya Aidilfitri yang dijangka bakal disambut pada 13 Mei ini, hasil daripada pembentangan itu, kerajaan akhirnya telah mengeluarkan SOP buat Hari Raya Aidilfitri tahun ini..

1. Takbir raya
- Takbir raya di masjid/surau dibenarkan bagi kawasan PKP, PKPB, dan PKPP, kecuali bagi kawasan PKPD mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri.
Namun, amalan takbir raya dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan di semua kawasan.

2. Ziarah hari raya
- Bagi kawasan PKP, ziarah hari raya hanya dibenarkan pada 1 Syawal dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah, dengan penjarakan fizikal.
- Kawasan PKPB pula dibenarkan ziarah raya pada 1 hingga 3 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang.
- Kawasan PKPP pula dibenarkan sehingga 3 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang pada satu masa dengan penjarakan fizikal.

3. Solat sunat hari raya di masjid/surau
- Kawasan PKP, PKPB dan juga PKPP, solat hari raya dibenarkan dengan jumlah kehadiran dan penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak, mengikut ketetapan daripada pihak berkuasa agama negeri.
- Bagi kawasan PKPD pula tidak dibenarkan untuk solat sunat hari raya.

4. Ziarah kubur
- Bagi penziarahan kubur di kawasan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tetapi tidak boleh melebihi 6 orang bagi satu petak kubur dan tidak lebih daripada 30 minit.
- Kawasan PKP dan PKPD adalah tidak dibenarkan.
Walaubagaimanapun, bagi kawasan PKP dan PKPD, jamuan selepas solat sunat hari raya di masjid/surau, rumah terbuka hari raya, dan ziarah kubur adalah tidak dibenarkan, kecuali kawasan PKPB dan PKPP adalah dibenarkan tertakluk kepada ketetapan pihak berkuasa agama negeri. Bagi masjid atau surau, adalah lebih digalakkan untuk menyediakan juadah secara berbungkus dan diedarkan kepada para jemaah untuk dibawa pulang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

