Setelah berkahwin tiga tahun sejak Februari 2016, semalam pelakon Anzalna Nasir dan suaminya, Muhamad Hanif telah mengesahkan bahawa mereka kini sedang ‘expecting’ cahaya mata pertama.
Melalui satu posting di Instagram, bekas finalis Dewi Remaja 2009/2010 memanjatkan syukur kepada Ilahi dengan rezeki yang diterima oleh mereka berdua.
“Pada hari istimewa ini, pada hari lahir saya, kami bersetuju untuk berkongsi berita gembira. Kami bakal menimang anak pertama,” katanya yang kini mengandung 4 bulan.
Ads
”Terima kasih kepada semua yang menyokong dan mendoakan kami untuk mendapat zuriat. Benar, jodoh maut ajal dan rezeki semua terletak padaNya.”
Berkat doa yang dikurniakan oleh kenalan rapat, peminat, keluarga dan peminat mereka sendiri, Alhamdulillah Anzalna kini kami pasti akan menjaga kesihatan diri dan kegembiraan.
Ads
Cuba lihat ucapan tahniah yang diberikan oleh rakan selebriti Malaysia.
Pernah berada di fasa umur sama seperti finalis Hero Dewi Remaja 2023, Shalma Ainaa, pelakon dan pengacara televisyen tanah air akui bahawa mereka lebih matang dalam menetapkan hala tuju masing-masing dalam industri.
Shalma yang juga merupakan pengasas jenama pakaian tempatan baru-baru ini dijemput selaku mentor dan juri jemputan bagi rancangan Hero Dewi Remaja 2023 episod 3.
Berkesempatan melihat sendiri gaya pemikiran dan strategi yang disusun oleh setiap finalis, bekas pengacara H-Live ini akui bahawa kualiti yang dipamerkan oleh mereka adalah bermutu tinggi.
“Mereka masih berpegang teguh kepada idea dan strategi masing-masing which is good.
“Setakat ini, saya melihat banyak strategi yang diatur mereka terbukti menjadi dalam menarik perhatian pelanggan. Terutama sekali dari segi memberi hiburan kepada pelanggan, saya rasa sesuai konsep mereka to make people happy while selling,” jelasnya.
Berbicara tentang kepentingan ‘menjual diri’ untuk kekal relevan dalam industri hiburan, usahawan ini jelas sedar bahawa aspek tersebut amatlah penting dan anak muda kini tidak boleh terlalu bergantung kepada rupa semata-mata.
“Bila kita berbicara tentang industri, it goes more than sekadar paras wajah sahaja. Kalau you nak sustain lama dalam industri, kena sentiasa pergi belajar dan topup ilmu di dada kerana perkara ini yang akan bagi you tujuan dan hala tuju sepanjang karier.
“Sebab kadang dunia hiburan ini terlalu hectic dan ada kemungkinan you akan lost. Jadi kalau pandai bawa diri dan menjual diri, itu bonus bagi kamu,” komennya lagi.
***
Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 sudah mula ditayangkan menerusi lapan (8) episod, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cak cak cekuk cak cekuk udang gamit Kalau dah kata sayang aku tak tarik balik
Haa, nak tarik balik apa tu Wani Kayrie? Hehe…
Yang pasti, sembila orang finalis pencarian Dewi Remaja 2025 pastinya tidak mahu menarik balik memori pengalaman mereka dalam cabaran episod keempat musim ini.
Istimewa pada minggu ini, para finalis menerima cabaran untuk membintangi klip pendek yang diilhamkan daripada video muzik sebenar ‘Cak Cak Cekuk’ nyanyian Wani Kayrie. Tampil dalam gaya persalinan serba tradisional, kesemua diberikan teknik tarian yang sama untuk mereka persembahkan.
