“It has been a long time coming!”

..dan kini, impian para Blackjacks untuk menyaksikan keempat-empat ahli kumpulan K-pop kegemaran mereka, 2NE1 melakukan persembahan ‘comeback’ akhirnya kesampaian setelah tempoh enam tahun.

2NE1 melakukan kemunculan istimewa sejak 2015 di festival Coachella yang kini berlangsung di California, Amerika Syarikat. Kali terakhir 2NE1 melakukan persembahan pada skala besar ini adalah pada acara Mnet Asian Music Awards (MAMA) 2015.

Kemunculan tersebut hadir setelah CL muncul secara solo untuk menyanyikan single Hello B****es dan Spicy yang dipetik daripada album terbarunya, Alpha sebagai penutup slot label 88rising di pentas tersebut.

“Are you ready for the BEST?!” – CL

Tampil membawakan single hit mereka, I Am The Best dari tahun 2011, kuartet yang dianggotai oleh Park Bom, Sandara Park, CL (Lee Chaerin) dan Minzy itu mengejutkan penonton yang berada di sana dan penonton siaran langsung yang dibawakan oleh Coachella menerusi YouTube pada hari ini.

IKLAN

And they all looked so good and healthy; *keep the happy tears coming*.

IKLAN

In fact, persembahan 2NE1 mengejutkan semua pihak sehinggakan Dara dilaporkan kehilangan satu belah kasutnya apabila secara tidak sengaja menendangnya hingga tertanggal di atas pentas!

Adakah ini bermakna 2NE1 bakal muncul dengan single mahupun album baharu selepas ini? Well, masih belum ada pengumuman rasmi sekiranya mereka akan terlibat dalam projek terbaru pada tahun ini. Begitupun, ahli 2NE1 sentiasa terbuka bercakap tentang keinginan untuk bersatu semula, sat hari nanti.

IKLAN

Khabarnya juga, CL yang mencadangkan kejutan ini dilakukan setelah namanya disertakan dalam barisan penghibur di bawah slot ‘Head In The Clouds’ oleh 88rising ini.

Unnie! Sandara Park Teruja Bersama 2NE1 Hingga Kasut Tercampak Di Coachella

Kali terakhir keempat-empat ahli kumpulan yang dahuluinya dikelolakan oleh label YG Entertainment ini disaksikan bersama-sama di satu lokasi adalah pada tahun 2019 ketika melakukan sesi Instagram Live bersempena ulang tahun ke-10 2NE1.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI