Coachella, festival muzik yang dinanti-nantikan setiap tahun, kembali lagi di Empire Polo Club, Indio, California.
Edisi ke-23 ini menampilkan bintang-bintang besar seperti Lana Del Rey dan Doja Cat, serta menjadi topik utama di media sosial. Dengan dua slot waktu, tidak kurang hebatnya adalah gaya para selebriti dan influencer yang turut serta meriahkan suasana festival ini.
Korang rasa, trend fesyen apa yang akan dominasi Coachella kali ini? Dari but koboi klasik, choker yang menawan, hingga jeans yang stylo, mari kita intai 10 gaya paling top dari selebriti dan influencer yang memukau di Coachella 2024!
Becky G
Penyanyi pop, Becky G, memukau di Coachella minggu pertama dengan gaun mini hitam berdetail cutout yang menyerlahkan bentuk badannya yang fit dan seksi!
Rihanna
berpenampilan serasi bersama kekasih di Coachella dengan T-shirt hitam, hoodie kelabu, skirt mini kulit, but hitam, dan cape berbulu. Dia juga memakai T-shirt grafik vintage dengan maxi cargo skirt berdetail tali ikat, dan melapisinya dengan hoodie dan kot bulu sebagai cape.
Doja Cat
menarik perhatian dengan dua gaya: satu dengan extension rambut panjang dan yang lain dengan top dan G-string bulu palsu serta but bulu.
Ads
Ice Spice
tampil seksi dalam jumpsuit renda I.AM.GIA yang diikat di sisi dengan neckline yang mendalam.
Katy Perry
Gaya simple dan chic dengan side cutout body suit, leather cropped jacket, kaca mata hitam, jeans, dan beg Balenciaga menjadi pilihan Katy Perry di Coachella 2024!
Paris Hilton
Paris dalam ensemble all-black menampilkan bikini dan skirt dengan ruffles, rantai aksesori korset, dan topi koboi.
Ads
Gwen Stefani
Kembali dengan No Doubt, memilih gaya punk dengan ensemble Ashton Michael yang menampilkan mixed plaids dan mesh.
Hailey Bieber
Buah hati Justin Bieber ini mengenakan bomber jacket New York Yankees dengan crop tank top putih, wide leg trousers, dan topi besbol FILA dengan skaf bercorak.
Madison Pettis
Tampil dalam dua gaya: bikini putih dengan highwaist sheer pants ber-ruffle, dan set putih dengan skirt panjang dan bikini top berdetail manik.
Ads
Charli D’Amelio
memamerkan bentuk tubuhnya dengan bra hitam putih, silver belt chain, dan exposed thong, serta dress crochet rama-rama dengan braless.
**
Mana satu look selebriti atau influencer yang korang suka sepanjang Coachella 2024 ini berlangsung!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Wakil daerah Papar, Carol Abbey Gail telah dinobatkan sebagai Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) 2023 baru-baru ini.
Graduan Ekonomi Kewangan dari Universiti Malaysia Sabah itu membuktikan bahawa ilmu pengetahuan juga merupakan salah satu faktor utama untuk membawa pulang gelaran Unduk Ngadau Kaamatan setelah berjaya mengenepikan 49 peserta lain di pusingan akhir.
Gadis berusia 24 tahun itu sekaligus dimahkotakan oleh pemenang edisi ke-61 pada tahun lalu, Frenerietta Sobitun.
Sementara itu, tempat kedua jatuh kepada Calby Floresa dari daerah Kota Marudu manakala wakil Tambunan, Clerice Olvia pula berpuas hati di kedudukan ketiga.
Selain menerima mahkota, Carol juga membawa pulang wang tunai sebanyak RM12,000, trofi dan sejumlah hadiah iringan termasuklah biasiswa pendidikan daripada Universiti Kolej North Borneo.
Hadiah pemenang disampaikan oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Norlidah RM Jasni. Turut hadir ialah isteri Ketua Menteri, Datin Seri Julia Salag.
Menurut Carol sewaktu ditemui pemberita selepas kemenangannya, dia berhasrat untuk mempunyai kerjaya di mana dia boleh menabur jasa kepada komuniti dan negara. Pada waktu senggang pula, dia gemar memasak, mendaki dan bermain alat muzik tradisional seperti Kulintangan dan Gong.
Pada acara kemuncak sambutan Pesta Kaamatan di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun di Panampang itu, ia menyaksikan para peserta melalui beberapa peringkat pertandingan seperti pengenalan peserta dan soal jawab bersama juri yang dilantik.
Untuk pengetahuan, Unduk Ngadau Kaamatan 2023 menyaksikan peningkatan jumlah peserta di pusingan akhir iaitu sejumlah 50 peserta berbanding 44 orang pada edisi 2022. Bukan hanya peserta yang menetap di Sabah sahaja bertanding kali ini tetapi juga beberapa peserta dari Semenanjung Malaysia seperti negeri Perak, Melaka dan Johor.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terasa seperti selebriti, sosialit dan usahawan popular, Kim Kardashian baru sahaja mengandungkan anak pertamanya bersama Kanye West satu masa dahulu. Pejam celik, lapan tahun telah berlalu dan anak-beranak itu kini telah berubah menjadi lebih matang.