Sebelum melangkah masuk ke set penggambaran, sembilan finalis yang masih bertanding termasuklah Ariana, Camelia, Dheper, Elisa Chew, Marisa, Nelysa Kay, Nylea, Sharmaine dan Suhaila telah dipertemukan dengan alumni Dewi Remaja pada minggu ini iaitu Arabella Ellen untuk menjalani latihan selama empat jam di studio.
Arabella sememangnya dikenali dengan bakat tariannya yang telah diasah sejak kecil, ditambah pula dengan pengalaman sebagai seorang gimnas di gelanggang gimrama; Arabella merupakan pemilihan alumni yang tepat untuk memberi tunjuk ajar serta sokongan kepada para finalis.
Arabella Ellen.
Biarpun klip pendek kali ini hanya berdurasi selama kurang daripada dua minit dan masing-masing menerima tiga ‘takes’ untuk menyempurnakan cabaran, tidak semua berdepan situasi yang mudah pada minggu ini.
Sharmaine yang kurang berpengalaman dalam soal tarian berdepan waktu yang sedikit sukar untuk membiasakan diri semasa cabaran berlangsung sehingga perlu ditenangkan oleh finalis lain.
(Dari kiri): Dewi Sister Shaza Bae, juri jemputan Arabella Ellen, juri tetap Nabila Huda & juri tetap Kamal Adli.
Camelia turut bergelut dalam cabaran minggu ini di mana Arabella terpaksa memberikannya reality check mengenai kepentingan cabaran Dewi Remaja kali ini.
Sementara itu, Suhaila perlu mengawal emosinya setelah dia berdepan perkhabaran duka mengenai pemergian seorang ahli keluarganya sewaktu latihan menari diadakan.
Apa Kata Juri Tetap?
Nelysa Kay
Arabella: Sewaktu latihan, saya amat sukakan tenaga yang diberi dan membuatkan saya meletakkan high hopes terhadap Nelysa. Tetapi semasa cabaran, saya sedikit kecewa kerana I didn’t get the same energy. Mungkin Nelysa terbiasa dengan tarian M-Pop dan sedikit terbawa-bawa dalam tarian tradisional kontemporari ini.
Shaza: Tarian M-Pop membuatkan dia nyaman dan mungkin Nelysa terlupa Dewi Remaja 2025 merupakan sebuah pertandingan dan kita ingin melihat sesuatu yang di luar kotak daripada finalis.
Camelia
Kamal: Skil lipsync Camelia harus saya puji. Nampak yang dia merupakan seorang yang yakin walaupun dia bukan seorang penari profesional.
Arabella: Walaupun kak Nabila & abang kamal menyukai persembahan Camelia ini, sejujurnya I do not like it. Benar, wajahnya cantik dan ekspresi wajah juga okay. But all of her moves are so awkward and so off. Apabila saya menatap monitor kamera, saya tidak merasakan persembahan ini best.
Suhaila
Arabella: Sayangnya, Suhaila tidak menunjukkan keyakinan sepenuhnya. Selepas tamat sesi latihan kami, Suhaila mendapat panggilan yang datuknya baru sahaja meninggal dunia dan ia mengganggu emosi Suhaila. Dan saya amat terkejut apabila pada hari cabaran, Suhaila tetap hadir dengan senyuman untuk menyelesaikan penggambaran. Cuma, episod sedih yang melandanya membuatkan reaksi wajahnya kurang yakin.
Nabila: Saya pun tidak begitu menggemari klip Suhaila ini kerana matanya banyak melilau. Dia seperti tidak membawa diri sebagai seorang show girl dalam lagu ini walaupun dia mempunyai latar belakang sebagai pelajar pementasan di salah sebuah sekolah seni terbaik di Malaysia.
Nylea
Nabila: Dia memang seorang yang comel dan makan gambar! Ini baru kita gambarkan sebagai seorang show girl. Tarian seperti kita tahu adalah kepakaran Nylea dan episod kali ini membuktikan bahawa Nylea merupakan seorang pencabar yang perlu diperhatikan oleh semua finalis lain.
