Pelakon dan personaliti media sosial, Azhar Sulaiman tampil memberikan pandangannya mengenai desakan segelintir pihak agar Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek meletakkan jawatan susulan insiden yang berlaku di sekolah baru-baru ini.
Menurut Azhar, desakan tersebut tidak wajar memandangkan punca sebenar isu itu bukanlah berpunca daripada pihak kementerian atau sekolah, sebaliknya melibatkan akses pelajar terhadap gajet dan internet.
“Macam-macam masalah berlaku kat sekolah ni. Abang rasa tak patut kita salahkan Menteri Pendidikan Fadlina Sidek, KPM, sekolah, atau jabatan pelajaran negeri dan daerah.
“Semua pihak telah melakukan yang terbaik untuk menjaga keselamatan sekolah kita,” katanya.
Aktor berusia 54 tahun itu turut menjelaskan bahawa kanak-kanak zaman sekarang semakin bijak mencari bahan terlarang secara dalam talian dengan menggunakan pelbagai peranti elektronik.
Ads
“Kalau tak dapat telefon yang boleh akses internet, mereka guna komputer riba ibu bapa.
Ads
“Budak-budak sekarang memang pandai nak cari bahan. Mungkin bagi anak pakai walkie-talkie je habis cerita,” jelasnya berseloroh.
Ads
Dalam masa sama, Azhar turut membandingkan sistem kawalan digital di Malaysia dengan negara jiran, Singapura, yang disifatkan lebih ketat dan berkesan.
“Kalau di Singapura, kalau kalian taip sahaja alamat tak tentu pasal, keluar arahan datang pada kamu,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. Pertandingan Barbie® You Can Be A Designer menjadikan impian enam kanank-kanak ini menjadi kenyataan.
Mereka tidak hanya memenangi peluang bimbingan sekali seumur hidup untuk belajar dari Pereka Fesyen, Kittie Yiyi, dan Penata Fesyen, Min Luna. Reka bentuk asal mereka menjadi kenyataan dan dihidupkan oleh Kittie Yiyi, Min Luna dan juga boneka Barbie® mereka.
Untuk info, pertandingan ini dibuka untuk dihantar dari 30 April 2021 hingga 7 Jun 2021. 85 penyertaan dari seluruh Malaysia dihantar dalam dua kategori umur. iaitu Kategori A (berumur 5-8 tahun) dan Kategori B (berumur 9-12 tahun).
Anak-anak yang kreatif ini menyampaikan pelbagai rekaan yang ‘wow” untuk tontonan para hakim dan menunjukkan minat dan keperibadian mereka. 20 penyertaan teratas disenarai pendek untuk Persembahan secara maya. Di mana para pereka berpeluang untuk mempersembahkan rekaan mereka ke panel penjurian. Terdapat Kittie Yiyi, Min Luna, dan Elaine Lim, Pengurus Jenama Mattel Continental Asia.
“Saya amat terinspirasi menyaksikan kanak-kanak perempuan seawal 5 tahun begitu berminat dalam rekaan fesyen. Semestinya ia mengembalikan memori ketika saya kecil dan menjahit pakaian untuk anak patung Barbie® saya. Ia satu pengalaman yang menggembirakan dapat terlibat dalam perjalanan pereka-pereka cilik ini.” kata pereka fesyen, Kittie Yiyi
Aleesya Inara, Nina, Khayrah, Alayna, Olivia, dan Umaa Meenaa yang akhirnya meyakinkan para juri dan meraih tempat teratas untuk bimbingan fesyen. Enam pereka muda itu benar-benar mewujudkan semangat Barbie® Fashion Reinvention, dengan reka bentuk menarik dan persembahan hebat mereka.
PEMENANG
Dari Kategori A,
Gaun transformasi Khayrah (8) yang diilhamkan oleh PPE adalah penghormatan tulus kepada ibu saudaranya yang merupakan barisan hadapan.
Gaun Aleesya Inara (7) yang menggembirakan, inspirasi donat dan keperibadian sebelum waktunya membuatnya menonjol.
Pakaian pantai Nina yang cerah dan berwarna-warni adalah ledakan karisma yang luar biasa.
Dari Kategori B,
Alayna (9) menceritakan kisah pertumbuhan yang menginspirasi dengan gaunnya yang elegan dan berinspirasi rama-rama
Olivia (10) mengejutkan para juri dengan bilangan inspirasi unicorn yang sangat bergaya dan praktikal.
Umaa Meenaa (11) memaparkan ciptaan cantik yang diilhami galaksi, menunjukkan penggunaan bentuk dan siluet yang mahir.
Program bersama mentor itu pada asalnya dirancang secara fizikal, bagaimanapun bagi memastikan keselamatan para pemenang dan mentor dalam tempoh pandemik COVID-19 kini, Barbie® memutuskan untuk mengadakan program tersebut secara dalam talian.
Setiap pemenang diberikan kit pereka khusus yang lengkap bagi membantu mereka menonjolkan sisi kreatif masing-masing. Sesi bersama Min Luna difokuskan terhadap menyerlahkan potensi dalaman, mencari keyakinan dan belajar berkenaan gaya peribadi. Sesi bersama Kittie Yiyi pula terarah pada selok-belok industri fesyen, dan dalam masa yang sama membantu mereka menghasilkan rekaan versi saiz anak patung Barbie® masing-masing.
