
Sudah lebih kurang dua tahun masyarakat dunia terpaksa ‘hidup’ bersama virus COVID-19 yang nampaknya masih belum beransur pulih, malah hari demi hari macam-macam pula varian baru yang muncul.
ARTIKEL BERKAITAN : Indonesia Mansuh Keperluan Kuarantin Bagi Semua Penggembara

Kita juga sudah terbiasa dengan SOP yang ditetapkan dan sentiasa mengenakan pelitup muka ketika berada di tempat awam.
Terbaharu, Singapura sedang melonggarkan lebih banyak sekatan COVID-19, termasuk menarik semula kebanyakan sekatan bagi pelawat divaksin sepenuhnya yang tiba ke negara itu serta menggugurkan syarat memakai pelitup muka di luar rumah.
Pengumuman tersebut disampaikan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam ucapannya pada Khamis.
Singapura antara negara pertama yang beralih kepada strategi hidup bersama COVID-19, tetapi terpaksa memperlahankan beberapa rancangan pelonggarannya berikutan penularan wabak berikutnya.

Alhamdulillah, sekarang gelombang varian Omicron di negara Asia Tenggara sudah mulai reda.
Pada kemuncaknya, Singapura melaporkan rekod hampir 26,000 kes pada Februari lalu, bagaimanapun jumlah jangkitan harian menurun kepada kira-kira 9,000 semalam.
Kebanyakan kes mempunyai simptom ringan atau tiada, dengan kira-kira 92 peratus daripada 5.5 juta penduduknya sudah divaksin sepenuhnya. Sejumlah 71 peratus lagi menerima dos penggalak.
Berita baik ni buat korang yang sudah rindu nak ke negara jiran, Singapura!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menteri Kewangan Saran Bank Lupuskan Faedah Teraku Dalam Tempoh Moratarium

Jika semalam rakyat tertanya-tanya mengenai faedah yang bakal dibayar oleh mereka jika mengambil enam bulan moratarium, hari ini Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dicatatab fbnya menyarankan agar semua institusi kewangan khususnya yang terlibat dalam moratorium untuk mempertimbangkan bagi melupuskan kadar faedah terakru (bagi pinjaman sewa beli atau keuntungan (bagi pembiayaan Islam berkadar tetap sepanjang tempoh enam bulan skim tersebut,
Dalam catatannya hari ini, Menteri Kewangan ini menyarankan agar bank m𝐞𝐥𝐮𝐩𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐫𝐚𝐤𝐫𝐮 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐏𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐰𝐚 𝐁𝐞𝐥𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐊𝐞𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐦𝐛𝐢𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐊𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐓𝐞𝐭𝐚𝐩.
Didoakan Saudara dan Saudari berada di dalam keadaan sihat bersama keluarga.
Baru-baru ini berlaku kekeliruan umum berkenaan kadar faedah atau keuntungan yang dikenakan berkaitan skim moratorium (penangguhan) 6 bulan bayaran balik pinjaman sewa beli yang ditawarkan oleh institusi kewangan.
Antara punca kekeliruan ini disebabkan pelbagai sumber yang membawa maklumat kurang tepat.
Sehubungan dengan itu, pihak Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1 Mei 2020 telahpun menerbitkan di laman web BNM sebuah dokumen ‘Soalan Lazim (FAQs) Mengenai Pengendalian Moratorium bagi Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap’ yang telah dikemaskini. BNM juga telah membuat sidang media untuk memperjelaskan lagi kekeliruan yang dihadapi peminjam.
Sejak kebelakangan ini, media massa dan netizen banyak menimbulkan persoalan mengenai isu ini.
Untuk makluman saudara saudari, memang terdapat bank yang menawarkan moratorium pinjaman tanpa mengenakan faedah terakru (accrued interest) atau faedah dikompaun (compounded interest) atas pinjaman. Namun yang demikian, ia tidaklah merangkumi semua produk pinjaman. Setiap bank pula ambil pendekatan tersendiri dalam hal mengenakan faedah sewaktu tempoh moratorium.
𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐤𝐢𝐫𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐧𝐠𝐤𝐢𝐧𝐚𝐧 𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫 𝐩𝐞𝐫𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭, 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐢𝐧𝐠𝐢𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐫𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚 𝐢𝐧𝐬𝐭𝐢𝐭𝐮𝐬𝐢 𝐤𝐞𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐡𝐮𝐬𝐮𝐬𝐧𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐦𝐨𝐫𝐚𝐭𝐨𝐫𝐢𝐮𝐦 𝐢𝐧𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐟𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐤𝐫𝐮 (𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐰𝐚 𝐛𝐞𝐥𝐢) 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐤𝐞𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 (𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐩𝐞𝐦𝐛𝐢𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩) 𝐝𝐢𝐥𝐮𝐩𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝟔 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐦𝐨𝐫𝐚𝐭𝐨𝐫𝐢𝐮𝐦.
Menurut Akta Bank Negara 2009, isu ini berada di bawah bidang kuasa BNM. Namun yang demikian, Kementerian Kewangan telah memulakan langkah proaktif mencari penyelesaian kemelut ini melalui perbincangan bersama BNM dan bank-bank untuk membuat keputusan yang tepat mengikut keperluan rakyat.
Kami di Kementerian Kewangan bersedia untuk bekerjasama dengan BNM dan sektor perbankan bagi memastikan pelaksanaan saranan ini. Kerajaan sentiasa peka kepada cetusan hati nurani rakyat, terutamanya dari golongan B40 dan M40, dan mengambil berat perkara ini. Dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar disebabkan oleh wabak COVID-19, saya amat berharap pandangan ini dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya oleh BNM dan juga institusi-institusi kewangan dalam negara.
Saya yakin langkah ini akan dapat memberi impak positif kepada rakyat kita.
Tengku Zafrul Aziz
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Elak Strok Haba, Jemaah Haji Dinasihat Bawa Oral Rehydration Salt Ke Makkah

Hari ini bermulalah penerbangan pertama jemaah haji ke Tanah Suci Makkah. Betapa beruntungnya mereka yang dapat panggilan untuk menunaikan rukun Islam ke 5 ini iaitu menunaikan fardu haji bagi yang mampu.
Tidak hanya golongan berusia, ada juga di kalangan remaja yang berpeluang menunaikan haji pada usia muda kerana nama mereka tersenarai dan telah mendaftar awal bersama Tabung Haji sejak kecil lagi.
Jika saban masa kita mengetahui keadaan cuaca di Makkah agak panas, tahun ni bakal Jemaah berhadapan cuaca yang agak panas dan dijangka mencecah 50 darjah Celsius.
Bagi anak-anak yang ada ahli keluarga mereka dapat menunaikan haji tahun ini, ada pesanan penting untuk korang sampaikan pada mak ayah ya iaitu bawalah bekalan ubat air garam ini kerana ia dapat menampung kembali tenaga yang terhidrat akibat cuaca panas bakal dihadapi kelak.
Pesan pada mak ayah jangan lupa bawa ubat garam ini ya agar tidak terjadi strok haba.
Baca perkongsian dari Public Health Malaysia ini mengenai hal ini.

Tolong kongsikan infomasi penting ini!
Jemaah Malaysia yang bakal menunaikan fardu haji tahun ini dijangka berhadapan dengan cabaran cuaca panas dan suhu dijangka mencecah 50 darjah Celsius!
Strok haba merupakan antara masalah kesihatan utama semasa tempoh ini dan perlu diambil perhatian SERIUS.
AMBIL TEMPOH MASA UNTUK MENYESUAIKAN DIRI
Semasa berada di Malaysia dan sebaik tiba di Saudi, dedahkan tubuh dengan cuaca panas SECARA BERPERINGKAT sebelum mula kemuncak ibadah haji.
Ini penting untuk membolehkan tubuh badan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran dan belajar untuk mengurangkan suhu badan dengan cepat.