Arabella: Nylea memang wow. Ketiga-tiga takes yang kami lakukan, semuanya memang ‘memberi’ sampaikan saya tidak tahu ingin memilih take yang mana satu.
Sharmaine
Nabila: Saya nampak Sharmaine menjadi diri sendiri yang cheeky dan fun dalam klip ini. Malangnya, itu sahaja tidak mencukupi. Saya nampak dia tidak selesa sepanjang video muzik, air mukanya juga tidak gembira dengan persembahan ini. She looks forced to be happy. Again, I need more from her.
Kamal: Sharmaine berikan alasan perutnya merasa mual sebelum cabaran tarian ini. Itu perkara biasa apabila seseorang perlu membuat persembahan. Tetapi yang saya tertanya-tanya, bagaimana Sharmaine ingin overcome masalah tersebut? Dan adakah dia boleh overcome dalam masa singkat semasa Dewi Remaja ini? Bagaimana sewaktu persembahan live nanti?
Dheper
Nabila: Best! Nampak bersemangat dan personalitinya juga menyerlah. Walaupun dancing is not her forte tetapi jelas, dia mencuba sedaya upaya dan lakukan cabaran kali ini dengan yakin. Yang penting, I percayalah dengan gerakan tarian tradisional Dheper ini. It was okay kerana Dheper kelihatan selesa.
Arabella: Betul! Walaupun Dheper memulakan langkah tarian dengan kaki yang salah tetapi disebabkan reaksi wajahnya yang yakin, kesalahan itu terus dikaburi.
Elisa Chew
Arabella: She started off really strong semasa sesi latihan. Tetapi semasa cabaran Elisa mengalami wardrobe malfunction pada bahagian kain sarongnya dan Elisa mula merasa takut-takut. She still looks bubbly & gembira seiring dengan genre lagu ini.
Nabila: Betul, Elisa nampak lost. Seperti dia sedang memikirkan lip-sync, placing kaki dan sedang mengira langkah. Dia tidak go all out seperti yang selalu dilakukannya sebelum ini. Dalam kamera close-up, dia tidak boleh menipu kerana jelas nampak yang Elisa overthink.
Marisa
Nabila: Nampak malu, nampak cemas, nampak tidak yakin. Ia membuatkan saya tertanya-tanya apakah kekuatan Marisa yang sebenarnya? Kalau nak bercakap fasal nervous, semua orang ada tahap nervous masing-masing. Saya pun ada walaupun sudah ada pengalaman. Marisa kena cuba untuk lepaskan semua itu setelah pengarah jeritkan ‘action’.
Kamal: Marisa ‘tiada’ dalam lagu ini. Matanya terlalu melilau.
Ariana
Arabella: Ariana comel sebenarnya tetapi saya tidak tahu if she knows that. Senyumannya juga cheeky sesuai dengan lagu Cak Cak Cekuk. She came a long way sejak hari latihan di mana badannya sedikit shaking dan saya perlu tenteramkannya.
Kamal: Ekspresi wajahnya amat bagus kerana Ariana membuka mulut semasa melakukan lip-sync. Ia secara tidak langsung membuatkan penonton mudah untuk mengikuti gerak gerinya.
Ekspresi itu juga membolehkan penari di sekelilingnya juga tampak lebih mesra dan selari dengan gayanya di tengah. Inilah pentingnya ekspresi wajah kerana ia boleh menutup kelemahan gerak tubuh seperti tarian dalam cabaran ini.
*
SESI PENYINGKIRAN PENUH KEJUTAN
Setelah penjurian dilakukan, akhirnya dua finalis yang menduduki tangga Bottom 2 ialah Camelia dan Sharmaine; manakala Nylea pula diumumkan sebagai pemenang episod 4 kali ini.