Bagus kan pertandingan macam ni, boleh lahirkan ramai pereka fesyen dan didedahkan dari zaman kanak-kanak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya faham perasaan seorang isteri yang terpaksa melalui situasi kehancuran rumah tangga.
“Wanita perlu menghormati wanita lain dan berhenti menormalisasi kelakuan tidak sopan tersebut (rosakkan rumah tangga),” coretnya.
Pada masa sama, isteri kepada pelakon Aiman Hakim Ridza berkata meruntuhkan perkahwinan orang lain, lebih-lebih lagi apabila melibatkan anak-anak adalah satu perbuatan yang tidak bermoral.
“Lebih-lebih lagi apabila terdapat kanak-kanak yang terlibat. Memecah belahkan keluarga adalah sifat tidak bermoral,” katanya lagi.
Sekadar informasi, Zahirah mendirikan rumah tangga bersama Aiman pada 20 Februari 2020 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Isaac Raees yang kini berusia 3 tahun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Seperti dijadualkan, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil dalam pengumuman khas bagi Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) bermula jam 5 petang tadi.
Pengumuman yang dilancarkan secara langsung di saluran televisyen utama negara itu bukanlah untuk menyatakan penamatan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.
Seperti yang dimaklumkan beliau semalam, strategi kerajaan sekarang disebut sebagai Fasa 1, 2, 3 dan 4; dan bukan lagi sebagai PKP, PKPB atau PKPB lagi melainkan PKP Bersyarat (PKPB) untuk kawasan yang mencatatkan jangkitan wabak COVID-19 baharu pada tahap membimbangkan.
Menerusi pengumuman itu, banyak sebenarnya topik yang diliputi oleh PM. Namun, REMAJA tertarik untuk memberi fokus kapada soal pembayaran balik pinjaman oleh para graduan dalam tempoh yang sukar ini.
Menurut beliau, beberapa inisiatif telah dipersetujui oleh beberapa agensi Kerajaan dan penangguhan bayaran balik pinjaman telahpun diluluskan demi membantu para peminjam pendidikan.
“Pertama adalah pemberian moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam PTPTN.”
“Kedua adalah menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah JPAdan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan sehingga enam bulan.
“Ketiga adalah menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah RM100 selama 12 bulan.
“Ahkir sekali adalah menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan.
“Nilai keseluruhan inisiatif ini dianggarkan berjumlah RM400 juta dan akan memanfaatkan seramai 1.6 juta,” umum beliau. Dengan inisiatif ini, maka graduan bolehlah menarik nafas lega buat seketika waktu sementara negara masih dalam Fasa Pertama PPN.
Sumber Foto : BERNAMA.
MORATORIUM Dengan Kerjasama Pihak Bank
Lebih tiga bulan berlalu sejak isu moratorium bayaran balik pinjaman bank diusulkan oleh rakyat serta beberapa ahli politik sejak Fasa Pertama PPN dimulakan pada 1 Jun lalu.
Lantas, tumpuan rakyat kepada pengumuman pada hari ini majoritinya terarah kepada isu ini. Mungkin, sengaja PM letakkan poin ini sebagai di antara poin terakhir dalam ucapannya dan rata-rata penonton serta pendengar di seluruh Malaysia menantikannya.
“Kerajaan faham keresahan rakyat pada masa ini. Ramai yang terjejas dan ini bukan melibatkan golongan B40 sahaja. Saya banyak mendengar dan membaca rintihan yang sama daripada golongan M40 dan T20 yang turut mengalami peningkatan tanggungan kerana mereka juga membantu ahli keluarga atau saudara mara yang terjejas akibat COVID-19.
“Sukacita saya umumkan, dengan kerjasama pihak bank, moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro.
“Tiada lagi syarat seperti pengurangan pendapatan, tiada semakan sama ada anda telah hilang pekerjaan dan tiada lagi dokumentasi yang perlu dikemukakan untuk permohonan.
“Anda cuma perlu memohon dan kelulusan akan diberikan secara automatik. Kemudahan ini juga ditawarkan kepada pengusaha PKS yang terjejas tertakluk kepada semakan dan kelulusan pihak bank.
“Permohonan akan dibuka pada 7 Julai 2021. Peminjam hanya perlu memohon dan menandatangani perjanjian pindaan syarat-syarat pinjaman yang berkaitan. Saya berharap inisiatif moratorium ini dapat sedikit sebanyak membantu peminjam individu dan PKS dalam menguruskan aliran tunai mereka semasa tempoh yang mencabar ini.
“Walau bagaimanapun, saya juga ingin berpesan gunalah tawaran ini dengan sebaiknya dan jika tidak mendesak, janganlah membuat tambahan komitmen kewangan lain,” pesan beliau.
So guys, diharap dengan pencerahan daripada PM ini kita bolehlah menempuhi tempoh PPN kali ini dengan lebih tenang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...