Baru-baru ini, rakyat Malaysia dikejutkan dengan kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bahawa semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta pendaan MS SIRIM daripda SIRIm QAS International Sdn Bhd.
Malah, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pelaksanaan itu kerana negara kini di fasa peralihan endemik.
Terbaru, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengumumkan penangguhan penguatkuasaannya ke 1 Januari 2023 daripada tarikah asal 4 Julai 2022 selepas menerima reaksi negatif dari orang ramai.
Antara isu yang merisaukan orang ramai ialah kenaikan harga jualan pelitup muka yang masih lagi mandatori pemakaiannya apabila di luar.
Ads
Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penangguhan tersebut dilakukan selepas mengambil kira reaksi masyarakat dan pelbagai pihak.
Bagaimanapun dia menjelaskan bahawa, pewartaan itu sebenarnhya bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan dan peranti rokok elektronik sama ada dihasilkan dalam negara atau import mematuhi standard dan berkualiti untuk keselamatan pengguna.
Denda Dan Hukuman
Malah, kerajaan turut menekankan yang mana kegagalan mematuhi perintah ini boleh membawa kepada denda tidak melebihi RM200,000, manakala untuk kesalahan kali kedua dan seterusnya, denda tidak melebihi sebanyak RM500,000.
Ads
Bagi individu pula, denda akan dikenakan tidak lebih RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali. Dan bagi kesalahan kedua dan berikutnya, boleh didenda tidak melebihi RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Hmm…ada ada masa lah kita nak habiskan stok pelitup muka kat rumah tu dulu ye!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Susulan itu, di ruangan komen melihatkan para netizen mengucapakan ucapan tahniah kepada Ainul Mardhiah. Selain itu, mereka juga turut mendoakan agar bayi kecil itu cepat sembuh
Untuk pengetahuan, kisah Ainul mula mendapat perhatian umum selepas tular di laman sosial media mengalami ketumbuhan pada bahagian mulut yang dikenal pasti sebagai kanser ‘Germ Cell Tumor’.
Selain itu, kisah Ainul juga turut mendapat perhatian Dr Nur Amalina Che Bakri yang juga turut sama terlibat dalam pembedahan membuang tumor seberat 200 gram pada 10 Jun lalu bersama sekumpulan doktor pakar pelbagai bidang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dengan situasi yang berlaku sekarang, stok topeng muka dan hand sanitizer laku bagaikan goreng pisang panas. Hampir kebanyakan kedai sama ada runcit atau pun pasar raya tidak mempunyai bekalan yang secukupnya.
Oleh hal yang demikian, maka wujudlah peniaga yang tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan untuk menjual dengan harga yang tak masuk akal.
Menurut Berita Harian, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan tegas kepada pihak-piak yang menaikkan harga topeng muka secara tidak munasabah susulan penularan wabak koronavirus.
Terdapat lima jenis topeng muka yang ditetapkan sebagai barangan harga terkawal dan sekiranya korang tertangkap boleh dipenjara sehingga 3 tahun atau dedenda sehingga RM50 ribu bagi individu dan syarikat pula boleh dedenda sehingga RM500,000.
Wah, bukan perkara main-main ya.
Berikut merupakan 5 jenis topeng muka barangan harga terkawal dengan senarai harga yang ditetapkan:
1. Topeng muka (pembedahan/perubatan) satu lapisan (gelung telinga)
Harga borong RM5 sekotak, harga runcit RM7 sekotak.
Harga borong RM25 sekotak, harga runcit RM0.80 sen seunit.
Gambar hiasan
4. Topeng muka (pembedahan/perubatan) 3 lapisan (ikatan pada kepala)
Harga borong RM30 sekotak, harga runcit RM0.80 sen seunit.
5. Topeng muka (pembedahan/perubatan) N95
Harga borong RM100 sekotak, harga runcit RM6 seunit.
Korang boleh laporkan kepada KPDNHEP sekiranya terdapat mana-mana pihak yang menjual lebih mahal dari harga maksimum. WhatsApp kan ke nombor 0192794317.
Pernah tak korang nak buat kuih raya sampai pening sebab terlalu rumit dan tak jadi akhirnya? Nak beli kuih raya dekat luar macam mahal, nak buat sendiri bahan pula tak reti. Macam mana ni?
Apa kata korang buat je kuih raya yang senang nak buat ni, namanya Almond Cluster.
Memang mudah, tak payah bakar dalam oven pun, bahan yang digunakan pun cuma dua jenis saja. Nak cuba? Boleh ikut perkongsian Muhamad Fadzul Ilahi Azhar.
Almond cluster, kuih raya paling senang nak buat
Dalam tak planning, dan tak pernah buat jualan untuk raya maka terjadi lah ALMOND CLUSTER. Alhamdullilah rezeki, bahan cuma dua saja.
Bahan:
1kg almond strip/ badam hiris- dibakar atau disangai hingga perang
1kg Beryl’s Milk Chocolate Coin – cairkan dengan kaedah double boil atau menggunakan microwave.
Cara membuat:
1. Selepas badam disangai dan coklat dicairkan biarkankan keduanta sejuk.
2. Kemudian satukan dua bahan ini dalam bekas dan sudu masuk dalam cup atau parchment paper.
3. Sejukkan dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Keluarkan dan susun dalam bekas.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!