Camelia dan Sharmaine seterusnya diumumkan sebagai duo yang tersingkir di akhir episod akibat persembahan masing-masing yang mendukacitakan. Riak wajah masing-masing kelihatan redha dengan ketentuan juri ini selama finalis lain cuba tenteramkan perasaan mereka.
Ketika kesedihan melanda, juri tetap membuat kejutan apabila memberitahu pengumuman tadi sekadar satu bentuk ‘prank’ memandangkan episod kali ini tidak menempatkan sebarang bentuk penyingkiran.
Ini memandangkan misi cabaran tarian dalam klip MV kali ini adalah untuk melihat karisma dan personaliti setiap peserta; bukan sekadar skil tarian mereka sahaja yang dinilai.
Dengan itu, kesemua sembilan orang finalis berjaya melangkah ke episod lima pencarian Dewi Remaja 2025 pada minggu hadapan.
Soalan Terkumpul Mingguan Bersama redONE Mobile
Teruskan bersama kami secara live di DEWI CONFESSION ROOM setiap hari Jumaat pada 11.10 malam di platform Instagram dan TikTok REMAJA.
Penonton setia program pencarian Dewi Remaja 2025 berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada:
SEORANG pemenang hadiah utama berupa telefon pintar 5G tajaan redONE & barangan eksklusif redONE.
Nursyamira Izzati Mohd Nazir atau lebih dikenali sebagai Syamira merupakan seorang finalis yang berjaya memecahkan rekod pencarian Dewi Remaja kerana menjadi peserta berhijab pertama yang beraksi di pentas final.
Sepanjang penganjuran Dewi Remaja selama 10 musim terdahulu, banyak perubahan telah berlaku dan antaranya apabila edisi 2014/2015 yang dimenangi oleh Raysha Rizrose memecah sejarah menjadi edisi pertma yang membenarkan peserta berhijab untuk menyertai pencarian.
"Alhamdulillah saya telah berjaya membuktikan bahawa peserta berhijab juga mampu untuk bersaing dalam pertandingan seumpama ini. Secara jujurnya tidak mudah kerana menjadi finalis itu sendiri pun, ada ramai yang memandang tingkah laku kami. Apa lagi, saya seorang yang berhijab. Tapi pada saya, apa yang penting kamu perlu tahu yang kamu bukan hanya seorang yang berhijab tetapi kamu adalah seorang Muslim,"
"Pada saya ini bukan soal menjaga nama wanita berhijab, tetapi ia lebih kepada menjaga nama agama. Jadi kalau kamu membawa diri sebagai seorang Muslim, insyAllah semuanya akan baik-baik sahaja,"
"Kalau ada tersilap sana sini tu biasalah, kita hanya manusia biasa. Tiada yang sempurna," jelas anak bongsu dari dua beradik ini.
Pengalaman dijuri oleh Neelofa
Bercerita tentang pengalamannya dengan Dewi Remaja, gadis ini mengakui bahawa sewaktu umurnya 17 tahun, disebabkan ingin berjumpa dengan Neelofa, dia telah pergi ke sesi uji bakat Dewi Remaja ketika itu.
"Saya tahu memang tidak akan terpilih kerana pada waktu itu umur saya baru berusia 17 tahun. Namun begitu, disebabkan Neelofa menjadi juri dan saya teringin benar untuk berjumpa dengannya, saya pergi juga uji bakat, " jelasnya sambil tertawa kecil.
"Saya ingat lagi Neelofa pesan nanti dah habis belajar awak datang semula. Saya terlepas sesi uji bakat tahun lalu dan Alhamdulillah, tahun ini saya telah dipilih menjadi salah seorang daripada finalis Dewi Remaja,"
"Mula-mula saya rasa macam tak percaya sudah sampai hingga ke tahap ini. Tapi, saya tetap rasa gembira dan bersukur kerana telah diberi kepercayaan untuk menonjolkan bakat yang ada," tambahnya lagi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!