Tempoh penyesuaian suhu ini mengambil masa 1- 2 minggu.

MINUM ORS
ORS dan Oral Rehydration Salt adalah antara paling penting, mudah dan selamat untuk mencegah masalah strok haba.
Apabila berpeluh terlalu banyak, garam akan keluar dari tubuh, apabila garam mula rendah anda mula berasa lesu, pening, kaki dan perut mula rasa kejang.
ORS ini dapat mengantikan garam dan air dengan pantas dan berkesan.
IKUTI PHM UNTUK TIPS KESIHATAN BERKAITAN HAJI. Like Public Health Malaysia
Official : Lembaga Tabung Haji
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa
![[Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa 12 [Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa](https://cdn.remaja.my/2018/10/guna-2.jpg)
Gempar bila kedai makan laksa popular di Kedah dikatakan menjadi punca kepada dua kematian akibat keracunan makanan.
Menurut salah seorang anak mangsa, ibunya mula cirit-birit dan muntah-muntah tanpa henti selepas makan laksa.
Peristiwa ini berlaku kira-kira pada awal Oktober lalu..
![[Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa 13 [Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa](https://cdn.remaja.my/2018/12/2018.jpg)
Kes keracunan makan laksa popular yang didakwa dari Kampung Seri Landak, Kupang Kedah yang mengakibatkan dua mati sementara 10 lagi masih mendapatkan rawatan sememangnya satu berita mengejut dan masa yang sama amat menyedihkan.
Ekoran kejadian ini, Kementerian Kesihatan Malaysia sudah mengeluarkan notis arahan tutup sementara gerai laksa berkenaan selepas banyak mangsa mengalami cirit birit teruk selepas menikmati laksa yang amat popular ini kerana di katakan kuahnya berbau wangi dan rasanya amat sedap.
![[Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa 14 [Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa](https://cdn.remaja.my/2018/10/43360902_1083538425157200_7879572706620866560_n.jpg)
![[Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa 15 [Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa](https://cdn.remaja.my/2018/10/43419321_1083538485157194_7882384540105179136_n.jpg)
![[Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa 16 [Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa](https://cdn.remaja.my/2018/10/43487643_1083538448490531_284199175682260992_n.jpg)
Menurut anak salah seorang mangsa yang meninggal selepas memakan laksa ini, arwah ibunya, Raseah Ali Musa, 70 tahun mulai cirit birit dan muntah-muntah tanpa henti bermula jam 1 pagi Sabtu selepas makan laksa itu bersamanya, petang Jumaat.
Jelas Norliza Shaari, 46 tahun dari Kampung Kerunai di sini, dia sama sekali tidak menduga keterujaan pertama kali mencuba laksa terkenal dari Kupang, Baling itu membawa kepada kematian ibunya.
“Bayangkan bermula jam 1 pagi (Sabtu malam), saya dan aarwah emak mula sakit perut diselangi cirit-birit dan muntah-muntah berterusan sehingga tak bermaya. Emak sendiri membuang air besar lebih dari 20 kali, terlihat azab dilaluinya kerana kesakitan melampau.
“Bila melihat keadaan semakin teruk, kami ke Hospital Gerik. Emak menerima rawatan manakala saya pula turut dirawat kemudian, sekitar jam 10 pagi,” katanya.
Bagaimanapun, menurutnya, keadaan kesihatan warga emas itu semakin buruk dan dipindahkan ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh untuk rawatan susulan.
“Allahyarham emak tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia di Ipoh pada jam 9 malam Jenazah emak dibawa balik ke kampung halaman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Padang Stang pada jam 11.30 pagi,” katanya.
Selain warga emas, seorang kelainan upaya, Abdul Rahim Abdul Manan, 28 turut meninggal dunia selepas didakwa menikmati laksa dari kawasan lokasi yang sama.
Menurut ayahnya, dia sama sekali tidak menyangka laksa kegemaran ahli keluarga menjadi punca kematian anak keduanya Sabtu lalu.
