
Bila datang beraya ke rumah saudara atau jiran-jiran, pasti perkara pertama yang biasanya korang buat adalah cari kuih raya yang paling best kan?
Niat nak menziarah tu memang la ada, tapi apa salahnya sekali setahun je nak melantak pelbagai kuih raya yang ada juga antaranya hanya jumpa time raya.
Berikut kami senaraikan beberapa kuih atau biskut raya yang selalu menjadi pilihan tetamu.
1. Almond London

2. Tart Nanas

3. Cornflakes madu

4. Semperit

5. Biskut Dahlia

6. Biskut Suji

7. Sarang semut

8. Mazola

9. Kuih Ros

10. Rempeyek

11. Kuih kapit

12. Kerepek bawang

13. Kerepek pisang

14. Popia simpul

15. Popia nestum

16. Almond crunchy bar

17. Red velvet cookies

So guys, apa pula kuih raya favourite korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Model Kantoi Ambil Gambar Di Seat Business Class Tapi Sebenarnya Duduk Di Kelas Ekonomi

Kebanyakan individu menggunakan media sosial sebagai medium untuk mereka menunjukkan gaya hidup dan aktiviti harian kepada pengikut dan rakan-rakan di alam maya. Sudah tentu kita akan tunjukkan perkara yang indah-indah sahaja kan?
Ini yang dilakukan oleh seorang model dari Dubai yang merakamkan foto di seat Business Class dan dimuat naik di media sosial.
Walau bagaimanapun, perbuatannya itu telah ‘ditangkap’ kerana seorang penumpang kemudian menyebarkan gambarnya yang hanya duduk di kerusi penumpang kelas ekonomi. Jelas sekali ia menunjukkan gaya hidup yang sebenarnya tidaklah berapa nak mewah sangat. Hiks!

Model yang dikenali sebagai Oceane El Himer itu mempertahankan dirinya dan meninggalkan komen di Snapchat.
“Saya tidak malu untuk travel dengan memilih seat di kelas ekonomi. Saya mengambil beberapa penerbangan untuk tiba di selatan, termasuk di satu kelas ekonomi. Saya bukanlah jenis wanita yang suka memaparkan kemewahan. Ya, saya travel dengan menaiki pesawat ekonomi dan business class. Jadi? Dimana salahnya? Saya tidak faham.
Banyak lagi perkara penting yang berlaku dalam hidup yang perlu difikirkan,”
Oceane juga turut menutup ruangan komen di hantara foto kontroversi ini dan terbaru, dia memuat naik foto dengan menunjukkan jari tengah ketika duduk di kerusi pesawat business class.
Walau bagaimanapun, netizen turut meninggalkan komen sarkastik di hantaran Instragramnya.



Aduh, kelakar pula boleh bergaduh dengan netizen dek kerana foto ‘show-off’nya itu. Rasanya bukan hanya individu yang dikenali sahaja berperangai seperti ini kan?
Orang biasa pun ada saja yang ‘feeling-feeling’ mewah tapi sebenarnya… Hiks!
Apa-apa pun ia adalah hak individu tersebut. Tapi, janganlah sampai kantoi pula. Tak pasal-pasal kan dah malu. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelajar 10 Tahun DiCabul Pemandu Van, CIKGU AJAR 5 KAEDAH Elak Jadi Mangsa Jenayah Seksual

Sabtu lalu, pasti ramai yang mengeleng kepala apabila membaca akhbar di mana dilaporkan seorang murid perempuan berusia 10 tahun menjadi jenayah mangsa seksual pemandu van sekolah dinaikinya.
Pelajar perempuan itu dipaksa menghisap **** lelaki setiap kali dia balik dari sekolah dan jenayah seksual dianggap gila ini bukan berlaku sekali, sebaliknya sudah beberapa kali berlaku sebelum dilaporkan oleh kawan yang sama menaiki van tersebut kepada ibu bapanya.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata suspek berusia 47 tahun itu sudah ditahan polis pada hari yang sama. Lebih menakutkan pemandu van itu sudah beberapa kali memaksa mangsa melakukan perbuatan jijik itu dan turut dilihat pelajar lain yang menaiki van sekolah terbabit.
Katanya, pada hari kejadian, seorang rakan mangsa mengadu pada bapa mangsa yang dia ternampak rakan sebayanya itu dipaksa menghisap kemaluan suspek.
“Bapa mangsa kemudian nampak anaknya turun daripada van berkenaan dalam keadaan menangis dan ketika di dalam rumah, bapa mangsa bertanyakan lebih lanjut mengenai kejadian itu. Mangsa memberitahu suspek sudah beberapa kali memaksanya melakukan perbuatan itu selain diugut supaya tidak mengadu kepada ibu bapanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sumber: BERITA HARIAN.
MENAKUTKAN tetapi jenayah dan kegilaan minda golongan dewasa yang melakukan jenayah seksual kepada kanak-kanak seharusnya dikecam kerana ia boleh merosakkan masa depan pelajar itu sendiri.
Kes ini mendapat perhatian serius dari seorang guru Mohd Fadhli Bin Othman yang juga pengasas Modul Goodbye Pornography yang telah menyenaraikan lima cara untuk ibu bapa dan anak-anak yang bergantung kepada perkhidmatan van sekolah dari menjadi jenayah mangsa seksual porno yang dilihat amat menggerunkan ini.

Baca perkongsiannya, semoga anak-anak dan gadis remaja tidak menjadi mangsa NAFSU SERAKAH golongan gila ini.
Anda percaya dengan Pengusaha Bas @ Van sekolah anak anda ?
Anak anda naiki van / bas ke sekolah ?
Siapakah pemandunya ?
Apakah latar belakangnya?
Siapakah orang terawal naik bas / van ?
Siapakah orang terakhir turun dari bas / van itu ?