Well, we are not talking about Kim or Kanye. Sebaliknya, kami lebih tertarik dengan perkembangan imej terbaru anak dara mereka yang kini sudahpun berusia lapan tahun iaitu North West.
Kim semakin kerap memuat naik foto bersama North kebelakangan ini apabila mereka sering dilihat berada di lokasi yang sama termasuklah di lokasi perkahwinan Kourtney Kardashian dan Travis Barker di Portofino, Itali. Selalunya, mata akan tertumpu kepada kehadiran Kim. Namun kali ini berlainan sedikit apabila warganet lebih tertarik dengan North yang dilihat lebih matang berbanding usianya.
Pasangan ibu dan anak itu dilihat gemar tampil ‘matchy-matchy dalam persalinan mereka. Sebagai contoh sewaktu berada di sebuah restoran, Kim dan North memilih persalinan hitam dan kelabu ibarat BFF. Sambil menari bersama, North dilihat sudah semakin menghampiri ketinggian Kim dan kini berada di paras bahu ibunya itu.
Ketika menghadiri majlis perkahwinan Kourtney, Kim dan North juga dilihat amat rapat serta saling melengkapi dalam kepingan foto yang dimuat naik. Ada peminat yang berkata North perlahan-lahan semakin menyerupai Kim. Ada juga yang menganggap North umpama kembar Kim.
Namun, tidak semua warganet yang mempunyai tanggapan positif terhadap imej matang North. Ada yang tidak bersetuju dengan keputusan Kim membenarkan anaknya memakai sepatu setinggi dua inci pada usia semuda lapan tahun. Malah, pemakaian korset (di luar bajunya), rantai jenis choker dan imej bersolek North juga mengundang rasa tidak senang dalam kalangan pemerhati.
Hhm, apa pendapat korang?
Buat masa ini, Kim dan Kanye masing-masing berkongsi hak penjagaan North dan tiga lagi anak mereka yang lain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kecantikan yang sebenar bukan di ukur melalui ketebalan mekap yang dipakai oleh seorang wanita, sebaliknya kejelitaan asli seorang wanita di lihat pada wajah sebenar mereka tanpa sebarang sentuhan mekap di kulit.
Mira Filzah antara pelakon yang tetap terlihat cantik walaupun terpaksa berlakon dengan wajah bare face.
Berkongsi rahsia amalan kecantikannya, pelakon kecil molek ini mengakui mengamalkan ‘ice facial’ untuk jaga kulit wajah.
Mesti ramai lagi di luar sana yang teruja nak tahu rahsia cantik Mira Filzah ini sebab walau sudah mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Wan Khair Amir Wan Emir Astar, ini langsung tidak menjejaskan kecantikan Mira Filzah.
Tetap nampak manis dan ayu dengan penampilan bertudung, malah dia salah seorang artis yang betubuh badan kekal langsing.
Berkongsi tentang soal cantik, bagi Mira, duduk rumah pun masih kena jaga kulit muka. Dan ini antara tip lain yang dikongsikan oleh bekas pengacara Nona untuk elak kulit muka breakout teruk.
Jaga Makan Yang Diambil
Pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu juga menasihatkan peminat agar tidak mengambil makanan yang berminyak, banyakkan meminum air putih dan elakkan diri daripada terlalu kerap menyentuh bahagian muka.
Selain itu, Mira turut berkongsi rahsia dia kekal awet muda iaitu dengan mengamalkan ice facial.
Menurutnya, ice facial mempunyai banyak manfaat antaranya mampu mengecutkan jerawat, melembut dan mencerahkan kulit, kurangkan kesan gelap di bawah mata serta banyak lagi.
Ini Kebaikan Ice Facial!
Sebenarnya, menggosokkan ais pada wajah sangat menyegarkan lebih-lebih lagi selepas seharian sibuk. Pernah dengar tak stress boleh jadi punca kepada pertumbuhan jerawat? Memang boleh terjadi benda ni.
Kalau selalu sangat hadap dengan tekanan, boleh memberi kesan buruk kepada kulit wajah. Nanti muncul jerawat. Lepas tu muncul lagi jerawat. Makin bertambah-tambah jerawat. Tetapi jangan risau, ais dapat membantu. Kerana ais dapat meningkatkan peredaran darah di wajah anda selepas itu kulit wajah anda yang bersih dan cantik.
Untuk pengetahuan, Ice Facial merupakan trend kecantikan di Korea. Cara ini menginspirasikan orang di seluruh dunia tentang kebaikan menggosokkan ais pada wajah untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri dan bersih. Sememangnya trend ini sangat berguna dan banyak kebaikannya.
Ringkas dan mudah juga ‘rahsia’ kulit cantik Mira. Jadi bagi korang yang kulit muka breakout tu, selamat mencuba tip daripada Mira Filzah ini okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!