![[Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa 17 [Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa](https://cdn.remaja.my/2018/10/laksa.jpg)
Abdul Manan Abdul Hamid, 58, berkata, anaknya Abdul Rahim Abdul Manan, 28, yang juga orang kurang upaya (OKU) sangat meminati hidangan laksa dibeli di sebuah kedai di Kampung Seri Landak, Kupang, Kedah.
“Petang Jumaat lepas saya beli tiga bungkus laksa di kedai itu untuk dinikmati lima ahli keluarga di rumah termasuk Allahyarham tapi pada sebelah malam, sekurang-kurangnya empat ahli keluarga kami termasuk Allahyarham dan saya sendiri mengalami sakit cirit-birit luar biasa.
“Kami pergi ke Hospital Gerik keesokan hari dan diberi ubat cirit-birit tapi keadaan kesihatan kami semakin buruk menyebabkan tiga ahli keluarga termasuk Allahyarham dimasukkan ke hospital pada sebelah malam,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN : Dah 15 Tahun Niaga Laksa, Kalau Beracun Kami Mati Dulu, Pemilik Laksa Kebok Jawap Tohmahan
Abdul Rahim dari Kampung Gerik di sini, berkata demikian selepas menerima kunjungan Ahli Majlis Daerah Gerik, Fadzil Aziz dan Dr Ahmad Safwan di sini, hari ini.
Menurutnya, keadaan menjadi lebih malang apabila keadaan Abdul Rahim semakin serius dan dia akhirnya meninggal dunia pada jam 8.15 malam Sabtu lalu.
“Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Gerik, semalam tapi pemergiannya amat mengejutkan kerana keadaan fizikalnya sihat sebelum ini. Saya memang selalu beli laksa di kedai itu (Kampung Seri Landak, Kupang) sebab memang kegemaran Allahyarham.
“Sekarang hanya saya masih dirawat di hospital, seorang lagi anak saya sudah dibenarkan balik ke rumah. Kami sekeluarga juga reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.
![[Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa 18 [Recap 2018] Buang Air Besar Lebih 20 Kali, Anak Kongsi Detik Akhir Ibu Selepas Makan Laksa](https://cdn.remaja.my/2018/10/image-3.jpg)
Seorang lagi mangsa keracunan makanan, Mohammad Musa Zahedin, 21, dari Kampung Gerik, di sini mengakui fobia untuk menikmati laksa selepas mengalami masalah keracunan makanan terburuk dalam hidupnya.
“Selepas balik kerja Jumaat lepas saya nampak kakak ada beli laksa, jadi saya terus makan sebab lapar. Malam hari yang sama, saya sakit perut luar biasa hingga terpaksa buang air besar lebih 20 kali sebelum akhirnya dimasukkan ke hospital.
“Kakak maklumkan pada saya yang laksa itu dibeli di Kupang, Baling. Lepas ini, memang saya serik hendak makan laksa lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Sinar Harian difahamkan dua mangsa maut akibat keracunan makanan, manakala lebih sepuluh pesakit terpaksa menerima rawatan di Hospital Gerik.
Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail dalam satu kenyataan media berkata, siasatan sedang dijalankan berhubung kes melibatkan kematian dipercayai akibat makan laksa di Kampung Seri Landak, Kupang Kedah, minggu lalu.
Semalam, kecoh di laman sosial apabila seorang pengguna Facebook memuat naik status memaklumkan dua individu meninggal dunia akibat keracunan dipercayai selepas makan laksa dijual di gerai di Kampung Landak, Kupang.
*****
Walau bagaimanapun, pemilik gerai laksa tersebut turut membuat kenyataan bahawa perniagaannya telah dibina sejak 15 tahun lalu dan tiada sebarang bahan tambahan dimasukkan dalam laksa tersebut.
Harapnya kes ini dapat memberi pembelaan kepada kedua-dua pihak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