Bukan untuk buruk sangka kepada pengusaha pengangkutan sekolah. Tetapi lebih kepada berhati hati.
Ibu bapa yang cakna, mereka akan berusaha melihat dan mengenali dengan siapa si anak berinteraksi. Meletakkan kepercayaan sepenuhnya adalah tindakan tidak wajar.
Namun tingkah dan ciri pemandu bas / van adalah diluar kawalan kita sebagai ibu bapa. Pokoknya bagaimana kita hendak mendidik anak anak kita memelihara diri dan tahu langkah langkah yang patut di ambil ketika berada dalam kenderaan tersebut.
Antara Langkah langkah yang boleh diambil ialah:
- Pastikan anak duduk dibahagian hadapan jika si anak adalah orang pertama yang menaiki kenderaan ke sekolah.
- Pastikan dan ajar anak duduk di hadapan bas / van sekiranya dia adalah orang yang terakhir di lokasi yang terakhir.
- Ajarkan anak anak anda menjarakkan diri dengan pengusaha bas / van. Elakkan si anak kerap bergurau. Di takuti batas batas itu akhirnya hilang.
- Setiap kali sebelum anak anda pulang atau tiba di rumah, pastikan anda mampu menunggu bas / van agar anak anda merasakan keberadaan anda sebagai ibu bapa.
- Lihat atau perhatikan tingkah anak terutamanya. Jika ada sebarang tanda yang pelik teruk bertanya atau berbual dengannya
Ini adalah beberapa langkah yang asas bagi ibu bapa dan anak anak. Langkah langkah ini merupakan perkara di dalam kawalan kita sebagai ibu bapa.
Yang penting pendidikan dan penjelasan di rumah hendaklah difahami dengan jelas oleh anak anak.
Jenayah seksual seperti yang dilaporkan hari ini semakin hari semakin menjadi. Ada di antara pengusaha bas cuba mengumpan material bagi menutup tingkah sumbang yang dilakukan.
Kesedaran ini wajar diperluaskan kepada masyarakat dan komuniti sekolah.
MOHD FADHLI BIN OTHMAN
FOUNDER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Syed Saddiq Muat Naik ‘House Tour’ Untuk Jawab Dakwaan Miliki Banglo Jutaan Ringgit

Selalunya, video berbentuk ‘house tour’ atau ‘room tour’ akan dilakukan untuk berkongsi bahagian tertentu di dalam kediaman atau di dalam kamar tidur seseorang atas permintaan followers di platfor atas talian.
Namun lain pula alasan di sebalik video ‘house tour’ yang terpaksa dilakukan oleh Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersempena cuti Tahun Baru Cina ini.
Menerusi perkongsian di platform media sosialnya itu, beliau berkata tindakannya memuat naik video tersebut adalah gara-gara dakwaan daripada beberapa pihak kononnya beliau memiliki sebuah kediaman jenis banglo yang bernilai jutaan Ringgit.
Justeru atas nama ketelusan dan tidak gentar untuk membongkarkan aset tersebut, Ahli Parlimen Muar itu telah menjelaskan menerusi video tersebut bahawa kediaman itu telah disewanya sejak beliau berkhidmat di Kementerian Belia dan Sukan sebagai menterinya lagi dan ia bukan milik sepenuhnya.

Sebaliknya, ia adalah bangunan sewa yang ditransformasikan menjadi ruang bekerjanya dan sebagai tempat perjumpaan serta bermesyuarat dengan ahli parti Muda yang lain. Ini kerana parti yang baru saja didaftarkan secara sah itu masih belum mempunyai pejabat rasmi.
Relaks sahaja beliau berkata, “Jom saya tunjuk rumah sewa saya,” sebelum menunjukkan satu-persatu ruang di dalamnya.

Bahagian ruang tamu telah dijadikan ruang bekerja dengan skrin monitor jelas dilekatkkan di atas meja kopi yang ada di tengah. Ruang tamu kedua juga dijadikan ruan bekerja lengkap dengan beberapa papan putih yang penuh dengan catatan perbincangan dalam kalangan ahli MUDA.
“Hanya satu bilik sahaja yang saya boleh guna (untuk kegunaan peribadi) kerana yang lain semua sudah dijadikan pejabat.
“Sebab itulah waktu saja jadi menteri dahulu, saya tolak tanah, saya tolak rumah banglo di Putrajaya. Saya sewa saja rumah dan pada masa yang sama, saya juga merupakan menteri pertama yang isytihar segala aset dan segala proses kontrak di Kementerian Belia & Sukan – tender terbuka! Tak ada kepada kroni-kroni,” jelasnya sambil berpendapat tiada apa yang harus ditakutkan olehya.
Hari ini saya tunjuk sendiri rumah sewa saya.
Saya telus, tak ada apa-apa nak sorok.
Tapi menteri-menteri UMNO/BN langsung tak disiasat. Hidup bukan main mewah.
Saya hanya ada iltizam untuk ubah Malaysia untuk jadi lebih berintegriti, bermaruah dan maju.#JohorBangkit pic.twitter.com/RdIxENZqX7
— Syed Saddiq (@SyedSaddiq) February 1, 2022
Ini kerana beliau tidak mempunyai kenderaan mewah, rumah mewah, jam tangan mewah atau secara sinikalnya, saham berjuta-juta secara haram.
“Berani kerana benar. Nak siasat, siasatlah!”
Jujurnya, macam best pula kan ada pejabat di ruang rumah dan bukannya di bangunan komersil seperti kebiasaan. Relaks sedikit hendak bekerja, hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

