Di saat rakyat Malaysia masih belum dibenarkan untuk menyeberangi sempadan negara, nampaknya kita terpaksa melihat saja foto-foto menarik yang diambil oleh remaja di negara jiran, Singapura di sebuah tarikan baru di sana.
Perkenalkan, model kereta api terkenal trans-Eropah iaitu The Orient Express yang kini ‘singgah’ sebentar di Singapura untuk pameran berjudul ‘Once Upon A Time on The Orient Express’.
Sekali imbas, macam kereta api Hogwarts Express pula yang digunakan dalam siri Harry Potter.
Sejak dibuka pada 12 Disember tahun lalu di West Lawn of the Gardens by the Bay, Singapura menjadi destinasi pertama untuk menerima kunjungan pameran Orient Express ini di luar negara Perancis.
Menurut beberapa risalah yang diterima oleh REMAJA baru-baru ini, pameran tersbut menampilkan 2 gerabak asli kereta api dari era 1930, satu gerabak jenis locomotive berusia 158 tahun dan juga artifak asli Orient Express yang menerangkan dengan teliti mengenai sejarah kereta api mewah ini.
Jom lihat apa yang dapat disaksikan oleh pengunjung di sana. Haihh ruginya kita!
.
.
Ads
Gerabak Pullman
Pengunjung berpeluang menaiki gerabak pullman yang telah dihiaskan dengan dekorasi bertema pada bahagian kerusi dan meja.
Lihat sajalah pada siling yang diperkemas dengan material kulit pulit, langsir baldu dari Genoa, alas meja dan cawan kristal yang dihidangkan kepada penumpang sebenar pada zaman dahulu.
.
.
Gerabak Fourgan
Ini merupakan gerabak khas bagi mengangkut kesemua bagasi penumpang. Mewah betul barangan yang dimiliki oleh penumpang dulu kala.
Ads
.
.
Artifak
Lebih 300 item asli Orient Express dipamerkan termasuklah poster filem yang diilhamkan daripada Orient Express, beberapa peti bagasi daripada Louis Vuitton yang dibawa penumpang, peta perjalanan kereta api dan macam-macam lagi.
Walaupun pengunjung tak dapat untuk ‘menaiki’ kereta api tersebut, sekurang-kurangnya mereka dapat mencuba merasai menu khas di restoran pop-up di sana. Ia merupakan replika gerabak Anatolia daripada tahun 1925.
Pengunjung boleh mengalas perut dalam gerabak dining Anatolia dan menunya dihidangkan oleh tukang masak bertaraf 3 Michelin stars tau!
Selain itu, tentunya pengunjung tidak mahu lepaskan peluang untuk mendapatkan beberapa cenderamata seperti set pelekat (sticker), rantai kunci, beg jenis tote, selendang sutera yang dijual dan macam-macam lagi barangan sebagai kenangan.
*
Harap-haraplah rakyat Malaysia dibenarkan untuk menyeberang sempadan tak lama lagi memandangkan pameran Orient Express ini hanya akan dibuka sehingga 13 Jun 2021. Untuk makluman lanjut, layari laman web mereks DI SINI.
Jika sebelum ini masyarakat Malaysia kagum dengan kereta api laju yang terdapat di Jepun, kini tak perlu pergi jauh, negara jiran kita Indonesia bakal melancarkan perkhidmatan pengangkutan awam itu dengan menghubungkan dua kota favorite rakyat Malaysia, Jakarta dan Bandung.
Khabarnya, Projek Kereta Cepat Indonesia (KCID) sedang dalam fasa pembangunan dan bakal memiliki landasan sepanjang 142.3 kilometer yang membolehkan kelajuan perjalanan sehingga 350 km/j.
Ia secara tidak langsung dapat memendekkan jangka masa perjalanan dari 3 jam menerusi keretapi biasa menjadi 45 minit sahaja dengan kereta api laju ini.
Wow, menarik kan?
Indonesia juga menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang mempunyai landasan sepanjang 142.3 kilometer dengan kelajuan mencecah sehingga 400 km/j, menggunakan model kereta api peluru CR400AF yang diperoleh daripada CRRC.
Kereta api laju ini terdiri daripada lapan gerabak sepanjang 209 meter dan berupaya membawa sehingga 556 orang penumpang pada satu masa. Ia juga mempunyai kemudahan lain antaranya seperti tempat duduk VIP dan kelas pertama, ruang makan, tandas dan mesra OKU. Projek kereta api laju ini dijangka siap menjelang tahun hadapan.
Tahukah #KawulaModa apa itu proyek Kereta Cepat Jakarta-Bandung (KCJB)? Atau mungkin pernah melihat lintasan kereta cepat yang kini tengah dibangun di sepanjang jalan Tol Cikampek? pic.twitter.com/SvMhWGbvlm
Ha, mesti ramai yang dah tak sabar dan berharap agar sempadan negara dibuka kan? Marilah sama-sama kita berdoa agar wabak pandemik COVID-19 ini tidak terus menular.
Bekas ratu cantik, Miss World Malaysia 2008 yang kini merupakan ahli akademik, Dr. Soo Wincci bukan nama asing dalam industri muzik tanah air kita.
Walaupun sudah memiliki pakej yang lengkap dengan rupa paras yang cantik dan badan yang menjadi idaman semua. namun Soo Wincci tetap mengambil berat akan berat badannya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan seorang nenek membaca surah Yasin ketika sedang menunggu cucunya yang sedang menduduki peperiksan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah meraih perhatian masyarakat di media sosial.
Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Lenggong melalui TikTok, kelihatan seorang warga emas duduk di bangku luar dewan sambil membaca al-Quran dan berzikir sementara cucunya menjawab SPM.
Difahamkan, keberadaan warga emas itu di sekolah adalah untuk memberi semangat kepada kepada cucunya yang baru sahaja kehilangan ibu.
Gelagat seorang nenek yang tenang menunggu cucu SPM sambil membaca yasin di kawasan sekolah (Kredit: Tiktok @c_s.ihsan)
Menurut sumber, ibu pelajar tersebut baru saja meninggal dunia pada Oktober lalu dan calon merupakan pelajar cemerlang yang mendapat pointer 3.6 seperti didedahkan guru yang mengajar pelajar ini.
Video dimuat naik di akaun TikTok @c_s.ihsan kini mendapat 1.1 juta tontonan dengan lebih 188 ribu tanda suka selain turut mendapat pebagai komen warga di Tiktok.
Menerusi komen, rata-rata masyarakat meluahkan rasa sayu dan hiba apabila terkenangkan kampung halaman terutama insan tersayang bergelar nenek atau ibu yang sudah pergi menemui Ilahi.
Dalam pada itu, ramai di antara pengguna internet turut menghargai pengorbanan warga emas itu yang setia menunggu sehingga cucunya selesai mengambil peperiksaan.
Wah! Semoga dengan doa nenek pelajar ini, cucunya memperoleh kejayaan dunia akhirat, insyaAllah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!